Jumaat, 31 Januari 2014

Cuti Tahun Baru Cina.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam semanis Cupcakes Hazelnut Cokelet Strawberry!

Sebenarnya, Lyeen dah lama tak menaip entry panjang-panjang. Dah lama tak ping entry kat group bloggers. Lama sangat. Semester ni Lyeen dah masuk semester baharu iaitu semester 5 yang lebih cun jer semua waktu. Semester ni juga kelas akan mula pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang. Cuba bayangkan. Sebab apa waktu pada sangat. sebab semester ni akan keluar praktikum sebulan okay! Sebulan. Aku tak tahu sama ada aku sedia nak berdepan dengan murid-murid dekat KL ni atau tidak. Tu sebab semester ni Lyeen lebih banyak study pasal budaya pengajaran, kot-kot aku lebih tau budaya orang KL. Orang KL please be nice to me okay! 
Selasa tadi, Lyeen pergi Putrajaya International Convention Centre (PICC) untuk dengar Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelancaran logo baru KPM oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas ni kalau nak buat assignment kena letak logo baharu sebab logo lama dah tak accepted okay! Lepas ni aku download..:p .Seronok dengar perutusan sebab macam-macam yang kita tak tahu, tap-tap-tap je boleh tahu walaupun kadang-kadang mata tu rasa nak tertutup-tutup. Bila masuk dewan PICC tu rasa kecil je sebab dalam tu menghimpunkan pensyarah, guru besar, pengarah, pegawai dan ramai lagi ahli yang majoritinya dari golongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Rasa dup-dap-dup-dap. Besarnya keluarga KPM!

Semakin hari ni rasa semakin dewasa sebab kalau dulu, Lyeen panggil orang kakak. Tapi, hari ni dekat IPG orang pula panggil Lyeen ni kakak. Ohhhhhh, tak sangka masa beredar begitu pantas. Masa yang berlalu ni juga banyak kenalkan Lyeen dengan pelbagai ragam manusia. Pelbagai jenis pertemuan dan perpisahan. Semuanya! Tapi, itulah perjalanan sebuah kehidupan sebab kalau kita tak lalui semua tu means hidup kita ni mendatar sahaja. Takda apa-apa peristiwa yang boleh mengajar kita kan? Ambil semua tu sebagai pengalaman.
Apa yang penting kita tabah dan cekal dalam menanganinya. Sehhhh, ayat aku tak boleh blah! Apapun, hari ni Lyeen happy sebab dapat update entry yang sekian lama dah tak update sebab we ollssss cuti seminggu okay! Seronok. Lyeen balik Karak dengan Suri. Semalam kami hampir je kena tinggal bas sebab ter'over' masa jalan-jalan dekat Masjid Jamek. Hahahaha. Alhamdullilah, sampai juga dekat rumah abang dengan selamatnya. Sampai rumah jumpa tudung bertimbun-timbun. Senangnya hati. Tu juga salah satu faktor kenapa aku jarang update blog. Ehem-ehem...! Silalah lawat kat SINI yer. Lyeen jual banyakkkkkkkk tudung untuk semua yang suka guna tudung bawal. Rasanya takat ni aje sebab dah banyak sangat nanti penat nak baca.

Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 26 Januari 2014

Wordless: Please. Go.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasullullah SAW dan para sahabat.

Bukan Aku - Tasha Manshahar

Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu disisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu bukan aku
Nota pink: Dulu lagu ni pernah letak kat blog tapi dah delete sebab tak boleh letak nanti berat sangat nak loading. Tak mampu buat entry, insyaAllh nanti boleh tap-tap-tap-tap entry panjang lebar okay. Esok kuliah pukul 8 pagi hingga 6 petang u olls! Ehem! Semoga semuanya dipermudahkan. Aamin. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 24 Januari 2014

