Ahad, 16 November 2014

Gerun Masuk Dewan Peperiksaan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Cokelet.

Hari ni dah 16 November 2014. Ada baki 7 hari lagi Lyeen dekat Kuala Lumpur ni sebelum balik bercuti di Sabah. Hooreeeey! Hari Selasa dan Khamis ni Lyeen akan menghadap final exam untuk semester enam ni. Berdebar-debar je rasa. Walapun berdebar-debar tu Lyeen masih ada masa pulak nak update blog ka? Cer scrool balik entry Lyeen tahun-tahun lepas, Lyeen memang aktif menaip entry kalau musim study week. Hahahahha.
Study week juga Lyeen aktif pegang handphone. SMS buah hati. Scrool insta Irene Nadia tengok video Fiska Medina. Whatsapp dengan dak Suri sampai tahap merapu-rapu. Nota aku bacanya sekerat-sekerat je. Sedih. Hahaha. Tapi, takpa yang penting kita tawakal dan berusaha sungguh-sungguh. Lagipun sebelum ni dah belajar kita refresh je semula. Aishehhhhh, ayat klise untuk orang malas buat revision :p
Gambar satu kelas yang baharu semua aku tak sempat transfer lagi. Jadi yang ada semua gambar sekelas yang lama. Zaman semua kecik-kecik cili padi lagi. Apa yang penting, mesej tu sampai. Kami semua mengucapkan "SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNTUK SEMUA GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SELURUH MALAYSIA". Ambik kau ayat skema habis. Hahahaha. Semester ni Lyeen dan kawan-kawan ada dua kertas iaitu Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu dan Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Dua-dua ni kertas berat berkilo-kilo sampai nak jalan pun sarat sangat nak pikul. Nahaslahhhhhhh! Macam nak masuk rumah hantu weiiii...

TIPS PENTING untuk yang nak ambil exam ni, tidur awal, jaga kesihatan, jaga emosi, jangan gaduh-gaduh dengankawan-kawan, jaga makan-minum, jangan makan semut. Ok bai. Taip ni pun rasa berdebar-debar aihhh. Selamat maju jaya semua. Ok bai, Assalamualaikum.

Sabtu, 15 November 2014

Status Dalam Media Sosial Perlu Ditapis.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Skema sangat tajuk entri hari ni. Macam nak buat tajuk jurnal. Hahaha. 

Kita pernah terfikir tak sebenarnya, sedar tak sedar orang sekeliling kita akan selalu perhatikan kita. Dari cara kita makan, minum, duduk, bercakap, berpakaian dan sebagainya. Lumrah kita sebagai manusia ni kita akan suka tengok pada keindahan. Tak kurang juga pada kecacatan seseorang tu lepas tu kita jadikan bahan untuk kita pot pet pot pet kan? Astagfirullahalazim....

Dalam media sosial ni seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi medium sosial yang lain tak lepas dari memperkatakan atau memperihalkan sesuatu tentang orang. Pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati juga sebab ada masanya apa yang kita tulis atau sampaikan tu kena balik dengan diri kita. Maksud Lyeen mudah, awak cakap "dia tu macam ni", "tak suka orang macam tu", "mereka lebih baik macam ni"...dan lain-lain. Tapi, kita tak sedar yang diri kita juga pasti ada kekurangan. 

Kita nak sangat orang yang SEMPURNA untuk kita. Tapi kita ni cukup sempuna? Yakin? Kejap-kejap-kejap-kejap. Satu lagi, wanita ni memang terkenal dengan status emosi dan sentimental sikit berbanding lelaki. Hahaha. Let's say kita tulis macam ni, "Aku nak orang macam ni. Aku tak nak orang macam ni..." Ehem....perlukah kita nak bagitahu seluruh warga media sosial tentang kemahuan kita? Tak perlu, kita doa, minta pada Allah dah cukup.  Orang yang baca pun mesti fikir, "Kalau aku baca ni, dia rasa aku boleh tunaikan tak?" Hahaahha.

