Rabu, 31 Julai 2013

Wordless Wednesday: I phone

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Pink-Pink Strawberry.

Hari ini hari Rabu. Saya suka hari Rabu. Suka sangat-sangat! Ehem-ehem..!
Bila i boleh dapat benda alah ni? Plissss. Belilah tudung Lyeen banyak-banyak supaya Lyeen boleh angkut sebiji mambang pink-pink ni. Siang malam Lyeen terangan-angankan 'beliau'. Bhahhahaha. Lyeen ada search juga kelebihan dan kekurangan I Phone ni. Tapi....jujurnya I Phone lebih banyak kelemahan! Kenapa? Ada sesiapa yang boleh bagi pandangan? Kotlah u olls dah ada mambang pink ni. Boleh share dengan Lyeen apa perasaan u olls guna benda alah ni? mesti best kan?
Raya ni Lyeen kena giatkan usaha untuk cari duit raya dan paksa orang beli tudung aku! Bhahaha. Sebenarnya Lyeen tak berapa gemar untuk guna handphone jenis touch bagai ni. Lebih suka yang main punat-punat yang timbul-timbul ni..Tapi, bila dengan I Phone ni tetiba teringin. Eh? 
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 28 Julai 2013

Wordless Sunday: Alhamdullilah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu.

Pejam celik. Pejam celik dah 20 Ramadhan hari ni. Rasa macam baru jer kita mula puasa. Pantasnya masa berlalu. Tup-tap-tup-tap dah berjuta-juta orang membanjiri Masjid Jamek, Jalan TAR dan Pasar Seni dalam minggu ni. Kena pulak gaji dah masuk kan? Untungnyaaaa!
Untung juga dapat makan dekat The Chicken Rice Shop, The Mines. Jauh i uoollss berbuka puasa. Bhahahha. Lagi jauh lagi terasa dahaganya aku nak berjalan tapi semua tu tak kira dah bila milo ais dah terbayang-bayang kat kantung mata. Eh?

Minggu ni last dekat KL. Lyeen akan balik Sabah!! Nak beraya dengan family dan kumpul duit raya banyak-banyak sebelum kahwin. Sebab bila dah kahwin tak boleh dapat duit raya! Ok bai.

Assalamualaikum.

Jumaat, 26 Julai 2013

Kerana Aku adalah Aku.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Coklat.

Lama Lyeen tak update blog. Sepi. Sunyi jer blog ni. Apapun, masih tak terlewat Lyeen nak ucap Selamat Berpuasa buat semua umat Islam. Alhamdulliah, kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Disebabkan terlalu lama tak update blog, Lyeen jadi manusia yang terlalu memendam perasaan. Selama ni, apa-apa jer yang terlintas kat kepala hotak. Terus taip kat blog. Bhahahah.
Terasa jadi perempuan paling ayu dalam dunia. Kalaulah bakal mak mertua nampak mesti sejuk hati dia. Eh? Okay, abaikan. Sebenarnya tiba-tiba ada mood nak taip entry hari ni perihal orang sekeliling. Hari ni Lyeen rasa 'pelik' dan tiba-tiba 'musykil' dengan sifat sesetengah orang. Kenapa perlu melabel seseorang berdasarkan apa yang kami lihat? Lyeen mengaku Lyeen taklah pakai tudung yang labuh seperti orang lain. Tapi, Lyeen juga tak pakai tudung hingga menampakkan segala-gala yang patut ditutup. Melainkan, ada sesetengah keadaan yang disebabkan faktor cuaca. Angin yang menghempas dengan rakus contohnya. Hiperbola sikit!
Lyeen nak nukilkan sajak kejap. Kadang-kadang bila hati tengah 'kering' ni. Macam-macma idea yang keluar. Nak try kejap!

Aku

Aku.
Langkah adakalanya pantas.
Adakalanya perlahan.
Adakalanya terhenti dengan tiba-tiba.
Nmaun, aku pasrah kerana itu adalah langkah aku.

