Sabtu, 8 September 2012

Belum berakhir!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam semanis kurma..:)

-Entry berbayar-

Ada sesetengah manusia dia suka tengok kemusnahan orang lain. Dan tidak kurang juga dengan aku. Dari dulu hingga ke hari ini orang yang sama sentiasa tertawa, tersenyum dan melompat kegembiraan melihat kesedihan aku. Lyeen sendiri tak pasti, kot aku pernah tertampar kepala dia kot then aku tak perasan. Tu yang buat dia dendam kesumat kat aku..T_T

Sure, sampai hari ni even kalau Lyeen nampak dia, aku cuba buat dia tak wujud. Sebab hati aku terbakar plus-plus bila tengok muka dia. Post kat fb, suci jer dia kan. Macam tak buat salah. Wal hal aku tahu apa motif kau. Sangat tak suka kau. Mudah-mudahan aku diberi kelapangan dada untuk terima kau jadi kawan aku balik macam dulu muda-muda.

Bagi aku kau penyebab semua ni. Kalau tak kerana kau, aku mungkin tak akan taip entry macam ni. Kalau tak kerana kau aku dah boleh senyum secomel yang mungkin. Tapi, semenjak kau buat hal aku rasa aku senyum pun dah macam katak! T_T Sedih ok..:'(

Kau nak tunjuk kau anak manja pun tak perlu menunjuk dengan orang yang tak sepatutnya. Memang cemburu. Bukan cemburu dengan sifat manja yang kau ada. Tapi, cemburu sebab manja kau tu bukan tempat yang patut kau buat. Dari duuuuuuulllllluuuu...sampai sekarang. Dulu tu panjang untuk tunjukkan betapa lamanya kau dah buat aku sakit hati.

Kerja kau ialah 'sentiasa ketawa atas kesedihan orang lain.'! Bukan sekali tapi berkali-kali. Dah pernah kena sekali hari tu, tapi masih. Kalaulah aku ni jenis yang rock kan best. Boleh sembur lebih-lebih. Tapi, aku masih lagi berjiwa perikemanusiaan. Aku lebih suka berdiam dari nak cari pasal. Aku lebih suka menulis entry meski takdak manusia yang nak baca. Tapi aku puas berbanding aku tak bagi rasa jemari halus aku singgah pipi kau.

Suatu hari nanti kau akan rasa kehilangan orang yang kau sayang. Saat tu aku tak akan balas apa yang kau buat dengan aku. Tapi, aku harap kau dapat sedar apa yang kau dah buat kat aku selama kau hidup. Ceh! Ayat aku tak boleh blah! Kalau dulu kau mesti rasa terhalang nak buat apa-apa. So, sekarang kau mesti bahagia plus-plus bila kau dah takdak halangan. Selamat maju jaya. Kalau memang kau layak. 

Sebab memang apa yang aku buat selama ni pun untuk kau. Aku tak sanggup tengok kau buat aku sakit hari-hari. So, daripada aku buat dosa hari-hari untuk jeling kau. Maka, aku buat keputusan yang aku tahu aku tak patut buat. So, semoga kebahagiaan milik semua orang yang patut dapat kebahagiaan.

Terima kasih juga sebab dah tak pernah like status aku macam dulu. Kau memang baik. Sebab kau dah dapat apa yang kau nak. Sekian.

P/S: Bukan mencari musuh. Tapi memberi motivasi supaya tak buat lagi dengan orang lain. Cukup kau buat dengan aku sorang. Syukur Allah SWT masih beri aku kekuatan sampai hari ini untuk aku terima hakikat dan beri aku keyakinan untuk sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.


0 000 Makan Cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...