Rabu, 30 Oktober 2013

Entry Istimewa: Saya Jatuh Cinta!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Alhamdullilah, baru selesai jawab paper Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani yang super hotsss! First time Lyeen buat esei lapan muka surat full! Tu pun rasa nak tulis lagi tapi idea dah habis sebab Lyeen jealous tengok kawan-kawan lain minta kertas banyak-banyak. Hahaha. Takpa, Lyeen doa banyak-banyak supaya dapat markah banyak-banyak sekaligus dapat anugerah pengarah next year.
Perempuan Melayu yang tak berapa nak akhirnya. Semalam Lyeen macam Bawang merah Bawang Putih dalam Filem Allahyarham P Ramlee tu. Jalan pun kepit-kepit, tunduk-tunduk malu macam nak kena pinang tu. Bertuah mak aku! Hahaha.

Ok, berbalik pada motif entry Lyeen. Saya Jatuh Cinta. Ya. Jatuh Cinta.  Lyeen jatuh cinta dengan hadis Biji Benih yang sangat-sangat buat Lyeen rasa indahnya Islam. Mulianya Islam. Lyeen rasa sangat-sangat teruja. Uniknya Islam. Terus search maksud hadis ni dan fahami apa maksud disebaliknya. Banyak persoalan yang timbul. Kalau dah tahu kiamat kenapa nak tanam? Sempat ke nak buat? Kenapa kita tak buat ibadat sahaja saat-saat akhir nak kiamat? Persoalan tu yang Lyeen jumpa dalam beberapa blog dan wordpress orang.

Tapi..
Apa yang penting, hadis ni membuktikan bahawa Islam menyuruh kita semua untuk berusaha walaupun harapan untuk kita dapat tu sangat tipis dan mungkin kita tak dapat. Namun, usaha itu adalah ikhtiar kita! Hadis ni memang benar-benar buat Lyeen jatuh cinta.
Islam itu mulia. Unik. Indah. Cantik. SubahanaAllah..!

Sayunya.

Assalamualaikum Warahmatulah Hiwabarakatuh.

Alhamdullilah, semua dah selesai semalam majlis Diskusi Ilmu Bersama Eman Manan. Balik jer terus tidur sebab tak mampu dah nak study walaupun sebenarnya Lyeen tak study lagi. Tapi, yakin jer tidur sambil letak Bear kat sebelah. Pagi-pagi bangun terus buka nota baca. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan.

Semalam, Lyeen mimpi Mak dan Azeem datang KL u oolss. Dalam mimpi tu Mak Lyeen datang bawa Azeem masuk dalam bilik asrama ni. lepastu Mak bawa jalan makan-makan. Dalam, mimpi tu juga Azeem minta beli kuih dan minta Lyeen dukung dia. Ya Allah, sungguh...hiba, sayu dan sedihnya. Bangun dari tidur rasa macam ada di Sabah, tapi bila buka kelopak mata....Nyata, Lyeen masih ada di bumi Kuala Lumpur yang memang jauh dari Mak Abah...

Kuatkan.Kuatkan.Kuatkan. Semoga diberi ketabahan. Tabah. Tabah. Apapun, dugaan yang datang hari ini.  Jangan menangis. Jangan nangis. Jangan sedih. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Wish me luck u oolss. Hari ni, first paper Lyeen untuk final exam semester ni. Aamin.
Bear juga menguatkan saya. Bila nak nangis terus capai benda alah ni. Automatik tak jadi nak nangis u olls sebab kan takut bulu-bulu dia kotor. HAHA.

Ok bai. Assalamualaikum.


Selasa, 29 Oktober 2013

Wordless: Bukanlah Bererti Akulah Yang Terbaik

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Dalam setiap perkara, adakalanya kita menegur seseorang namun tidak bererti kita juga sempurna tetapi cukup untuk kita saling ingat-mengingati. Bukan untuk menjatuhkan tetapi untuk kita sama-sama beringat. Saya menegur kerana saya sayang. Kalau saya tak sayang, pasti saya biarkan kamu terus dalam kealpaan dan kelalaian.

