Sabtu, 31 Disember 2011

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

Assalamualaikum reader!
Erm...bagi manusia yang bergelar pelajar membaca entry ini, pastinya akan tersenyum dan mungkin juga mula berfikir ...*macamanalah agaknya rupa baucer tu kan?Hahahhaa...Baiklah, kalau bapak student pulak mula bersyukur sebab jimatlah duit untuk bulan depan..Apapun, thanx to PM sebab mengambil berat tentang keperluan golongan pelajar sekarang ni..^^
So, Jom Baca SINI
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Nota Kaki : IPG pun IPT jugak kan?Mudah-mudahanlah..^^ Amin..

Sabtu, 24 Disember 2011

Bukit Tinggi Resort, Pahang

Assalamualaikum...
Erm, hari ni nak cerita pasal kawasan pelancongan yang berjaya dijelajah..Hahhaha...ketawadenganjahatekali!
Abaikan, erm... sepanjang balik dekat Sabah ni memang Lyeen takdak merayau dan menjelajah..hehe..sebab Lyeen rasa tak nak aku menjelajah!Aku nak habiskan masa dengan family aku!Hahaha..Tapi serius, rasa rindu pulak nak jalan-jalan kan?Biasanya kalau Lyeen stay kat umah abang dekat Pahang tu, semua tempat jer kami jalan kan?Dari Perlis samapi Johor kot nak dijelajah..Okey, erm hari tu Lyeen ada cerita pasal segmen cuti-cuti Lyeen sampai boleh muntah dan baca..Dan!!Boleh menimbulkan rasa jealous di setiap diri yang membaca!Hahhahaa


Okey, ni time cuti pertengahan sem tadi..Kitorang pegi Bukit Tinggi ^^




Sure, kat Pahang ni banyak tempat u all boleh jalan...Hehehhee..Erm.., so, jom melawat Pahang okey?

Kisah Cinta Pertama..(Part 2)

Assalamualaikum.....

Sebelum tu, entry ni dikaitkan dengan enty yang INI...Lyeen engko perasan tak bahawasanya cerita kau dah macam novel bersiri?Hahahhaha, takpa Lyeen lagi suka..bukan tujuan nak menghebohakan atau nak bagitahu reader Lyeen yang Lyeen jer ada first love..No....Asatagfirullahalazim....tidak sama sekali, apa yang baik kita jadikan tauladan dan buruk kita buang jauh-jauh ok?

Sambung.....

...Namun, kata orang...langit tidak selalunya cerah...maka Lyeen akan melalui fasa langit berubah menjadi gelap itu sebentar lagi....Hari berganti hari, dan akhirnya mesej itu menjadi bukti bahawa jangan terlalu memasang angan-angan yang tinggi, kelak jatuh diri sendiri yang merasa pedihnya..

"Leen, **** rasa hubungan kita sampai sini je lah, bukan ****tak sayang tapi tak lama lagi **** nak SPM, so **** nak fokus on exam yang datang nanti. Harap Leen faham.."

Dan, saat itu Lyeen sangat-sangat kecewa, kau bayangkan pertama kali bercinta dan tiba-tiba orang yang selama ni kau sayang hilang macam tu?Huh!!And, serius Lyeen tak malu nak bagitahu bahawa Lyeen dah cuba nak pertahankan hubungan kami supaya tak putus macam tu aje, tapi dia tetap nak jugak hubungan tu berakhir..Tapi, dia tetap bagi Lyeen jaminan dan harapan yang sangat tinggi dan berjaya buat Lyeen setuju!

"**** janji lepas je paper terakhir SPM nanti **** mesej Leen ok?kita sambung balik,**** just nak fokus jer study, ok?"

dan Lyeen balas mesej tu dan ketika itu jugak Lyeen tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia...

"Baiklah, Leen tunggu **** okey?Gud Luck...."

Dan, Lyeen terus menanti dan menanti tanpa rasa jemu..Hinggalah satu masa, sepupu Lyeen datang dan Lyeen bagitahu semuanya sebab antara kami tiada rahsia lagi!Dan, apa yang peliknya sepupu Lyeen tetap paksa Lyeen lupakan dan abaikan janji dia tu!No!

"Tidak kak!Mustahil, dia dah janji dan aku akan tunggu dia!"

"Suka hati kaulah, tapi yang penting aku dah bagitahu kau suruh kau lupakan dia!"

Lyeen menanti dan terus menanti lagi dan kini genap tujuh bulan menanti..Yess!Mungkin tidak lama, tapi bagi insan yang menanti, penantian itu sememangnya suatu penyiksaan!Ya, amat siksa dan sepanjang tujuh bulan itu jugak satu mesej pun tidak pernah muncul di kaca telefon Lyeen dna Lyeen nekad tidak akan menggangu dia..Tidak sama sekali, dan sentiasa berharap dia ingat pada janjinya!

Lyeen yang masa tu teman sepupu Lyeen tu sebab dia ambik SPM jugak kan?So, Lyeen teman dia stay kat rumah sepupu yang sorang lagi dekat Taman Semarak dan Lyeen ambil JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2009 masa tu...