Ephyra Menyerlahkan Kejelitaan Anda

Assaalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Alhamdullilah setelah 10 hari mencuba produk Ephyra ini, Lyeen rasa ada sedikit perubahan yang sangat ketara. Jujur Lyeen kata bahawa Lyeen sebenarnya tak minat nak minum atau makan atau telan atau hadam apa-apa produk kecantikan dan kesihatan ni. Bagi Lyeen, bila dah cukup jaga kesihatan seperti banyak minum air masak, rajin bersukan dan jaga tidur serta pemakanan. Cukup! Sampailah satu hari Lyeen menang dalam satu Giveaway yang dianjurkan oleh Oceanlife2u dengan kerjasama blog kak Mialiana.com. Lyeen saja-saja jer nak join untuk support kawan-kawan blogger. Tup-tup-tup-tup, alhamdullilah murah rezeki dapat hadiah percuma. 1 kotak Ephyra (10 sachets) bernilai RM 68.00.
Lyeen sebenarnya salah seorang blogger yang lewat terima hadiah atas masalah pihak pos tak dapat maklumkan pada Lyeen tentang kewujudan hadiah ni. Jadi, tak hairanlah Lyeen antara orang terakhir yang akan review kebaikan produk ni. Mula-mula Lyeen tak berani nak cuba produk ni. Letak kat atas meja dulu. Tengok-tengok, renung-renung. "Ada effect tak kalau aku minum?". "Nanti muka aku rosak teruk?". "Tak bahaya ke ni?". Serius, macam-macam duk fikir. Jari-jemari ni laju je search "Kebaikan Ephyra", "Kelebihan Ephyra", "Review Pengguna Ephyra" and so on. Tapi, bila Kak Mia inbox maklumkan pasal tarikh tamat review, Lyeen yakinkan diri untuk cuba Ephyra ni. InsyaAllah, kalau kita yakin dan niat kita betul pasti Allah permudahkan.
Pertama kali nak minum, buka bungkusan comel Ephyra ni. "Wanginya, bau buah limau!". Roommate Lyeen pun kata macam tu sebab bila buka bungkusan akan wangi semerbak kat dalam bilik. Okay, panjang mukadimmah. Sekarang Lyeen nak share serba sedikit perubahan yang Lyeen alami sepanjang 10 hari mengambil produk Ephyra ni. Lyeen ambil satu bugkusan sehari dan Lyeen ambil waktu malam sebelum tidur. 

KESAN EPHYRA DALAM MASA 10 HARI

  • Tiga hari selepas Lyeen minum. Memang ada jerawat timbul. Lyeen mula seram sejuk, takut sangat! Tapi, Lyeen tekad teruskan juga minum. Masuk hari kelima jerawat dah susut.
  • Lyeen dapat rasa kulit muka dah tak kering. Sebab sebelum ni tepi bibir dan tepi hidung kering sangat-sangat sampai tahap terkupas kulit dan terpaksa letak pelembap setiap kali nak keluar. Tapi, alhamdullilah selepas seminggu, masalah kulit kering dah kurang dan jujur Lyeen dah tak guna pelembap yang berlebihan untuk sorok masalah kulit kering dekat tepi bibir dan tepi hidung.
  • Apa yang paling ketara bila minum Ephyra ni ialah selalu je nak buang air kecil. Sebelum ni Lyeen tak pernah terjaga tengah malam untuk buang air kecil, tapi semenjak minum Ephyra ni terpaksa bangkit juga untuk pergi buang air kecil. Lyeen percaya bahawa toksik-toksik dalam badan yang selama ni duduk lama dalam badan dah keluar! Alhamdullilah.
  • Syukur juga bila sistem pembuangan jadi mudah lawas. Tak perlu nak paksa-paksa sebab mudah je nak lawas. Sistem pembuangan tak lawas ni juga salah satu masalah Lyeen sebab Lyeen ni jenis yang memang tak suka makan buah-buahan. Tapi, bila minum Ephyra. Alhamdullilah, dengan izin-Nya Allah permudahkan.
  • Masalah rambut gugur dan kelemumur memang akan menghantui setengah daripada wanita bertudung. Jadi, bagi yang ada masalah kelemumur dan rambut gugur macam Lyeen sangat-sangat disarankan untuk ambil Ephyra ni. Lyeen sekarang dah tak risau dengan masalah kelemumur ni sebab kulit kepala rasa fresh je. Sungguh! Dah takda sesi garu-garu kepala yang gatal lagi sebab kulit kepala dah kurang rasa gatal dan tak selesa tu.
  • Student mod sepenuh masa yang akan berdepan dengan laptop setiap masa mesti akan rasa pedih-pedih mata dan esoknya mata pun jadi "mata panda" dan lingkaran hitam duk bawah mata kan? Tapi, alhamdullilah seminggu selepas minum Ephyra, masalah "mata panda" dah kurang! Yeahhh! Eh, kejap-kejap... Ehem! Lyeen dah tak guna kaca mata bila duduk depan laptop pada waktu malam. Apa yang menggembirakan Lyeen bila dalam kelas pun Lyeen dah tak perlu guna kaca mata macam sebelum ni. Eh, sebenarnya baru perasan time taip entry ni. Eh, iyalah, Lyeen dah lama tak guna kaca mata. Alhamdullilah. 
  • Pasal kulit cerah. Tak berani nak kata apa sebab 10 hari je rasanya tak cukup nak jadi putih melepak. Tapi, apa yang Lyeen berani kata ialah bila masalah tompok-tompok hitam bekas jerawat tu dah semakin pudar dan masalah pori-pori terbuka kat hidung pun dah semakin tertutup dan bersih u know! Suka sangat-sangat!
  • Ephyra mengandungi energy booster yang akan buat kita rasa kurang letih dan tak penat sangat buat kerja. Kurang rasa mengantuk. Paling penting ialah berjaya mengawal mood makan kita. Kalau sebelum ni Lyeen makan empat kali sehari (pukul 10 pagi, tengah hari, pukul 5 petang, malam) tapi alhamdullilah sekarang dah boleh control makan pun dua kali je (tengah hari dan malam) sebab perut rasa mudah kenyang :').

