Isnin, 18 April 2011

Just for u my beloved sister!!

Wahai adikku...Marliza binti Roslee....Tahukah anda bahawa SPM bakal menjelma tidak lama lagi..setakat mana persediaanmu wahai adikku?Kakakmu ini amat merinduimu...Maaf andainya kakakmu ini tidak dapat bersama-samamu untuk menghadapi SPM mu seperti kau menemani kakakmu ini saat SPM menjelang pada 2 tahun lalu..Terima kasih adikku!!!Belajar baik2...jangan hanya berdepan dengan facebook!!Buktikan pada semua bahawa anak KUNUNG boleh bah!!Yess!!!Jangan hanya kita jauh dari keluarga..kita putus asa and sedih...jadikan alasan itu sebagai satu pembakar semangat..Pastikan cita-citamu untuk menjadi seorang doktor akan berahir dengan tangis gembira dari mamak dan abah!!Pastikan juga kakimu samapi untuk bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia seperti yang kau idamkan dari kecil!!Mesti kau ingat masa kita kecil2..kita selalu gaduh2..kita main masak2..main doktor2..main cikgu2...kan?Lepastu,kau pena cakap dengan mamak...Mak aku mau jadi doktor,nanti mamak jumpa jak aku,aku bagi mamak ubat free jak...Pastikan ayat tu jadi kenyatan!!Walaupun manak dengan abah tak boleh datang masa kau SPM nnati..Yakin bahwa semangat dari mereka berdua kekal ada!!Kakakmu ini akan sentiasa ada untukmu!!Sayang kau adikku!!Kukuhkan persediaanmu sekukuh kasih sayang mamak dan abah!!Lengkapkan dirimu dengan doa sesuci doa kasih ibu dan pengorbanan abah untuk kita...Yakinkan dirimu dengan ketabahan yang dibekalkan oleh abang adi dan kak nina!!Jadikan mereka sebagai tiang untuk kau berpaut!!Jangan risau...Kakakmu disini..walau jauh...akan sentiasa mendoakan kejayaanmu..Ingat!!Kegagalan abah dan mamak dalam pendidikan bukan bermakna kita anaknya juga gagal!!buktikan pada semua bahawa kita walau hanya anak seorang pengawal keselamatan dan suri rumah sepenuh masa mampu untuk berdiri dan sekuat anak orang lain!!Ingat abah pena pesan!! Lina jadi macam Gloria Macapagal Aroyo!!Walau pendek..tapi mampu menjadi pemimpin!!Liza!!Jadi macam Tun Dr Mahathir...Doktoryang juga menteri!!!Jadikan itu sebagai asas!!!Kita sebagai kakak menjadi pendorong untuk adik2 yang lain!!Chaiyok2 adikku sayang....Buat yag terbaik..jangan lalai dengan sms...jangan lalai dengan MTV mu tu...jadi insan yang baik...kita kan hebat....MAR!!!boleh!!!!Kaut sebanyak mungkin A yang ada dalam SPM tu..k??Good luck adiikku....Buat persediaan dari sekarang...n buat Johari!!buktikan dengan semua bahawa walaupun kamu couple!!Tu bukan penghalang untuk terus berjaya..buktikan pada semua k...Kalau failed!!Reject jadi adik ipar!!Okey....tumpu dgn SPM dulu...jangan main-main..SPM penentu segala..Go Kinabutan!!Go Sri Bentong!!Selamat maju jaya adik-adikku...^_^

Jika kau sahabat...

Pelagi tidak akan setia menanti...
Suatu masa akan pudar pasti...
Bukanku tak mahu cahaya mentari....
Bukan ku tak mahu ukhwah berseri..
Namun, cahaya tak menyinar lagi...

Pelagi bukan selalu ada..
Menyinar pada suatu masa....
Begitu juga aku..
Tidak selalu ada untukmu..
Suatu hari aku pasti jauh....

Bukanku menolak...
Jauh sekali berlari jauh...
Meredah antartika...
Melayar samudera…
Namun,
Demi erti sebuah persahabatan....
Aku gagahkan kaki..
Aku tekadkan hati....

Umpama angin meniup pepohon...
Rimbunan dedaun jatuh gugur...
Kau dan aku tak selama bersatu...
Sengketa mu pasti  menguris jiwa....
Maaf andaiku tak jujur...
Aku berdiam kerana aku tak mampu bersuara...

Aku kenari desa yang tidak nyaring berkicau...
Kicauku sumbang tatkala kau kakaktua berkata-kata....
Namun, aku tidak iri...tapi aku terhiris...
Bukan aku emosi...tapi aku sensitif...
Bukanku tagih simpati...tapi ku rayu kau mengerti...

Walau kau dan aku jauh berdiri...
Mataku masih memandangmu...Kerana kau sahabat..
Dulu hingga kini.....
Walau kita jauh berbeza...
Aku jauh bukan kerana sakit...
Tapi untuk merawat....
Pohon mengerti...
Kita insan terpilih....

Nukilian buat sahabat....
Ulfah, Dewi,Jen,Bell,Heny & Yuyuq....and buat insan yang.....bergelar sahabat…J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...