27 November 2009
Ya!Tarikh ini! Kertas SPM terakhir yang akan dia jawab..Ya!Sure!

"**** janji lepas je paper terakhir SPM nanti **** mesej Leen ok?kita sambung balik,**** just nak fokus jer study, ok?"

Sekali lagi, mesej itu merupakan janji yang sangat utuh untuk Lyeen terus menanti!

Dan bila tiba, 27 November 2009 itu...Lyeen menanti mesej pertamanya setelah 7 bulan, Lyeen menanti...
Dan apa yang Lyeen dapat ialah.........

Jumaat, 23 Disember 2011

Kisah Cinta Pertama..(Part 1)

Assalamualaikum.....

Entry ni sambungan daripada Entry yang ini.....

......Lyeen kenal dia melalui sepupu terhormat Lyeen yang sangat akrab dengan Lyeen..Okey...sepanjang tempoh kami kenal, memang Lyeen sangat-sangat bahagia, okey siapa tak bahagia bila first time berkasih sayang dan ada orang sayang..rasa diri ni dihargai sangat-sangat kan?Okey..Masa ni dia duk sekolah kat SMK.S*******, Lahad Datu, then beliau berhijrah semula ke Tawau ni dan sekolah di sekolah yang sama dengan sepupu Lyeen tu dan masa dia pindah kat salah sebuah sekolah terkenal kat Tawau ni, dia bakal ambil SPM dan u all mesti tak percaya bahawasanya kami tak pernah jumpa langsung!Kami bercinta hanya melalui bait-bait kata sahaja!And buat pengetahuan anda, Lyeen masa tu tak main FB apatah lagi nak blogging ni..So, Lyeen tak nampak muka dia hanya mampu mendengar ciri-ciri yang diutarakan oleh sepupu kesayangan Lyeen..
Dan, jawapan dari Lyeen..Okey!Dia memang PERFECT!!
Mr.Perfect!

Okey, bila dia dah sampai Tawau, pernah sekali jumpa yang masa tu pun berkesempatan sebab dia pegi gunting rambut kat Sabindo Square!Dan, tu lah first time Lyeen jumpa manusia yang bergelar kekasih Lyeen!Bahagia sangat!Ya!Hanya insan yang pernah melaluinya mampu memahaminya!
Tapi, jumpa hanya 5 minit sebab dia dah nak balik..Serius, bila nampak dia..Yess!!Dia memang perfect!Lepas tu, mesej,mesej dan mesej sampai lebam jari dan berdarah telinga masing-masing sebab SMS je la keja kan? Mak mana tak mengamuk?Hahahhaa....

Lepas tu pulak...dah lama lagi sikit kan?Hehehe..Okey, dia mesej Lyeen bahawasanya dia akan datang kat sekolah Lyeen sebab nak main bola kat padang sekolah Lyeen yang dikenali sebagai padang yang sangat luas..hahahaha serius oke!..Okey, Lyeen dengan perasaan malu pun sanggup okey tunggu dia datang...Wah...Penangan cinta pertama!Fuhh!Hahahaha..Tunggu punya tunggu, akhirnya dia datang dan sangat bergaya!Handsome 100% perfect!Masa tu!Hhahahaha....Then, tengok dia main bola..yes..kekasih amna tak bangga kan?Sebelum dia balik tu pun sempat lagi borak kejap..sangat happy...:)

Namun, kata orang...langit tidak selalunya cerah...maka Lyeen akan melalui fasa langit berubah menjadi gelap itu sebentar lagi....

Kenapa cinta pertama susah nak lupa?

Assallamualaikum...
Kau tengok post title kat atas tu!Ko teruja tak?Hahahaa..
(Pleaselah!Dengan nada yang sangat menjengkelkan)
For sure, semua ada pengalaman tentang first love ni kan? Masa bercinta bagai nak rak, konon janji sehidup semati...takdak insan lain selain kau...Fuhhh....kat situ jugaklah kenal erti kasih  sayang dari insan yang berlainan jantina kan? (Kes yang sama jantina terus tekan kuat-kuat butang X kat atas tu!)


*Hahahaha, tak mati la sangat!Yer ker?

Okey, Lyeen tak terlepas dari masalah ni..First Lyeen jatuh cinta pandang pertama time Form 4..Kau rasa benda tu awal sangat muncul dalam hidup Lyeen kan?...Hahahhaa, ada aku kesah Lyeen?Hahahha, abaikan..Erm.. masa tu, fasa nak mengenal cinta..Okey...rasa geli dah start menular...Hehehe, okey..serius mungkin ada antara u all akan rasa, perlu ke Lyeen?Okey, jejaka yang berjaya mencuri perhatian Lyeen tu kan sekolah tak sama dengan Lyeen..sangat jauh..Lyeen kenal dia melalui sepupu terhormat Lyeen yang sangat akrab dengan Lyeen..Okey...

Kejap!!Mood nak bercerita mula dah..so..Kejap...Hehehe...

Laut dan sungai..

Assalamualaikum...

