Selasa, 26 Jun 2012

Untunglah ada ABANG SAYANG..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Cupcakes Strawberry berintikan cokolat...

Okey, budak kecik pink-pink sebelah Lyeen adalah manusia yang super duper comel a.k.a roomate terbaik seantero dunia. (Suka suki aku membudakkan roomate aku).Dalam entry yang lepas, Lyeen ada mencanangkan bahawasanya Lyeen jadi pengacara majlis untuk acara Larian Guru 2012, Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu. Lyeen jadi emcee dengan the best roomate, Mash.. Yah! Kami SABAHAN.


Motif asal entry di taip:
Lyeen baru jer selesai call Mak Lyeen tadi. Dia tanya, "bilalah kau sampai Tawau?"
Dengan kepala yang berputar-putar Lyeen sedaya upaya memikir jawapan paling tepat.
Kalau kau nak beli tiket balik Tawau sekarang dah beribu-riban ok! Alamatnya makan batu berlaukan rumput hujung semester nanti. Maka, aku bagi jawapan paling menjaga hati.."Nantilah dulu mak, dak boleh bagi jawapan sekarang. Belum cek tiket lagi." Anak soleh dak aku? Lyeen suruh picit iklan-iklan tu kau taknak!..Kejam...mencik..mencik..mencik...:p

Lepas tu, Abang Adi call pulak. Tiba-tiba. Aku mula pelik. Jarang-jarang je budak lelaki ni call aku kan...Hahaha..."Kau minum Vico yang cereal kah original?"
"Hah?" Sebenarnya aku pelik. Mimpi apa dia tanya?
"Abang Adi shopping sekarang ni, kau kan suka minum Vico, Abang Adi belilah terus, mau ka ndak?"
Aku rasa air mata aku mengalir deras. Hahahha...aku tipu! Sweet je abang aku ni!
"Bah, Original. Baiknya kau bang!"
"Memanglah, aku kan Abang Sayang! Ingat adik ok!"
Hahahaha..sumpah aku terharu dengan abang aku. Jumaat ni pun dia datang nak ambik Lyeen dengan adik Lyeen kat UIA tu balik Karak. Wal hal kami ada jer kuliah Jumaat tu...Kami tahu dia RINDU sebenarnya, Tapi dia takmau cakap...Budak lelaki memang macam tu kan..Hahahahaha:p

P/S: Sumpah, ada abang ni kadang-kadang stress bila dia marah-marah aku rasa macam nak siram jer dia pakai air panas! Kejam dak aku...T_T....Tapi, aku tahu dia marah-marah pun dalam hati dia ada taman super duper cun! Untungkan ada ABANG? Siapa takdak abang sila mintak dengan mak sekarang!

Sabtu, 23 Jun 2012

Larian Guru 2012

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam Secomel Cupcakes Cokolat...

Sekian lama Lyeen tak update blog maka di pagi yang hening ini, Lyeen berjaya jugak update..*ayat klise blogger yang selalu malas update blog... Erm, serius bila masuk dah waktu kuliah, Lyeen akan lebih menjadi manusia yang fokus kepada kuliah, presentation dan sebagainya *kau jangan percaya statement aku yang itu!...Baiklah, result exam dah keluar dan alhamdullilah Lyeen L.U.L.U.S..:) Cuma pointer tu tak dapat lagi...
Hari ni, IB buat Larian Guru dan suka cita Lyeen maklumkan Lyeen dengan roomate Lyeen jadi pengerusi majlis..Terharu..T_T...Kami memang the best roomate in the world..;p


Tetamu jemputan Dato' Marina Chin selaku Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Aku tahu kisah hidup dia sebab aku kena baca 3 pages pasal dia. Aku menuntut segala jenis hal-hal berkaitan dengan beliau sebab aku kena mention semua tu untuk majlis perasmian penutupan.
Sakit jadi pengerusi. Hanya manusia yang berada di tempat tu akan rasa getarnya!
*Tapi aku control sebab aku kan rock..;p


Gambar ni time aku jadi junior-junior a.k.a the baby face lagi.
Sekarang aku dah senior *nada bongkak sikit....Hahhaha..kejam..T_T 
Kalau senior aku baca, confirm aku kena orientasi balik..T_T
Okey, time ni Larian Guru 2011 dan aku jadi peserta yang paling lambat sampai garisan penamat antara beratus-ratus manusia yang ikut lari. Tapi aku tak harap pun aku dapat jadi top 25 tu..*ayat tak boleh blah orang yang last sampai..;p....


*Muka aku masih the baby face kan? Aku tak berani lagi nak peace bagai..:p HAHAHAHHA...T_T
Esok budak besar ni takda sebab dia kan askar! Tak balik lagi.. Ahad dia balik dan aku tak akan buli dia lagi sebab tenaga beliau dah setaraf dengan Angkatan Tentera Malaysia..;p..Sumpah aku rindu kau budak! 