Rasa macam tak percaya semua kesan ni Lyeen boleh dapat dalam masa 10 hari kan? Tapi, alhamdullilah inilah yang Lyeen alami sendiri dan Lyeen percaya pada EphyraEphyra ni menggunakan kologen yang terhidrolisis. Kologen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang sangat kecik dan mudah diserap oleh badan. Disebabkan tu, Ephyra ni mudah diserap sebab molekulnya sangat ringan dan mudah diserap oleh badan.
Gambar tudung kuning tu Lyeen ambik semasa cuti dekat Sabah bulan lepas. Tudung biru pula ambil genap 8 hari minum Ephyra. Nampak black spot dekat pipi Lyeen kat gambar tudung kuning tu? Yes,itu parut jerawat yang degil taknak hilang. Terpaksa letak bedak banyak-banyak. Eye bag dan lingkaran hitam juga sangat ketara kan? Tapi sekarang, alhamdullilah black spot dah semakin pudar. Eye bag dah kurang dan lingkaran hitam nyata semakin hilang! Yeahhhh! Alhamdullilah. Syukur. InsyaAllah jika niat kita baik, Dia akan permudahkan dan mudahkan. Semua yang berlaku atas izin-Nya. InsyaAllah. Terima kasih untuk Oceanlife2u dan Kak Mia sebab anjurkan GA ni sekaligus kenalkan produk Ephyra ni kepada Lyeen.
Jadi, apa tunggu lagi? Sesiapa yang berminat boleh hubungi mereka laju-laju. Lyeen pun lepas ni nak PM Kak Mia untuk beli lagi. Kotlah dapat harga istimewa. Hahahahha :p
HOTLINE : 03-41417889 
call/sms/whatsapp : 019-3999238

official fanpage : https://www.facebook.com/oceanlife2u 
 website :http://www.oceanlife2u.com/
email :  oceanlife2u@gmail.com
Nota pink: Kepada yang takut nak mencuba, jangan risau sebab produk Ephyra ni selamat dan dijamin halal. Disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia lagi u olls! Unleash your true beauty with Ephyra! 
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 22 Januari 2014

Pegawai SPR Harus Amanah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet dan Salam buat Si cantik dan Si manis.