Lyeen, apa pulak mutiara kata kau malam nie?Semakin galak nampaknya?Hehehe...Alhamdullilah, idea datang berlambak-lambak dan sukar untuk ditapis dear..Okey?Jadi, terpaksalah diluahkan juga dalam bentuk kata-kata ini...
(Sekali lagi tolong gelak dengan kenyataan yang sangatp-sangat yakin itu)


"Jangan pernah ingin terjun ke laut dalam, jika sungai nan 

sebatang tidak mampu kamu renangi!"


 Kali ni apa pulak maksud ayat tu Lyeen?
(Okey, duk diam-diam dan cuba fokus dengan melebarkan senyuman hingga ke telinga!)
Maksudnya, Lyeen jangan nak perasaan buat perkara yang besar-besar contohnya berangan nak jadi orang terkenal ataupun nak jadi orang yang berjaya sekiranya Lyeen tak mampu  dan tidak berusaha untuk menuju ke arah itu walaupun modal untuk mencipta kejayaan itu kecil...


Moralnya pula?
Cubalah benda yang mudah dulu, untuk berjaya kita perlu bermula dari bawah kemudian barulah kita berjaya untuk sampai ke atas..Okey? Selamat Maju Jaya!

Khamis, 22 Disember 2011

Gunung Impian..

Assalamualaikum....
Okey, alhamdulillah Lyeen berpeluang lagi nak post entry malam ni kan?
Entry malam ni, berlabelkan "MUTIARA KATA", yang second Lyeen buat okey?

"Saya sedih kerana tidak mampu mendaki gunung yang tinggi,
 tetapi saya bersyukur kerana sudah berdiri di kaki gunung walaupun beberapa kali tersungkur"

Maksudnya...

Lyeen memang kecewa sebab Lyeen tak mampu mencapai semua impian dan cita-cita Lyeen, tapi sekurang-kurangnya Lyeen bersyukur sebab Lyeen sudah berusaha sebaik mungkin untuk menghampiri impian itu walaupun terlalu banyak rintangan yang terpaksa untuk Lyeen lalui..

Moralnya..

Jangan mudah berputus asa kerana tidak semua impian kita akan tercapai dengan mudah dan jangan terlalu mengharap yang terbaik kerana yang sederhana itu uga sudah cukup baik untuk kita!

Selasa, 20 Disember 2011

Sayap Emas..



Assalamualaikum...
Mulai hari ni kan, Lyeen nak menghimpunkan sendiri MUTIARA KATA?(mutiaralah sangatkan?) Okey..Serius, Lyeen memang suka buat kat-kata indah yang lagi puitis sebab Lyeen memang suka buat..Orang bahasa memang macam tu ke Lyeen?..Kot...Hahahha..Okey, dari semasa ke semasa Lyeen akan update entry yang berlabel "MUTIARA KATA" ni okey? Bertambah dan terus bertambah...
Untuk hari ini.......
.....
.........................
..................................

TADAAAA!!!


"Saya tahu saya tidak punya sayap emas seperti kamu, tapi saya bersyukur punya sayap biasa yang mampu saya bawa ke mana sahaja tanpa risau sedikitpun tentang helang yang mahu merampas sayap saya itu"

Maknanya...

"Lyeen tahu Lyeen mungkin tidak kaya,hebat,bergaya, cantik dan punya kelebihan seperti kamu, tapi Lyeen bangga dan berterima kasih dengan apa yang Lyeen ada sebab Lyeen tidak perlu terlalu takut kehilangan harta dan kelebihan yang Lyeen ada itu diambil oleh orang lain.."

Moralnya, bersederhanalah dengan apa yang kita ada dan jagan terlalu bangga diri.

Ahad, 18 Disember 2011

Apa yang ada dekat bilik asrama aku?


Assalamualaikum....

Hye u all...Lyeen post entry lagi?Hehehehe....Tak nak menaip panjang-panjang, nanti u all pening~~~~~
Okey, sebenar lagi benarnya Lyeen rindu sangat-sangat dengan bilik Lyeen...
"Room sweet room"...
"LP 302"
hahahahhaha.. Kat bilik ni lah Lyeen tidur,makan,bersms,study,mengumpat dan sebagainya...
Terlalu rindu okey...

Abaikan almari yang bersepah itu...hahahha..(*kat atas almari ada kotak heater lagi..haha)..Okey..Tengok jer frame besar gedabak kat dinding tu..ada gambar mak,abah,En.PC,adik dan paling penting gambar kat atas tu dgn my BFF, Miss Floe..


Nie pulak kat depan meja study..hehehe...(Dulu kan, kat sini penuh dengan gambar En.PC..tapi takut kena serbu dengan warden..kena cabut okey!!Hahahhaha)..Tu jadual kat tepi tu sangat penting..jadual EXAM!!


Kau jangan cakap Lyeen nie malas study!Tu bukti!Hahahaha....Jangan nak menunjuk sangat Lyeen...(Pangggggg!!!Tamparan pulang balik melekat ke pipi!)...Okey..abaikan perasaan itu...^^


Lyeen kemasnya meja engkau!!Hahahaa..Perasan lagi sekali datang...^^  Dulu, meja ni kan kena balut dengan kertas pink taw..tapi milo Lyeen tumpah hari tu, maka arwahlah kertas pink itu..Hehehhe..Wangikan bilik Lyeen?Tue....(Menunjuk ke arah pewangi pink itu!Pewangi pun perlu ke warna pink Lyeen?) Perlu kot!

