Ahad, 2 September 2012

Memang saya untung jadi Cikgu, Cik Liyana...:)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam Aidilfitri dan Salam Cupcakes Strawberry berintikan coklat..:)

Entry yang lepas Lyeen cerita pasal pengalaman Lyeen buat PBS kat SK.Tanjung Batu,Tawau. Hari ni, Lyeen nak cerita pasal cikgu juga. Lyeen bangun pagi, tengah sarapan dengan nescafe secawan then buka link yang kawan-kawan post. Entry dia dah lama. Setahun lalu. Tapi, Lyeen baru dapat view hari ni sebab ramai sangat orang view URL Blog orang tu. Famousnya dia. Mesti lepas ni blog dia lagi banyak readers berbanding blog FL,FS,Lyssa,Abg Ben,Cik Epal dan bloggers famous tu kan..kan..Untunglah..:)
Sememangnya entry kamu akan buat kamu dicemuh masyarakat even ia adalah pendapat peribadi kamu sendiri. Kita hidup bermasyarakat dan kita harus mengambil kira sensetiviti individu lain. Kerja sebagai guru saya akui dihormati dan saya setuju guru yang berkualiti itu wajar dihormati. 100% saya setuju.
Tahniah, sebab didikan dari guru-guru anda dahulu berjaya menjadikan anda seorang engineer yang berjaya hari ini. Disebabkan itu saya bangga menjadi Cikgu kerana hasil yang dididik sekian lama bercambah dan tumbuh menjadi insan yang berjaya. Saya yakin guru anda sangat bangga. Tahniah sekali lagi.
Soal gaji rasanya itu kelebihan menjadi seorang guru. Berurusan dengan manusia lebih sukar jika dibandingkan berurusan dengan benda tidak bernyawa. Apatah lagi jika dengan tujuan mendidik manusia itu menjadi orang yang berminda kelas pertama. Elaun-elaun tambahan seperti sara hidup, lebih-lebih lagi guru yang bertugas di pedalaman sebagai satu kemudahan untuk mereka berurusan di bandar bagi mencari bahan bantu mengajar yang lebih sesuai digunakan untuk murid-murid di luar bandar. Cikgu memegang tanggungjawab yang sangat mulia yakni sebagai murabbi untuk muridnya. 

Pergi bergelap, balik bergelap. Liyana, Cikgu pukul 1.30 pun boleh balik dah. Tak jadi masalah waktu kelas dah tamat. Tapi, perlu diingat tugas mereka bukan habis setakat itu sahaja, di rumah banyak kerja yang perlu dibuat. Menanda buku,membuat laporan, membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH),membuat refleksi. Benda tu hari-hari perlu seorang Cikgu laksanakan. Itu belum masuk cikgu yang berkeluarga kena masak, urus anak-anak, basuh baju dan sebagainya. Tapi, cikgu yang berjiwa pendidik tidak pernah melihat itu sebagai tekanan tapi sebagai satu amanat yang perlu dipikul untuk bekalan di akhirat sana. Insyaallah. Kerja sebagai operator pun, saya tahu susahnya. Setiap pekerjaan ada baik dan ada buruknya. Tapi, itulah hakikat yang perlu kita hadapi untuk mencari rezeki yang halal. Sebab itu, untungnya menjadi Cikgu.
Cuti berlambak tu taklah berlambak sangat Cik Liyana. Tapi, adalah juga untuk rehatkan minda cikgu-cikgu dan murid-murid yang tengah sarat dengan ilmu pengetahuan. Manusia ni kita tak boleh paksa sumbat dengan ilmu hari-hari, sesekali kita kena bagi rehat. Cuti tu juga sebagai persediaan untuk murid dan guru berhadapan dengan semangat baharu. Kalau dalam setahun non stop akitiviti Pengajaran dan Pembelajaran kita nak buat, rasanya ramai kot nak berhenti sekolah sebab otak dah stuck nak memproses maklumat. Sebab itu kita buat cuti. Kalau kursus dijalankan dalam waktu persekolahan? Hal sebegitu, sudah tentu ada guru ganti jangan risau. Lagi pula, kursus yang dilaksanakan tu untuk kepentingan murid juga. Falsafah Pendidikan Negara kita sendiri menggariskan bahawa kita perlu menyediakan murid yang seimbang dari pelbagai aspek. 