 “Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

Have a nice day u olls. Saya tahu saya dah lama tak menghupdate blog!

Isnin, 21 Oktober 2013

Review: Tudung Aidijuma

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Allahuakhbar! Astagfrullahalazim! Alhamdullilah!

Lama tak review pasal fashion kan? Kalau dulu selalu review baju dari butik-butik online sampai ada satu tahap bila pageviews Lyeen mendadak naik minggu tu sampai lima ribu views sebab Lyeen update pasal fesyen baju pengantin. So, jelaslah bahawa orang sekarang memang suka kahwin. Eh? Hahahha. So, hari ni Lyeen nak review tudung dari butik Aidijiuma- Cetusan Idea Datin Norjuma.
Sebenarnya Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal berbanding syria atau shawl. Sebab muka Lyeen lebih sesuai guna tudung bawal dna disebabkan itu juga Lyeen memilih untuk jadikan Aidijuma pilihan pertama kalau nak beli tudung bawal. Ada orang kata, "Apa ada pada jenama? Sama jer dengan tudung yang jual tepi-tepi jalan tu.." Yes, tak dinafikan ada sesetengah kualiti tak setanding brand dia. Tapi, bagi Lyeen yang dah memang jatuh cinta dengan Tudung Bawal Aidijuma ni memang bagi 10 bintang dekat kualiti kain.
Sebab kenapa Lyeen memilih Bawal Aidijuma
1.  Memang bawal dia bidang 45' tapi lebar kain dia besar sedikit berbanding tudung bawal lain. 
2. Kain dia memang tebal menyebabkan kita tak perlu nak pakai inner neck bila nak pakai. 
3. Mudah nak bentuk dan tak perlu nak starch aihhh!
4. Nak gayakan berapau puluh fesyen pun boleh sebab ada sesetengah tudung akan bahgikan mengikut panel- panel. So, satu tudung tu boleh buat banyak fesyen.
5. Harga mampu milik. Terutamanya, time SALE. Lyeen selalu beli time sale je sebab memang murah sangat-sangat. Hahahah.
6. Pelbagai corak. 
7. Up to date! Sentiasa mengikut trend semasa.
8. Sebab dia TUDUNG BAWAL!
Setakat ni Lyeen hanya ada beberapa jer koleksi Aidijuma. Antaranya,
Bawal Aidijuma Butterfly. Tapi, Lyeen punya color Torqoise macam warna tema blog ni. Haha
Bawal Aidijuma Geometri. Lyeen paling suka bawal geometri sebabnya tak tahu kenapa. Tapi, memang dalam seminggu tu rasa macam nak pakai 12 kali.
Bawal Aidijuma Kerawang yang Lyeen jarang pakai sebab baju tak banyak color ni. Masalahnya tudung bercorak sebab nak match dengan baju plain kan? Baju kurung plain warna coklat kurang. So, tudung ni memang jarang pakai. Hahaha. Pakai hari tu time birthday :D
Bawal Aidijuma Circle yang sangat menyala. Hari tu sebenarnya nak beli Circle yang penuh, tapi ntah apa-apa bila sampai kat Central Market, Pasar Seni rasa macam yang circle ni lebih cun! Terus grab satu. Hahaha.
Bawal Aidijuma Garden yang first Lyeen beli. Tudung ni yang buat Lyeen rasa Tudung Bawal Aidijuma super duper best! Time dating semalam pun pakai tudung ni. Hahaha. Kalau dulu selalu keluar dengan Tudung Bawal Roses, sekarang Tudung Bawal Roses tengah simpan dulu nak bagi mekar setaman. Hahaha.  Kalau dulu time awal kemunculan, Lyeen lebih suka Bawal Aidijuma Polkadot dan Bawal Aidijuma 205 tapi tak mampu lagi nak beli sebab time tu masih suka dengan Bawal Roses. Sekarang dah grab juga Bawal Aidijuma 205 walaupun dah lama. Hahaha.
Kalau Tudung Bawal Aidijuma Plain, Lyeen jarang beli kat Aidijuma sebab Lyeen lebih suka guna Bawal Plain Kanggaro. Hahaha. RM 5.00 jer kat Masjid Jamek. Kalau kat Aidijuma, Bawal Aidijuma Plain RM 7.00, Lyeen hari tu grab warna hitam, biru ocean, purple, hijau, pink dan coklat. Lyeen memang suka kumpul Tudung Bawal, kalau balik Karak, abang selalu bising sebab Lyeen selalu tukar-tukar tudung nak bawa balik asrama. Hahaha.
Lyeen guna Bawal Butterfly dan adik Lyeen guna Bawal Geometri.
 