Dan hari ni, untunglah Lyeen tak ikut lari..Hahhhaa...sebab pengerusi takleh lari nanti penat,semput, tak cukup nafas bagai kan tak jalan majlis...Bajet harapan nusa dan bangsa kau Lyeen! Apapun, semoga majlis berjalan dnegan lancarnya. Lyeen tak tidur sebab Lyeen dah tertidur awal tadi dengan teks pengacaraan tu..Terima kasih buat kakak-kakak dan abang-abang senior Semester 6 sebab memberi kepercayaan kepada Lyeen dan roomate tercinta untuk jadi peneraju acara pagi ni..Insyaallah kami akan buat yang terbaik..:)

P/S : Silalah datang IB kalau nak join ok? Hadiah utama Cupcakes pelbagai perisa sebanyak 30 guni serta Milo ais dijamin dalam tanggungan selama 3 bulan..:) 

Isnin, 18 Jun 2012

Kehidupan Baharu..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam manis semanis coklat di ladang gandum..

Okey, entry terakhir Lyeen taip yakni di Karak, Pahang Lyeen maka hari ini Lyeen menaip entry di Bangsar, Kuala Lumpur! Okey, hari ni kuliah pertama yang sangat menerujakan. Sangat teruja bila selama cuti sebulan Lyeen bangun time matahari tegak 90 darjah atas kepala tapi hari ni Lyeen jadi sesuci-sucinya bila bangun sebelum matahari pun belum sempat memacakkan dirinya...T_T


Pagi-pagi lagi dah ada perhimpunan. Tapi aku jalan sorang sebab BFF aku dah tukar profesion jadi askar! T_T ....Okey, bila berhimpun Lyeen suka sebab dapat jumpa semua kawan-kawan dari segenap pelosok dunia *aku tipu! Yerlah, bila dah masuk semester baru kau akan tertanya-tanya. Siapa pensyarah baru aku yer? Kat mana kelas aku yer? Harap-harap bukan pensyarah 'sekian' yang ajar subjek 'sekian' kan?kan? Tipulah kalau u all tak pernah jadi macam tu. Sekali sekala pernah kot.;p *sebenarnya aku tuju ayat tu untuk aku.

Untuk sem ni Lyeen akan belajar benda-benda yang lebih menerujakan, menakjubkan dan memeningkan..;)
Literasi Bahasa, Murid dan Alam Belajar, Pergerakan Asas a.k.a PJ yakni subjek yang aku paling anti..T_T


*Lyeen rasa semester paling lasak adalah time PPISMP Sem 2 dulu. Tapi rasanya kali ni lebih rock plus-plus sebab Lyeen akan bersukan start pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Isnin dan Rabu. Okey, Lyeen teruja dan sangat bangga. Selepas ini, aku akan lebih menghargai awan mendung yang berarak daripada matahari yang membakar kulit aku!

Apa lagi?? Pentaksiran Bahasa Melayu, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu selaku subjek Major yang aku akan bawa sampai mati..(sampai kapan pun..;p aku suka tiru lirik lagi indon!) Hahahha..;p
Lyeen nak bagitahu benda-benda alah ni pun, Lyeen tak study banyak lagi, baru sesi taaruf jer untuk hari pertama ni dan sure aku ada semangat okey! Hari baru, sem baru, semangat baru! Maka bila sem lama Lyeen? Hahahha T_T...Lyeen harap semangat Lyeen masih kekal baru..Lyeen sebenarnya ada ciri-ciri best student cuma usaha lebih sikit kau Lyeen!..;p


Okey! Lyeen nak semangat yang berkobar-kobar macam Selamanya Harimau Malaya..;p
Lyeen dah kata, Lyeen dah jatuh cinta dengan bola sepak semenjak cuti..T_T
Sukacita, aku ada ciri-ciri penjaga gol terbaik.OK. Sekian. Bai ;p

P/S : Entry pertama aku bergelar pelajar PISMP Semester Dua kat IB dan sekarang ialah musim makhluk seperti aku untuk menunggu result Exam Semester lepas..:) Sila doakan pointer Lyeen super duper terbaik..Thanx.. Nah, cupcakes 30 biji..:)

Jumaat, 15 Jun 2012

Kembali Pulang..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam seindah sinar bintang dilangit..:)

Akhirnya, Lyeen dapat idea jugaklah nak menaip entry. Masalahnya entry kau malam-malam buta Lyeen...T_T Okey, esok bersamaan dengan hari Sabtu maka akan kembalilah Lyeen ke Kuala Lumpur a.k.a kota metropolitan itu..Uwaaaaa...T_T. Maka akan semakin banyaklah benda yang akan menyerabutkan kepalaku.
Semester 2 yang bakal menyaksikan aku kembali aktif sebagai bakal guru PJ..T_T


Semestinya Lyeen akan rindu dengan dak Aiqal ni...T_T
Tiap malam dia akan minta buat susu, minta teman tidur, minta mandi even makan pun nak dengan Lyeen...
*aku tahu aku ada ciri-ciri ibu mitahli..;p
So, lepas ni kehidupanku akan bermula sebagai seorang guru pelatih.. KL aku kembali..:p

Walaupun sedih tinggalkan anak buah aku yang berderet tu..*deretlah sangat 3 ketul je..Aku happy plus-plus jugak sebab penantian dan musim aku mengira detik kembali ke IB akan berakhir esok..Hahahahhaa..