Dan paling penting..sangat rindu dengan roomate Lyeen yang manis dan comel itu..Yang banyak sangat tolong Lyeen dan teman Lyeen pergi toilet okey!Hahahhaa...

*Abaikan kecomelan Bear itu! Tapi fokus pada kecomelan roomate Lyeen...Yah!Dia sudah berpunya!Hehehhe...Nama dia Mashlina..Dan ya! Dia dari Tawau..^^
Miss u so much!!
:: LOT OF LOVE ::

Sabtu, 17 Disember 2011

Jejak kasih bersama BFF

Assalamualaikum u all..
Okey, hari ni Lyeen nie Lyeen nak cerita kesinambungan  ENTRY YANG NI..Ala, yang jejak-jejak kasih bagai tue..hahahahaa..(Lyeen kau boleh tolong serius sikit tak?Diiringi muka yang sangat ganas!)Okey, dalam sesi jejak kasih tu, Lyeen adalah antara orang yang paling lewat sampai ke tempat yang dijanjikan okey!(Janji yang bukan janji…~~Lalalallala..hahahhaa)..Sebabnya, gadis-gadis idaman Malaya itu janji pukul 11 kan?Hahahaha,namun..pukul 11 itu Lyeen baru keluar rumah oke!Bukan make up yang over..tapi tidur tu yang terover..hahahahha….

Dari kiri: Farizan, Misni, Yuyuq & Asmah

Sampai je dekat Sabindo Plaza,muka gadis-gadis itu dah bengang…Time tu  ada Farizan,Yuyuq dengan Asma(kawan baru yang sangat triple baik^^), namun kerinduan mereka mengatasi segala…hahahhaha…(Rindu dorang dah super duper!!)..Cuba berangan sedikit demi sedikit..hahaha..Tapi, yang paling mengecewakan rupanya ada lagi yang paling lambat iaitu gadis paling lago itu..MISNI ULFAH BINTI MOHD JAMIL!!..Diakui..lewat…!!


Lepas jer dah habis kumpul semua…tujuan utama adalah MAKAN..itu sudah kewajiban bagi Lyeen..Order GADO-GADO…hehehe..dekat KL takdak kot…dah cari tak da…yang ada pun rojak sayur..tapi tak sama..So, Lyeen order makan benda tue dan semestinya ABC Jagung..hehehe….jumlah semuanya RM 3.00 plus RM2.00 equal RM 5.00…dekat KL yang besar gedabak tu engkau carilah nak makan macam tu?Dah penat baru jumpa..mahal sangat…huh~~~ Dalam makan tu,mulut murai gadis bernama Misni Ulfah itu tak penah diam ada jer la dia nak cakap kan?Neway, sangat best dengan diorang…


Lepas makan pegi jumpa akak si Misni pulak..(time ni  Si Misni ni jadi mommy kejap..nak bayar bil letrik bagai…hahahhaa)..Lepas semua tu kami pegi tengok movie…serius tengok movie kat Tawau ni murah je..kau bayangkan aje la kan…SONGLAP tue keluar  15 DIS 2011..then kami tengok tu pun 15 DIS 2011 jugak..tapi tiket RM 8.00 jer..kalau dekat KL…(Mid,KLCC,TS etc..) tak jumpanya RM8.00 kalau dia tak bagi kau RM15 and more!!Hahhahaa….Tapi, maybe taraf tempat tu jugak kan?Hehehe..takpalah,,yang penting happy sangat2 dengan diorang…

And, Lyeen balik rumah pukul 4.00 pm^^

Tutti Frutti di UK diusahakan oleh pelajar Malaysia?

Assalamualaikum u all...
Ada tengok tak tadi BULETIN UTAMA kat TV3?
Well, dah namanya perut naga kan?So, apa je berita pasal makanan..kalau boleh Lyeen nak jadi manusia pertamalah kan?Hahaha...Okey,Tutti Frutty?Ala...benda alah yang sangatlah mahal kalau kau jenis perut naga macam Lyeen kan?Hehehe...

Sumber: Encik Google

Okey, sekarang Tutti Frutty nie dah dibuka di United Kingdom (UK) dan merupakan Kedai Tutti Frutti yang terbesar diseluruh dunia setakat nie..Menariknya kan u all..Pengarah dan pengusahanya pula orang Malaysia okey..Sebab apa dia buka dekat UK?Sebab dekat UK takdak benda nie, so dia yang study tahun keenam kalau tak silap tadi..Dialah yang buka kedai ni..Best kan dia? 

Kalau boleh Lyeen pun nak buka Tutti Frutti kat Tawau ni..hehehe..so, lepas ni bolehlah hari-hari makan..Free pulak tu..Hahahaha...dan boleh jugak buat contest or segmen ke kan?"SEGMEN JOM BELANJA MAKAN TUTTI FRUTTI"..hahaha...hambek kaw...sekali yang Lyeen belanja nanti ambik berkilo-kilo..mampus nak bayar..hahaha...Okey u all...

p/s: Rindu nak makan TF~~~~:)

Rabu, 14 Disember 2011

Hilang?Dan bertemu semula?