Alhamdullilah, hari ni Lyeen ada masa dan ruang untuk men'tap-tap-tap-tap'kan jari jemari diatas papan kekunci laptop. Terlalu sibuk dengan hal-hal semasa hingga terlupa sekejap, "Eh, aku ada blog rupanya!". Hahahha. Sebenarnya, selepas balik dari Sabah hari tu Lyeen memang takda update blog kan? Lyeen hanya sempat update pemenang untuk Pencarian Bloglist dan Review Blog tu saja. Semua pemenang Lyeen dah pos hadiah. Tapi, ada sorang tak hantar detail lagi. Erm, review blog pun Lyeen tak buat lagi. Mohon u olls bersabar ye. Cuti Tahun Baru Cina nanti Lyeen review sebab ramai juga yang cuti kan? Nampak permainannya kat situ?
Hari ni, sehari Lyeen tak masuk kelas sebab Lyeen jadi sebahagian pegawai untuk Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Mula-mula taknak terima jawatan ni tapi ambik juga sebab nak timba pengalaman baharu. Nanti dekat bila dah posting dekat sekolah, lagi berat dari tugas macamni Lyeen akan terima. So, prepare siap-siap. Eh?

Nak cerita pengalaman tu memang sangat mahal okay! Pagi-pagi dah siap-siap pergi Dewan Za'ba untuk siapkan tempat mengundi dan lekat sana lekat sini. Pagi tadi Lyeen bertugas sesi pertama yang bermula jam 8 pagi sampai 10 pagi. Lepastu, balik.....! Rehat kejap sebab pukul 2 petang kena kira undi. Part ni yang aku rasa nak menangis sebab asyik sebut 36 nama berkali-kali sampai tahap aku dah hafal semua nama calon yang bertanding tanpa tengok sampai habis nama mereka. Hebatnya aku! Hahahaha.
Merekalah yang sama-sama bertugas dengan Lyeen. Seronok, orang datang tunjuk kad pengenalan. Lepastu aku belek-belek kad pengenalan diorang sampai tahap diorang rasa nak lempang aku sebab aku kaunter paling lambat bagi servis! Hahaha. Main garis-garis nama. Paling penting, beratus kali aku kena ulang ayat ni, "Tanda hanya 26 calon ye. Terima kasih." Ulang baca sampai 100 kali. Alhamdullilah, semuanya selesai pukul 7 petang tadi dan insyaAllah keputusan rasmi akan diumumkan pagi esok dekat perhimpunan. Tahniah buat mereka yang berjaya, laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin kerana orang lain telah memberi amanah dan kepercayaan kepada anda. Pada yang tak berjaya, jangan berputus asa kerana mungkin kali ini bukan rezeki anda. InsyaAllah, akan ada ruang lain untuk anda. Apa yang penting seorang bakal guru itu sewajarnya amanah, telus, boleh diharap dan dipercayai!
Sempat lagi men'selfie'kan diri. Sebab the next entry Lyeen nak review satu produk kecantikan dan kesihatan yang Lyeen cuba selama 10 hari ni. Terbukti dan ternyata ada kesannya. Kena siap-siap nak buat entry terbaik dan terkreatif supaya boleh dapat hadiah free lagi. Eh? Hahahaa. Apapun, kecantikan bukan datang dari luaran tetapi ia datang dari dalaman dan membawa aura pada luarannya. Percayalah bahawa jika bersih dalaman kita maka akan ada aura dan seri yang membawa pada kecantikan luaran. Petua!
Nota pink: Lyeen kena cari mood untuk menaip semula sebab sekarang entry dah macam pelik. Rasa macam takda isi utama dan mesej. Eh? Apapun, entry kali ni nak tekankan sifat amanah! Jangan pernah lari dari amanah kerana amanah itu suatu perkara yang harus kita pikul. Jika kita ke kiri maka amanah itu akan ke kiri. Begitu juga sebaliknya! Orang beri kita kepercayaan maka kita jaga dan laksankan sepenuhnya. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 17 Januari 2014

1st untuk tahun 2014.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh.
Salam cupcakes cokelet.