Tapi, sekarang Cik Liyana, pendidikan dah buat Kursus Dalam Cuti (KDC), dimana guru-guru akan terlibat dengan kursus semasa cuti. Mak Cik dan Pak Cik saya sendiri terlibat.Kesian tengok mereka tinggalkan anak 3 orang kat kampung. Tapi, itulah untungnya jadi Cikgu, berkorban untuk kepentingan orang lain. Halal ke tidak ilmu yang diberi oleh guru tidak perlu risau, sekejam-kejam cikgu pun dia tidak akan mahu melihat anak didiknya gagal dalam hidup.Kecualilah, kalau murid tu dah super duper degil + tak makan saman+ tak dengar cakap dan memang jiwanya tak nak belajar. Ikhlas tak ikhlas tu lahir dari nawaitu individu. Kita tidak boleh menilai sifat manusia yang bergelar Cikgu itu sama, Rambut sama hitam dan hati lain-lain.Untungnya jadi Cikgu.
Cikgu update blog? Sumpah terasa. Cik Liyana, tak akanlah Cikgu tak boleh nak luang masa dengan teknologi? Cikgu kan serba boleh. Itu untungnya jadi Cikgu. Tak salah kot nak update blog. Contoh paling mudah blog Dunia Sebelah Zara dan blog geek in the pink!. Dua-dua tu blog seorang Cikgu yang Lyeen selalu view. Mereka berkongsi cerita, dan pengalaman bahawa kerjaya seorang guru bukannya mudah! Mereka guru yang berteknologi seiring dengan kehendak masa. Sebagai guru kita perlu serba tahu. Kerana kita murabbi!Tak salah!Cikgu jual barang ni memang tidak saya nafikan. Sebagai kerja sampingan. Tapi, selagi ia tidak mengganggu gugat tanggungjawab dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah, itu tidak menjadi masalah. Tapi, kat sini Cikgu pun kena ingat jangan terlalu meriah berniaga sakan. Pasal pusat tuition pun sama. Mungkin sebagai kerja sampingan, tu kebolehan dan kelebihan yang cikgu tu ada, takpalah. 

Murid-murid nak score tu kita tak boleh paksa Cik Liyana. Okey, kalau dalam kursus PISMP semester 1 (Sebab aku sekarang dalam kursus tu), Liyana akan jumpa satu subjek Murid dan Alam Belajar. Dalam subjek ni ada menjelaskan tentang kebolehan murid itu adalah berbeza-beza. Sebab itu, score berbeza-beza untuk setiap murid. Sebagai Cikgu, memang kita patut bimbing murid yang lemah dan seandainya guru sahaja yang bertindak tanpa usaha murid itu. Maka, usaha guru sia-sia. Murid-murid bukan 10 bukan 100  tapi beribu, berjuta. Memang betul, Liyana boleh guna cara lebih mudah untuk selesaikan masalah add math, fizik,kimia tu. Tahniah.Mungkin boleh terbitkan satu buku cara mudah untuk menyelesaikan operasi add math. Boleh beri sumbangan ilmu juga dengan anak-anak bangsa..:) 

Part Bahasa Melayu tu, Lyeen kurang enak untuk baca. Lyeen student Major Mod sepenuh masa Pendidikan Bahasa Melayu. BM bukan kena baca selalu untuk faham! BM perlu baca, fahami, praktikkan, kaji, eksperimen baru boleh faham. Nampak mudah, tapi mohon daftar jadi student BM, sure akan malu jadi orang Melayu andai bahasa sendiri kita tak tahu sejarahnya, asal usul, cara penggunaan. 
Saya bangga menjadi guru sebab saya boleh buat semua kerja dalam satu masa. Lyeen dulu pun  pernah juga tolong Cikgu buat kerja. Buat pahala. Bukan nak menunjuk tapi sebagai permulaan cerita. Okey. Tapi, Lyeen bangga dapat bantu Cikgu. Memanglah, first tu .."E, Cikgu ni orang nak buat kerjalain jugak!"
But, dalam masa yang sama terfikir ," Susahnya nak jadi Cikgu, banyak kerja nak kena buat. Ni baru sikit."..Sebagai bakal guru, aku kecewa bila aku nampak (!@#$%) dalam entry kau..Apakah? Mohon penjelasan. Maaf ter'aku'. Kalau Cikgu kau nampak, sure dia kecewa sebab tak sangka anak didik sendiri boleh cakap macam ni, Sumpah dia menyesal kot minta tolong kau masukkan markah dalam buku laporan..T_T.

