Rabu, 29 Ogos 2012

Cikgu mari belajar main DOTA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Seindah Kilauan Manik Diatas Cupcakes..

Hari ni PBS yang ketiga, super duper best sebab masa Lyeen full dari pukul 7.00 pagi sampai 12.20 tengah hari. Jadual Lyeen penuh sebab terpaksa ganti guru yang tengah bercuti. Lyeen masuk kelas Tahun 5 dengan kawan guru pelatih dari IPG Perlis. Dia sangat cantik. Lyeen suka tengok gigi dia. Dia ada gigi berlapis macam aku! Kami ada jodoh ok!


Lyeen guna tudung Bawal Balqis Roses by Butik Qaireen Qaisara pergi kelas tadi. Sebab aku nak sedekah sektuk-seketul dengan student aku. Hahaha..=_=... Sure, hari ni tak bosan sangat sebab masa semua terisi dengan aktiviti super duper meriah. Lyeen masuk kelas 5C,5D dan 5B hari ni..Banyak ragam yang Lyeen jumpa hari ni dan paling terharu bila ada student ajak aku fight main dota! Tidak! Dota pun aku tak tahu apa ke benda!

Mirza. Yah! Nama student aku tadi Mirza, handsome. Tapi, nakal plus-plus. Nakalnya berilmiah sikit tak ke tahap kurang ajar jugak. Lyeen suka. Okey, antara soalan yang Lyeen bagi budak-budak tu tadi...

"Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita?"
- Dato Zeti Aziz , Cikgu!
"Tu gabenor bank! Tahulah kamu dapat duit raya!Tunku Abdul Rahman lah"
-OOoo

"Apakah tema hari Kemeredekaan kita tahun ni?"
- Lupa bah cikgu!Belum ada bah!
"Janji....??"
-Ditepati.....ooo..ada tu cikgu kami dengar...

"Senaraikan negeri-negeri yang terdapat dalam negara kita"
- Cikgu, kalau jawab Singapura dapat markahkah?
"Singapura tu negara sayang..."
-Oo...

> Lebih banyak sebut OoOO <

Okey, dorang bagi aku jawapan yang sumpah mengecewakan! Last-last untuk sesi motivasi yang aku paling suka. Sebab time ni aku boleh buat dorang insaf sikit!
"Balik rumah jangan online facebook je, sesekali bukan laman yang berilmiah untuk tambah pengetahuan"
"Cikgu berilmiah tu apa?"
"Ilmiah tu berfaedah. Okey? Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang tahu sejarah negara kita. Siapa lagi mahu ambil tahu?"
Time ni semua buat muka bersalah. Padan muka kamu! Hahha...Tiba-tiba....
"Cikgu, saya bukan online facebook. Saya main DOTA! Cikgu pandai main DOTA?Jomlah cikgu kita lawan. Kita pergi Bilik Akses Jomlah Cikgu.."
Okey! Fine..time ni turn aku buat muka bersalah. DOTA?hahaha..sumpah aku tak pernah tahu pasal game tu. Yang aku tahu itu sejenis game. Selebihnya aku tak tahu! Aku terus cop budak ni! Mirza...Jawapan paling mudah aku jawab.."Cikgu tak pernah main game." Sekian...

*Thanx google tolong aku cari gambar dota.T_T

Sampai habis kelas budak tu tanya pasal game DOTA. Okey, nanti aku belajar. Kesimpulannya, student sekarang suka benda alah macam tu berbanding benda yang sepatutnya mereka tahu. Kecewa juga bila tanya pasal sejarah. Hampir semua susah nak jawab. Tapi, bila buka cerita pasal game, tumbuh jer tanduk budak-budak tu. Guru kena banyak main dengan teknologi supaya boleh tarik minat murid yang berteknologi sekarang ni.

P/S: Nak jadi guru biasa semua pun boleh. Tapi, nak jadi guru yang boleh melahirkan insan yang benar-benar berjaya itu bukan mudah! Berhadapan dengan manusia yang perlu dididik jiwanya itu juga adalah sukar.