Eh, Lyeen dulu pun jenis macam ni juga. Tak puas hati, serang Twitter aku sampai 200 tweet. Hahaha. Tapi, jujur Lyeen cakap, tak da faedah pun. Dapat malu ada. Bila baca balik, kau akan rasa "Eh, sengalnya aku, apalah followers aku fikir bila baca tweet aku ni?Kan? Kan?"  Erm,,,bila dalam media sosial ni kena hati-hati. Tak salah nak kongsi kegembiraan. Sila.Sila. Tak salah nak kongsi rasa tak puas hati. Sila. Sila. Tapi jangan sampai menimbulkan riak. Jangan sampai menimbulkan rasa tak sedap pada orang lain. Contohnya, bila tengok status kita, orang akan cakap. "Amboi, demand sangat.." Hati-hati tau. Sebab cara berfikir manusia ni lain-lain. 

Sebab tu ada yang tak bertegur 24 hari 24 malam sebab media sosial. Sebab yang sorang sentap dengan status kawan yang satu lagi. Ada yang gaduh. Ada yang musuh tak ingat dunia. Alahai...udah-udah lew tew yer anak-anak. Tak kemana kita ni kalau asyik nak jatuhkan orang. Silap-silap kita sama-sama jatuh. Parah. Sama-sama majukan diri. Fikir rasional. Tolak tepi perkara negatif. InsyaAllah, semua yang baik datang dari Allah SWT. 
Nah belanja Cupcake sebiji. Jemput makan. 

Ok bai. Assalamuaalaikum.

Isnin, 3 November 2014

Wujudkah Kawan Makan Kawan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes!

“Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Ehem. Hujung-hujung tahun ni galak jer kau update blog kan Lyeen. Okay, takpa. Yang baik kita teruskan dna yang tak baik kita buang jauh-jauh naaaaaaaa. Permulaan entri ni Lyeen nak tanya dekat u olls beberapa perkara...
1. Berapa kali dalam sehari awak doakan kawan-kawan awak?
2. Berapa banyak awak sampaikan yang baik-baik tentang kawan awak?
3. Berapa banyak awak mengumpat kawan-kawan awak belakang dia?
4. Berapa banyak kita minta maaf dengan kawan-kawan kita sepanjang kita sama-sama dengan dia?
5. Apa perkara paling baik kita pernah buat untuk kawan kita?

Jawab. Jawab. Jawab. 
Sebenarnya, tujuan utama entri kali ni sebab terpanggil nak taip entri macam ni. Betullah kata orang, apa yang berlaku di sekeliling kita akan buat kita berfikir. Dan, yes! Lyeen memang terfikir tentang suatu perkara ni. Kawan. Jujurnya, Lyeen jenis manusia yang jarang dapat kawan meskipun aku jenis yang ramah -tamah dengan semua orang dan rajin beri sedekah berbentuk senyuman dekat semua orang yang aku nampak. Tapi, hakikatnya Lyeen memang tak banyak kawan. Bukan sebab tak nak berkawan tapi Lyeen takut dengan istilah 'kawan makan kawan', 'musuh dalam selimut', 'gunting dalam lipatan' dan macam-macam lagi. Bukan Lyeen berprasangka buruk dengan orang lain tapi kita kena hati-hati wei dalam dunia ni, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
Pstt, tudung pun boleh sama tapi hati lain okay! Okay berpatah balik pada kisah kita tadi. Dalam berkawan ni dua benda paling Lyeen takut. FITNAH dan TIKAM BELAKANG. Semua ni lahir dari sikap hasad dengki manusia dna dendam manusia. Astagfirullahalazim, semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat ini. Jangan pernah simpan dendam dan hasad dengki pada orang lain kerana yakin sahaja dengan ketentuan Allah SWT . Mungkin hari ni Dia beri kebahagiaan, kemewahan, kesihatan dekat kawan kita. Tapi, siapa tahu esok lusa kita pula akan dapat kebahagiaan, kemewahan dan kesihatan macam kawan kita? Hidup kita ibarat roda kerana kadang kala kita berada di atas dan kadang kala kita akan merasa berada di bawah sebab Allah SWT maha adil. 