Alhamdullilah, akhirnya Lyeen dapat buka dashboard hari ni untuk update blog yang memang dah lama Lyeen tak buka. Semester 5 ni memang Lyeen sibuk sangat sebab kelas mula pukul 8 pagi sampai 4.30 petang. Tak boleh balik bilik langsung sebab asrama ada peraturan baharu. "Semua guru pelatih dilarang balik ke asrama sebelum pukul 2 petang." Jadi, Lyeen ambik pendekatan untuk tak balik sebab rest tengah hari pun sejam je. Bila fikir balik kena hadapi juga sebab nanti dah jadi cikgu betul-betul lagi lama nak stay dekat sekolah. Okay, i redha =_=
Awal semester ni kan, Lyeen memang rasa hidup macam tak berjadual sebab sibuk dengan latihan rumah sukan, mesyuarat kelas, latihan itu ini dan sebagainya. Bulan 3 ni pula dah prepare untuk praktikum fasa 1. Fuhhh! Sekarang Lyeen tengah pujuk abang Lyeen untuk bagi pinjam kereta dia sebab nak praktikum nanti dekat Petaling Jaya tak kan nak naik bas? Oh nooooooo...

Oh carca merbanya entry Lyeen. Sebab dah lama tak update entry so memang dah lupa skill nak taip entry. Hahahaha, apapun semalam Lyeen dah pos hadiah untuk pemenang Pencarian Bloglist tu. Tahniah! InsyaAllah isnin nanti smapailah hadiah u olls yer. Lyeen minta maaf juga sebab dah lama sangat tak jenguk bloglist yang Lyeen baru buat tu. So, cuti ni Lyeen menyemak dekat ruang komen u olls banyak-banyak sampai rasa macam tak mampu nak baca komen. Eh? Hahahaha. 

Ok, sebenarnya niat update entry hari setakat nak update saja-saja tanpa motif tersendiri. Kira macam SS hari ni sebab entry takda isi penting. Sebelum tu silalah ke blog http://bloglistonly.blogspot.com untuk tengok bloglist terbaharu tu.

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 6 Januari 2014

PEMENANG PENCARIAN BLOGLIST & REVIEW BLOG by CIK LYEEN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Cupcakes Red Velvet!

Ehem-ehem, alhamdullilah PENCARIAN BLOGLIST DAN REVIEW BLOG dah tamat semalam kan? Alhamdullilah, seramai 60 orang bloggers yang sudi join. Sebenarnya ada beberapa blogger yang join tapi Lyeen tak jumpa link entry sebab mereka hanya hantar link blog. Sorry yer. Terima kasih yang sudi support Pencarian Bloglist ni, lepas ni bolehlah blogwalking untuk sesi 2014.
Terima kasih sebab sudi dan rajin letak banner ni bertubi-tubi. Tahniah!
Apa kata kita blogwalking dulu sebelum cari Top Refferral? 10 blogger terawal dan 10 blogger terakhir yang join tu, tahniah sebab sah-sah andalah pemenang untuk direview nanti. Lyeen akan mula review esok okay sebab malam ni nak blogwalking ramai-ramai ke blogger baru kenal ni. 

BLOGLIST 2014 
  1. http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  2. http://arrienlove.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  3. http://lollista.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  4. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  5. http://dzureendarwis.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  6. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  7. http://wafiremli.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  8. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  9. http://www.erazfadli.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  10. http://jueazrin.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  11. http://zamani84.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  12. http://maznah7134.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog-by.html
  13. http://www.dayangdeno.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-dan-review.html
  14. http://www.hawasyazanalee.my/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  15. http://www.paly.my/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  16. http://faz-blinkerz.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  17. http://www.aimisyahirah.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  18. http://kecekkira.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  19. http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  20. http://anne-nurain.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  21. http://jmbelog.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  22. http://blogyanapunya.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  23. http://eelleebeautyhealth.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  24. http://theonlygirl98.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  25. http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  26. http://sitizawiah95.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  27. http://dismybelog.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  28. http://khuzaimahbahari.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  29. http://www.opzzpinky.my/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  30. http://hidayah97-bittersweet.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  31. http://xiauraellallyn.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  32. http://imashue.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  33. http://azyanramle.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  34. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  35. http://belogcapnutella.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  36. http://jiesusanos.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  37. http://syahmizaludin.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  38. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  39. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  40. http://maszie.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  41. http://lfeerafeera.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  42. http://amad-jalanan.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  43. http://qileh.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  44. http://kopimiloais.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  45. http://www.duniashida.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  46. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  47. http://idzrarynprelovedproperty.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  48. http://fidzul96.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  49. http://ehbloger.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  50.  http://ainaisjustaina.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  51. http://brutal-comel.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  52. http://iamliniey.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  53. http://smiling-aidatul.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog-by.html
  54. http://si-polarbear-cute.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  55. http://cikkmiraanizam.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  56. http://blog-contestgiveaway.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  57. http://jombercontest.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  58. http://irapunyela.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  59. http://vaneelea.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  60. http://my-life-are-here.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
Top Refferral plan nak bagi lima orang kan? Tapi, nampaknya top refferral hanya ada tiga orang sahaja.
Tahniah untuk blogger 