Lyeen akan rindu dak kecil ini..:) 
Sungguh! Erm...semoga perjalanan semester 2 ini lebih baik dari semester yang lepas-lepas.
Dan, semoga kenangan-kenangan yang lepas juga tidak akan kembali menggamit kepala hotak aku sungguh pun aku tahu aku akan sentiasa digamit memori itu..Uwaaaa..T_T
Okey. Lyeen akan jadi manusia paling rock dalam dunia lepas ni..;p
Aku minat Amuk, Amy Search, Ella dsb..;p *aku tipu

P/S : Lyeen letih buat moist chocolate cake, esok nak buat Apam Polkadot tu sekali lagi.. Mohon cantiklah rupanya dari yang sebelum ni..Okey, aku tahu entry aku macam tuuuuutttttt...Hahahahha..;p
Ok bai..thanx u all...:D

Khamis, 14 Jun 2012

" 1st Giveaway by jaakechik corner "

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakuh
Salam Petang yang bahagia..:D

Sumpah! Lyeen takdak idea jiwang0jiwang dah nak taip...maka, Lyeen rela menceburkan diri join segmen, GA dan sebagainya untuk masa ini..Kira aku ada idea jugaklah kan..T_T

The next GA!

JAAkechik CORNER

KLIK SINI untuk menceburkan diri..:)

Mudah jer syarat dan takdak yuran dikenakan ke atas anda tapi ke atas broadband insyaallah ada...:D

Oleh sebab Lyeen berasal dari Tawau, Sabah..:)
Maka, tempat menarik a.k.a best di tempat Lyeen ialah..

1. Taman Bukit Tawau 
2. Persisiran Trausland 
3. Batu Payong

Silalah minta bantuan Google Search untuk tahu benda-benda alah tu..:D
Sure , kalau nak ikut Lyeen balik Tawau raya nanti sila daftarkan diri..:)

Manusia yang Lyeen daftarkan secara paksa ialah...:)


Done!

"Pencarian Cik En dan Blog : Entry Kita Jiwa Kita"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam Penuh Kasih Sayang Beribu-Riban..:)

Lyeen dah tak dak idea nak menaip entry hari ni, jadi Lyeen menunaikan janji Lyeen untuk join segmen dari Cik En yang super duper comel tu..Nice jer kan segmen dia. Lyeen first tengok pund ah rasa.."Wowoww! Nak join..:)"


Sweet kan banner tu...the baby hand ker?
Tanya Cik En kat SINI

SATU : Suka cita Lyeen maklumkan entry pertama dalam dunia blogging Lyeen kelihatan seperti seorang makhluk yang menulis esei, maklumlah the baby-baby ;p ..Tak percaya tengok entry  Super Duper Meletup! ni..*aku malu!

DUA : Seterusnya entry paling best bagi Lyeen..:) Hahaaha..aku suka part ni, aku kan kaki jiwangan rock seantero dunia. Semestinya Lyeen suka entry Menangis Sampai Penat T_T ni..:p

TIGA : Entry paling last Lyeen taip sebelum buat entry ni ialah entry di mana Aaron Aziz mula membalas cintaku..:) Tak percaya tengok ni Aaron Aziz suka Lyeen okey..;p *aku bold sebab entry ni paling latest bukan sebab ada nama Aaron ok! (SSBF sorry..u tetap dalam hati..:)

Okey, hal mentag-tag..Lyeen nak tag sesiapa saja yang baca post ni..
Kau, Anda, Awak, You, Lu dsb..;p

DONE

P/S: Thanx Cik En..:) Love u plus-plus la macam ni..Lyeen bagi cupcakes banyak-banyak raya nanti ok..:D

Selasa, 12 Jun 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam semua peminat filem-filem sedunia..:) 

Sukacita dimaklumkan bahawa filem pertama saya akan menemui anda di pawaam dengan tayangan serentak seluruh Malaysia..:p Hikhikhakhakhuhuk...Sweet kan kalau aku jadi pengarah filem..
Maka, aku akan merealisasikan impian aku untuk hari ini dengan adanya bantuan dari wanita bernama Mak Dara..:)

Sila KLIK SINI untuk join jadi pengarah.:p


SINOPSIS
"Percintaan antara Lyeen dengan Aaron mendapat tentangan hebat daripada keluarga apabila Lyeen termakan lantas tercekik  bunga sakura sewaktu bercuti di Korea bersama Aaaron. Disebabkan itu, Lyeen akan bertukar menjadi seekor arnab apabila terbitnya matahari. Sumpahan itu akan terhapus sekiranya Lyeen berkahwin dengan putera dari Korea bernama Jun Sang. Namun, cinta Lyeen masih kukuh untuk Aaron. Dapatkah mereka memiliki cinta itu semula? Berjayakan sumpahan dari putera Korea itu dihapuskan?
Saksikannya hanya di pawagam berhampiran anda pada 9 Oktober 2012 ini.."