Selasa, 28 Ogos 2012

SEGMEN ERAZ FADLI:PENCARIAN BLOGLIST

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam Segmen..:)


Mohon KLIK SINI laju-laju kalau nak join...:)

Salah satu bloglist Lyeen adalah blog ni sebab blog ni macam berita..selalu ada entry-entry terbaharu...best sangat...Jum, join segmen ni..:)


Stay di KL,Ranau,Tawau jumpa Korean people!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Aidilfitri dan Salam Cupcakes Raya Cokolat...

Entry pertama setelah sampai Sabah. Tahniah untuk diriku. Bukan malas tapi takdak masa sebab aku rasa aku dah round satu Negeri Sabah untuk beraya. Okey, dalam entry yang lepas Lyeen meraung hiba sebab menanti waktu balik ke Sabah yang entah kapan tibanya! Hari ni, Lyeen dah terpacak lurus di Tawau.
20 Ogos 2011 hari tu bersamaan dengan 2 Syawal, Lyeen bertolak dari LCCT, KL ke KKIA. Dari IB, Lyeen gerak sekali dengan Floe, Liza (adik aku yang paling 'sweet') yang balik di pagi raya..T_T


U all rasa mana satu adik aku? Yang besar-besar tu Floe a.k.a BFF aku. Ok! Nama pun BFF kau akan tahu tahap gila yang macam mana bila aku hidup dengan perempuan ini! Tapi aku suka sebab time naik teksi dari IB pergi KL Sentral dia yang bayar! Kalau aku tahu, aku terus suruh pak cik teksi tu terus pergi LCCT!


Flight Floe awal sikit dari Lyeen, tapi disebabkan aku takut dia hilang, aku temanlah dia datang awal-awal kat LCCT, sweet kan aku jadi geng dia?Hahahah...Flight Lyeen pukul 7.20 petang. Bila kaki aku naik tangga kapal tu aku bahagia plus-plus. Syukur aku dapat balik! Semua pramugari aku salam dengan pilot sekali aku salam! Aku tipu! Bila sampai KKIA, pak cik aku dah sedia dengan senyuman paling sweet.
Sabah! Kami balik!..air mata aku berjuraian tanpa henti sebab terharu!


Bila Lyeen masuk jer dalam kereta, sumpah mengantuk plus-plus. Tapi, perut lapar! Selepas menelan dengan bahagianya seketul burger. Lyeen start menutup mata. Aku pun tak tahu betapa terujanya aku tidur dari KKIA sampai Ranau aku langsung tak sedar! Aku hanya sedar bila kepala aku terhantuk time kereta pak cik aku buat U turn nak masuk simpang rumah! Bila sampai, barang-barang tak turun lagi, terus sambung tidur! Sebab time tu dah pukul 1 lebih okey! Bila aku bangun pagi, buka pintu! "Gunung Kinabalu depan aku!" Bukti tu gambar kat atas. Ranau super duper sejuk, air mandi pun aku rasa macam baru keluar dari peti ais! 


Lepas mandi air dari peti ais tu, kami siap-siap nak balik Tawau pulak. Yeah. Aku memang jumpa anak Korea ni..Hahaha..Nur Alia Zahrah, budak ini super duper comel, tak takut orang dan paling penting mata dia gedabak! Aku suka! Korean look.Hahahaa...Bila aku dengan budak ni aku rasa aku turut merasai kecomelan itu. Yakinlah..T_T...Sangat penat okey duk dalam kereta mula jam 11 Pagi sampai 10 Malam. Aku rasa macam patung bila keluar dari kereta. Siap muka lebam plus biru-biru sebab asyik terhantuk depan cermin! Hadiah hari raya. Okey, kesimpulannya, raya ketiga aku di dalam kereta sahaja. Sampai rumah aku sambung tidur lagi. Jadi, raya tahun ni aku kaya dengan tidur!