Assalamualaikum u all...hehehe..semakin lama Lyeen hilang semakin lama jugaklah blog Lyeen tak muncul catatan baru..(bajet blog femes-memes..hahahaha).....Anyway, Lyeen tak nafikan ada yang rindukan?hehehe(Lyeen!!pleaseeeeeelah!!!)..Okey,dah sampai Tawau nie barulah sekarang dapat jumpa kawan-kawan yang STPM tu kan?Rindu sangat-sangat kat diorang kan?Antaranya...Yuyuq,Misni,Dewi,Farizan,Nabila dan Heny..Tapi, untuk kesekian kalinya Dewi takdak kot sebab dia masih study kat Kelantan..Dia tak balik lagi kot..Okey..so, esok pukul 11..maka kami sudah berjanji untuk bertemu semula..setelah setahun lebih tak jumpa....Rindu okey!!Rindu sangat-sangat...

Maka, nantikanlah entry yang bakal Lyeen post sampai mata u all juling nak baca..hahaha...(Ketawa berdekah-dekah samapai terbatuk-batuk!)hahahahahahah...kejamnya kau Lyeen!Serius,esok akan adalah sesi jejak kasih kan?Hehehe...Siapa tak rindu zaman sekolah-sekolah weiiiii...lagi-lagi time form 5 zaman kegemilangan usia remaja kan?Mesti u all pun banyak sangat peristiwa yang sangat best itu..situ jugaklah sedih,ketawa,gaduh dan sebagainya....(tak kurang jugak jumpa first love kat sekolah kan?hahahhaa).....Okey, akhir disitu nanti En.PC buta pulak mata dia baca entry kali ni...hahahhaa...

So,esok Lyeen akan jumpa kawan a k a my BFF okey!!!Rindu yang teramat dengan diorang..Semoga, pertemuan esok mampu mengubat rindu..hehhee...

p/s:entry macam karangan~~

Ahad, 4 Disember 2011

Air Asia pluuussss Peanut Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Hari ni post semakin mecurah-curah..(Okey!biar je la kan...takpa..saja bagi u all banyak membaca....cuba membela diri sendiri*)..Okey,sekarang Lyeen dah happy sangat-sangat....Eh kenapa?Erm, okey..sebab tiket dah beli...hahaha....walaupun mesti ada diantara u all akan cakap.."Nak beli lambat kenapa?padan muka kau kan Lyeen?Hahaha..."..Well, Lyeen tak kaya macam kau...nak beli tiket on the spot kan?(Sekali  lagi seakan cuba membela diri sendiri...Ada ku kesah?Hahahha..)

Hari tu pegilah beli tiket kat Air Asia..Yerlah...Penerbangan termurah oke!..Punyalah lama Lyeen nak tunggu kan..Huh...kaunter ada tiga tapi yang buka satu jer..dahlah orang ramai time tue..Huh...sabar jer la kan...Takpa..takpa...


Ha..kau tengok tu!Anda akan dilayan sebentar lagi..Hahah..Sebentar la sangat kan?Ko bayangkanlah..jam kat situ 10.53 kan?Kan? Tapi...Lyeen keluar dari situ 11.30 okey!Haha...ko bayangkan...dapat tak?Ha...bergegar jugaklah kepala lutut Lyeen kan?Hehehhe...Lepas je tu..balik umah..penat sangat-sangat oke!Then..buka peti ais...Tadaaaaaaaa~~~


Suka dak?Nie ais perasa peanut..tu yang hitam-hitam tu peanut dialah...sedap okey!Nie bekas punya besar gedabak kan?Ha...ambek kau..sampai muntah nak makan...Okey..Meh Lyeen zoom sikit kat peanut tu..hahaa..(nak bagi u all jealous sikit sambil mula menanam azam untuk membeli ais sekarang jugak!)


Maka, u all pegilah buka dompet sekarang jugak..ambik duit,then u all bagitaw kat mak abah..."Mak jom pegi beli ais!"Hahahhaa...u all cuba merasai nikmatnya...lagi-lagi musim panas yang menusuk ke tulang nie kan?Nikmat sangat-sangat...Okey...Selesai jer membaham ais krim itu 3 gelas okey!Lyeen terus duk diam..tak berani nak makan lagi...sebab..gigi dah mula berdenyut...so,peringatan!!Jangan berangan nak makan banyak-banyak kalau gigi tu dah sensetif...Padan muka aku!Hahah..

P/S: sekian je sesi untuk hari ni...kalau pasal makanan Lyeen memang suka nak cerita..u all bagi jer tema makanan apa..pandailah Lyeen nak gorengkan?Hehehe..babaiiiii...^^

Rabu, 30 November 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua yang semakin rajin menjenguk blog Lyeen nie okey...Lyeen hargai sangat okey!*Nah...Lyeen bagi cupcakes pink ada strawberry kat atas....Jangan tak makan oke...Erm...U all tahu tak esok hari apa?Hahahaha...soalan bonus datang dari manusia yang cukup genius...hehehe...Baiklah..esok 1 Dis 2011 bersamaan dengan hari Khamis....