..dan yang ni sekali lagi memang guna Bawal Aidijuma Duo, dulu Lyeen beli RM 15.00 sehelai sekarang tak sure harga berapa lagi dah.. Serius cakap, even bidang 45' tapi rasa macam bidang lebih besar sebabnya pun tak tahu. Kot kilang sengaja bagi kain lebih kot untuk setiap tudung. Hahaha. Apapun, Bawal Aidijuma memang the best sebab dia memang keluarkan semua TUDUNG BAWAL. Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal sebab dari kecik sampai dah 21 tahun ni, Tudung Bawla yang selalu aku nampak depan mata. Hahaha. Sebenarnya, Lyeen tak suka part melilit-lilit shawl tu. Sebenarnya!
Untuk yang berminat boleh ke website Aidijuma di www.aidijuma.com atau ke pages Facebook dan hanya taipkan Tudung Aidijuma-Cetusan Idea Datin Norjuma. Silalah yer. Lyeen dah review ni, confirm memuaskan!  
Ok, sekian. Assalamualaikum.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Wordless Friday: Bukti Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Jumaat, penghulu segala hari.


Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya

La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

Mereka kan tetap berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta dan nyawa

Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja

Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja.

Nota Pink: "Setiap musibah dan ujian. Disitu adanya kasih sayang Allah SWT."


Khamis, 17 Oktober 2013

Aku Tidak Akan Menyentuhmu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
SubahanaAllah, AllahuAkhbar, Alhamdullilah.

Rajin saja update blog malam-malam kan. Well, dah sebulan Lyeen cuti blogging kan? Masa ni lah nak balas dendamnya pun. Hahahaha. Ok, Lyeen tertarik untuk buat satu perkongsian cerita kat sini. Sweet, SubahanaAllah, indah dan mulianya Islam!

Seorang pelajar pernah belajar di Delhi.
Satu malam,beliau bersendirian di sebuah masjid.Belajar bersuluhkan api lilin.
 