Aku tahu.
Aku tidak seperti kamu.
Penuh dengan segala macam ilmu.
Sedangkan aku terlalu cetek dengan ilmu.
Aku berusaha.
Aku mencuba.
Aku sudah mulakan.
Tapi, kenapa langkahku sering dipandang sumbang?

Aku 
Aku tahu adakalanya aku jahil.
Adakalanya aku alpa.
Adakalanya aku lalai.
Adakalanya hilang arah tuju.
Tapi, aku tetap kembali kepada fitrah!
Fitrah menjadi manusia yang sebenarnya manusia.

Aku.
Aku sedih.
Aku kecewa.
Aku pilu.
Aku rapuh.
Aku malu.
Saat aku mencuba untuk menjadikan kamu cermin.
Belum sempat dipandang sudah retak terbelah.
Ibarat burung yang belajar berkicau.
Saat sumbang kicaunya.
Kelihatan seperti air ke daun keladi tumpahnya.

Aku.
Biarlah aku dengan langkahku.
Melalui jalan satu persatu.
Suatu masa nanti aku tiba ke destinasi.
Aku percaya bahawa aku mampu mengubah aku.
Kerana aku adalah aku.

Nukilan: Cik Lyeen

Ehem Ehem. Hati kering kan baca sajak ni? Apapun, Lyeen tahu Lyeen bukan yang terbaik dan tergolong dalam kalangan yang baik seperti mereka yang lain. tapi, janganlah pandang seperti Lyeen langsung tak ada ilmu. Lyeen tahu apa yang patut dan apa yang tak patut. Cuma, mungkin adakalanya langkah teersumbang sedikit. Mungkin juga aku kena kurangkan bercakap! Kena berhentikan habit Lyeen yang suka pot-pet-pot-pet macam Nenek Kebayan. Bhahaha. Setaka itu jer kot.  Ok bai.

Assalamualaikum. Selamat bersahur u olls.

Sabtu, 13 Julai 2013

HARGA PROMOSI DISKAUN 20% TUDUNG BAWAL ROSES

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes!
Lamanya Lyeen tak update blog. Tak apalah kan? Orang busy macam aku memang selalu ponteng update blog. Bhahahha. Entry kali ni pun nak paksa u olls beli Tudung Bawal Roses yang murah dan cantik ni. Jomlah beli. Beli banyak-banyak Lyeen beri harga super special!

SEMUA HARGA HANYA RM 48.00 dan hanya tambah RM 2.00 untuk pos ke seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan bolehlah ke FP Lyeen yer. Kat sini https://www.facebook.com/pages/Cik-Lyeen-Blogspot-Com/150027825070094. Boleh kita kenal-kenal. Bhahaha.:p

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarkatuh & Salam Cupcakes Milo

Alhamdullilah, hari ni terupdate blog even sibuk sangat. Bilalah masa aku tak sibuk kan? Boooooo! Pejam celik. Pejam celik dah masuk bulan Ramadhan tak lama lagi kan? Betapa pantasnya masa berlalu. Rasanya baru semalam jer sambut Tahun Baru. Jujurnya, sedihlah sangat bila orang lain dapat balik ke rumah puasa sama-sama dengan family. Lyeen? Sahur dna buka puasa kat asrama. Ya Allah, sedih sangat. Kalau di Tawau, Sabah sahur mesti masak sekali dengan Mak. Macam tu juga bila nak buka puasa. Petang-petang akan jalan dengan adik-adik pergi bazaar ramadhan. Ya Allah. tabahkan hati aku yang jauh dari keluarga..
Tapi, Lyeen percaya Lyeen ada classmates yang juga keluarga Lyeen. Sebelum tu, jum wish HAPPY BIRTHDAY untuk Hafiz. Selamat Hari Tua Hafiz, semoga jadi anak yang baik, pemimpin yang beriman dan sahabat yang setia. Berehhh booooh! Semoga kita semua akan sentiasa gembira. Takmau gaduh-gaduh lagi aihh! Walaupun, Lyeen selalu jadi mangsa buli budak-budak tak matang ni!

