Isnin, 24 September 2012

Bangga menjadi GURU.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam sepiring cupcakes perasa blueberry..:)
Alhamdullilah, hari ni Lyeen beransur pulih, dah takdak pening-pening bagai macam orang kena renjatan elektrik dengan voltan paling tinggi. Pagi-pagi lagi dah cergas macam minum Milo sebaldi. Siap senyum-senyum bahagia. Alhamdullilah. Terima kasih buat kalian yang sentiasa mendoakan Lyeen menjadi manusia yang sihat walafiat even jauh sangat-sangat dari keluarga tersayang..T_T
Tapi, Lyeen masih bahagia sebab Lyeen ada saudara besar seperti mereka. Classmates yang sentiasa ada time suka,duka,lapar, dahaga dan sebagainya. Dah dua tahun lebih dah sama-sama dengan mereka. Sangat happy. Even ada yang dari Kelantan, ada yang dari Johor, Sarawak dan Kedah. Sumpah, tak rasa jurang antara kami. Sebab semua dah macam adik beradik. Dan aku nak jadi paling kakak! Kakak Tiri yang selalu arahkan diorang! HAHAHA....Hakikatnya, aku yang selalu kena buli..T_T. Kalau dulu, bila sampai KL ni Lyeen dah set kat kepala..."Mesti diorang taknak kawan dengan Sabahan macam aku...".Tapi, bila Lyeen dah kenal diorang semua. Fuhh! Kadang-kadang aku terlupa aku kat Sabah ke kat KL? Kau tengok dengan hampehnya Lyeen guna word 'kat', betapa lupa dirinya aku!...HAHAHAHA!
Kami semua Sabahan. From left, Aida dari Lahad Datu, Floe dari Penampang, Lyeen dari Tawau, hampeh nak bold bagai!Eww! Ok sambung, Jaell dari Kota Belud dan Onjoy dari Keningau..:) See. Lyeen dah hafal semuanya kan? Nombor matriks, nombor ic even nombor telefon dorang pun Lyeen hafal. Mohon percaya! Tipulah kalau cakap kami tak pernah gaduh. Kami aktif  bergaduh masa awal semester dulu. Tiap minggu gaduh dan tiap minggu juga buat sesi refleksi..T_T. Lastly, nangis lepas tu kan minta maaf. Mengaku salah lew tew! Itulah lumrah bersahabat. Ni baru tahap Semester 2. Ada 6 Semester lagi untuk kami sama-sama. Sila bertahan dan tabah ok. Semester 8 nanti kita buat Penyelidikan Tindakan (PT) macam senior kita sekarang. Rasa 'sweet' jugak nak buat PT tu...T_T
Credit untuk Mimi sebab upload gambar ni se'fresh' yang mungkin. Gambar pagi tadi. Time ni muka masih sesuci dan semulus kulit bayi 6 bulan. Tapi, lepas je main bola tampar dari pukul 11 pagi sampai 1 petang kat gelanggang. Muka dah macam bontot kuali yang kena bakar dengan arang, kemudian 3 tahun tak basuh! Takpa, nak jadi cikgu memang macam tu. Kena sweet lebih! Apapun, semester ni kelas PJ ekstream sikit. Walaupun, kami adalah jurusan Major Bahasa Melayu yang menunjukkan bahawasanya kami memang pencinta Bahasa Melayu. Kami sopan-sopan belaka. Sila percaya. Insyaallah, setakat ni masih boleh 'bawa' lagi subjek yang ada sekarang. Walaupun adakalanya mencapai tahap terpaksa tidur dengan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat 3 hari 2 malam!
Credit to Ekin sebab tag gambar ni. Time ni pergi merantau ke IPG Kampus Islam Bangi tengok kawan-kawan main bola jaring. Lyeen jadi tukang sorak aka tukang tengok. Kalau nak bagi Lyeen main. Mohon bagi kelas seminggu tanpa henti. Lyeen selalu silap part nak hentikan kaki. Selalu jer tergerak ke sana dan ke mari... Mencik..!Mencik..!  Kat belakang Lyeen tu, Cassandra merangkap  Ex-Dormmates yang sangat sweet. Belakang dia lagi tu lah Mash aka the best roommates in this world. Dia yang tolong alihkan heater time Lyeen pengsan. Thanks roomate.. Love u plus-plus. Belakang dia lagi Ekin yang sama sweet :) Tak lupa untuk Abg Bhen yang sangat bergaya..:)
Kesimpulannya, seeehh! Kesimpulan bagai! Okey, macam tak rasa jer kan yang Lyeen dah study 2 tahun setengah kat KL ni. Rasa macam baru berapa minggu je. Tak terasa. Dah banyak ilmu yang Lyeen timba kat sini. Ramai kawan-kawan baharu yang super duper baik, loving, berjiwa merdeka itu penting! Mereka sangat baik! Untung saja dapat kawan macam kalian..:) Lastly, "Saya bangga menjadi guru Malaysia". Pembetulan untuk kau Lyeen.."Future! Bakal! 6 Sem lagi...T_T"

P/S: Kawan biar seribu. sejuta. semillion. Berkawanlah. Binalah ukhwah selagi mampu. Kerana kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kamu..:) Lagi banyak kawan lagi banyak doa. :p Saya sayang kawan-kawan saya. Nah, 30 biji cupcakes untuk awak semua!

12 000 Makan Cupcakes!:

Qaseh Dania berkata...

cantek gmbar cikgu!.=)

SuparMan SuaRez berkata...

Untunglaah Dapat Jadi Cigu Kelak..haha :)

Unknown berkata...

@Qaseh Dania gambar curik semua tu..hikhik,,,:P thanx kamu..:)

Unknown berkata...

@SuparMan SuaRez kau puji ka kau mngolok ni..hahhaa...thanx r..amin2..:)

Unknown berkata...

ishh sya sgt jeles tak dapat jadik guru,jadik guru sandaran pun ok lah =D

6 sem? tak sabar tunggu korang habis.
aihh apakah? hahaha~
selamat maju jaya. cewahhh =)

fifie berkata...

Untung la anak murid dapat cikgu cantik. Huhu

eddie.my berkata...

sebut guru ni teringat lagu Kami Guru Malaysia ... entah asal baca artikel berkenaan guru ni mesti ingat lagu tu ....

Nick Nashram berkata...

walaupun orang kata macam2 but im proud to be a teacher as well :)

Unknown berkata...

@Michelle Hopell Takpa..6 sem tu equal 3 tahun..pejam celik2...dah ble smbut dia balik kat srwk kn?hehe...sy taw..:P....xpa...nnt ble jd cikgu utk si'dia'..:)

Unknown berkata...

@fifie hehe...xleh cntik sgt eh...nnt murid minta no hp..hahaha:P thanx kamu..:)

Unknown berkata...

@Diemsisi kami akan nyanyi lagu tiap hari isnin...dgn penuh smgt gitu..hikhik..:P nnt ble nyanyi...

Unknown berkata...

@Nick Nashram yes!Proud to be teacher....biarkan pa org nk kata yg pnting kerjaya guru sgt2 baik..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...