Cikgu memang beruntung dalam banyak benda. Sebab Cikgu sedang menyediakan manusia untuk negara. Cikgu perlu memastikan mesin-mesin, skru, dan motor dalaman murid bersedia untuk digunakan sebagai manusia yang serba boleh. Mantap jiwanya. Unggul pekertinya. Jitu pemikirannya. Suci rohaninya. Insyaallah, sebagai bakal guru, saya sentiasa beringat tentang amanah untuk saya. Begitu juga guru-guru lain.
Lyeen sokong statement kau yang ni, Liyana. Melalui statement kau ni juga dapat dilihat bahawa seorang cikgu itu sebenarnya sangat besar tanggungjawabnya. Sangat besar tugas yang peru dipikul. Semoga guru-guru diluar sana yang terbaca (aku rasa mesti banyak yang dah baca sebab kau dah jadi blogger famous dalam kalangan golongan pendidik) entry kau akan mengambil pengajaran dan batu loncotan serta alat untuk menyedarkan mereka yang terlupa tentang tanggungjawab. Tapi, ingatlah..bahawa jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Angkara seorang cikgu yang kamu lihat tidak berwibawa, seluruh institusi pendidikan kamu lumurkan dengan warna hitam. 
Untuk yang ini, Lyeen tak sokong kaulah. Never and ever untuk aku stop baca blog. Blog tempat aku menulis apa yang aku rasa benar. Selagi aku tidak menyakiti hati atau menyentuh sensetiviti pihak lain. Facebook tu tak boleh jugak nak stop. Sebab kami ada group dalam tu tempat kami bagi maklumat bagai. Insyaallah kami gunakan Blog, FB, Twitter dan sebagainya tu medium untuk kami memajukan lagi bidang pendidikan di Malaysia. Insyaallah. Kalau Lyeen dapat anak Liyana jadi student Lyeen  pun, insyaAllah Lyeen akan bagi didikan yang sebaik mungkin  kerana kami sentiasa memegang amanah bangsa.!
Takpa, boleh tulis entry lagi. Kerjaya guru memang banyak nak kena buat entry sebab tu lah "Untung laa jadi cikgu"...

Mohon baca sajak Guru Oh Guru. Kamu akan tahu betapa untungnya menjadi Guru.
Tidak dapat disangkal bahawa ada guru yang lalai dan alpa dari tanggungjawab. Tapi perlu diingat bahawa masih ada guru yang memegang amanahnya! Jangan kerana entry kamu, seorang guru yang luhur niatnya berkecil hati. Maka, tertulislah bahawa kamu telah menyakiti hati seorang manusia bergelar, Cikgu...T_T

P/S: Aku baru jer habis PBS kat sekolah, aku dah nampak betapa susah beb! Dengan budak-budak nakal, gaduh sana sini, kacau sana, cuit sini. Dengan home work tak buat. Buku tinggal bagai. Semuanya Cikgu kena hadapi beb! Bukan senang. Sebab Cikgu berurusan dnegan manusia. Silap sikit Cikgu kena saman. Silap sikit budak menangis. Silap sikit Cikgu kena terajang. Silap sikit kereta Cikgu kena calar. Huhuhuhu...Untung laa jadi Cikgu. Tapi, semua tu bukan keluhan tapi peringatan buat semua bahawa Cikgu bukan manusia yang sempurna. Tapi, mereka adalah golongan yang sentiasa berusaha untuk menjadi sempurna di mata murid mereka kerana mereka sedar akan tugas mereka sebagai ikon untuk murid mereka. Kerana, silap sahaja ajaran seorang guru itu, makan rosaklah satu generasi bangsa itu. Maka, guru adalah ikon.
Untung tak untung belakang kira yang penting ilmu sedia dikongsi.

Nota merah jambu untuk Liyana: Sumpah sakit hati dengan entry kamu. Kerana saya juga bakal guru yang sudah merasai situasi di sekolah sebenar sewaktu saya ber'PBS'. Setiap kerjaya ada susah dan senangnya. Apapun cemuhan kamu, apapun yang kamu lontarkan. SAYA BANGGA MENJADI GURU!
Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Entry kali ni boleh buat esei. Okey Bye..:)

21 000 Makan Cupcakes!:

Syafiq Ajis berkata...

Perhh!! rajin cikgu ni menulis.. bagus2x.. baru faham kehidupan seorang guru.. t'kasih sudi kongsikan pengalaman Cik Liyana.. :)

Unknown berkata...