*aku rasa aku manusia paling sweet dalam dunia bila buat entry ini*

P/S: Poster dan skrip dalam filem ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.:) 

Isnin, 11 Jun 2012

Kahwinlah lagi!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam penuh keberkatan dan salam penuh kasih sayang....

Salam aku kelihatan paling comel abad ini. Aku tahu tentang itu ok..:p
Jumaat ni Lyeen dah balik semula ke KL untuk meneruskan sesi kehidupanku sebagai seorang pelajar di IPG Kampus Bahasa Melayu yang indah nan permai itu..:) Sabtu tadi, merupakan hari terakhir Lyeen makan free..Hahahahah..T_T sebab dah takdak orang nak kahwin dah. Dah habis..T_T, sebab cuti pun dah habis...oran pun tak nak kahwin! Mencik!Mencik!


Takdak dah makanan free macam ni...T_T. Seimbang tak makanan aku? See the leg la bro!
Sabtu tadi Lyeen pergi Jerantut, Pahang sebab adik kepada ipar kakak ipar Lyeen sudah sampai serunya untuk berkahwin. Seru aku bila nak sampai?....


Maka, 3 Abdul itulah makhluk yan terpaling bising seantero dunia yan berjaya memeningkan kepala aku selaku makshu mereka yang sangat penyabar ini...*aku tipu..
Comel kan pengantin tu? Lyeen saja duk dekat-dekat. Kot lah seru dia berjangkit dengan Lyeen..:)
Lyeen suka tengok baju dia ada roses 3D..rasa macam nak tarik! Selamat je husband dia ada keris...T_T


Lyeen rasa ini adalah cenderahati paling besar yang Lyeen pernah dapat..:)
Kau ada bunga macam tu..Serius, Lyeen teruja bunga ni dorang buat dari kertas then dekat tangkai tu dorang letak cokolat! Sumpah aku teruja! Kalau boleh aku nak berkuntum-kuntum , tapi aku malu jugak la..aku takut kena lempang dengan bunga manggar pulak...:p


Sebenarnya, Lyeen tak makan. Lyeen minum je..Silalah percaya. Nasi kat atas tu aku saja jer ambik nak buat perhiasan kat meja kitorang time tu..:) Percayalah..Okey! Apapun, semoga kalian yang mendirikan masjid sepanjang cuti sekolah ni, Lyeen doakan bahagia, kekal hinga ke akhir hayat dan dilimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan. Amin.

P/S : Kalau aku kahwin aku nak bagi bunga manggar yang besar-besar lepas tu kan aku sangkut cupcakes 3 biji kat setiap bunga manggar tu...Korang suka tak? Kalau suka tendang INI kuat-kuat..;p
Lyeen nak tema HIJAU..:) Hijau itu kedamaian..Pink pun nak jugak..campur-campur boleh!

Paisley Pashmina

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam Pisang Goreng Cecah Sambal Belacan..

U all rasa kalau Lyeen belajar sepak bole boleh idak? Kalu boleh  tolonglah picit laju-laju  kat SINI. Ok, Thanx..:)

Pandaikan aku buat iklan? Hahaha, okey..hari ni Lyeen tak cerita pasal Bawal Rose dulu, sebab Bawal Rose dah habis stock! So, sekarang Lyeen tertarik dengan Paisley Pashmina pulak. U all mesti dah tahu kan? *wanita!
Lyeen sebenarnya tak minat pakai selendang or pashmina ni sebab panasssss...T_T
Tu sebab aku jadi tauke Bawal Roses..Hahahaa.. Okey, tapi, tiba-tiba Lyeen rasa macam best jer tengok corak Paisley Pashmina ni..:) Cer tengok ni..:)



Corak Paisley Pashmina ni sebenarnya dari corak sari dan diterjemahkan ke dalam pashmina supaya nampak lebih elegen. Yer la, sekarang ni bebas nak berfesyen selagi tidak melanggar hukum agama. Okey! Berfesyen itu boleh tapi biar ikut garis panduan. Paisley Pashmina ni pun cukup lebar. Tapi taklah macam kain langsir. Okey lah tu kain langsir. Kira tutuplah kan. Biasanya lelaki lah ni yang selalu bising! Hahhahaa..T_T

Biasalah, perempuan memang alert sikit pasal fesyen-fesyen ni..;p


So, bolehlah Lyeen jadi tauke Paisley Pashmina ni pulak lepas ni kan..kan..! Hahhaa..T_T
Namun, bawal roses tetap menjadi pujaan hatiku..:D
Thanx Mr.Google memudahkan aku cari gambar.. Kalau u all nak lebih banyak pilihan, silalah ke Masjid Jamek..:) Banyak kat sana kot.!

