Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Hari ni cupcakes semua nak send kat rumah baby Adam..:)
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.."
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" (Riwayat Muslim dan Ahmad)
"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" (Riwayat Muslim dan Ahmad)
Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damaged severe hie (hypoxic ischemic encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak... Adam lahir secara vacuum pada 4/3/2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen..Scan mri pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk..Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured,begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak..
Description kat atas tu Lyeen copy and paste dari pages rasmi Ahmad Adam Syukri yang dibuatkan khas oleh Mamanya sendiri. Dalam pages tu mengisahkan perjalanan hidup Adam dari hari ke sehari. Sungguh bila Lyeen tengok gambar-gambar Adam, sangat sakit. Sangat pedih dugaan yang dia terima sedangkan tubuhnya masih kecil tidak bermaya. Air mata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan kesedihan Adam. Namun, Adam masih punya keinginan untuk terus berjuang. Tahniah Adam! Anda contoh terbaik! Lyeen hanya mampu menaip entry ini untuk membuka mata orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesihatanmu beransur pulih sayang.:)
Tahniah juga untuk Mama Adam, kerana tabah menghadapai dugaan hidup. Walaupun Lyeen masih tak mampu merasai kehidupan sebagai seorang ibu. Namun, naluri keibuan itu sentiasa ada dalam diri setiap manusia bergelar wanita. Semoga tabah dan kuat!
Sama-sama kita mendoakan kesihatan Adam. Semoaga da keajaiban yang berlaku dari Allah SWT..Aamiin..:) Tabah Baby Adam Sayang. Semua orang yang mengetahui kisahmu sentiasa mendoakanmu. Bagi yang ingin mnghulurkan bantuan:
NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
Noraisah Binti Mohamed Malena 02040007292201 (CIMB)
Salmi Abdullah 111132058224 (Maybank)
P/S: Tatkala Lyeen merasa Lyeen adalah manusia yang sangat susah ketika ini, sebenarnya masih ada manusia yang lebih sukar hidupnya. Semoga mereka tabah dan kuat. Insyaallah kekuatan sentiasa ada bersama-sama orang yang yakin pada diri sendiri. Allah maha mengetahui dan maha penyayang. Dia yang menentukan segala-galanya..:) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan manusia lain. InsyaAllah...:)
6 000 Makan Cupcakes!:
moga Allah sembuhkan adik Adam..kesian tengok dia menderita..kecik2 lagi dah kena tanggung sakit...
Mari lah sama-sama kita berdoa untuk Adik Adam..Amin..
semoga Allah sembuhkan penyakit adik Adam.. tak sampai hati tengok muka dia.. teramat sakit pakai tiub dkt hidung dan mulut.. MasyaAllah.. tabahkan hati mu ye wahai adik Adam..
kita doakan semoga adik adam cepat sembuh dan dii beri kesihatan yang baik.. sedihh lahhhh ermm :(
i will pray for him too. hrm, keican dia. moga ada keajaiban berlaku.
tak baca paper..jd tak thu pun...terjumpa blog awak so..dapat info...
http://www.wannsury.com/2012/09/budak-operation-emergency-case.html
Catat Ulasan