Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam semanis ketulan buah ceri diatas cupcakes berwarna pink.
Macam ni. Okey. Ni hadiah untuk bekalan membaca entry hari ni.:)
Hari ni Lyeen hidup seperti biasa, bangun pagi then bersiap untuk pergi kelas. Tapi, hari ni Lyeen pergi padang seawal-awalnya. Mood tak seberapa nak okey, sebab penyakit batuk berkahak masih tak nak hilang dari terus mengganggu hidup Lyeen semenjak balik dari Tawau hari tu..T_T
Bila balik dari kelas, roomate tak balik lagi. So, lepas solat tu terfikir sejenak. Sampai kapan aku harus tertanya-tanya dengan kisah hidup aku? Bila masa yang aku akan sentiasa bahagia dan gembira? Kapan aku akan berhenti untuk bersedih? Okey. Tu ayat power yang kau tak akan jumpa kat mana-mana entry.
Baiklah, sebenarnya minggu ni kepala otak Lyeen sentiasa mencari jawapan untuk soalan yang Lyeen cipta sendiri. Rasanya, dah berpuluh entry aku pasal kebahagiaan.Cinta.Sedih.Sampai aku kena cop blogger jiwang! Oh..tidak..! Saya seorang blogger yang biasa sahaja. No more jiwang-jiwang bagai..T_T
Manusia sentiasa mencari dimana sinar bahagia untuk diri mereka. Begitu juga aku. Sentiasa mencari arah. Sama ada dari Utara, Barat, Timur mahupun Selatan. Kadang kalau, kebahagiaan itu ada. Dan kita sememangnya merasa kebahagiaan itu. Amat indah. Seakan-akan kita mahu saat itu berhenti untuk selama-lamanya. Namun, keiginan tidak mengizinkan ketentuan. Kerana masa itu akan sentiasa beredar sehingga ada ketikanya kita alpa bahawa dalam kehidupan ini bukan diri kita sahaja ingin mencari bahagia. Tapi juga dia,dia,dia dan dia.
Lantas, jangan terlalu tamak untuk memperoleh kebahagiaan itu bersendirian. Begitu juga aku, aku bersedia untuk memberi kebahagiaan itu kepada dia yang lebih layak kerana aku tahu dia punya kebahagiaan itu terlebih dahulu sebelum aku. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima? Meskipun, tangan yang memberi itu perlu untuk menyerahkan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Lyeen pernah terbaca satu artikel hari tu. Tapi dah lupa link. "Kalau kita nak beri orang hadiah, berilah benda yang paling kita sayang. Meskipun berat. Tapi, kamu akan bahagia bila memberi hadiah tersebut kerana kamu yakin bahawa dia akan menjaga hadiah kamu lebih baik dari kamu menjaganya." Sweet. Tapi, kehilangan sesuatu yang disayangi juga amat 'sweet'..T_T
Tapi, ingat juga bahawa, andai kita kehilangan sesuatu itu, mungkin saja ada yang lebih baik dari kita untuk dia. begitu juga untuk kita. Ketentuan ini adil seandainya kita bijak mencari keadilan. Hidup ini mudah andai kita tidak menyukarkannya. Maka, percaya pada kebolehan akal kita untuk menilai yang mana bahagia untuk hidup kita mahupun yang mana derita. Andai dari mula kamu merasa derita, maka keluarlah dari rasa itu dan masuklah ke rasa bahagia dengan mencari ruang yang benar-benar boleh membuat kamu bahagia.
Semoga kekuatan dan ketabahan itu sentiasa mendampingi aku. Kerana aku yakin bahawa ketabahan kunci kesabaran. Namun, andai kamu mengharapkannya saja datang untuk kamu. Sudah tentu tidak tanpa usaha kamu. Usaha yang paling kuat itu adalah doa. Doa yang lahir dari hati. Doa yang meminta penuh kerendahan hati dan doa yang ikhlas kerana-Nya. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan.
P/S : Entry yang banyak gambar tangan. So sweet. The baby hand..:)
1 000 Makan Cupcakes!:
hidup ni bukannya senang, byk sgt liku2 yg kita perlu harungi... pyh tp insyaAllah, kalau ada usaha, segalanya akan berjalan lancar di atas satu landasan yg pasti... insyaAllah, u can do it sis... dont give up
Catat Ulasan