Di kawasan yang sama, seorang wanita muda sedang dalam perjalanan untuk melawat beberapa saudara-maranya. Walau bagaimanapun, rusuhan tercetus dan jalan  tidak lagi selamat ..
Wanita muda tersebut tidak dapat mencari tempat perlindungan yang lain kecuali di masjid yang berdekatan.
Apabila pelajar lelaki tersebut melihat wanita muda itu, beliau mengarahkan wanita muda itu untuk meninggalkan ruangan masjid itu dengan serta-merta.
Setelah mendengar kata-kata ini, pelajar lelaki itu diam dan meminta beliau untuk duduk di satu sudut. Selepas itu pelajar lelaki itu kembali ke sudut ruang belajarnya dan belajar sepanjang malam. 
Ketika pelajar lelaki itu sedang belajar,seketika dia akan meletakkan jari pada api lilin.
Wanita muda itu secara senyap telah memerhatikan kelakuan aneh lelaki tersebut.
Kisah ini tak selesai lagi, jum ke blog Fastabiqul Khoirat untuk ketahui ending cerita ni. Seronok sangat dan sangat agungnya nilai sebuah kasih dan sayang serta cinta disisi Allah SWT. Semoga kita juga memperoleh rahmat dan sentiasa dalam lindunganNya. Aamin. Kisah ni Lyeen kongsikan sekadar peringatan dan juga renungan kita bersama. InsyaAllah, semoga memberi manfaat hendaknya.
Nota Pink: Saya ada seorang sahabat yang selalu mengingatkan saya dan memberi semangat pada saya. Baru-baru ni dia kirimkan saya dengan madah indah ini, "Cinta bukan mengajar kita jadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kejayaan.. cinta bukan pelemah semangat, tp membangkitkannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, kepada orang yang masih percaya walau pun telah dikhianati...kepada yang ingin dicintai walaupun telah disakiti..dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan yang telah pudar.. - Hamka". Thanks to blogger Suri Hanani yang sweet. Awak memang baik tapi awak poyo. Hahaha. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada! 

Wordless Maghrib: Kata UAI tentang aurat!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Puji-pujian hanya untuk Maha Pencipta ya Rahman ya Rahim.

Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Alhamdullilah masih sempat nak update blog even hari ni letih sangat sebab dah mula masuk kuliah walapun hakikatnya takda pun kuliah hanya meeting untuk Pesta Hoki Kali Kedua minggu depan jer. Semoga semuanya dipermudahkan. Lyeen saja jer nak share pasal benda ni, Lyeen tahu benda ni biasa kita dengar. tapi, disebabkan terlalu biasa tu lah juga adakalanya kita terlupa seketika.
Lyeen suka cara UAI beri ceramah. Selalu tengok dekat You Tube sebab cara beliau sampaikan ceramah buat kita rasa enjoy dan nak tergelak tapi sebenarnya banyak input yang beliau beri. Sama macam Ustazah Siti Norbahyah Mahmud yang santai dan cool, sikit pun tak rasa nak terlelap nak dengar ceramah beliau. Sama-sama kita berpesan-pesan dan saling ingat mengingati. Peringatan juga untuk diri Lyeen yang selalu alpa dan terlalu terbuai dengan duniawi ini. MasyaAllah!
 "Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr: 3).


Rabu, 16 Oktober 2013

Syukur, Alhamdullilah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Sama-sama kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga dengannya kita memperoleh hidayah dan rahmat. InsyaAllah. Alhamdullilah, hari ni Lyeen dah sampai KL walaupun sebenarnya hari ni Lyeen ponteng kuliah. First time dalam hidup! Semua ni salah abang Lyeen sebab takmau hantar Lyeen balik awal-awal. Harap-harap esok tak kena tengking dengan lecturer. Hahaha. Semalam juga call mak abah yang duduk jauh di Sabah, semalam air mata dah bertakung tapi buat-buat gembira sebab taknak nangis banyak sangat, nasib baik juga mak tak emosi sangat. Hahaha. InsyaAllah, nanti balik hujung tahun ya mak..! 
Semalam tema beraya adalah BIRU. Dari kepala sampai ke kaki semua biru. Rasa macam doremon pulak! Alhamdullilah juga semalam selamat beraya empat buah rumah dan kenyang sangat-sangat makan lemang, rendang, mee sup, nasi himpit, kuah kacang. Tu tak masuk lagi kuih-kuih raya. Rajinnya dorang nak buat. Kami beraya sakan sehari tu sampai anak buah Lyeen yang nama Aishah tu demam. Hahaha. Apapun, alhamdullilah selamat juga sampai KL dan baru je selesai kemas barang-barang, ni yang terus update blog sebelum tidur sebab esok dah mula kuliah. Roommate Lyeen pula belum balik lagi sebab dia dapat MC dari Sabah. Doakan roommate saya cepat sembuh taw! Lyeen dah rindu sangat-sangat kat dia.
Tengah SMS buah hati nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha. Nak minta maaf sebab selalu sangat buat perangai dan selalu buat hal dan buat dia stress. Tapi, ayat terakhir tu nak minta 'claim' kek birthday Lyeen yang tertangguh. Haahhahaha. Saya tipu!
Nota pink:  "Kekuatan, ketenangan, kasih dan sayang. Semuanya bermula dari hati. Maka, kalau nak kekuatan, ketenangan, kasih dan sayang yang tulus. Haruslah tuluskan hati dulu."  Macamana nak tuluskan hati? Lakukan semua niat kerana Allah SWT..