P/S : U all klik banyak-banyak iklan Lyeen. Jadi boleh beli Paisley Pashmina ni banyak-banyak..:p
Thanx Untuk 20 sen ni..:)

Sabtu, 9 Jun 2012

Lukisan Dakwah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam Seribu Kemanisan Yang Sangat Manis..:)

Tengah Lyeen berfacebooking, Lyeen terjumpa dengan satu empunya FB yang sangat cantik, comel, indah, menarik, tertarik kau memang super duper the bomb!

Rusydee Artz..:)
Lukisan dakwah. Sangat setuju dengan beliau, Lyeen suka, dakwah bukan sahaja boleh dari interaksi dari dua pihak yang bersua muka tapi juga dari lukisan dan Lyeen yakin manusia lebih mudah tertarik kan? Tak yah lah nak baca banyak sangat kan? Tahu u all tak suka baca banyak-banyak. Pening sampai muntah..:p






Okey kredit untuk Rusydee Artz. Sungguh lukisan dakwah ni memang terbaik.:D
Jom ke blog beliau..http://selamattinggal.blogspot.com/

p/s: Kalaulah aku reti melukis. Tapi SPM aku dapat A-..T_T, Tu sebab aku tak dapat masuk kelas seni kat IPG..T_T Uwawawawwaa..!

Buta Kerana Cinta.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam manis-manis dan salam penuh kasih sayang :)

"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri". - H.R. Bukhari

Sudah menjadi lumrah dalam hidup sentiasa ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insani. Namun banyak diantaranya yang menjadi buta kerana cinta. Bercinta itu tidak pernah menjadi kesalahan. Tetapi memuja cinta itu yang menjadi kesalahan. Kerana sebuah cinta , manusia menjadi buta hingga sanggup menjual agama. Bila kita ajukan ayat ini "Cinta itu buta!" Percayalah, kalian akan dipandang seperti macam nak telan hidup-hidup! "Yer ke? Bukanlah! Kau yang buta!" Walhal time tu jelas jer kawan tu celik siap boleh main kelip-kelip mata bagai!


Credit: Mr.Google!

Sebenarnya cinta itu memang buta sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya cinta itu buta”. Rasionalnya? Kerana cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil. Hal ini akan berlaku sekiranya manusia tidak mampu untuk meletakkan cinta itu kerana Allah SWT sebaliknya cinta disandarkan pada nafsu semata!

Seeloknya, aku berusaha untuk mencintailah diri sendiri sebelum mahu mencintai orang lain kerana takut kelak   aku mengecewakan hati manusia lain. Cukuplah sekali jangan diulang berkali-kali. Kerana cinta yang dicari itu pasti akan datang tepat pada masanya dan semoga cinta itu adalah cinta yang paling membahagiakan segenap ruang hati yang ingin disayangi dan menyayangi.


"Aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu, tapi cukup hadirnya kamu menyempurnakan aku!"

Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna kerana kamu tidak akan bertemu dengan yang paling sempurna, cukuplah menghargai apa yang kamu ada hari ini. Kesimpulannya, bercintalah berpada-pada. Berkasihlah pada yang sudi dan sayangilah pada yang pasti. Kita tidak boleh meramal nasib kita. Apa yang kita inginkan hanya keredhaan dari Allah , kebahagiaan, kasih, sayang dan cinta! Berdoalah kerana doa itu adalah senjata paling berkesan untuk umat Islam..:)

P/S : Aku tak tahu kenapa aku suka tulis entry jiwang-jiwang bagai! Semoga mampu memberi perkongsian yang baik untuk kamu..:)

Boleh tolong klik SINI dan SINI supaya aku cepat kahwin!Thanx..:)

Jumaat, 8 Jun 2012

Perbuatan memalukan!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat malam dan selamat bertemu semula..

Hahhahha, sebenarnya entry ini adalah sambungan dari entry yang INI, alah yang pasal Apam Poloka Dot-Dot aku yang buat pertama kali dalam hidup aku aku nak try..:p


Ini adalah antara barang yang aku kerjakan. Ni bahan yang dah siap. Aku guna warna pink dengan warna kuning jer time ni sebab dalam kepala otak aku, siap! Nak yang meriah-meriah bagai tunggu aku dah master masak Apam Poloka Dot-Dot ini! Untuk percubaan yang pertama ni tak payah nak warna-warni sangat kau Lyeen!


