Ahad, 30 September 2012

Duhai Hati.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam semanis apam polkadot berfillingkan jem nenas...:)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna. Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Ya Rabb, peliharalah hati ini. Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.

Entry kali ni Lyeen lebih ingin berjiwa sentimental. Dalam hidup ini kita sering didatangi dengan pelbagai dugaan, cabaran dan semestinya akan membuat kita sedih. Sungguh kita ingin mengelak, sungguh itu juga ia kembali kepada kita dengan kadar yang segera. Kita gembira. Mungkin seketika selepas itu kita bersedih kerana kehilangan. Tapi ingat sahaja, pasti akan ada yang terbaik akan tiba.Credit to kunfayakun blog. Memberi idea untuk menaip entry ini.

Duhai hati, Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiranku. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang aku lakukan akan kembali kepadaku. Yakinlah bahawa Allah tahu tentang diriku lebih daripada akusendiri. Maka Allah telah menetapkan untukku dengan yang lebih baik daripada apa yang aku kehendaki. Duhai hati, tak perlu taksub ingin menjadi sempurna untuk kelihatan berguna, tetapi jadilah yang berguna agar aku menjadi lebih sempurna!

Duhai hati, aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cinta yang lain. Tahu saja bahawa lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan murka Allah. Aku harus membuat pilihan, lelaki bagaimana yang bakal dijadikan imam keluargaku. Aku bukan hanya inginkan lelaki yang baik selagi aku tidak menjadi baik, tetapi aku ingin menjadi wanita yang baik sehingga akulah yang  diinginkan oleh lelaki yang baik-baik. Duhai hati, andai kau dambakan imam muda, didiklah diriku menjadi makmum muda. Andai kau dambakan putera agama, didiklah diriku menjadi permaisuri agama.

Duhai hati, jika aku sudah istiqamah solat lima waktu, sedarkan aku untuk meningkatkan ibadah dengan istiqamah melaksanakan solat sunat. Semoga imanku sentiasa meningkat. Sedarkan kau wahai hati bahawa bila gundah, solat adalah terapi terbaik untuk aku mendapat kembali ketenangan. Duhai hati, manusia sentiasa inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah yakni sumber segala kekayaan, kecantikan, kekuasaan dan keagungan. Sedarkanlah aku bahawa cantik di dalam cantiklah di luar. Kerana cantik yang paling indah adalah kau duhai hati. Semoga cantik kebanyakan diganti cantik sebenar kecantikan. Kerana ternyata ianya sangat indah


P/S: Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful. Live as if you would die tomorrow, learn as if you would live forever.

3 000 Makan Cupcakes!:

✿INA AINAA✿ berkata...

cerita sang hati.... Amin, semoga hati kita bersih dan bersinar... berzikir dan berselawat, dapat memusnahkan tompokkan hitam di hati... jgnlah Engkau pesongkan hati kami Ya Allah..

mujagirl92 berkata...

jangan risau la,, kalau dah jodoh dengan lelaki baik,, msti ade nye nanti,, tapi kita kena baik dlu,, insya ALLAH,, AMIIN,, MUJA PUN NK JDI BAIK :D

HP Yitno berkata...

Jadi teringat akan surat an-nur:26 (kalau nggak salah ya)
"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga wanita yang baik untuk lelaki yang baik."
Janji Allah itu pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...