Isnin, 14 Oktober 2013

La Tahzan Rabbuna Maana

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam  ke atas Rasullulah SAW dan para sahabat.

Hai awak-awak semua, esok insyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak sangka dah sampai waktu kan? Pejam celik. Pejam celik. Pejam celik dah sampai raya. Tiba-tiba sebak sebab tak dapat balik Sabah nak sambut raya dengan mak dan abah. Kiranya dah tiga tahun tak sambut raya korban dengan family di Sabah. Tak apalah, yang penting raya aidilfitri sempat beraya dengan family. Syukur!

La tahzan rabbuna maana. Jangan sedih Allah bersama kita. Yakin saja kalau sekarang kita tengah sedih, sebenarnya ramai lagi orang tengah bersedih dan wajar untuk kita mensyukuri hari ini sebab Allah dah beri kita kenikmatan hidup dalam bentuk keamanan dan kedamaian dalam setiap udara yang kita peroleh hari ini. Syukur!
Semoga esok takmau ada yang sedih-sedih. HAHA. Entah-entah aku yang buka tirai nangis-nangis esok dan semoga abang aku bagi duit raya lebih banyak tahun ni. Aamin! Esok, katanya nak prgi solat raya lepastu bertolak ke Bentong pergi rumah mertua abang Lyeen. Beraya kat sana. Makan-makan. Balik untuk apcking barang Lyeen sebab lusa nak balik KL. Itupun kira aku dah memonteng kuliah sehari. Nasiblah badan...

Apapun, semoga raya awak-awak semua meriah dan hayatilah raya kali ini dan semoga hidup kita lebih banyak melakukan ibadah dan pengorbanan demi kepentingan diri dan umat islam. InsyaAllah, ingatlah bahawa hidup kita di atas muka bumi ini sebagai satu jihad. Hanya kerana Allah. Semua yang kita lakukan mulakan dengan niat kerana Allah, insyaAllah, Dia akan permudahkan yang sukar.

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..
Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-si'a..
Watub alaiya taubatan nasuha..

Semoga Allah mendengar rintihan dan memperkenankan setiap doa kita. Amin. Dikesempatan ini juga Lyeen memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua atas salah dan silap Lyeen sepanjang mengenali awak-awak semua dan semoga ukhwah di alam maya yang terjalin antara kita tidak akan lupus sekalipun talian internet tidak ada. HAHA. Sesungguhnya kita adalah saudara. Sayang awak-awak semua kerana Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ahad, 13 Oktober 2013

