Jumaat, 28 Februari 2014

Jangan Marah-Marah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Blueberry. 

Sebab semalam minum Bluberry Fizz dekat Pizza Hut dengan Suri. Rasa fresh sangat nak update entry malam ni sebab esok cuti. Lusa cuti. Owhhhh, heavennya Lyeen. Hahaha. Tak sedar diri yang assignment aku tengah bertindih-tindih dekat dalam fail. Semester ni azam Lyeen kuat nak buat assignment awal-awal. Sekarang ni pun Lyeen tengah buat video untuk tugasan EDU 3106, Budaya dalam Pembelajaran. Tapi, Lyeen rest kejap sebab otak dah jammed duk fikir pasal budaya orang Bugis. Aku bukan Bugis!
 Semalam Lyeen makan dekat Pizza Hut, Mid Valley menghilangkan stress dengan orang Bugis ni. Hobi kami memang seangkatan. Suka makan. Hahaha. Tugasan assigment juga yang menuntut Lyeen untuk belajar budaya orang Bugis. Nak tak nak, Lyeen kena belajar juga. Kot-kotlah mak aku dapat menantu Bugis. Hahaha. I mean, adik aku punya calon suami. Bukan aku. Aku single okay! Erm, hari ni kelas sekejap je pun. So, tadi Lyeen kemas bilik, basuh baju, jemur baju....dan sebagainya. Semalam Lyeen terbaca satu artikel tentang, "Jangan Marah-Marah". Kalau tak silap tu tajuk dia dekat akhbar Sinar. Terasa betapa berinformasinya Lyeen bila baca akhbar. Eh?

Cerita pasal marah. Bila orang marah kita, kita rasa apa? Kalau Lyeen rasa nak menjerit lepastu pekik kat telinga orang tu, "Cakap baik-baik! Telinga aku bukan untuk dengar kau marah aku!" Cehhh. Hahaha. Tapi, serius gua cakap sama lu, Lyeen memang stress gila-gila kalau kena marah sebab Lyeen sendiri tak suka marah orang. Okay, Lyeen nak share apa yang artikel tu nak sampaikan. Bila kita kena marah, pastinya kita akan jadi tak tentu arah kan? Makan tak lalu, mandi tak basah dan semualah jadi tak kena. Hari kita jadi hari yang paling menjengkelkan hari tu. Hati jadi sakit. Paling penting rasa macam nak cekik orang sampai terkeluar anak tekak.

Tapi, tahukah kita bahawa bila marah tu sebenarnya mengundang lebih banyak masalah. Sebab apa? Bila kita kena marah, kita akan jadi stress. Sedangkan orang yang marah kita tu? Boleh jadi lepas dia marah kita, dia buka facebook, dia update entry, dia makan Pizza Hut dan lain-lain. Marah dia dah lepas. So, dia dah release tension dia. Sedangkan kita yang kena marah ni? Terbeban dengan kata-kata dia yang tadi marah kita. betul tak?  Bila orang marah ni, kadang-kadang dia tak sedar pun apa dia cakap. Mulut selamba je pot-pet-pot-pet. Tak sedar yang kata-kata dia tu menghiris hati orang lain. Ni kena jaga!

Kesimpulannya, bila kita rasa nak marah orang tu. Kita fikir dulu apa perasaan kita kena marah? Haaaa... dekat situ point utama, jangan sesuka hatinya kita nak marah orang lain kalau kita taknak kena marah. Tapi aku? Aku tak marah orang kecuali kalau orang tu memang buat hati aku rasa macam nak kena bakar-bakar dengan bom. Pesanan ikhlas untuk semua readers Tanah Kedaung saya, jangan marah-marah okay! Apapun yang berlaku dalam hidup kita ingatlah bahawa Allah ada bersama kita. Jika orang lain buat sesuatu yang tak baik dekat kita, kita jangan balas balik sebab tu dendam namanya. Kita rileks je. Senyum-senyum sambil angkat kening. InsyaAllah, jika hati kita tenang maka hidup kita juga akan tenang. 
Abaikan orang-orang yang mendatangkan 'penyakit' dalam hati kita. Hilangkan. Hapuskan. Matikan. Kuburkan dalam-dalam. Jangan pernah ingat lagi. Kita sama-sama buka lembaran baharu. Jangan pernah toleh ke belakang lagi. Saya adalah diri saya. Jangan pernah ganggu hidup saya yang baharu kerana hidup saya hari ini adalah kehidupan yang saya bangkitkan dari sisa-sisa kekecewaan yang pernah diberikan kepada saya. Sesungguhnya, orang yang bangkit dari kekecewaan itu boleh jadi lebih kuat dari sebatang besi. Payah dilebur apatah lagi dibengkokkan. Mustahil! 

Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 27 Februari 2014

Hilangkan. Lumpuhkan. Matikan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet dengan Chocolate.

Sebenarnya tak plan pun hari ni nak update blog, tapi tiba-tiba ada idea nak taip tu sebab terus buka dashboard yang dah lama sangat tak buka. Minggu ni Lyeen tak tahu kenapa Lyeen rasa letih sangat. Rasa seluruh badan ni penat. Tulang-tulang ni rasa macam dah longgar. Hahaha. Minggu ni je sibuk dengan macam-macam hal dekat IPG. Semester ni semua kerja nak kejar laju-laju sebab takut menganggu masa nak praktikum nanti sampai tahap tercungap-cungap nak kejar. Rasa nak senyum pun dah lupa macam mana nak senyum!
Minggu ni juga minggu Lyeen membiasakan keadaan diri. Tahu je bila orang kecewa ni, masa nak betulkan emosi, betulkan hati, betulkan rutin tu semua kena berubah. Nak tak nak kena buat juga. Kalau sebelum ni ada orang nak care tapi sekarang orang yang care pasal kita dah kena rampas. So, kita buat hal sendirilah. Okay, rasa emosi pulak taip ayat tadi. Nak delete tapi rasa malas nak delete. Baca jer la. Eh? Hahaha. Nasib baik kali ni tak rasa kecewa gila-gila sebab dah pernah kena berkali-kali sebelum ni, so persiapan kali ni lebih strong! Strong pun gua tetap nangis beb! Tapi, bila fikir balik, bazir air mata aku je. Sakit hati kot bila kita sayang sangat-sangat tapi khianati kita. Tinggalkan kita macam tu je. Ohhhhh, sedih rasa macam nak nangis lima puluh lima tahun. Ok tamat. 

Semalam Lyeen dengan tak sengaja pitam dalam kelas. Alhamdullilah kelam kabut juga kelas aku buat. Sebelum pitam tu aku menangis sebab aku terasa hati dengan classmate aku. Jujur, Lyeen memang tak suka kena marah. Bila aku kena marah, cepat je air mata aku keluar macam air paip. Bila aku nangis, mulalah oksigen aku kurang. Haissshhh! Tapi, mungkin juga badan Lyeen lemah sebab minggu ni waktu untuk berehat tu memang susah nak dapat. Pagi sampai petang, kuliah.  Petang sampai ke nak malam tu, latihan sukan. Malam sampai ke tengah malam, buat assignment. Bila masa nak bagi rest pada badan? Maybe badan lemah sangat. Kena dengan aku yang memang antibody tahap rendah. Hahaha. Rendah pun aku tetap atlet okay! Eh? Hahaha.
Lyeen bersyukur sebab Allah SWT pinjamkan Lyeen sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa ada untuk Lyeen. Buat Lyeen gelak. Buat Lyeen rasa sengal je. Buat Lyeen rasa happy! Selalu ingatkan Lyeen macam-macam. Kadang-kadang rasa sedih plus terharu sebab dapat sahabat baik macam classmates Lyeen. Dah tiga tahun sama-sama dan masing-masing dah kenal. Suka ayat Suri yang ni, "Aku kenal kau bukan baru semalam geng! Aku kenal kau sudah tiga tahun setengah!" Ehem, rasa sentap dengan ayat ni! Thanks sahabat!
Dan nasib baik Lyeen ada Beruang Pink aka Bear yang sangat setia. Dah dua malam Lyeen tidur mula-mula letak Bear dekat tepi sambil letak tangan Bear atas mata. Alih-alih pagi Bear dah dekat bawah katil. Owhhhh! Sorry Bear. Erm, seok kelas mula pukul 9 pagi. Alhamdullillah boleh lewat sikit nak bersiap. Hahaha. Paling penting esok hari Jumaat. Lepas hari Jumaat hari Sabtu. Yehhhh! Bila cuti ni rasa cool sangat-sangat sebab boleh keluar pergi mana-mana untuk bagi masa pada diri sendiri. Sabtu ni plan nak pergi KLCC sebab semalam aku mimpi pergi KLCC. Nak pergi tengok ikan dekat Akuaria.Sebab Akuaria banyak ikan Ohhh mesti best kan...? Lyeen tengah pujuk adik Lyeen yang dekat UIA tu untuk teman Lyeen jalan-jalan. Rugilah ada adik kalau tak boleh bawa jalan! Hahaha.