Esok paginya, aku nak pakai baju raya baru...tapi abang aku cakap..
"Kita pigi pasar dulu beli barang untuk kenduri, tak payah pakai baju raya kau tu! Lagipun, raya keempat dah ni...basi dah baju raya kau.."
Aku menjeling lantas mencebik. Kalau ikutkan naluri adik derhaka aku, aku biar dia jalan sorang kat bandar Tawau. Biar sesat! Tapi, aku masih ada naluri adik solehah.Aku temanlah sebab dia belanja aku milo kotak besar! Hahaha..:) Aku teruja tengok bandar Tawau. Banyak berubah sebab dulu aku kecik-kecik! Sekarang aku dah besar-besar. Orang dah panggil aku kakak...T_T

Cerita raya tak banyak sangat sebab Lyeen tak sempat nak beraya di rumah family belah mak dan abah sebab sibuk prepare nak buat PBS. Hari ni dah PBS kedua di SK.Tanjung Batu Tawau. So, sekarang aku lebih dengan PBS berbanding raya..sedihhhhh..T_T. Sabtu ni dah nak balik KL. Apapun, Lyeen bersyukur sebab dapat beraya dengan family berbanding aku meratap gambar dibilik 302 asrama Lembah Pantai Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu itu...:'(

Motif: Bersyukur sebab dapat raya dengan mak ayah! Sila meraung siapa yang tak dapat balik raya..Kejam..T_T

Jumaat, 17 Ogos 2012

Sedih lagi!

Assaalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam Ramadhan yang dah nak habis...T_T

Lyeen baru jer habis kelas hari ni, sedih..ramai dah classmates balik Sabah. Sedih okey!
Lyeen pula terpaksa menanti dua hari lagi sebelum sampai ke Sabah. Sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan. Esok roomate Lyeen akan balik Tawau. Maka, terkontang-kantinglah aku dengar takbir pagi raya bersama adikku. Padan muka kau Lyeen!Beli lagi tiket lewat!
Tapi kan..kan..kan...Sumpah..bahagia, teruja, terharu plus-plus juga sebab even lambat pun..raya kedua sah-sah Lyeen dah sampai Sabah! Berbanding manusia yang tak balik jumpa mak abah kan? Syukur!

Dahlah tahun lalu Lyeen beraya di sini..No more untuk kali ni!Cukup-cukup sudah..takmau..takmau...nak beraya dengan adik-adik aku yang super duper comel itu! Nak minta duit raya dari mak aku sebab perniagan popianya semakin maju!Haahahahahha...Nak buat baik dengan abah aku sebab aku tahu bonus dia meletup!..Aku nak jadi anak paling cool minta duit raya banyak-banyak! Hari ni, Lyeen nak pergi Masjid Jamek untuk yang terakhir kalinya dengan adik aku yang tercinta untuk menghabiskan duit raya yang disedekahkan Abang Adi hari tu! Untunglah ada abang!

Cerita pasal Masjid Jamek, Lyeen rasa dah sesak plus-plus dah MJ tu..Tapi, sweetlah sebab tu yang buat wah....meriahnya..! Yer dak? Lyeen teruja bila part beli tudung tu then paksa mak cik tu bagi harga paling murah1 Kau tak nak bagi murah, aku blah mak cik! Hahaha..kejam! Kalau ada 10 pelanggan macam aku...Mak cik tu lebih rela buka kedai pajak gadai okey! Tapi, sure, setakat ni..tudung yang harga Rm 30, Lyeen boleh dapat RM 15 jer! Kau ada! Hebat dak aku tawar-menawar? Hahaha...kalaulah Tudung Roses Balqis dapat tawar-menawar macam tu kan best!

Okey, hari ni u all akan rasa menyesal sebab baca entry yang takdak gambar langsung! Tapi, hebat kan..rasa macam baca karangan masa muda-muda. Ambik kau! Apapun, Selamat Hari Raya u buat semua yang rajin atau secara tak sengaja view blog Lyeen. Maaf Zahir Batin..:) 

P/S: Flight balik Sabah Isnin ni..T_T

Ahad, 12 Ogos 2012

Rayaku di Kuala Lumpur..!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Selamat Pagi Ramadhan yang Ke-22...

Semasa menaip entry ni Lyeen dalam keadaan yang segar bugar. Sebab tenaga masih berada pada tahap maksima. Pagi ni, Lyeen rasa bahagia sebab masih kenyang. Tapi, yang buat spoil mood aku pagi-pagi ni bila gusi aku seakan-akan menyambut kedatangan gigi baru? Perlu ka? Sebab aku rasa pipi aku super duper naik 180 darjah disebabkan kesakitan yang melanda! Aku lebih rela demam 2 minggu dari sakit gigi!