Lyeen juga ada family silat kat sini yang sentiasa happy dan meriah. Even jumpa dua kali seminggu tapi sangat happy. Macamnilah kehidupan perantau dan musafir macam Lyeen kan. Sedihnya...Bilalah dapat balik Tawau? Nak balik!!! Untuk semua readers blog Lyeen, Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan sama-sama kita mencari keredhaan dariNya. InsyaAllah.

Ok bai. Assalamulaikum.

Ahad, 7 Julai 2013

Orang Hebat!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Tiramisu.

Ehem. Ehem. Lamanya tuan tanah kedaung ni tak update blog. Bersepah-sepah blog. Bersawang bagai dengan sarang lebah merata-rata. Maaflah, bukan Lyeen lupa nak blogging tapi masa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan aktiviti dekat tempat study. Biasalah kan bila nak dekat bulan puasa, aktiviti yang melibatkan makanan ni memang banyak. Eh? Bhahha. Semalam jer baru jer tamat I-Fiest kat IPG Lyeen. 
Pagi-pagi lagi Lyeen dah join untuk pertandingan bola tampar. Lyeen ingatkan ramai team yang join. Alih-alih dua team jer. Kuranglah semangat nak main. Yerlah, main sekali dah final. Tak puas pun lagi main. Bhahha. Berlagaknya! Tapi, serius memang tak puas sebab sekali jer main dah tu habis. 
Ni team Lyeen. Mereka semua the best. Serasi bersama dengan mereka. Ehem.Ehem. Nak main Bola Tampar ni pun kena serasi u ollls. Kalau tak serasi, bila nak pass bola tu pun rasa segan sangat-sangat. Rasa malu. Bhahahaha.
Yang ni pulak lawan team Lyeen semalam. Kakak-kakak senior Semester 6 yang cool. We ollss semalam main happy-happy jer rasa macam tak dalam pertandingan pun. Sweetkan we olss. Bhahaa. Tapi, semalam memang best sebab dapat makan dan minum free. Air free tu air mahal tiga botol penganjur bagi. Baik hati Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KBM yang ni. Sayang lebih! Tapi, semalam terasa penat sangat-sangat. Sampai bilik terus tidur sampai puas. Bhahha.
Nampak aura muka penat kan? Nak spike bola tapi tak dapat sebab pendek sangat. Rasa nak menangis jer kuat-kuat kat gelanggang semalam. Lepas ni berazam nak minum CalciYuuum untuk tambah meter. Lepastu semester depan boleh duduk depan jaring untuk spike bola. Bhaahhahaha. Semalam juga Blogger Boni Kacak datang ke IPG Lyeen. Thanks! Dia hantar Sambal Kentang Blogger. Lyeen dah rasa dan diakui sangat-sangat sedap. Cepat-cepat tempah dekat Boni Kacak supaya dia boleh kumpul duit banyak-banyak nak pinang Blogger Eyma Lydia. Eh. Bhahhaha. Tak sempat ambik gambar dengan Boni Kacak, so mohon Boni Kacak upload gambarlah. Lyeen guna hp murah so kualiti gambar sangat ke lautttttt! Ok bai. Bhahaha.
Nota Pink: Kesibukan mengajar saya erti untuk lebih menghargai masa dan bijak mengatr masa. Nak jadi cikgu nanti kena lebih bijak atur masa kalau tak memang menangis guling-gulinglah Lyeen sebab banyak dah tertinggal masa. Bhahahha.. Semester 4 ni buat Lyeen jadi manusia paling aktif dalam apa juga bidang. Bangga kejap! Perghhhh! Bhahahaha.
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 3 Julai 2013