 Ehem, dekat IPG Lyeen ada satu akuarium besar mereka letak dekat lobi. Lyeen suka kacau ikan-ikan dalam akuarium tu. Lyeen letak tangan kat kaca akuarium lepastu tarik jari dari hujung ke hujung dan ikan-ikan tu pun ikut sekali macam ada magnet. Bila Lyeen lepas tangan, ikan tu bengang. Seronok. Rasa macam nak picit-picit ikan kat dalam tu sampai keluar isi perut. Eh? Hahaha. Apapun, motif entry malam ni takda isi utama semuanya isi rojak. Cuma nak pastikan blog ber'upadate' saja. Sebab tanah kedaung saya semakin kering kontang dengan sebarang bunyi tap-tap-tap atas keyboard.
Ni ikan yang ada kat lobi IPG Lyeen. Yang besar tu Lyeen namakan Bagong. Sebab ikan tu besar sangat. Bagong tu makna dia besar. Bagong tu juga ikan paling cepat stress bila dah asyik kau main-main lepastu tinggalkan. Sah-sah dia bengang. Lepastu Bagong melompat-lompat tanda protes! 
Nota pink: Semoga hari saya sentiasa ada sisa-sisa kebahagiaan dan kegembiraan meskipun saya seringkali dikecewakan oleh orang yang sama. Saya tak mohon apa-apa yang menyusahkan. Apa yang saya mohon semoga saya dipermudahkan untuk hapuskan, lumpuhkan dan matikan ingatan saya tentang orang yang tidak mahu menghargai saya. Hanya itu :'( . Andai kesedihan saya mampu melahirkan kegembiraan pada orang lain, maka tinggalkanlah kesedihan itu pada saya dan berilah kegembiraan itu pada mereka.. kerana saya percaya mungkin ada kegembiraan lain untuk saya."
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 23 Februari 2014

Belajar Dari Orang Yang Buat Kita.

Assalamualaikum Warahmatuulahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Cokelet!

Lyeen tahu tanah kedaung ni dah lama tak ber'update'. Nisbah nak update tu boleh kira seminggu sekali. Bukan tak nak taip tapi tak tahu nak taip apa. Hahaha. Sekarang ni Lyeen sibuk dengan persedian Kejohanan Olahraga Tahunan IPG. Poyo! Macamlah tugas aku berat sangat! Tapi, serius... sibuk sampai tak boleh nak khabar sibuk yang macamana tu! Tu sebab minggu ni orang sakitkan hati aku pun aku tak rasa sedih langsung! Hahahaha... Eh? Semalam baru terasa sakit bila pandang Bear aku. Eh?
Dari gambar pun aku harap orang tahu aku adalah manusia paling bahagia dalam dunia. Walaupun dalam hati aku rasa macam nak menjerit sebab dah banyak kali terkena! Ish... Okay, taip entry hari ni pun sekadar nak share quotes dari classmates. Suka sangat dengan ayat-ayat tu. Rasa macam done je kena terus masuk dalam hati. Eh? Jujur, kenapalah orang sekarang ni suka mainkan perasaan dan hati orang lain? Kita tahu macamana sakitnya dikhianati. So, kenapa dengan mudahnya kita nak khianati orang lain? Lagi-lagi yang memberi kepercayaan dengan kau bagai nak rak! Eh, sentap pulak taip entry ni. Hahahha. Apapun, buat orang yang terkhianat macam aku ingatlah bahawa "Yang Indah Hanya Sementara". Erra Fazira yang cakap bukan aku. Aku hanya klik butang LIKE tanda sokong!

