Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam semanis cupcakes perasa strawberry plus milo...:)
Lama tak update blog. Dua hari kalau tak silap. Blogwalking pun takdak.Malam ni Lyeen BW ke blog-blog yang setia berkunjung ke blog Lyeen yang sebenarnya malas menaip entry ni. Sepak kepala lutut kejap!Dush!HAHA. Dalam SINI Lyeen dah menjanjikan bahawasanya Lyeen akan update blog pasal gambar tu. Maka, motif entry malam ni adalah pasal gambar penuh kontroversi tu!
Kontroversilah sangat kan. Puas aku upload gambar ni balik-balik. HAHA.Okey, Rabu tadi lepas kelas kami sekelas pergi Mid Valley pergi mengeluarkan anak tekak bila tengok movie BAIT yang sangat the boom! Lyeen pujuk dorang yang lain tengok movie UNTUK 3 HARI, tapi semua taknak. Mencik..mencik! Jiwa mereka takdak taman. Semua nak tengok movie yang seram plus menjerit-jerit. Sedangkan aku nak tengok yang sedih-sedih. Disebabkan aku kaum minoriti nak tengok movie UNTUK 3 HARI maka aku diam-diam je bila dorang beli tiket untuk tengok movie BAIT!
Budak-budak ni HERO idaman wanita Malaya. Mereka handsome.Mereka sweet. Tapi mereka suka buat kacau. Buat bengang dan buat stress. Tapi, mereka sangat-sangat baik plus loving. Bersifat melindungi. Wah! Betapa melambung pujian aku untuk kamu. HAHA. Time tengok movie budak-budak ni semua duduk depan. Kami kaum Hawa duduk belakang. Maka, mereka balik-balik pusing belakang sambil buat muka bengang bila kami menjerit dengan nisbah seminit untuk sekali jeritan.
Dalam banyak-banyak gambar yang ada dalam memory hp aku. Gambar ni Lyeen rasa paling mewah. Sebab kan pic ni warna gold. Aku bayangkan keliling aku dipenuhi emas sehingga gambar ni jadi begitu kaya rayanya. Floe sangat sweet dengan skirt tu kan. Kalau aku lelaki aku akan jodohkan dia dengan anak lelaki aku. HAHA. Suri pula lebih comel dengan tudung polkadot kan. Kalau aku lelaki aku akan pinangkan dia untuk kawan aku. Aku saja bold kan kawan tu. Harap dia terlepas pandang. HAHA. Mid Valley memang sangat strategik untuk kami. Kalau korang call suruh pegi Mid sekarang. Dalam tempoh 30 minit muka Lyeen yang serabai dah sampai kat sana. Serabai sebab tak sempat make up..HAHA. Tempat wajib aku pegi kalau pegi Mid. Mcd untuk beli ais krim and fries. Big Apple untuk beli donut. Dan terakhir Rotiboy untuk beli roti. Last tempat wajib ialah tandas. Aku pun pelik kalau tak masuk toilet tiap kali pegi Mid tak sah.
Bukti bahawa memang suka masuk toilet. HAHA.Sedih.
Tapi aku lagi sedih bila orang kata muka aku muka budak sekolah. Teruja bila Eva snap gambar. Lepastu dengan yakinnya dia kata.."Lyeen muka kau macam muka budak sekolah.." Ayat yang sama aku terima dari Aida semalam. Saya tak lama lagi 20 tahun la. Nak muka matured please. HAHA. Muka tak matured takpa janji dalam jiwa dan fikiran matured sepenuhnya. Baru sweet. Secara tersiratnya aku memiliki ciri-ciri the baby face? HAHA. Sumpah aku menyampah dengan ayat aku sendiri. Sila buat-buat tak baca. Nak delete ayat tu macam sayang sebab ayat spontan. HAHA. Keterujaan bertambah bila Lyeen dah yakin pakai pashmina. HAHA. Kerja melilit pashmina memang sweet sebab aku paling last sampai depan pondok guard. Kawan yang lain buat muka bengang time aku turun. Sorry.HAHA.
Sejujurnya kalau nak puas jalan pergi Mid. Jelajah sampai sakit kaki. Macam-macam ada. Kedai satu takda sila pergi kedai lain. Kami balik bila dah penat. Malangnya, tekak dah berdarah sebab memekik saja dalam panggung. Suri peluk aku. Aku peluk Suri. Aku memekik kat telinga Suri. Suri memekik kat telinga aku. Aku tarik tudung Suri. Suri tarik baju aku. Last-last Mimi kata "Bising!"...Aku tak tahu macam mana dia boleh teruja tengok cerita ikan paus makan orang tu. Weeekkk! Part paling Lyeen terkejut macam nak pengsan kejap bila dia potong tangan orang yang dah mati tu untuk umpan ikan paus. SEDIH. Sila tengok movie ni untuk lebih kepuasan. HAHA.
p/s : Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersama-sama. Even korang memekik tahap volume dah 100 kat telinga dia. So sweet.
12 000 Makan Cupcakes!:
best2..lg2 cerite psl bdak2 kelas kita..:-D
haha...sweet kan..haha
seronok jalan-jalan cik lyeen..hehehe..
@Hanif Redland seronok sgt2..hehee:) tp letih..
haha wahh mcm best je movie tu :D haha seronok sgguh dia berjalan-jalan di Mid ye :D
pergi mid valley tak bagitahu pun.. kalau tak boleh jumpa sbb ena ada kt PJ... huaaaaaaaaaaaaaa... majuk2.. T^T.. ahakx... happynya darling.. seronokkan dapat keluar bersama kawan2
muja baca dengan kekhusyukan from the beginning.. rindu mid valley like seriously,, :)
mohon kenalkan wa dengan awek baju putih gmbr second last tu..kihkih :P
@Lynn Damya mcm best..hehe...sronok tp x lama sgt jlnnya...:)
@✿Lady Ainaa✿ yer ker?alolo..ena duk PJ kat mn?xpa2..next time kita hang out k..hikhik
@Nurmujahidah Ismail teruja sbb dah lma x g mid..hehe..xpa..nnt pegi la..kita round mid smpi penat.
@Zul De Alexis dia dah kawin la..anak 4..HAHAH...insyaallah akan disampaikan slm tu,:)
Catat Ulasan