I-Festival Ekspresi Siswa Terulung

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Chocolate!
Ehem.Ehem. Bila terupadatenya entry baru ni maka tamatlah sesi menghantar url blog untuk bloglist LOVE STORY bagai tu. Ehem.Ehem. Lyeen dah mauskkan semua url tu ke bloglist dalam blog unofficial Lyeen kat SINI yer. Mohlah blogwalking sekali. Okay, sekali update enrty ni Lyeen nak ajak uolllls semua datang ek IPG Lyeen sabtu ni. Kotlah nak dating ke KLCC tu bolehlah drop sekejap ke Stesen LRT Universiti untuk pergi ke IPG Lyeen. Moh lah yer!
Banyak aktiviti yang diadakan satyu hari tu. Bolehlah u olls pusing-pusing sekitar IPG tempat Lyeen study. Terutamanya tangga 100 yang Lyeen eprnah mention dulu, boleh merasa main turun naik tangga tu. Bhahahaha. Antara aktiviti dan program yang ada. Tak rugi kot nak join sebab banyak jer u olls boleh buat. Kalua taktahu nak buat apa mohlah datang ke booth Lyeen. Tolong Lyeen jual tudung. Ok bai.
Bicara Hati Anak Muda. Sesiapa yang tak terbicara hatinya bolehlah join yer. Macam Lyeen. Bhahaha.
Oppss! Sebenarnya motif sebenar nak taip entry ni nak promote tudung. Ok. Nampak tak permainan dia? Sebenarnya Lyeen bukan buka gerai tapi Lyeen tumpang gerai kelas Lyeen. Lyeen jual tudung banyak-banyak sampai u olls rasa macam nak lilit semua tudung kat badan. trust me! Silalah like banyak-banyak yer lepastu u olls promotelah. Siapa rajin promote dapat cupcakes!  Apa yang menarik kat booth Lyeen? Semua menarik sebab ada macam-macam. Bhahaha.
Shawl Halfmoon 
NORMAL PRICE: RM 35.00
I-FIEST PRICE : RM 25.00

Tudung Bawal Rossette
NORMAL PRICE : RM 58.00
I-FIEST PRICE: RM 48.00

Tudung Bawal Sulam Pita
NORMAL PRICE: 60.00
I-FIEST PRICE: RM 35.00
Brooch
Normal Price : RM 5.00/ 2 PCS

I-FIEST PRICE: RM 5.00/ 3 PCS
Roses
NORMAL PRICE: RM 1.20/PCS
I-FIEST PRICE: RM 0.50/PCS

Haippssss! Ehem..Ehem. I u olllsss ada jual RED VELVET CUPCAKES WITH CHEESE CREAM. Biasalah orang-orang cupcakes kena jual cupcakes. Bhahahha. Datang yer, rasa sendiri red velvet paling sedap di alam semesta. Seeehhhh! Curlasssss kau Jah! Cupcakes ni Lyeen berusahasama dengan Classmate Lyeen. Dia pun blogger juga. Moh ke blog dia. Kat sini...---> http://supergirlflow.blogspot.com/

We olls jual murah jer. RM 2.50 jer. Siapa borong banyak-banyak kami bagi free sepulohhh! Bhahahah. Apapun, mehlah datang yer. Kehadiran semua dialu-alukan. Masuk adalah percuma tapi kalau nak beli barang kena bayaq dulu naaa. 
Kat booth Lyeen juga nanti ada jual Sambal Kentang from Blogger Abang Boni Kacak. Murah. Murah! Maka, anda dijemput untuk datang memeriahkan. Okay!

Macamana nak pergi sana Lyeen?


Naik LRT dan turun kat Stesen U. Lepastu ambik teksi kat Stesen U tu cakap nak pergi Institut Bahasa. Bayar around RM 4 ke RM 5 je tu. Bhahaha.


Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...