Semalam aku buat assignment Math sampai penat. Sampai tersengguk-sengguk kat atas meja. Nasib jer kepala aku tak berdarah bila melekat kat hujung meja semalam. Kalau tak, jatuh nilai wang hantaran aku!Sumpah, minggu sebelum raya, kami disajikan dengan assignment yang perlu dihantar sebelum balik. Tu yang buat aku rasa sweet jer raya tahun ni.

Okey, disebabkan kertas warna merah kat atas ni lah. Aku lupakan segala macam jenis kepayahan, kesusuhan, kesegsaraan aku menyiapkan assignment. Sebab aku balik Sabah! Walaupun, aku memang akan menangis air mata darah berbaldi-baldi raya pertama nanti, tapi aku tetap akan bersyukur plus-plus sebab aku dapat balik jugak jumpa family aku walaupun dah raya kedua. Aku tetap teruja. Sweet tak aku jadi anak?
Aku manusia yang dilahirkan di Tawau. Tapi, kenapa aku turun KK? Hahaha..aku saja nak test angin!
Aku tipu. Sebenarnya tiket balik Tawau 3 kali ganda dari harga balik KK. Tu sebab aku balik KK...*Aku tak sangka Air Asia cop orang Tawau ni kaya-kaya..T_T* Sampai kat terminal Air Asia KK nanti, mak cik Lyeen akan menjemputku dengan sorakan seperti Harimau Malaya.! Aku pasti!


Lyeen buat muka teruja macam ni bila call Mak bagitahu yang Lyeen balik raya nanti. Walaupun super duper sedih sebab tak dapat raya sama-sama time raya pertama. Tapi, aku tahu Mak aku tetap bahagia sebab anak dia yang paling cool akan balik jugak  =_=...Oh ya, aku balik dengan adik aku si Liza gendut. Hari ni dia exam. Last paper, u all doakan dia senang je jawab soalan ok. Lepas tu, dia balik Karak tempat Abang Adi. Sebab dia balik Sabah lama lagi disamping dia takut duduk UIA lama-lama, nanti ada hantu bangkit! Lyeen tak ikut balik, sebab masih ada kuliah sampai Jumaat nanti..T_T.

Apapun, Lyeen bersyukur sangat sebab dapat balik raya tahun ni. Sebab dah dua tahun okey beraya di Semenanjung. Best tu memang terasa. Tapi, tipulah kalau Lyeen cakap Lyeen tak rindu suasana kampung sendiri u all. Aku akan teman nenek aku pasang pelita keliling rumah sambil nenek aku mengomel bila sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu lari-lari sambil bawa bunga api. Kalau dorang jatuh, aku tak kisah. Tapi, kalau pelita yang aku pasang patah? Aku kisah! Sebab, penat aku ketuk kayu guna tukul supaya tiang pelita aku lurus 90 darjah..Aku nak jadi cucu mithali! Kejam..T_T


Lyeen ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua readers tegar blog cupcakes Lyeen ni. Thanx banyak-banyak. Mohon maaf andai tulisan selama ini tidak enak dipandang mata...Semoga Aidilfiti kita akan menyedarkan kita tentang kepayahan insan lain. Jangan syok sangat beraya sampai tercekik biskut semperit. Makan perlahan-lahan. Lyeen nak packing barang untuk balik Sabah nanti. Ada sesiapa nak hantar kad raya? mohon minta alamat aku..=_=

P/S: Tema baju raya tahun ni baby blue plus baby pink. Bila dah double plus-plus mesti aku ada aura the baby-baby. Harap banyaklah duit raya aku dapat tahun ni. Amin..Amin..Amin..

Rabu, 8 Ogos 2012

"Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Ramadhan dan salam bersegmen...:)

Hari ni Lyeen menjadi manusia paling rajin bila Lyeen murah hati untuk menyertai segala macam jenis segmen..:) Antaranya segmen dari blog "Aisyah Humaira Blogspot..."