@Syafiq Ajis sudah menjadi kebiasaan seorang bakal guru untuk menulis..:) thanx...individu yg merasainya shj akan tahu pahit dan manis sesuatu..:)

Unknown berkata...

cik liyana 2 tak sedar diri kot..dari taska smpai dia masuk u sapa yang ajar...cikgu/lecturer jgak...arap2 mark blog die dari guna fb..ahaha

zaxx berkata...

moga2 cik liyana insaf... statement beliau bukan sja mngguris perasaan pendidik, malah menidakkan jasa2 guru beliau..mohon jgn jadi tanggang versi derhaka pada guru...

Unknown berkata...

@piko ija mungkin dia menulis sebelum berfikir kesan pada tulisannya..takpa, kita maafkan dia..semoga dia sedar akan kesilapannya..:)

Unknown berkata...

@zaxx kalaua da kuasa sumpah jadi emas berlian..boleh gadai..hehhee...xpa..semoga dia insaf..:)

Unknown berkata...

Senior Jes nie.... Hye? Jes baru sem 3 PPISMP.... Hehehe.. Course Prasekolah ^^ dne follow.. hit me back ^^ http://jayjayz-mint.blogspot.com/

Nick Nashram berkata...

tak faham betul la, gaji cikgu naik ade je orang yang tak puas hati..kononnya keje diorang lebih teruk tapi keje cikgu goyang kaki je..pemikiran org camni nampak sgt tak bersyukur..bagi dia smggu suruh buat lesson plan dan mengajar baru dia tau..huhu

Unknown berkata...

@jayjayz Mint wah happy blogging dan salam perkenalan..:) yeah...hidup IPG!!...

Unknown berkata...

@Nick Nashram tu la psl..kita tak boleh juga salahkan dia..dia tak merasa lagi jadi cikgu. bAgi dia rasa kot dia tak smapai hati nak buat entry macm tu...takpa..institusi pendidikan institusi yang kukuh...tak perlu goyah dengan ancaman speerti itu.Yang penting kita buktikan..:) IPG boleh!

de Tukang Tulis~ berkata...

Tak payah amik ati la, dorang yg tulis camtu sebab tak dapat apply cikgu tu, ms akak tak dpt pon slalu kutuk cikgu, dah dapat kpli baru tau keje cikgu ni takkan ada kesudahan ..

Unknown berkata...

@de Tukang Tulis~ hehe..biasalah kak..isu ni sensetif sikit..T_T...sedih bila ada orang pandang enteng dgn kerjaya kita..tapi betul juga..mulut orang kita tak boleh nak tutup. Tapi cukup untuk kita tegur yang dia buat tu salah kan kak..? Tahniah kak dapat KPLI..:)

Cik Pulau berkata...

tadi baru member cerita pasal si liyana ni..

cp juga seorang juga..
memang orang nampak macam mudah.. tapi sebenarnya bila berada dalam bidang ni, memang susah.. sukarnya sebenarnya nak didik manusia ni..

rasanya cik liyana tu cuma marahkan sesetengah pihak.. tapi silapnya kat sini bila dia menggunakan isu cikgu.. cikgu kat sini maksudnya semua..jangan kerana kerana nila setitik, rosak susu sebelang.. harapnya cik liyana baca entri ni.. kan??

salam kenalan.. ^^,

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Dia cuma mungkin ada masalah dengan jiwa dia.

:)

Unknown berkata...

mmg bole buat esei .. hehe~
ada sorang cikgu ni lyeen mungkin kenal .. Hollysten Bong tu? kenal kan? hehe xD

Mohamad Fathi berkata...

Woootttt-woooottt... Guru besaq mai usha blog sini sat,,.. Ooo.. Haiya.. banyak panjang Oooo anda taip post entry ini haa.. apa2 pon memang terbaik.. ^_^ Teringat pulak wa kena denda dulu2 kena tulis 100 perkataan yang sama.. Hihi..

Rozaidi berkata...

Cik liyana tu dlu dlm ketegori bermasaalah....sbb dia jd cenggitu dia kurang dpt perhatian dr gurunya

Rozaidi berkata...

Cik liyana tu dlu dlm ketegori bermasaalah....sbb dia jd cenggitu dia kurang dpt perhatian dr gurunya

kay_are berkata...

aku yang keje same position ngan budak liyana tu pun rase malu gile ngan statement yang die kuarkan.. tak guna jadi engineer kalau tak reti pikir.. =__=

Unknown berkata...

@kay_are takpa..kita maafkan dia..:D

Cekgu Norazimah berkata...

Hanya mereka di dalam bidang perguruan yang tahu tugas guru sebenarnya..jemput baca entry berkaitan orang macam ni gak

http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/04/salah-cikgu-ke.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...