Okey! Aku tahu burukkkk...T_T
Aku sedih hakikatnya! Sebab dia bukan jadi Polkadot! Tapi dah jadi berdot-dot macam dadu!
Dahlah segi empat rupanya! Sangat memalukan...T_T
Okey, polkadotnya tak jadi sebab aku memang tak hebat lagi!
T_T


Bila aku dah tension buat polkadot tak menjadi. Maka, anak buah aku cakap..
"Buatlah ABC kat atas tu"
Maka, jadilah pelbagai huruf kau nampak kat atas kuih comel itu! Sebenarnya aku nak menutup kesalahan Lyeen yang jadi patah hati bila nak mendot-dot kan apam tu pun aku tak reti!
Tapi, aku teruja bila rasa apam tu memang sama dengan yang aku beli dengan senior aku dulu..Haahaha..:)
Cuma aku buat filling cokolat. Aku kan fanatik dengan cokolat walaupun aku tahu aku penghidap tegar migrain! Insyaallah Lyeen dengan penuh tekadnya nak buat lagi kuih ni sampai cantik! Lepastu, Lyeen jual sebiji Seringgit! Kaya weiiii!

Roomate aku kata "practice make perfect Lyeen!" Tu sebab aku cinta dengan roomate aku..:)
Hari ni aku dah beli loyang yang berlubang-lubang supaya kuih aku tak jadi segi empat. Lyeen pun dah beli juga pam untuk buat polkadot tu lebih kemas dan sempurna dot-dotnya! Okey..:)


Aku dah pandai driving
*sila percaya, tu sebab aku letak gambar kecik-kecik*

P/S : Kalau aku dah champion buat Apam Polka Dot-Dot tu, aku buka bakery online. Korang tempah dengan aku okey! Nama kedai bakery aku.."Cik Lyeen Apam Poloka Dot-Dot Yang Super Duper Comel!"
Kau ada nama kedai panjang berjela macam tu.!

Okey, sebelum tu sila picit INI dan INI kuat-kuat supaya aku cepat kaya!


Rabu, 6 Jun 2012

Kalau Tak Cuba Tak Tahulah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Salam Apam Poloka Dot-Dot Berintikan Cokolat....

Sekian lama jam berlalu Lyeen menginsafkan diri dari mengatas taliankan diri Lyeen di laman sesawang untuk hari ini. Maka, malam ini Lyeen mengataskannya juga...buat malu kau Lyeen, guru BM merosakkan BM...T_T
Baiklah, rasionalnya...almaklumlah chef baru nak try resepi baru..HAHAHAAHA


Dengan semangat waja yang berkobar-kobar aku paksa abang aku teman aku pergi Bentong beli bahan-bahan untuk buat Apam Poloka Dot-Dot! First tu memang abang aku taknak! Yerlah, jauh kot dari Karak nak pergi Bentong! Jadi, antara alasan beliau;
1. "Aku penatlah!"
2. "Nanti kita beli jak la!"
3. "Jalan sesak ramai orang balik kampung!"
4. "Tiada kawan kakak kau di rumah!"
5. "Lusa jak la, lusa kita pegi Temerloh!"
6. "Kau tu lambat siap!"

Last-last, aku buat-buat rajin. Aku masak, aku vacum karpet, aku sapu bilik,aku siram bunga, aku cuci kereta *cuci kereta aku tipu* Hahahha, lepastu kan, tengah Lyeen duk tengok TV..Siap cepat! Jam 3.00 tiada dalam kereta, cancel! Hahaha...Dengan senyuman hingga ke telinga aku terus mandi dan bersiap! Tepat Jam 3.00 aku depan pintu rumah, siap suruh dia ambil gambar aku! Motif aku nak ambik hati dia sebenarnya!


Bila sampai Bentong, Lyeen ajak abang Lyeen pergi kedai kasut Yeng Beng kat sebelah KFC tu,
Tujuan nak beli kasut kuliah, sebab kasut kuliah aku dah lumat disebabkan sem lepas IB memang kaya dengan batu. Tapi, semester ni IB dah pasang jalan berturap! Haahha, sah kasut aku tahan sampai semester 8! Kau ada? Bila, aku dah pilih-pilih kasut. Then dah jumpa yang berkenan!
So, aku pergi kaunter. Tiba-tiba abang aku datang dengan muka kontrol macho ala-ala Aaron Aziz:)

"Berapa?"
"39.90"

Lepastu u olllsssss dengan rasa meriahnya hatiku berbunga-bunga tatkala beliau mengeluarkan dompetnya lalu membayar kasutku itu! T_T..Aku terharu! Kalau aku tahu aku ambik sekali kasut yang harga RM 59.90 tadi! 
So, kesimpulannya berbuat baiklah kepada abang anda terutamanya yang dah berkerja! Untunglahhhh..;p


Sebenarnya, aku menaip entry ini setelah aku siap membelasah Apam Poloka Dot-Dot itu..:)
Entah apa jer la rupa Apam Poloko Dot-Dot aku! Dot-Dot dah jadi ukiran ntah apa-apa!
Entry lepas ni Lyeen akan buat korang rasa nak muntah berbaldi-baldi tengok aku buat Apam Poloka Dot-Dot yang sangat hodoh!