Aku belajar kasih daripada orang-orang yang membenciku,
Aku belajar tulus daripada orang-orang yang memperalatkanku,
Aku belajar setia daripada orang-orang mengkhianatiku,
Aku belajar pengorbanan daripada orang-orang yang aku kasihi,
Aku belajar jujur daripada orang-orang yang bergelar sahabat,
Aku belajar rindu daripada orang-orang yang aku cintai,
Aku belajar bertahan daripada orang-orang memberiku ketidakpastian.
dan sehingga kini aku terus belajar..

Jangan salahkan atau marahkan orang yang khianati kita. Marah kejap-kejap dan sikit-sikit tu boleh. Kita berterima kasih kerana dari mereka kita belajar untuk KUAT, TABAH, CEKAL, AMANAH, DEDIKASI dan sebagainya. Walaupun sebenarnya kau rasa nak hayun kayu golf dekat diorang. Tapi, rilekslah...seorang khianati kau ada berjuta-juta orang yang akan hargai kau! Percayalah! Cuma cepat atau lambat je. Nak maafkan? Erm....yang ni susah sikit. Bila kita dah sakit hati kita akan cakap macam ni, "SAMPAI MATI AKU TAK NAK MAAFKAN KAU"... Kan? Kan? Lyeen pun pernah juga. Hahahha. Tapi, bila aku dah rileks. Alhamdullilah aku maafkan perlahan-lahan. Tapi...tapi....tapi untuk tengok muka orang yang khianati kita? Sorrylah! Ibarat luka lama yang berdekad-dekad tu bernanah kembali lepastu kena siram dengan air panas yang baru mendidih tu. Sakit oooo! So, lebih baik Lyeen memilih untuk taknak ambik tahu dan taknak tahu apa-apa. Dendam? No...Tapi, biarlah niat Lyeen hanya Allah yang tahu. Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati hamba-Nya.
Nota pink: Hari-hari kita belajar sesuatu yang kita tak terfikir kita akan pelajari ilmu itu. Hari-hari kita bertemu dengan manusia tapi kita tak terfikir hati manusia itu. Hari-hari yang kita lalui ibarat suatu penjelajahan, banyak yang akan kita lalui dan banyak yang kita akan belajar. Ada kalanya tersungkur jatuh ke gaung dan kita bangkit untuk ke puncak semula. Lambat. Letih. Tapi, hakikatnya kita tetap berusaha sampai ke puncak. Kerana kejayaan itu pengorbanan. Untuk berjaya, untuk bahagia, untuk gembira semuanya perlukan pengorbanan. Kekecewaan akan dibayar dengan kebahagiaan dan kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Lyeen masih berpegang pada ayat ini, "What you give, you get back!"
Ok bai. Assalamualaikum.


Rabu, 12 Februari 2014

Jalan

Assalamualaikum.
Setiap perjalanan ada kalanya terlalu mudah untuk kita lalui. Lurus dan indah tanpa berliku. Kita tersenyum kerana mudah untuk melaluinya. Tapi ada suatu masa, jalan itu terlalu payah dan terlalu sukar untuk kita hadapi. Berduri, berliku dan pelbagai dugaan. Jangan pernah mengalah, teruskan berjalan kerana siapa tahu andai di hadapan nanti ada 'misteri' yang menanti kita? Walaupun kita tersungkur jatuh, bangkitlah kerana kegagalan mengajar manusia mencari kejayaan. Kesakitan mendidik manusia mencapai kebahagiaan. Manakala kesedihan mengajak manusia mencipta kegembiraan.
Nota pink: Saya tak tahu apa akan jadi selepas ini dengan perjalanan hidup saya. Apa yang saya pasti, saya wajib untuk terus berjalan mencari falsafah hidup. Apa yang saya harap juga agar ada 'orang' yang sentiasa bersama saya samaada saat air mata kegembiraan jatuh membasahi pipi atau pun air mata kesedihan mengalir  pada wajah. Teruskan perjalanan kita kerana hidup ini suatu penjelajahan yang sangat luas!
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 9 Februari 2014