Sila KLIK SINI untuk join.

*sebab aku tak reti nak backlink gambar...T_T*

Kita blogwalking pagi takbir ok. Dengan juraian air mata.


Tudung Bawal Full Roses by BQQ

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Selamat pagi dan salam ramadhan buat kalian.
Aku tahu aku awal update blog.
Aku rasa pelik juga sebab aku rajin menaip entry dihening pagi.

Sebenarnya aku dah siap seawal pukul 7.20 pagi. Smart dah aku siap. Handsome bergayalah kata orang. Tiba-tiba,pintu aku diketuk bagai nak rak oleh si Floe. Dengan wajah yang berseri-seri bak bulan mengambang dia cakap..."Lyeen! Tiada kelas. Encik Selva call saya." Aku pun terpana seketika? What? Aku sudah siap la...Terima kaish En. Selva. Mohon tambah markah untuk ujian amali aku.

Maka, aku update blog kejap sebelum pergi kelas seterusnya.


Tudung Bawal Roses lagi kau Lyeen?

Yah...semalam tudung baharu sampai lagi. Aku rasakan abang posmen tu mesti dah hafal nama aku kan? Ok, Tudung Bawal Roses kali ni adalah Tudung Bawal Full Roses by Butik Qaireen Qaisara. Semestinya butik online pilihan Lyeen kalau nak beli tudung roses. Sebab, bawal roses Kak Zira ni sangat sweet. Jahitannya sangat kemas. Kain tudung bawal pulak tak jarang macam tudung-tudung lain yang mesti pakai inner. Kalau tak nampak je tengkuk sejinjang. Seksa!

Lyeen order Tudung Bawal Roses ni sebelum puasa lagi. Sebab Kak Zira buat pre order time tu dan Lyeen merupakan pelanggan terakhir hantar order. Sebab, first Lyeen order Tudung Bawal Roses Crown. Tapi, pre order untuk bawal tu dah habis. Maka, Lyeen pilih Bawal Full Roses biru plus pink ni sebab tema baju raya Lyeen tahun ni pink plus biru. Harga, RM 59.00 tidak termasuk kos pos. Memang mahal. Tapi, Lyeen jamin anda sangat berpuas hati dengan tudung dari BQQ. So, memang tak sabar nak pakai tudung ni. Tiap malam aku test depan cermin! Hahahahaa


Lyeen bahagia plus-plus sebab seminggu Lyeen tunggu tudung ni sampai. Akhirmya...
Bila dapat, terus je sms Kak Zira.."Thanx kak Zira, Lyeen dah dapat tudung ni. Catik sangat. Sesuai dengan tema baju raya. Thanx kak Zira"...Then kak Zira pun reply sms..."Welcome, nanti ambik gambar jangan lupa tag.."..Wah..sweet jer Kak Zira ni kan? And sekarang, dia tengah mengandung baby first. Sweet. Murah rezeki dia kan. Semoga sihat selalu untuk Kak Zira.

Kalau anda nak baca lebih tentang Tudung Bawal Roses boleh Baca Sini. Lyeen suka update pasal Tudung Bawal Roses sebab Lyeen memang peminat tegar roses yang comel itu. Nampak lebih sweet. So, jangan ingat wanita yang bertudung tak boleh bergerak seiring perubahan fesyen. Asalkan, masih mengikut syariat yag ditetapkan dalam Islam. Iaitu menutup aurat dan bukannya sekadar membalut aurat. Renung-renungkan.:)

Selasa, 7 Ogos 2012

Khas untukmu anti Sabahan tegar.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam Ramadhan yang ke 18. Kali ni baru betul dah belas-belas.
Siapa dah start buat kuih raya angkat tangan!

Lyeen tahu dah berpuluh-puluh hari Lyeen tak update blog. Semakin hari aku semakin sibuk. Sebab aku memanfaatkan bulan Ramadhan sebenarnya. Takburnya aku..T_T
Beberapa minggu ni Lyeen memang sibuklah! Assigment semua dah ada dalam laci meja aku. Tolong fokus kepada perkataan 'laci meja'. Aku tahu aku malas. Tapi aku berpegang pada fakta, "Kerja last minute lebih baik daripada kerja awal minit!"