P/S: Minggu depan aku balik KL, aku tahu abang aku rindu aku dengan adik aku. Sebelum ni kami tak pernah jauh dari dia. Lepas ni keluarga dia mesti sunyi sebab aku dengan adik aku dah tak dak nak melalak sampai ke malam buta! Apapun, Lyeen bahagia ada abang sehandsome, sebaik,sepemurah dan sebagainya yang TERBAIK seperti dia. Dia abang sulung dalam keluarga. Walaupun dia tegas, kadang kala dia memang seorang abang yang gila-gila! Sweet kan kami? Hahahha.. I love u Abang Adi!

Selasa, 5 Jun 2012

Mentor

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakuh..
Salam Manis-Manis Malam dan Hening-Hening Malam..

Bila Lyeen belek-belek gambar dekat folder tadi, terserempak lantas terhantuk lalu terngadah dengan satu gambar yang mengingatkan Lyeen pada seseorang manusia. Lyeen jumpa dia sekejap je. Sehari.
Banyak yang Lyeen cerita dengan dia. Dan semuanya berkaitan dengan pelajaran :)


Siti Mariam
Yup, nama mentee saya. Lyeen PRS aka Pembimbing Rakan Sebaya
Tapi tu dulu, sekarang aku dah tak jadi PRS sebab diri aku sendiri tak terbimbing! SEDIH! 
Kami jumpa sebelum Mariam ambik UPSR tahun lepas. Time ni Lyeen jumpa dia dan kami ditugaskan untuk kaji dan tanya apa masalah pelajar seperti mereka dalam pelajaran. Dengan bahasa mudahnya, kami beri motivasi supaya dorang lebih semangat!

Serius, Lyeen happy dengan dia. Mula-mula memang terasa sangat asing bila dia panggil Lyeen, 'Cikgu'...
Tapi, aku cuba berlagak macam biasa. Sebab masa ni lah first time keluar dari IB dan pergi sekolah untuk berbakti seketika. SK. Bangsar, Kuala Lumpur. Ternyata nak jadi pendidik bukan mudah, Lyeen cuba aplikasikan suasana dan masalah yang Mariam hadapi dalam bilik darjah dengan apa yang Lyeen belajar dekat dewan kuliah? Huh!

Teori sahaja tidak cukup!  Praktikal itu perlu! Patutlah aku kena pergi PBS dengan Praktikum nanti!
Apapun, Lyeen tak tahu kisah dia sekarang sebab dah lost contact dan dia pun dah jarang sangat online.

Aku tahu kalau aku buka kasut aku, aku akan sama tinggi dengan dia..T_T
Sedih!

Lyeen doakan dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Dan semoga UPSR tahun lalu dapat result yang the bomb! Semoga menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Semoga impian kamu tercapai untuk sekolah di asrama penuh..:)

p/s: Rindu dia!

Bloglist SSBB Fasa 4

Assalamualaikum Warhamtullah Hiwabarakatuh
Selamat Petang dan Salam Apam Polkadot berintikan Cokolat

Alhamdullilah, SSBB Fasa yang keempat sudah selamat melabuhkan tirainya..:)
Terima kasih Lyeen ucapkan buat semua yang terpaksa atau rela hati join SSBB ni sampai penat..Hahhaa, aku saja je! Kejam..T_T
Thanx juga buat kamu yang sudi tag-mentag manusia-manusia diluar sana..:)

Berikut merupakan blogger-blogger baharu fasa keempat dalam bloglist Lyeen;


Maka, silalah berkunjung-kunjungan sesama kita untuk bertandang ke tuan tanah kedaung diatas..:)
Lyeen sediakan 3 bakul cupcakes untuk kita letak di tangga rumah mereka..:)
Jum.

P/S : Lyeen dah letak semua link blog SSBB Fasa 4 ni ke dalam Bloglist SSBB di side bar sebelah kanan
----> tu diaaaaaa...:) Ok..happy blogging guys!

Nota kaki : Kalau blog u all xda dalam Bloglist SSBB kat side bar, bagitahu Lyeen kuat-kuat okey.!


Isnin, 4 Jun 2012

Wordless Monday : Destiny

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Cupcakes Blueberry 30 Biji berserta Teh Panas Secawan..:)


Nasib kita hari ini ditentukan oleh perbuatan kita semalam...:)
Hari bergelar pelajar sekolah adalah suatu kenangan yang sangat indah:)
Rindu saat itu..:)

CONTEST APAKAH? : TEKA DUIT TABUNG

Assalamualaikum Warahmatulah Hiwabarakatuh
Salam teka-teki dan salam blurrrr...


