Isnin, 29 Oktober 2012

Hilang mencari kekuatan!

Assalamualaikum Wrahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam kemanisan penuh keberkatan...

Untuk terakhir kalinya, Lyeen update blog sebelum sesi malas-malas kunjung tiba. Selepas ni, Lyeen akan fokus sepenuhnya denga 3 paper terakhir sebelum exam. Lyeen akan berhadapan dengan 3 paper yang super duper susah uoolssss! So, kena pulun habis-habisan buku-buku dan nota yang Lyeen tak habis baca lagi. Mohon doakan Lyeen dapat jawab dengan baik sepenuh jiwa raga. Lepastu, bolehlah Lyeen balik Sabah dengan amannya meninggalkan semua cerita-cerita lama yang Lyeen lalui sepanjang semester ni.

Lyeen tahu bahawasanya, Lyeen dah banyak sakitkan hati orang lain. Sakitkan jiwa dan otak orang lain. Sampai ada tahapnya orang terpaksa ketuk dahi aku guna skop gajah untuk sedarkan aku. HAHA. Apapun, maaf sangat-sangat buat manusia yang Lyeen sakitkan. Tak kiralah dari hati kamu mahupun anggota badan kamu. Aku tahu bila aku rempuh orang kamu akan rasa macam lori balak yang langgar!Kan.Kan. Kan, Tipu! HAHA. Untuk kesekian kalinya juga, Lyeen rasa diri ni begitu kerdil, betapa aku jauh dalam semua perkara. Terlalu sibuk mengejar duniawi sehingga lupa pada akhirat. Sehingga aku lupa niat asal aku sampai sini. Astagfirullahalazim. Maaf mak abah. Lyeen akan betulkan nawaitu mulai saat ni. Yeah! Itulah manusia bila diberi kegembiraan sedikit, mudah sahaja lupa pada yang sepatutnya tidak dilupakan.

So, Lyeen cuba untuk ambil masa semaksimum yang boleh untuk sentiasa kuatkan diri sendiri. Untuk sentiasa yakinkan diri sendiri. Lyeen tahu Lyeen tak kuat. Sangat lemah. Sebab itu, aku perlu masa untuk mencari kekuatan sama ada dari segi kepala otak aku mahupun jasad aku! Sehh. Ayat power! Manusia itu diberi ruang dan peluang untuk berubah, cuma mereka tidak pernah menghargai ruang dan peluang itu. Dan aku? Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengisi ruang dan peluang itu. Manusia akan tersedar apabila mereka mengalami sesuatu yang akan menyedarkan diri mereka. Sungguh. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Tapi, aku berusaha untuk menjadi sebaik yang boleh supaya orang disekeliling sentiasa tersenyum ketika melihat aku. Dan terus mendoakan aku untuk bersamanya di syurga yang indah.

Jangan bermain dengan hati. Kerana hati itu sangat 'fragile'. Semoga waktu yang aku ambil mampu membina keberanian yang tinggi dalam diri aku. Kotlah aku jadi Badang lepas ni. Kau ada! HAHA. Semoga kekuatan sentiasa berada disamping aku dan memimpin tangan aku. Berubah ke arah kebaikan itu pahit kerana syurga itu manis.:) Yakin bahawa Allah satu-satunya harapan yang utuh untuk kita sandarkan. Dan aku harap aku tidak lepas dari lindungannya. Aamiin.

Motif letak gambar supaya dapat aura kekuatan dari yang baca enty ni.Sarangeo! HAHA.

P/S: Lyeen seorang yang lemah. Tapi aku cuba berlagak kuat supaya orang tak berani pijak-pijak aku. Hoyeh! Kalau pasal jodoh, aku harap tahun depan adalah orang pinang aku dengan bawa 30 dulang cupcakes! HAHA. Jaga diri. Hidup baik-baik. Jodoh tak kemana. Walau saya pergi ke menara Eifell yang paling atas pun. Kalau Allah dah tentukan jodoh. Kita pasti bertemu. Sweet jer ayat aku. HAHA. Doakan Lyeen dapat jawab semua soalan final exam ni dengan jayanya. Aamiin.
Assalamualaikum