*Aku tipu fakta itu! Fakta aku buat sendiri!

Okey, apa yang menarik minat Lyeen hari ni nak berblogging dan tulis entry adalah disebabkan rasa terharu, teruja, bengang, marah, kecewa, dan segala macam jenis perasaan bila ada manusia yang cuba MENGHINA negeri kelahiranku..Kenapa bah?Kenapa bah! Emaliza Lizaema a.ka Ema dan Princess Deila. Adakah anda tahu bahawa anda sangat sweet bila menghina, mencaci dan meburuk-burukan negeri Sabah? Sumpah Lyeen terharu. Kita jadi BFF jum. Jumlah bah...T_T

Sumpah tak marah pun bila dia hina plus-plus macam ni. *Aku tipu!...Bukanlah aku semangat kenegerian sangat. Tapi, secara jujurnya kita hidup bermasyarakat. Negara kita terkenal dengan perpaduan dan toleransi. Kita ada budaya. Budaya kita amalan sepanjang zaman. Adat disanjung, budaya dipelihara. Budi bahasa budaya kita. Okey, aku rasa macam kempen! Tapi sebagai anak jati kelahiran Sabah. Lyeen lahir, membesar,membiak dan segala macam di Sabah. Dari start berumur satu hari sampailah sekarang Lyeen hidup di Sabah! (Kecuali sekarang aku duk KL sebab aku study! Raya aku balik Tawau!) Tu sebab terasa sangat bila ada orang yang tak ber'fikiran rasional' post benda-benda macam ni. Di mana nilai kemanusiaan bagi mereka?


Yang si Manis sorang ni pulak. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tak semestinya seorang makhluk dari Sabah buat silap, semua orang Sabah kau cop sama. Rambut sama hitam geng, hati lain-lain. Dunia sekarang tanpa sempadan a.k.a globalisasi. So, berjaga-jagalah dengan setiap apa yang kita post lagi-lagi di alam maya sekarang ni. Tak pasal-pasal kena saman 1 Juta. Memang tidak dinafikan Kuala Lumpur lagi maju plus-plus berbanding Sabah. Tapi, takdaklah sampai orang Sabah masih tinggal atas pokok. LRT bagai memang takdak. Tapi kami ada bas henti-henti dan bas ekspress. Banyak! Bab karaoke insyaAllah ada, Lyeen tak pernah masuk pulak sebab mak tak bagi..T_T...Sakit jiwa bila dia cakap "Sabah Negeri Sampah"...
Memanglah ada sampah, tapi tiap hari Majlis Perbandaran hantar petugas ambil bah Ema. Tak kotor pun. Serius..:)

Kalau Lyeen banyak duit nak je kan sponsor Ema dan Princess ni balik Sabah. Mesti sweet kan. Kita naik kapal terbang. Besttt....Sabah ada Rumah Terbalik, Sabah ada Pulau Manukan, Sabah ada Gunung Kinabalu, Sabah ada Poring, Sabah ada Sepilok, Sabah ada Kuih Cincin, Sabah ada Amplang, Sabah ada mutiara asli. Sabah ada Buras. Sabah ada Sabahan Troll dan paling sweet Sabah ada Jimmy Palikat a.k.a Anak Kampung.
Best kan?

"Kita hidup 1 Malaysia. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Kalau kita sendiri jadi duri dalam daging untuk menjana perpaduan negara. Bila negara akan mencapai kesepaduan? Lagi-lagi, kita sebagai muslim, hamba Allah SWT. Kenapa perlu menyakiti hati insan lain? Lagi-lagi dibulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini? Mohonlah kemaafan atas tindakan kamu. Orang Sabah baik-baik bah, tiada-tiadanya mau marah-marah. Paling pun dicakap jak kau LAGO oleh orang Tawau macam aku!

P/S: Tawau ada Persisiran Trausland aka Hihgway!Tawau ada Taman Bukit Tawau!Tawau ada Amplang!Tawau ada Cik Lyeen jual Cupcakes! Mohon beli tiket balik Tawau laju-laju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...