Anak Gajah, Bapak Gajah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Bila dah cuti ni memang banyak tempat nak pergi, lagi-lagi bila Lyeen balik Karak ni. Tahu saja yang abang Lyeen ni memang tak boleh duk diam kat rumah, semua tempat dia nak jelajah! So, semalam dia bawa we olls ke Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah dekat Lanchang, Pahang. Sampai jer kat sana tu dalam pukul 2 petang, sharp dengan time gajah-gajah tu mandi dan makan lunch hour untuk mereka-mereka. HAHA.
Masuk kat sini , free jer! Gua cakap sama lu! Cehh.. Sebenarnya tempat ni kan duk dalam hutan-hutan sikit, so ramai lagi tak tahu tempat ni, sebab tu mereka buka jer tempat ni percuma dan hanya daftar nama jer kat kaunter pendaftaran. Mereka akan bagi sticker untuk lekat kat baju sebagai tanda awak-awak semua dah daftar. Anak buah Lyeen memang berlagak, sampai dua sticker dia lekat kat baju! Dari kaunter pendaftaran tu nak ke tempat gajah tu, u olls kena jalan jugak dulu dalam 5 minit macam tu. Bakar lemak kejap.
Serius, time sampai ni try dekat-dekat kat kandang ni. Sekali gajah ni hayun belalai dia. Sumpah Lyeen takut. HAHA. Lepastu, abang Lyeen beli tebu untuk bagi kat anak gajah ni. Lyeen try bagi. Satu demi satu. First tu kan, bila gajah tu susah sangat nak ambik even dah banyak kali nak bagi. Mana taknya kalau jarak nak bagi tu macam 100 meter kan? Alih-alih Lyeen campak jer tebu tu kat bawah sambil kata.."kau ambik sendiriklah!"... Hahahhaa, kejam tak. Kejam tak? Kat kandang ni, mereka letak anak-anak gajah jer kat dalam sebab nak letak mak dan bapak-bapak gajah ni tak boleh. Takut orang yang penakut macam aku ni kena pijak dek gajah!
Selesai je aktiviti tadi, mulalah aktiviti yang ditunggu-tungu. Time mereka nak mandikan gajah-gajah kat sini. Ada lima ekor semuanya dan mak kau, bapak besarnya! 3 kali ganda tinggi Lyeen. Lyeen nak tengok pun kena dongak. SubahaAllah. Gajah ni mandi sweet tahu, ada banyak ragam. Paling lawak yang kat depan ni nama Abon. Sampai jer kat air kan, dia terus jatuhkan badan dia dan rendam dalam air. Lepastu dia buang air, pengotor! HAHA. Bahan cernaan dia tu sangat-sangat besar!
See!
Besarnya. Erm..
Ok, selesai cerita pasal bahan buangan. HAHA. Lepas gajah-gajah tu mandi, mereka ada sesi lunch hour u oolss! Mereka makan buah betik ni dan kami diberi peluang untuk bagi makan gajah sekali lagi. Part ni yang Lyeen rasa geli snagat bila belalai gajah tu tergulung kat lengan Lyeen time nak bagi dia makanan tu. Eww, walhal dia nak ambik betik tu aje. HAHA. Saja nak ambik kesempatan! Adik aku tu berlagak jer ambik banyak-banyak betik tu, walhal sikit pun dia tak bagi makan kat gajah-gajah tu. Sebenarnya penakut-penakutnya aku ni, dia double penakut!
Siap boleh tenyum-tenyum manis lagi nak bagi gajah makan. HAHA. Mesti dalam hati gajah tu kata macam ni, "Baiknya hati wanita ini". Thanks Siti! Tu sebab Lyeen bagi dia makan banyak-banyak. Oh ya, Siti tu gaah paling muda dalam tu around 21 years old. Sama macam Lyeen kan? Siti hilang dalam hutan kat Johor sebab tertinggal oleh kawan-kawan dia. Kesian kat Siti. Siti ni pandai buat ucapan terima kasih tahu! Dia goyang-goyang belalai dia dan kaki dia bersilang. Comel.
Tahu tak berapa jarak Lyeen dengan gajah ni? Berjarak-jarak u olls. Sebab takut gajah tu libas belalai kat kepala Lyeen, turun nilai wang hantaran nak kahwin nanti. HAHA. Ketua pusat ni suruh pengunjung tanya kat pekerja dia apa-apa jer. So, Lyeen manfaatkanlah dengan tanya macam-macam soalan sampai tahap dia malas dah nak jawab. HAHA. Oh ya, sebenarnya gajah tidur 4 jam saja dalam tempoh 24 jam. Gajah tidur ada dua cara, pertama cara duduk dan dua cara baring. Gajah hanya tidur dengan gaya kuak lentang a.k.a baring bila mereka rasakan keadaan dalam hutan itu selamat. Wahh, seronok sangat.
Selesai semua. Letih sangat-sangat. Dahlah panas kan, lapar pulak. Duduk jer kat tepi-tepi jalan tu sementara tunggu abang Lyeen puas tengok gajah. Semua kategori gajah dia nak kaji. Bagus abang aku ni! Lyeen tak mampu dah. Letih sangat. Balik jer masuk dalam kereta terus tidur. Alih-alih sedar ingatkan dah sampai rumah rupanya abang aku emnyinggah pulak kat Mentakab Star Mall nak tengok wayang! Aihh... dengan bau gajahnya masuk panggung. Yes!

