Jumaat, 20 Februari 2015

TIPS HILANGKAN RASA MENGANTUK

Assalamualaikum semua!
Salam Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdullilah, pejam celik dah nak habisbulan Februari, Hari ni Lyeen search pasal tips-tips kesihatan dan jumpalah sat tips nak hilangkan rasa mengantuk ni kat blog INI . Jum baca tips tu, Lyeen copy paste je. Jom..jom...Kredit yer kat blog INI.

 Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..


LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 3
wa..wa..aaa


LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..


LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..


LANGKAH 6
tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…


LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…


LANGKAH 11
pusingkan kepala…


LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…

Baiklah,s elamat mencuba.. Lyeen tak boleh henti gelak tengok yang step 9 tu. Hahahaha...entah apa orang fikir kalau nampak buat macam tu. Have a nice day u all. Takmau ngantuk-ngantuk lagi okay! Sekali lagi, kredit untuk blog INI.

Assalamualaikum.

Selasa, 17 Februari 2015

PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015

Assalamualaikum.
Alhamdullilah dapat menaip hari ini untuk membantu adik-adik dekat luar sana yang nak mendaftar masuk ke IPGM. Barang siapa yang berminat nak jadi cikgu macam kami dekat IPGM ni, bolehlah baca sampai habis PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015 ini.

Sebelum mengisi borang atas talian ni, pastikan dah baca semua syarat-syarat permohonan. Lyeen sertakan sekali link dekat sini untuk memudahkan adik-adik yer. (SYARAT PERMOHONAN). Kalau dah baca dan yakin adik-adik lepas syarat-syarat tu boleh teruskan. Lyeen tunjukkan sekali PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015 versi bergambar supaya adik-adik mudah nak buat permohonan. Sebab dulu Lyeen pun terkial-kial nak mendaftar sebab banyak sangat link keluar kan. Ikut langkah dekat bawah ni:

2. Lihat E-Perkhidmatan pada ruang sebelah kanan dan klik 'NEWPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015

3. Lihat pada sebelah kanan yang tertulis "PERMOHONON PISMP 2015
4. Klik DAFTAR BARU untuk yang pertama kali ingin memohon.

5. Kemudian, akan keluar satu ruangan untuk adik-adik isi nombor kad pengenalan. Ini sebagai semakan kelayakansama ada umur adik-adik layak atau tidak untuk memohon.

6. Kalau adik-adik layak untuk memohon, hanya teruskan sahaja untuk mengisi maklumat diri. Hanya klik butang SETERUSNYA sahaja hingga akhir. 
7. Adik-adik juga kena isi kos pengajian, tempat temu duga dan tempat untuk menjalani ujian.
8. Dah selesai, akan keluar satu Draf Permohonan dan untuk calon SPM, adik-adik tak akan ada butang pengesahan selagi keputusan SPM tak keluar. Pastikan selepas keputusan SPM dah keluar, adik-adik sahkan permohonan dekat sini dengan log in semula. Okay.
Akhir sekali, jangan lupa untuk berdoa selalu. Minta Allah mudahkan semuanya okay. IPGM ni adalah platform paling menyeronokkan untuk mereka yang memang minat nak jadi guru. Lyeen sekarang dah tahun akhir dekat IPGM ni Memang seronok! Rugi tak apply...selamat memohon dna selamat berjaya untuk semua!
Nota pink: Ruang dan peluang tak selalu ada untuk kita, ambillah sebanyak mana peluang yang terbentang di hadapan kita sebab rezeki Allah itu luas, kita tak tahu yang mana satu untuk kita. Lyeen doakan semua yang memohon dengan ikhlas hati tu berjaya dan selamat datang ke Team IPGM...Kalau ada apa-apa yang tak faham tu boleh terus inbox Lyeen tanya dekat Cik Lyeen Blogspot Com okay..InsyaAllah, Lyeen boleh bantu....:)
Ok bai. Assalamualaikum 

Selasa, 3 Februari 2015

Review: Tudung Bawal by Ameera Zaini

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Selamat menyambut Hari Thaipusam buat semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Hari ni cuti lagi.Tapi, hari ni Lyeen memilih untuk duduk dalam bilik diam-diam sambil update blog. Rasa macam banyaknya masa aku sebab takda kerja sangat nak buat. Kau tunggu esok lusa pulak tak tahu, Hahahhaa.