  • http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  • http://arrienlove.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
  • http://www.dayangdeno.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-dan-review.html

  • Nanti PM Lyeen dekat pages [KLIK] or dekat personal FB [KLIK] hantar detail okay. PM dekat Lyeen nama awak, alamat penuh dan nombor telefon dalam minggu ni okay..:') Bagi yang lain, Lyeen ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi join dan  support Pencarian Bloglist ni. U olls memang the best! Semoga selepas ni kita rajin berkunjung ke tanah kedaung masing-masing. Jangan habis kat sini je okay? Takmau-takmau. Jangan lupa juga untuk guna bloglist ni dekat sini  [KLIK]. Boleh guna sama-sama kalau nak blogwalking, Lyeen halalkan...sehhhh..:') Ok. Happy blogging dan terima kasih banyak-banyak!

    Ok bai. Assalamualaikum.



      Sabtu, 4 Januari 2014

      Pencarian Bloglist dan Review Blog

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
      Salam Cupcakes Cokelet.

      *Entry melekat hinga 4 Januari 2014. Klik new post untuk entry terbaru.

      Ehem-ehem, hilang sekian lama. Tup-tup-tup-tup datang dengan Pencarian Bloglist dan Review Blog. Okay, Lyeen seru semua yang singgah blog ni untuk join Pencarian Bloglist dan Review Blog. Sebab tak perlu nak buat entry panjang lebaq, hanya tolong klik empat benda dan tempek banner dekat entry kemudian tinggalkan url entry dekat entry ni.  Mudah Okay? Sebab Lyeen pun tahu perasaan bila nak tekan button banyak sangat. Lagi-lagi line slow macam Lyeen. Hahahahha.
      Banner Pencarian Bloglist dan Review Blog by Cik Lyeen Blogspot Com
      Hanya perlu:
      1. Follow blog Lyeen [KLIK]
      2. Follow IG Lyeen [KLIK] *bagi yang ada IG
      3. LIKE sponsor utama [KLIK]
      4. LIKE sponsor picisan [KLIK]
      5. Done!

      Hanya follow step by step.
      1. Buat entry bertajuk "Pencarian Bloglist dan Review Blog"
      2. Letak banner Pencarian Bloglist dan Review Blog dekat entry. (copy & paste saja dari entry ni)
      3. Publish!
      4. Tinggalkan URL entry awak dekat entry yang ni.
      5. Done and good luck!

      Apa yang menarik?
      1. Semua peserta akan jadi bloglist Lyeen dekat blog INI sepanjang tahun 2014.
      2. Semua peserta boleh gunakan bloglist untuk blogwalking, follow dan leave comment.
      3. Lima orang top referral akan dapat hadiah istimewa dari sponsor utama.
      4. Sepuloh blogger terpantas akan direview!
      5. Sepuloh blogger terakhir juga akan direview!

      Mudah dan menarik kan? So, apa tunggu lagi? Jum join Pencarian Bloglist dan Review Blog sekarang juga! Hanya sepuloh hari iaitu bermula 25 Disember 2013 hingga 4 Januari 2014 (Mungkin juga diawalkan). So, jangan tangguh-tangguh nanti u olls terlepas pulak! Lyeen tak akan publish komen hingga last day sebab nak bagi kejutanlah sikit untuk sepuloh blogger terawal dan terakhir tu. Sweet dak? Hahahahaha. Ok, have a nice journey dan selamat buat entry. 

      *Pencarian Bloglist dan Review Blog ni dikira batal jika penyertaan tidak melebihi dua puloh okay. :'(

      Ok bai. Assalamualaikum.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...