Ok awak-awak semua, lepas ni sambung lagi cerita pasal movie yang we olls tengok. HAHA. Esok, kononnya nak buat BBQ lagi kat depan rumah. Wah, mesti esok aku akan jadi mangsa asap kan. Sekian. 
Assalamualaikum.

I'am back!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT.

Hai u olls...! Betapa lamanya Lyeen tak update blog dan langsung tak buka blog. Rasanya, cara nak tulis entry pun dah lupa. Lyeen menghilang bukan sebab dah lupa pada dunia blogging. Tak leh lupa aiihh pada blog sebab Lyeen ada ramai kawan-kawan yang super duper cool! Tapi, disebabkan bulan lepas Lyeen terlalu busy dan sangat-sangat padat dengan aktiviti dari IPG maka Lyeen berhentikan sekejap dunia blogging. Dan, hari ni Lyeen kembali semula sebab dah rindu sangat-sangat dengan rakan bloggers yang sweet itu. Rindu pada Aina, Abg Wan, Niera, Kak Senorita, Kak Nadia dan semua... Rindu nak menyemak kat ruang komen diorang. HAHA.
Ok, sebenarnya saya tak suka ada gigi berlapis-lapis. Sangat tak suka! Padan muka saya sebab kecik-kecik tak reti nak jaga gigi. Bulan lepas, aktiviti Lyen dekat IPG memang sangat full sampai tahap Lyeen tak boleh nak balik Karak dan langsung tak boleh keluar dating. Eh? HAHA. Bayangkan saja bulan lepas dengan assignment nak kena submit, Perkhemahan Unit Beruniform, program Bina Insan Guru (BIG), Mini Teater, Latihan tarian, Ujian Akhir Kursus yang baru je lepas dan macam-macam lagi aktiviti. Semuanya meletihkan awak-awak semua. Peluh menitis-nitis ni....
Si mata bulat ni yang rajin tolong saya. Saya pengsan, saya nangis, saya letih, saya lapar, saya dahaga dan semuanya. Dia ada dekat sebelah saya buat saya happy dan gelak sampai semput. HAHA. Sekarang, alhamdullilah saya juga dah okay dari perkara-perkara yang tak okay. Semoga benda-benda yang tak baik dijauhkan dari saya kan..kan..kan.  Sekarang pun dah nak dekat raya dan Lyeen tak balik Sabah pun sebaliknya stay dekat Karak. Lagipun, cuti raya sehari jer pun, nak bali Sabah pun tak lepas rindu. HAHAHA. Hari ni stay sini sampai Selasa sebab Rabu dah start kuliah. Suka..suka sangat!

Yes, sebulan dah tak upload gambar kat blog. Kalau entry sebelum ni, taip time umur 20 tahun sekarang pula umur dah 21 tahun. Macam tak percaya sekarang dah boleh mengundi. Eh? Semoga lepas ni boleh bergiat aktif macam dulu. HAHA. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidiladha u olls. Maaf zahir dan batin untuk semua yang mungkin terasa hati dengan Lyeen yer. :)

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...