Hari ni Lyeen nak share sesuatu buat semua peminat tudung bawal, bolehlah ke page Ameera Zaini Hijab Revival yang sangat gojes tu. Tudung-tudung dia sangat cun dan mampu milik. Lyeen memang peminat tegar tudung-tudung Aidijuma tapi disebabkan sekarang baju aku yang plain dah habis. So, lepas ni plan guna baju bunga-bunga. Tudung tukar pulak pergi plain. Hahahaha. Jadi, bolehlah tukar ke Ameera Zaini Hijab Revival. Dijamin anda akan berpuas hati sebab cer tengok antara koleksi tudung bawal dia. Sangat cantik.
Koleksi Luna

Koleksi Basic
Koleksi Rania
Koleksi Allure
Disamping aku suka tengok tudung-tudung dia. Aku suka tengok muka dia yang mulus dan nampak smooth je. Kak Meera ni juga duta Radiance Signature... Aku ambik Radiance Signature pun sebab nak gojes macam Kak Meera. Hahahaha. Jujur juga  Lyeen cemburu dengan dia sebab muda-muda lagi dah ada butik sendiri. Seronoknyaaaaaaa. Jadi tunggu apa lagi? Jum serbu online butik Ameera Zaini di Ameera Zaini Hijab Revival.
Nota pink: Berbelanja secara berhemah sebab kadang-kadang belanja atas talian ni sealu tak perasan duit mengalir macam air. Okay. Sekarang Ameera Zaini Hijab Revival tengah keluarkan design Luna, so bolehlah beli banyak-banyak! Mohon Kak Meera belanja Lyeen selai dua tudung-tudung dia yang gojes ni. Hahahahaa. Selamat bercantik-cantik macam Ameera Zaini.
Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 2 Februari 2015

Kehidupan Guru Pelatih.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Hai semua. Hai. Hai. Sebelum terlambat. Selamat datang bulan Febuari dan Selamat Hari Wilayah untuk semua manusia yang tinggal di negeri yang berwilayah. Hahaha. Termasuk aku yang sepatutnya dah mula praktikum esok tapi tunda sampai hari Rabu sebab esok cuti Hari Wilayah dan Selasa pula cuti Thaipusam. KL memang kaya dengan cuti...

Sebenarnya gambar ni upload kat FB tapi tercrop dan aku sambung update entry dekat sini dengan memuat naik gambar yang sama.Hahahaha. Cuti ni Lyeen tak balik mana-mana sebab lebih memilih untuk prepare barang-barang nak praktikum seperti buku Rancangan Mengajar, fail-fail dan persiapan dari aspek mental dan fizikal yang kena sedia bangun awal dan balik lambat.

Sabtu tadi Lyeen ke Karak ambil kereta sewa dan balik tu terus singgah tengok sekolah walaupun ada sesat sikit. Hahahaa. Kira okay la sesat sikit berbanding praktikum 2 dulu sebab sesat banyak. Bila sampai SK. Segambut ni rasa macam okay la sebab sekolah tak lah besar sangat dan taklah merisaukan aku. Kami pun sempat juga berbasa-basi dengan pengawal dekat sekolah tu.
"Alhamdullilah sekolah ni okay. Murid-murid dia pun baik-baik.." - Pengawal SK. Segambut, 2015.
Syukur! Tak sabar cikgu nak jumpa u ollsss anak-anak. Lama dah cuti mengajar secara praktikal, mesti aku malu-malu nanti sebab time bentang tugasan dalam kelas pun aku mengeletar. Hahahha. Padahnya cuti lama sangat :p
Esok Lyeen akan ke sekolah lagi untuk hafal jalan nak ke sekolah supaya Rabu nanti tak lewat datang sekolah. Nak harapkan aku memang terpaksa guna GPS la, Sobsobsobsob.....:p

Selamat berpraktikum buat semua guru pelatih Semester 7. Buat yang terbaik untuk praktikum terakhir ni, insyaAllah bila dah habis praktikum kita hanya menyelesaikan helaian untuk Penyelidikan Tindakan kita je. Tu lagi menyeramkan.......Setahun jer lagi. Setahun je. Bersabarlah wahai hati. Good luck dan doakan Lyeen mampun dan tabah untuk menempuh hari-hari sebagai seorang cikgu di tengah bandar KL sekali lagi.

Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...