Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh,
Salam Cupcakes Strawberry berintikan coklat..:)
Sila teruja bila Lyeen dah mula rajin menaip entry sekali sehari dengan jayanya. Sebab assignment tinggal satu jer lagi nak hantar. Ujian Akhir Kursus dua minggu lagi dan Exam akhir sem sebulan lagi. So, Lyeen saja bagi otak Lyeen relax untuk tempoh seminggu ni. Sweet kan otak aku.:p
Hari ni tudung Lyeen ditaja oleh kedai tepi jalan di sekitar Masjid Jamek. Lyeen tak guna dulu Bawal Roses yang meriah bagai tu untuk mengelak daripada roses Lyeen tercabut. Sekarang tengah perap supaya lebih mekar! HAHA. Pagi tadi Lyeen awal pergi kuliah. Lyeen dengan Floe merupakan manusia keempat sampai dalam kelas jam 7.40 pagi tadi. Setiap hari Selasa, Lyeen berusaha untuk datang awal. Sebab Lyeen super duper minat dengan subjek Murid dan Alam Belajar. Lyeen tak rasa mengantuk, bosan dan sebagainya time study subjek ni. Seronok gila. Gila?
Hari ni Dr.Shahlan, lecturer bagi subjek MAB suruh kumpulan Akmal dengan Syuhadah bentang pasal Teori-teori kecerdasan Emosi. Bila dah tajuk pun emo-emo. Maka, kami pun emo-emo la jugak. Macam dah pertandingan bahas ala parlimen jer kan bila soalan bertubi-tubi menyerang si tukang bentang. Nasib bukan group aku yang bentang. HAHA. Dr. Shalan senyum-senyum je tengok kami. Tapi, topik hari ni memang kena setempek kat muka kami sekelas sebab macam kena-kena jer kan. Putus cinta bagai! HAHA. Lyeen dapat idea baru nak buat kawan-kawan faham time kita bentang. Bagi contoh yang ada kaitan dengan hidup mereka. HAHA. Apapun, memang best belajar pasal teori-teori ni sebab akan bagi kita yang dengar ni fikir. "Eh, betul ke apa yang pengasas teori ni kata?", "Yer la. Tak sangka!"..Sure, akan rasa macam tu. Teruja kejap!
Sila percaya betapa fokusnya aku dengan pembentangan. Siap tulis nota kaki yang ada love-love bagai. See untuk point keempat. Menghargai perasaan pada diri sendiri dan orang lain. Ini teori Kecerdasan Emosi Goleman. Maksudnya kat sini, individu yang mampu menghargai perasaannya adalah antara ciri-ciri manusia yang kecerdasan emosinya baik. Aku? Insyaallah! Saya seorang yang menghargai perasaan saya meski kadang-kadang saya lukakan, sakitkan, goreskan, patahkan hati orang lain. Betapa kejamnya aku....T_T.
Apa yang penting kita jaga perasaan diri sendiri dulu okey! Bukan nak jadi selfish, tapi kalau kita tak jaga hati kita siapa lagi nak jagakan? Hati kita adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk kita jaga sebaiknya. Jagalah hati.
Pic ni Lyeen curik dari FB si baju turqoise. Mimi yang sweet untuk hari ni. Betapa kami menjaga hati. LOVE aku paling tebal sebab yang lain guna jari je. Aku pula, kalau tapak tangan boleh dibentuk, tapak tangan pun aku guna. Tamak! Time ni, Lyeen tak pakai kasut. Tu sebab Lyeen lagi rendah. Lyeen sebenarnya tinggi sangat-sangat. Tolong percaya. Aku kecewa sikit dengan gambar ni sebab aku rasa macam aku paling kecik! Mencik..mencik! Kena makan 5 kali sehari ni!
Sesungguhnya time ni Lyeen tak boleh tipu bahawasanya memang Lyeen adalah manusia yang rendah. Alah kalah dengan Floe jer. Dengan Aida aku paling tinggi! Semoga Aida tak baca langsung entry aku yang ini. Sebenarnya, sekarang kami sekelas kembali kepada asal dengan habit suka snap pic sana sini. Tapi, kalau ada orang lalu kami cuba buat dunno! HAHA. Hari ni, kelas Encik Yusuf ada. Dan snagat-sangat rindu dengan beliau sebab dah lama dia tak masuk kelas dan Lyeen bahagia bila minggu depan termasuk Sabtu dan Ahad akan ada kelas ganti. So sweet buat kuliah ganti..:)
Pesanan aka ayat-ayat cinta untuk entry kali ni : "Bygone be bygone. Apa yang dah berlaku kita jadikan sebagai panduan untuk kita menghadapi hari mendatang. Kita tidak mengharapkan yang sempurna dalam hidup kita kerana kita tahu tiada yang sempurna selain DIA. Tapi, kita mahukan yang terbaik diantara yang terbaik untuk menjamin kesejahteraan kita dimasa depan. Perpisahan bukan ukuran untuk menilai seseorang itu punya hati yang kotor atau suci murni. Tapi, ukuran untuk seseorang itu mencari yang terbaik untuk dirinya. Ingat sahaja bahawa Allah SWT telah menjanjikan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi kita terlalu sayang tapi dia bukan tertulis untuk kita. "Doa adalah senjata mu'min". Pesanan ringkas dari seseorang yang cukup untuk Lyeen sedar bahawa doa adalah usaha paling utama. Kegagalan hari ini bukan petanda bahawa anda gagal selamanya. tapi itu adalah petanda bahawa kamu akan mencipta kejayaan suatu hari nanti."
Ok. Bai.
5 000 Makan Cupcakes!:
setuju sangat " Berputus asa bukan akhlak seorang mukmin"...
Cantik tudung lyeen, teruja sangat warna dia.. cute dear.. hehe
Salam.. Jodoh itu di tangan Allah, insya Allah...yang penting, tawakal =)
http://exquisitely-aleda.blogspot.com/2012/09/doa-indah-tentang-jodoh-daripada-burhan.html
@✿Lady Ainaa✿ kan..kan dear..hikhik....xmau ptuts2 asa ni..:)
tudung murah je dear..hihi..:) thanx..thanx..:)
@Aleda Boyd semoga smuanya bjln lncr kan.:) thanx kamu..
Jom main tangkap-tangkap cik lyeen..hehe
http://hanifredland.blogspot.com/2012/09/segmen-tangkap-follower-sebanyak-mungkin.html
Catat Ulasan