Hey lyeen yang ko menggelupur sanagt dengan tarikh tu kenapa?Okey..meh cheq habaq kat hampa semua....bahawasanya...esok akan terbit dan muncul sebuah cerita yang bertajuk OMBAK RINDU!!!!hahahhaa...suka100x....Biarpun cerita tu adaptasi dari novel...sure,Lyeen tetap nak pegi tengok okey!Fauziah Ashari..Like it..Wahhhhh...jom serbu TGV or GSC dan sewaktu dengannya...hahaha...menghabiskan segala kebenganggan yang meraja di kepala sepanjang cuti nie..Oke?Siapa nak ikut???Silalah belanja diri sendiri...


p/s: kepada roommate saya..Saudari Mashlina binti Mokhsar..adakah anda sudi untuk menemani saya untuk menerjah panggung di Tawau ini??Hahhahaa.....

Selasa, 29 November 2011

TAWAU: "Home sweet home"

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah buat semua yang rajin view blog Lyeen yang semakin berbau hapak ini...Musim cuti ingatkan rajinlah nak mengupdate blog kan?Tapi..nampak gayanya semakin malas...*sebab aktiviti lain seperti tidur dan makan yang triple dari biasa...super duper punya beb!!Haahhahaa....

Alhamdulillilah, Lyeen selamat sampai Tawau 19.11.2011 yang lalu....hahaha...dah 10 hari Lyeen kat Tawau..rasa macam cepat je la kan masa berlalu...Sangat pantas..dan tak lama lagi kembalilah ke tempatku menuntut ilmu itu...4 tahun lagi oke!Alahai..nak jadi cikgu bukan mudah beb..susahhhh..tapi itu jugak yang best oke...Baiklah..abaikan sesi pengenalan yang berjela-jela itu...

Sepanjang cuti ni Lyeen tak banyak sangat aktiviti luar...pegi bandar Tawau pun baru sekali tu pun teman mak pegi beli barang dapur then duk kat rumah ni jadi pengasuh sepenuh masa...hahahaa....Tapi, dengan bangganya Lyeen nak bagitahu 10 hari ni je..dah berapa makanan yang masuk dalam perut ni...dan paling penting makanan tu Lyeen tak boleh buat kat KL oke! Antaranya....Kek coklat 1 gelas itu...,kuih sagu merah itu...kuih bahulu kecil itu...kuih gelang a.k.a donut yang gedabak itu...dan paling penting mangga epol tepi umah makan dengan garam plusssss lada a.k.a cili api kalau kat KL...hahahaa...Sangat meriah...

Okey..tu aje kot...nak menaip panjang lebar...jam pun sudah semakin mengetuk-ngetuk supaya Lyeen cepat-cepat  pegi dapur masak sambal belacan yang dari semlama nak masak tak dapat tu..Oke..babai....

Terima kasih..^^

Sabtu, 12 November 2011

Kau ingat kau bertudung baik sangat?Dan kau ingat yang tak bertudung tu jahat sangat la?


Hye u all...entry kali ni mungkin ada yang bakal menguris hati dan merobek sekeping hati wanita yang sensetif itu...aduuiiiii.....sedihlah sangat kan...hehehe..baiklah...entry kali ni tak dak lah kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia....Oke...Erm...sebenarnya ari ni Lyeen nak buat entry tuuuu naaaa macam tajuk kat atas tu....

Zaman sekarang ni ramai yang bertanya...
"Bertudung tu konfom baik ke? Tak bertudung tu konfom jahat ke?Bertudung tu sah masuk syurga ke?Tak bertudung tu sah masuk neraka ke?"

Masalahnya, berapa ramai yang bertanya....
"Bertudung tu wajib ke?Sunat ke?Harus ke?Keperluan ke? Or sekadar nak ikut suka ati aku aje...?"

Baiklah...Sebelum tue Lyeen nak tegaskan, Lyeen bukanlah pakar agama nak berdiskusi pasal ni..Tapi tadi time Lyeen berfacebooking...Ternampaklah satu status kawan Lyeen yg berbunyi macam ni...
"Bertudung tak semestinya baik..tak bertudung tak semestinya jahat.."
Masalahnya disini...bukan baik ke jahat....masalahnya ialah....
...
.......

"BERTUDUNG TU KEWAJIBAN KAMU SEBAGAI WANITA ISLAM"

Buktinya...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 
(Surah An-Nur, Ayat 31)

Lagi...

 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab, Ayat 59)

 Jadi, jangan dipersoalkan samaada wanita bertudung itu  baik atau tidak....Sungguhpun dia jahat tetapi dia sudah berjaya mendidik dirinya untuk mengikut suruhan Allah SWT...Di  sini juga bukan saya katakan yang tidak bertudung itu jahat dan tidak mengikut suruhan Allah SWT tetapi sesungguhnya tidak sempurna kewajibannya lagi sebagai wanita muslim....Kerana apa?Kerana bertudung itu WAJIB!