Jangan Jiplak!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Ehem-ehem, minggu ni ras amacam free sangat-sangat sebab rajin jer update blog. Ehem! Bukan tak sibuk tapi rasa rindu nak men'tap-tap-tap-tap' dekat atas keyboard. Sabtu tadi pergi outing dengan adik Lyeen. Tadi pergi dating dengan ehem-ehem. Hahahaha! Tipu. Orang single mana boleh dating dooohhhh! Ohhh, pasal tu cerita kemudian. Sebab cerita dia panjang sangattttttttttttttttttttt.
Aidijuma WL Tulip
Entry hari ni lebih kepada penceritaan umum. Hahahaha, semalam singgah beli tudung dekat Aidijuma Concept Store di Central Market, tak ramai orang walaupun AJ dah release tudung design terbaru. Semalam AJ buat sale untuk dua design terbaru je. Yang lain tetap dengan harga asal. Harga asal yang baru utuk semua koleksi Black Label ialah RM 49.00. Cunlah! Kalau dulu RM 59.00. So, harap-harap lepas ni sale 50% akan selalu ada. Hahaha.

Apa fenomena yang berlaku dekat Aidijuma sekarang ni memang diluar jangkaan. Semua orang berpusu-pusu. Tapi, sekarang ni bila ramai orang yang tak bertanggungjawab nak jiplak pulak design dari Aidijuma. Lyeen join beberapa group yang menghimpunkan peminat-peminat Aidijuma ni. Jujurnya memang kita tak puas hatilah bila ada orang yang jiplak-jiplak ni. Sabtu tadi pun pergi Masjid Jamej berlambak klon AJ ni. Senyum-senyum je lalu. Adik Lyeen cakap, "tak mainlah klon!" Hahahha. Ehem, tak marah bila orang nak beli. Yang penting niat kita nak bertudung dan tutup aurat tu baik kan. Alhamdullilah. Yang kita memakai ni tak  terasa sangat. Tapi yang empunya design tu. Kesian tengok post Datin Norjuma dekat Pages dia. nampak sangat dia kecewa dengan kelompok manusia yang menjiplak ni. Tak kisahlah bila kita beli dengan harga RM 59.00 tapi yang klon boleh jual hanya RM 6.90. Memang sakit jiwa kita dengar. Tapi apa yang penting kualiti dan kepuasan yang kita dapat. 
Aidijuma WL Waterdop
Jujur Lyeen memang puas hati dengan kualiti dari AJ. Kain tebal, Bidang besar dari bidang yang biasa. Kalau basuh mesin pun warna tak luntur. Sekarang pun White Label semua cun! Harga pun RM 10.00 je. Tapi stok memang terhad kan? Tu sebab kena grab laju-laju. Semalam pergi sebuah kedai tu, dia jual klon AJ. Macam-macam design ada, dari yang Black Label sampai ke White Label. Pegang kain dia. Memang nipis. Warna pun memang berbeza dan tak salah bila saya berbicara tentang kualiti. Konsep Lyeen beli tudung, "Biar aku beli mahal yang penting aku puas hati." Bukan Lyeen nak pentingkan jenama ke apa. Noooo! Ada sesetengah orang tu marah bila cakap pasal ni, "Biarlah jiplak pun! Yang penting tutup aurat!". Yes. Lyeen tak marah pada yang tukang beli sebab memang mereka tak tahu pun. Tapi yang tukang jiplak ni. Ermmmm, ibarat menadah nasi ke periuk nasi sendiri tetapi tak sedar periuk nasi orang lain dah tertutup rapat!

Nota pink: Bak kata Datin Norjuma, "Bagaikan kebiasaan yang saya lalui, mana mungkin perompak atau pencuri hak orang lain mengaku dirinya telah merompak/mencuri dan menjualnya semula... Mungkin ketika kecil dulu, ibubapanya berkata "tak pe lah meniru atau mencuri asalkan ke sekolah bertudung"... See, penuh tersirat. Apapun, good luck untuk AJ. InsyaAllah, AJ masih ada penyokong dan peminat setia yang sentiasa grab yang ORIGINAL dari AJ. Bukan pentingkan JENAMA atau TAG AJ tapi kualiti dan kepuasan yang AJ berikan kepada penggunanya!

#Siapa yang berminat dengan Tudung Bawal Aidijuma yang original boleh contact Lyeen dekat SINI okay. Bai. Assalamualaikum.


Jumaat, 7 Februari 2014

Pengisian Cuti Tahun Baharu Cina

Assalamualaikum.
Salam Cupcakes Cokelet!