Kesimpulannya, janganlah berlagak sangat bila kita ni dah senang sikit. Jangan bergembira atas kedukaan orang lain. Jangan bergelak atas air mata orang lain. Jangan tabur fitnah pada orang lain. Jangan sampaikan yang buruk-buruk pada orang lain. Ingat! Kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. Kenapa perlu kita nak canang aib orang? Kita dah cukup sempurna? Kita dah cukup baik? Belajar sempurnakan hari-hari kita dan niat kerana Allah SWT. Buat yang baik-baik. Sampaikan yang baik-baik. Tulis yang baik-baik. Buat semua yang baik-baik. Orang senang dengan kita. Hidup kita dunia akhirat pun senang. 
Nota pink: Hakikatnya memang kita sakit hati sangat-sangat dengan orang yang buat kita. Tapi, pujuk hati..."Chill lah wei!". Lyeen dulu pun pernah rasa sakit hati yang sangat-sangat bila orang buat kita macma kita ni takda perasaan kan? Tapi kan..kan...rilekslah beb ...dalam entry Lyeen yang lepas-lepas Lyeen selalu tulis "What u give, u get back!" See? Kita buat baik, kita akan dapat baik. Kita buat jahat, kita akan dapat balasan yang sama jahat dengan kita. Orang lain tak nampak apa kita buat tapi Allah sentiasa nampak...Jaga-jaga!
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 2 November 2014

Review: Radiance Signature Whitening and Glowing Series

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes!

Apa khabar pengunjung Tanah Kedaung Hijau Pink? Ehem, sebenarnya hari ni Lyeen nak kongsi pengalaman sepanjang Lyeen menggunakan produk yang semakin hangat diperkatakan ketika ini. Acececeh! Radiance Signature Whitening and Glowing Series.
Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni merupakan satu produk yang diformulakan sebagai supplement terbaik No. 1 Asia kerana bertindak secara semulajadi dengan menggunakan bahan collagen mahal serta berkualiti tinggi & diformulakan dengan kandungan collagen yang tinggi. Kesan yang dapat dilihat seawal 3 hari bergantung kepada faktor genetik dan hormon badan pengguna Radiance Signature.  Packing yang cukup ekslusif ini memberi keyakinan kepada pengguna bahawa Radiance Collagen ini cukup istimewa & berkualiti tinggi.
Pada mulanya, Lyeen macam tak percaya je dengan produk macam ni. Tapi, Lyeen yakin jer! Salah satu aspek yang kita kena lihat sebelum nak ambil apa-apa produk ni, PASTIKAN produk yang kita ambil mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Malaysia dan ada GMP yang membuktikan produk tu dikilangkan dengan amalan perkilangan yang baik. Barulah beli dna jangan risau sebab dalamRadiance Signature Whitening and Glowing Series ni semua ada. Sebab tu Lyeen yakin!
Sepanjang Lyeen ambil produk ni dah masuk dua bulan, alhamdullilah kesan dia sangat baik. Mula-mula Lyeen ambil memang tak dapat kesan yang ketara sebab setiap orang kesan pengambilan tu berlainan. Pertama kali ambil, Lyeen minum dua paket sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Aspek dalaman memang Lyeen rasa badan lebih bertenaga, tak mengantuk dan tak rasa penat sangat. Kalau nak cakap aspek luaran, Lyeen dapat rasa perbezaan bila masuk hari kelima pengambilan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sebab tompok hitam bawah mata dah kurang dan kulit tu terasa je anjal dan gebu walaupun kau tampar-tampar pipi kau banyak kali. Hahahhaa. Glowing tu tak rasa sangat sebab mungkin kesan pada Lyeen berbeza. Cuma yang Lyeen rasa kulit lebih smooth, anjal dan rasa lembap je sepanjang penggunaan.Haip, apa yang penting bungkusan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sangat comel dalam paket kecil je dna tak perlu pun bancuh. Ambil dari kotak, koyakkan dan minum!
Gambar dekat atas ni sebulan selepas Lyeen guna Radiance Signature Whitening and Glowing Series kalau tak silapSelain itu, sepanjang tempoh penggunaan juga Lyeen rasa selesa dan Lyeen hanya pakai krim muka biasa dan bedak asas sahaja. Tak perlu nak make up sungguh-sungguh sebab Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni dah buat muka macam kena make up. Hahahaha. Apapun, tak perlu nak idamkan kulit wajah yang perfect sangat, apa yang penting rajin -rajin basuh muka dalam masa sehari tu sebab cuaca kita sekarang ni tak menentu. Lagi-lagi kalau persekitaran yang penuh dengan habuk daa debu, lagilah tersiksa kulit muka kita. Jadi, ambillah Radiance Signature Whitening and Glowing Series untuk memberikan nutrien, kologen dan vitamin yang lengkap untuk kulit awak-awak semua. 