Apakah?
Ya apakah? Time Lyeen jalan-jalan tadi terlanggar satu sign board ni!
"SILA BERHENTI DAN TENGOK SINI"


Kalau aku dapat duit ni aku nak belanja MK Syahir...Serius! Aku tak tipu...
Sebab dia manusia paling comel seantero dunia!
*Aku dah bodek kau. Tolong bagi aku jawapan! T_T
Hahaahha...:)

Baiklah, Blogger MK Syahir ni tengah bermurah hati mempersilakan kita memeras kepala hotak untuk meneka seterusnya memudahkan kerja beliau untuk mengira duit dia ni. Sebab dia tak mau kira! HAhahhaa..
Okey. Lyeen rasa jumlah duit di atas apabila dicampurkan kesemuanya berjumlah....
RM 408.75 

Okey! Dilarang tiru jawapan aku!
P/S : Aku dah puas ugut pemilik contest. Tapi dia tak makan ugutlah!

Jodoh Itu Ketentuan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam sayang-sayang u olls!

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat."


Siapa yang tak pernah ingin disayangi dan menyayangi? Semua manusia tidak akan dapat lari dari perasaan ini. Korang boleh kerat jari manis Lyeen kalau takdak..(aku eksen je!Aku taknak kena kerat!)
Sejak dari sekolah lagi, kisah berkasih-sayang ini sudah bermula. Tidak kiralah dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Dan, mungkin hal ni akan jadi masalah untuk Lyeen bila dah posting nanti. Lagi-lagi kalau kena area bandar! Manusia dan perasaan kasih tidak dapat dipisahkan. Namun, kasih dan sayang itu juga kadang-kadang akan bertemu dengan perpisahan.


Dan perpisahan itu suatu kesedihan!
Sewaktu berkasih, pelbagai janji diikat dan disumpah setiakan. Namun, sejauh mana janji itu berjaya dikotakan? Sekarang, Lyeen tertarik dengan cinta selepas nikah. Apakah?
Sudah terlalu letih mencari dan mencari. Apbila mencari dan bertemu, untuk menjaganya bukan mudah. Adakalanya, dua hati terpaksa bersedih dek kerana kesetiaan atau kepercayaan menjadi goyah.
Sungguh! Berkasih itu sangat sukar.

Kalau bercinta selepas kahwin tak kenal! Nanti dia jenis yang panas baran tahu nak angkat kaki kat muka kau je. Padan muka! Hahahahhaa.. Ni lagi satu hal. Susah juga. Tapi, Lyeen berpegang teguh pada ini :

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]


Kalau, Lyeen nak mengharapkan jodoh yang terbaik untuk Lyeen. Maka, Lyeen perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik! Tapi kalau aku jadi penyangak? Taknak!!!!!! Biarlah jodoh itu lambat tibanya asalkan mendapat jodoh yang sesuai dan biarlah seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kerana, hidup ni ibarat roda. Sentiasa berputar dan terus berputar.


Apapun, sebelum memberi kebahagiaan kepada orang lain. Bahagiakan diri sendiri. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita. Jodoh itu sentiasa ada. Kerana ia sudah ditetapkan. Allah sudah menyusun aturkan segala-galanya. Mungkin sahaja jodoh itu adalah manusia yang selalu menyakiti kamu suatu masa dahulu. Dan tidak mustahil pula dia akan menjadi manusia yang paling romantik suatu hari nanti. InsyaAllah.:)

P/S : "Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
Maka, istikharahlah. Semoga Allah memberi petunjuk untuk kita..:)

Ahad, 3 Jun 2012

SEGMEN : "SAYA BLOGGER BAHARU FASA 4"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam Bloggers comel plus-plus dan salam cupcakes sedap-sedap..:)

Erm, sekian lama Lyeen tidak menyambung segmen "SBB" yang dah mencapai Fasa yang ke-4.
Baiklah, hari ni dengan sukacita, rela hati, bersemangatnya Lyeen nak sambung segmen ni untuk fasa yang seterusnya iaitu fasa ke-4.

Motif : Membantu bloggers baharu untuk mencari kenalan..Lyeen pun blogger baharu..:)
Selamat berkenalan ^_^

Cara penyertaan ;)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Follow blog CIK LYEEN secara ikhlas ;p (aku paksa!)
2) Like INI untuk maklumat baru..
3) Buat tajuk entry "SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU FASA 4!"
4) Letak header Lyeen kat mana-mana bahagian dalam entry tu.



5) Tag seberapa ramai manusia yang anda nak dan pastikan mereka tahu^^
6) SIAP!!
7) Letak link entry kamu dalam entry yang ni okey^^

Tarikh Tutup
-05 Jun 2012, Pukul 5.00 petang, supaya senang Lyeen nak meletakkan cupcakes banyak-banyak-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...