Ermmmm, lama Lyeen tak update entry sebab asyik sibuk 24 jam. Ehem! Tapi, hari ni tetiba jadi rajin sebab kuliah selesai awal dan bolehlah Lyeen balik santai-santai. Hahahaha. Sampai bilik je terus ada keinginan nak kemas bilik dan sekelip mata saja bilik Lyeen jadi pink. Tak sangka aku tergolong dalam manusia yang suka pink. Eh? Dulu-dulu, Lyeen tak suka pun warna pink sebab rasa warna tu sesuai untuk perempuan yang lembut sangat-sangat. Tapi, entahlah...mungkin mata Lyeen lebih cool dengan warna tu tahun ni. Hahahha. Bukan bermaksud aku lembut sangat-sangat. Aku garang!
Okay, pink kan? Hello Kitty tu memang tema tahun ni. Siap dengan jam, frame, pensil, cawan dan tabung aku sekali semua Hello Kitty! Rasa macam dekat Jepun bila masuk bilik aku. Hahahaa. Cuti Tahun Baru Cina tadi Lyeen balik Karak dengan Suri sebab IPG cuti seminggu okay! Kenyang sangat-sangat bercuti. Balik Karak macam-macam yang kami buat. Menyanyi, main badminton, berbasikal, makan-makan, minum-minum, masak-masak dan macam-macam sampai tak terkira.  Tu sebab seronoknya cuti, rasa macam taknak balik IPG. Eh?
Tudung hot pink tu lah Suri. Yang berselendang pink tu pulak, adik Lyeen. Dia tak balik samma-sama dengan Lyeen sebab dia cuti lambat. So, dia balik sorang dari UIA terus ke Karak.  Rezeki kami cuti ni kena dengan raya kaum Cina kan? Dapat angpau okay! Ingatkan dah besar-besar ni takdak orang nak bagi duit raya, tapi percayalah bahawa semakin dewasa maka semakin banyak duit angpau yang u olls boleh dapat.
Orang yang paling happy bila kami balik Karak tentunyalah anak-anak buah aku. Aiman, Aisyah dan Aiqal yang sangat poyo. Mula-mula Lyeen dengan Suri sampai, mereka bertiga ni tersipu-sipu malu. Buat-buat tak nampak kami pun ada. Alih-alih malam tu, tiga-tiga datang bilik tanya itu ini siap buka laptop main game. Perghhh! Sekarang Aiman dah Tahun 2, Aisyah dah Tahun 1 dan Aiqal dah masuk prasekolah. Pejam celik pejam celik dah besar diorang ni. Tetiba rasa yang aku pun patut kena cari pasangan hidup mulai dari sekarang. Eh? Hahaahha.
Tu sebab Lyeen giat berniaga sekarang sebab nak cari duit lebih untuk kumpul. Nanti nak kahwin senanglah sikit kan? Hahaahha. Tak aihhhhh! Lyeen  suka tengok tudung-tudung ni tu sebab rajin jer nak jahit. Bila orang suka lagi seronok! Siapa yang nak order bolehlah pm Lyeen. Kan.Kan? 
Alhamdullilah, Ahad tadi kami selamat sampai  IPG. Kami balik awal sebab adik Lyeen kena masuk awal dekat UIA. Disebabkan abang Lyeen malas nak berdepan dengan kesesakan dekat Bandaraya Kuala Lumpur ni, maka kami balik sekalilah. So, abang Lyeen pun hantar sekali. Tak berkali-kali. Sebenarnya aku sendiri pening dengan ayat yang aku taip! Cuti yang berbaki dua hari tu, Lyeen habiskan dengan menjahit tudung-tudung customers dan siapkan kerja-kerja yang tertangguh. Alhamdullilah semua dimudahkan juga. 

Nota Pink: Esok dan lusa pun cuti. Seronok! Boleh  kemas bilik lagi. Entah apa-apa semester ni aku giat kemas bilik. Apapun, semoga semester ni lebih cool. Takmau stress aihhhh! Nanti semua orang aku serang. Eh! Saya hanya serang orang yang rampas apa yang saya sayang je. Sebab Lyeen memang tak suka PERAMPAS ni. Rasa  macam nak tolak dia jatuh sungai biar dia kena makan buaya. Hamboiii aihhh, kejamnya aku. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...