Lain-lain kelebihan Radiance Signature Whitening and Glowing Series mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima, dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. (boleh letak dalam bag, boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu, sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis, mengandungi ramuan dan kandungi aktif, 100% natural base, tanpa sapuan, tanpa bahan terlarang dan 100% Natural Base. Jadi, apa tunggu lagi? Jom beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series yang original dan rasai sendiri perubahan yang berlaku. Di samping itu, boleh rasa betapa enaknya rasa Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni sebab tak rasa pun kologen ikan tu. Rasa macam minum jus u ollls! Okay jum beli dan boleh hubungi pengedar sah di sekitar anda atau boleh LIKE pages mereka dekat sini Radiance Signature Malaysia.

Nota pink: Kita akan kelihatan cantik jika dalaman kita cantik. Didik dalaman kita terlebih dahulu untuk jadi wanita yang baik, bersopan santun dan berakhlak mulia. InsyaAllah luaran kita juga akan nampak lebih cantik kerana cantik itu subjektif sifatnya :)

Ok bai. Assalamualaikum.

Dunia Cakap-Cakap

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwbarakatuh
Salam Cupcakes!

Betullah dalam hidup kita, kita perlu berani. Berani dalam hal-hal yang positif. Sama juga halnya dengan Lyeen. Mula-mula dapat sms Bhen untuk masuk team debat Semester 6 ni, nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Sebelum ni pun memang inilah team debat kami, dah serasi, sebati dan sejiwa nak berkongsi idea dan pendapat.Cuma bila dah semester 6 ni masing-masing dah sibuk dengan dunia masing-masing. Shahrul, Kak Nadia dan Bhen. Tak sampai seminggu pun kami berlatih. Kali terakhir kami jumpa dalam team debat ni dua tahun lepas.
Ada tiga kali bersidang. Lyeen masuk sidang 2. Fuhhhh! Malam sebelum bersidang tak baca apapun sebab sibuk dengan I-Fiest. Lepas tu pagi-pagi ada kuliah. Format debat pun dah tak ingat. Memang aku pulun je cakap sesuka hati aku. Hahahaha. Tapi dalam dunia cakap-cakap kena banyak "positif" kalau tak semua benda kau rasa salah. Pertandingan Debat Piala Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu ni adalah piala pusingan. Pertandingan kali ni adalah pusingan kedua. pusingan pertama  pada tahun 2012 dan dengan bangganya Lyeen nak bagitahu team kamilah yang rasmi  piala pusingan tu! Tahun 2012 team kami johan u ollssss!
Dan tahun ini, kemenangan tak berpihak pada kami sebaliknya berpihak pada team yang kami lawan dua tahun lepas juga. Hahahaha. Team debat semester 8. Sungguh, mereka ni hebat-hebat belaka. Buka mulut jer, berjuta-juta fakta yang keluar. Hebat! Lyeen pun berazam nak jadi hebat seperti mereka, lagi-lagi hebat macam Abang Paizal Sanek. Sangat mantap cara dia berdebat. Dia ada ciri-ciri pendebat terbaik iaitu bila dia berbicara kita mampu berfikir jauh dan terpengaruh dengan apa yang dia cakap. 
Usul untuk pertandingan akhir tu bertajuk, : Dewan ini mencadangkan penubuhan Kementerian Bahasa Melayu". Banyak pro dan kontra yang boleh dapat. Malam sebelum pertandingan siap perah otak nak fikir, buat carian dekat internet. tak cukup dengan tu tanya pula pendapat kawan-kawan. Terasa diri aku berilmiah sangat ketika itu. Sebab biasanya aku malas :p Hahahahhaa.
Alhamdullilah, team kami dapat tempat kedua dan Kak Nadia dipilih menjadi pendebat terbaik!Dia memang the best! Boleh jadi YB nanti. Apapun, kejayaan hari ini berkat doa mak abah yang jauh di mata. InsyaAllah semoga kejayaan demi kejayaan sentiasa menghampiri kita. Aamin.

Tahniah team debat yang hebat, baik, sempoi, cool dan gojes! Kamu adalah team terbaik dan sangat bijak. Terima kasih sudi berkongsi ilmu dan bersama-sama menelaah perlbagai sumber maklumat. Tahun depan jumpa lagi. Tapi, aku jadi pengurus ja la.. Hhahahaha

Nota pink: Banyak bercakap takpa! Apa yang penting, biar apa yang kita cakap tu berfaedah dan memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang yang mendengarnya. Jangan pernah bercakap benda yang sia-sia kerana awak tak dapat apa-apa walau sekecil habuk pun. Take note okay!

Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...