Jumaat, 22 Mei 2015

Kenapa Kita Gagal Meskipun Kita Mahukan Kejayaan?

Assalamualaikum.

Lamanya Lyeen tak update entry. Kalau dulu rajin je nak update entry setiap hari. Kenapa semakin malas ni Lyeen? Kenapa? Kenapa? Ya, akan ada suatu masa perasaan teruja nak taip entry tu berkurang dan apabila perasaan teruja tu datang kembali. Kita seakan-akan lupa rentak bagaimana yang kita gunakan untuk menaip entry.

Begitu juga dengan ilmu yang kita ada. Jika kita simpan dan tidak digunakan apatah lagi dipraktikkan. Pasti lupa. Lupa itu adalah penyakit yang paling bahaya. Apa sahaja yang kita tidak ingat akan mengundang pelbagai kesan. Oh....tidak! Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Bila tiba minggu peperiksaan, masa tu lah kau akan rasa penat, malas, bosan, pening, sakit, lapar, demam dan sebagainya. Bila tak pexam. Relax je hidup. Hahaha.

Tapi, sebagai pelajar kita kena pandai bahagi masa. Masa untuk malas. Masa untuk penat. Masa untuk buat benda yang tak berfaedah. Ada juga ke Lyeen masa yang kau peruntukkan untuk benda yang tak berfaedah? Hahaha. Jangan. Pastikan setiap saat yang berlalu itu berfaedah. Orang yang berjaya adalah orang yang menghargai setiap saat yang berlaku dalam hidupnya TETAPI orang yang gagal adalah orang yang mensia-siakan setiap saat yang berlaku dalam hidupnya.

Gambar yang aku guna untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Yang Berhormat sangat gaya aku posing. Hahahaha. Bukan apa, supaya dengan ini aku ditempatkan di negeri asalku semula. Doakan. Doakan. Doakan.

Lyeen cuba untuk jadi yang terbaik bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri Lyeen sendiri. Lyeen mahu berjaya. Kalau tidak,  untuk apa 5 tahun aku di sini? Aku perlukan ilmu untuk aku bawa pulang bukannya otak yang kosong tanpa ilmu. Semoga semuanya dipermudahkan. Hanya tinggal berapa bulan sahaja lagi Lyeen berdepan dengan semua ini. Selepas ini, akan ada lagi dimensi baharu dalam hidup Lyeen.
Nota merah jambu: Orang  suka pada kejayaan berbanding kegagalan. Tapi, kenapa ada sahaja yang gagal saat kita meniti kejayaan? Kerana, Allah mahu tunjukkan kepada kita bahawa bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu nikmat. Kejayaan itu kepuasan. Kejayaan itu ganjaran yang sangat lumayan. Lantaran itu, semua orang mengejarnya walaupun nafas sudah dihujung hela.
Lirik lagu yang ayat terakhir tu. Hahahahaha.
Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...