Anda boleh baca di SINI dan SINI

Bukan persoalan dia BAIK dan dia JAHAT...walaubagaimanapun...yang bertudung itu sudah terlepas dari satu dosa iaiitu dosa tidak menutup aurat...Sekiranya auratnya ditutup dengan sempurna!
 
p/s : Jangan hanya kerana kita terlalu taksub dengan duniawi..sehingga kita terlupa dengan kepentingan ukhrawi..Renung2kan dan selamat beramal...^^ dan kepada wanita yang bertudung ..peliharalah amanah yang kita pegang sebagai wanita muslim..."jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.."

Suku Kaum Suluk?Yah..itu Lyeen!


Hye semua...ha...hari ni Lyeen ajak u all menjelejah mengenali bangsa Lyeen..hahaha...mesti anda...anda dan anda....pernah dengar...dan ada juga yang langsung tak pernah dengar kan?Oke...takpa..jom...Sumber nie Lyeen dapat dari MR.WIKIPEDIA...hahahaha....

SULUK
...
...
......

Tadaaaaaa!!!

Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.
(Aik...Tawau??oooo...MR.WIKIPEDIA lupa nie....oke..xpa3x...)
Teruskan membaca....
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.
(Ooooo.....Sulu....jadi Suluk....patutlah...Well..pelarian tu Lyeen konpius sikit,,..)
Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Dah kenal dgn bangsa Lyeen?Unik tak?Oke...

Header baru saya kali yang ketiga!


Okey...Kamu..kamu..kamu....selamat berblogwalking...Nie mesti tersadung kaki nie..tue yang berhenti kejap kat blog Lyeen...yer kan?Sebab terkejut tengok header yang baru itu....hahahhahaa...* Lyeen ko jangan perasan boleh  ....tak...hehehe....rasa macam nak ketuk je kaki dia nie....

Baiklah....kembali ke pangkal jalan yang diredhai...Lyeen nak berkempen seketika...Tak sangka Lyeen dapat buat header untuk kali yang ketiga kot...Lupa jugak nie...Hehehe...

Lyeen sepatutnya kena  study untuk exam Selasa nie..Tapi.....Tapinya..Lyeen lebih suka buat revision dekat photoshop tue kan...belek2 mana yang patut sampai terhasilnya header yang entah apa2 kat atas tue...Dan kat bawah nie...


Header kali nie lebih bercirikan colourful..Haaa......kalerful la sangat kan?kan?..tapi still comel..yer dak??hehehe...Lagi satu pelangi tu tertempek dengan jayanya diatas kepala Lyeen yang comel itu...*sekali lagi perasaan itu muncul...heheheh sebab cer u all halakan cursor tu kat header...ada lah hujan yang turun bagaikan mutiara tue kan...ha....konon2nya ada WACANA (hubungkait mcm dlm subjek bm2) la antara kedua2nya....okey dak?Hahahaa....

Baiklah...pagi pun dah sure pagi...sangat pagi...jadi Lyeen undur diri dulu okey?Bye..~~~

p/s: rindu nak mandi hujan~~



Ahad, 6 November 2011

Happy Birthday My Friend!!


Wowww!!!
Okey..tepat pukul 12.00 nie..maka genaplah umur lelaki itu 19 tahun..hahahha...
Happy Birthday Mohd.Afiq Aizad bin Akub a.k.a Afiq!!




Wish you...
Comel2x jak..
Handsome2 kunun....
Kaya suatu hari nanti..hahahaha
Lulus exam...amin...
Dpt jodoh yg baik2....
Jd cgu yang terbaik!!
Dak kuat marah mcam nenek2...
Moga panjang umur dan d murahkan rezeki...

Dan...

SEMOGA KITA SENTIASA JADI KAWAN PALING MAAAAAANNNNAAAAANNNGGGG DI DUNIA...

walaupun ko sukak c nangis sa..hahhaa..

p/s: dakda kek untuk ko...hahahhaa

Rabu, 2 November 2011

Tips nak tingkatkan followers!!


Wow..sehhhh..ngadanya engko Lyeen nak bagi tips..hahaha...ewww...jangan disangka air yang tenang takdak buaya okey...Sini...sini..Lyeen nak ajar sikit cara nak kasi tu bloggers2 lain senang jer nak join site blog kita yang comel2 ni...okey...macam ni ...

MASALAHNYA...

Ada sesetengah blogger...termasuk Lyeen(masa muda2 dulu)...suka sangatlah letak gajet followers tu kat bawah kan?Sampai lenguh jari ni nak cari..manalah butang nak klik budak nie!!Lagi2 kalau kena entry yang panjang bapak oi...ha..kan..hehehe...Entry baca dah best..tapi bila nak join site dia..alamak...!!
Jadi,letaklah gajet followers tu kat atas..senang sikit nak klik kan?

Kedua!! Ada pulak sesetengah bloggers..termasuk Lyeen jugak..(dulu2 masa kecik2 lagi)...memang mudah nak letak button "FOLLOW" mcm button "DASHBOARD"..mmg lawa..kemas gitu...Tapi masalahnya...ada pulak yang link dia salah...tetiba xdpt follow dia..ha....

Setakat Lyeen jadi blogger nie..itulah masalah yang selalu Lyeen hadapi kalau nak follow blog2 itu...ha..Okeylah..itu aje utk hari ni..Bye...^^

Selasa, 25 Oktober 2011

Nilai aurat hari ini?


