Selasa, 4 September 2012

Ketabahan kunci kesabaran

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam Comel Plus-plus..:)
Setiap perkara ada aturannya sendiri. Telinga kita juga seringkali mendengar ayat "Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan". Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan "Mengapa perlu adanya perpisahan bila hati sudah masing-masing bertaut sayang?"...Namun, apapun yang berlaku tetap sahaja sekeliling membisikan kalimah yang sama "Bersabarlah, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.."
Sejauh mana kesabaran itu perlu dijaga andai hati sendiri sudah semakin rapuh? Manusia seringkali berkata pada diri bahawa "Aku yakin aku kuat untuk berhadapan dengan masalah", meskipun saat itu air mata berjuraian menitis dipipi. Tapi, sebenarnya itulah kekuatan. Kekuatan dan keberanian meyakinkan diri sendiri bahawa masalah bukan noktah untuk sebuah perjuangan.

Semakin hari semakin sayang. Kasih diberi bukan kepalang. Luka dihati jiwa melayang. Ada masanya manusia seakan-akan menyalahkan takdir." Mengapa aku ditakdirkan begini?Malang!"..Mengapa perlu menyalahkan takdir andai diri sendiri menempah duka? Wanita dan Jejaka. Mereka punya perbezaan yang sangat ketara. Tapi, percayalah bahawa mereka saling memerlukan. Namun, atas rasional saling memerlukan itu ada kalanya seorang daripada mereka tidak merasa diperlukan atau memerlukan sehingga satu saat mereka tidak lagi menempah duka bahkan terus menerimanya!

Maka, katakan pada diri sendiri, "Bercinta bila kamu benar-benar bersedia bukan bila kamu benar-benar terdesak. Kerana kamu bukan bercinta dengan sebatang pen yang tidak bernyawa tetapi kamu akan bercinta dengan manusia yang bernyawa dan sekeping hati yang sangat 'fragile'.
P/S: Aku tahu ayat aku berbunga-bunga macam bunga sakura. Mohon tafsir sendiri.

8 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

ujian itu lumrah dlm khidupan :)

fiQRa berkata...

la tahzan, dear ;)
bahagia menanti tak lama lagi ..

Lynn Damya berkata...

betul, cuma kadang2 hati manusia tak terlalu tabah dan tak kuat, tp kite tetap kena percaya yg Allah lg tahu apa yg terbaik utk kita.. :)
selamat berkenalan, sy follower baru awak, hehe :D

IFA Athirah berkata...

wow..romantisnya..hehe

Unknown berkata...

@Khairul Zamri yg pastinya akan mematangkan kita..insyaallah.:)

Unknown berkata...

@fiQRa dans emoga bahagia itu milik kita selamanya kan kak mas..:)

Unknown berkata...

@Lynn Damya btul tu...smuanya adalah kehendak allah..pastinya akan ada yg terbaik tuk kita..:) ok..akan terjah blog kamu semula..:)

Unknown berkata...

@IFA Athirah xdalah awk..curahan idea semata..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...