Hye semua...suspen jer kan tajuk post kat atas tu!Hehehee..tak da la...tadi asyik berblogwalking lyeen terserempak dgn entry yang sgt2 best dan boleh dijadikan pengajaran..boleh KLIK SINI..cute sehh owner blog tu..Okeyh..berbalik pada tujuan asal entry ni ditulis..


Serius,lyeen jugak bukannya dalam kalangan mereka2 yang warak dan baik..lyeen taw lyeen punya salah dan kelemahan juga...Tapi,melihat pada nilai aurat wanita hari ini..Melayu khasnya..sangatlah sedih untuk kita ceritakan apatah lagi untuk kita lihat dgn mata kepala sendiri!

Seakan2 maruah bangsa sendiri dicanang ke sana dan ke mari..lyeen tertarik dgn ayat ni..
"wanita hari ini tidak tahu untuk membezakan MENUTUP dan MEMBALUT aurat mereka"
Sungguh,lyeen juga kdg2 alpa dgn fesyen dunia yang semakin menuntut ke arah keburukan namun ALHAMDULLILAH lyeen cepat tersedar dan mohon Allah SWT memberi peluang untuk terus berubah ke arah kebaikan..


Sungguh!Aurat seakan2 menjadi tontonan utama dan tiada lagi perasaan malu itu untuk  menghalang segala keburukan!Secara tidak langsung imej wanita itu terjejas sama sekali!Yang bertudung..alhamdulilah..tapi seringkali menjadi ISU apabila tudung ittu sekadar menutup helaian rambut dan bukannya anggota yang patut ditutup!Di mana nilai aurat itu hari ini?


Yang tidak bertudung?Carilah jalan penyelesaian dan moga pintu hati kamu terbuka luas..Amin..

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

..Semoga aurat kita terus terpelihara...


Isnin, 24 Oktober 2011

Petua 1 : Hilangkan kelemumurmu itu!


Wow..nampak tajuk post tu bajet hooooootttt!Haahahhaa..Okey..baiklah..kenapa tiba2 CL post pasal petua2 ni?Sekali lagi ketawalah anda! Huh!CL sekarang dalam dilema ok!Dilema sbb kepala ni dah berkelemumur!Tak suka okey!Huh!!!


~~BAIKLAH NI PETUA DARI NENEK DI KAMPUNG~~

Ambil limau purut (mengikut tebalnya rambut anda..kalau tebal..ambillah banyak2 ok!)


Lepas tue kan..perahlah limau tu dlaam satu bekas..DAN...

sapu + urut2 lah kepala anda yang berkelemumur tue dgn air perahan limau purut ni...

PERINGATAN: Serius memang pedih wooooo~~lepas letak tu boleh tidur2 lagi sementara tunggu meresap penuh ke kulit kepala kan?Hehehee..Okey...serius...hasilnya mmg baik..kepala rasa segar~~

kalau pakai tudung pun selesa!takdak la garu sana~~garu sini...ish~!

SELAMAT MENCUBA OKEY!

Forum Bahasa bersama Tokoh Bahasa!


Hye semua...okey...semakin hari CL semakin malas mengupdate blog..Apakah tandanya itu semua?Hahahahha....CL bukan malas mengupdate blog buruk ini okey! Tapi...masa itu seringkali mengejar dna terus mengejar sehinggakan CL berpeluh2 utk terus berkejar....(merapu!)

Sekarang dah cuti!So,kita enjoy!!!Okey tengok title kat atas tu!Fuhhhh!!Serius..walaupun CL ni seorang pelajar aliran bahasa dan menuntut di IPTA yang sangat2 menekankan mutu bahasa TAPI dalam blog CL, CL belum mampu untuk terus menulis dengan bahasa2 yang mantap...

KERANA?

CL belum sedia lagi...tunggu ilmu sudah cukup dan CL akan menuju ke arah itu! Sememangnya kita sebagai bangsa Melayu yang WAJIB memperkasakan bahasa Melayu itu sendiri dan merupakan  tanggungjawab semua!
Mulai hari ini juga CL akan bermula sedikit demi sedikit!

SEBAB?

CL bakal bergelar CIKGU LYEEN yang akan mengajar subjek BM okey! Malu kalau CL sendiri tak mampu menggunakan BM dengan baik!

Okey2..berbalik kepada tajuk utama~~
19 Oktober bersamaan dgn hari Rabu tadi kelas CL dan kelas PC CL telah menghadiri satu forum bahasa yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara..

Tajuk:?
MEMARTABATKAN BAHASA : MENGAPA KITA MASIH BERGELUT?

Kupasan tajuk yang snagat2 menarik dan sangat PANAS!huhuhuhuhu....panas tak panas? Hanya mereka yang ada di dalam dewan tu aje yang dapat merasa bahangnya okey!

Okey~~sebelum balik...dah habis memerah otak..sekarang masa untuk melonggarkan \kembali skru2 kaki yang dah ketat! Jom layan~~~









credit to Abg Moriss & Abg Paan sbb mengupload gambar2 comel ini!
Tu ake..daa`~~
S.E.K.I.A.N


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...