Ahad, 28 Oktober 2012

Segalanya untukku. Terima kasih!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Aidiladha Ketiga. Lyeen hidangkan 30 biji cupcakes pelbagai perasa untuk kamu. Tajuk entry boleh buat contoh ayat majmuk dekat budak tahun 6! HAHA.Okay!
Jumaat aka Raya Pertama tadi Lyeen beraya dengan Abang Adi dengan anak-anak serta isteri beliau datang ke KL ni. Aku tak sangka beliau sanggup juga drive dari Pahang tu ke KL. Untunglah ada abang macam aku kan. Meriahlah i uolssssss!
Sebenarnya, Abang Adi buat kejutanlah sangat kan. Nasib jer lah, time tu aku tak jalan pergi mana-mana. Kalau tak gigit jarilah kau tunggu aku kat bawah! Bila part aku nak makan dengan roomate, Floe dan Kak Wong. Tetiba, abang aku call suruh turun bawah! Tak kau berasap! Adalah dalam 40 minit aku bersiap. Sampai kereta aku buat muka dunno jer bila mereka yang lain buat muka bengang tahap kritikal! Tapi, aku kena yakin bahawa semua tu bukan salah aku. Bukan salah aku!HAHA. Actually, kami nak beraya rumah pacik Lyeen kat Wangsamaju sebab dia dapat baby baru yang sangat comel, nama baby tu Nur Fatimah El Zahra. Cantik macam nama aku kan. HAHA. Sampai rumah dia, baby ni tido sajeeeeee. Puas aku kacau hidung dia. Kacau telinga dia. Dia gerak sikit jer. Lepastu tidur balik! Nak kacau lebih-lebih takut aku kena lempang dengan mak ayah dia. So, aku tawakal!
Lepas melantak lemang sebatang, rendang dan bihun. Kami mintak dirilah. Untung dapat tamu macam kami. Dah kenyang kami balik jer! Kejam! HAHA. Dah tu, kami pergi Puchong pulak, sempat jugaklah sesat nak cari rumah sepupu kat Puchong Perdana tu. Nasib baik abang aku tak hangin satu badan dengan jalan sesak bagai. Lyeen sebenarnya makcik yang sangat prihatin dengan anak-anak buah. Aiman, Aisyah dan Aiqal. Anak buah merangkap tukang serabutkan kepala aku. Dalam kereta berjuta soalan aku kena jawab. Macam-macam jenis soalan, ada soalan berantai. Ada soalan isi tempat kosong. Soalan esei pun ada! Mulut asyik pot-pet-pot-pet jer keja. Tapi, aku tak kesah! Sebab aku makcik yang berjiwa merdeka!
Sebenarnya aku merajuk dengan abang aku. Sebab kononnya dia suruh aku naik LRT balik. Aku dah nak start sesi mogok menghadap enjin kereta! Tapi, aku teruja bila dia ubah pendirian dengan bersetuju hantar aku kat depan pintu pagar Kolej Kediaman Adibah Amin. HAHA. Sekali lagi aku untung! Aku tahu sebenarnya abang aku nak berkorban sempena Aidiladha ni. Berkorban demi adik tercinta! Sampai asrama aku ingatkan dia nak bagi duit raya. Tapi, hampeeehhh! HAHA. Apapun, beruntung sebenarnya ada abang. Bagi siapa-siapa yang takda abang, mohon cari laju-laju. HAHA.
Rasanya, habis cerita pasal raya ok. Sekarang, Lyeen nak fokus dengan Final Exam. Esok dah start dengan paper PJA. Lepastu pulak MAB, Pentaksiran BM dan Kemahiran Pengajaran BM. Lepastu, bebas! Boleh balik Sabah dengan jayanya menternak lemak sebanyak-banyaknya. Untuk manusia-manusia yang bakal mengambil peperiksaan akhir, semoga kalian tenang menjawab semua soalan. Jangan risau, setiap soalan pasti ada jawapannya! HAHA. Bajet macam aku student dapat 4.00, lima tahun berturut-turut! Semoga kita diberi kejayaan yang selayaknya. Usaha tangga kejayaan okay. Ulangkaji banyak-banyak. Bukan update blog banyak-banyak dan ambik gambar berjuta macam aku. Hampeh! HAHA.
Uoollsssss, Tudung yang Lyeen guna dari Aisy Imaani. Tudung Bawal Qaisara yang sangat ekspress.:)
Ok bai. Assalamualaikum.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Bila dah tak suka. Tak sukalah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat menjamu makanan yang super banyak kat atas meja makan. Lyeen suka ingatkan kat semua readers blog Lyeen untuk kita sentiasa sedar tentang kehidupan kita. Hidup cuma sekali, so kita enjoy dan ingat pada akhirat. Sweet jer mukadimah hari ni kan. HAHA. Lyeen baru jer habis pulun drama Adam & Hawa tadi. Sedih! So, entry ni ditaip pun sebab rasa sedih tak habis lagi! HAHA.


*Sila puji bunga aku yang mekar sekembang. Pokok bunga yang takdak bunga. Ada daun jer. Tapi, Lyeen tahu masih tetap sweet. Okay! Dalam hidup ni ada benda yang kita tak suka dan ada pula benda yang kita suka. Bila kita suka kat sesuatu, apa sahaja yang mampu kita lakukan untuk dapatkanya, kita akan usaha selagi mampu. Kan.Kan.Kan. So sweet. Tapi, bila kita tak suka, nak tengok bayang-bayang  pun rasa macam nak menjerit bagai nak rak sebab kalau nampak betul-betul lagilah rasa menyampah plus meluat super-super. 

Tapi, kita kena ingat, sekuat mana pun kita tolak, tolak, tolak dan tolak orang yang kita tak suka. Kalau dah memang tertulis dia untuk kita. Why not kita terima dia? Lyeen semangat buat entry ni bila tengok cerita Adam & Hawa la ni. Hawa tu asyik tolak, tolak, tolak Adam. Tak nak kat Adam! So, kenapa tak nak terima? Alasan dia tak sayang dan takda perasaan kat Adam. Tapi, Adam dah sayang kat dia sangat-sangat. Sedih! Tapi, ending cerita ni? Hawa bahagia dengan Adam, walhal Adam juga yang dia tolak kuat-kuat dulu. Itulah namanya takdir! Ketentuan!

 Okay, Lyeen sebenarnya memang suka cerita macam ni kan? Bajet macam Lyeen lah manusia paling bahagia saat ni. Tak sedar diri tengah single plus-plus. HAHA. Hey, saya single pun saya bahagia okay! HAHA. Saya dah 20 tahun. So, saya kena bertindak lebih matang dari sebelum ni. Jika kamu fikir bila sendiri itu lemah. Tidak!Yakinlah bahawa sebenarnya Allah itu sentiasa disisi kamu untuk memberi kekuatan. Kita selalu lupa pada Dia walhal Dia itu tak pernah lupa pada kita.


Sebenarnya, takdak motif nak letak gambar. Tapi, nak letak jugak! Sebab nak tunjuk kehebatan aku edit gambar guna photoscape! Yeah!Berbalik pada isi entry..."Ku percaya kemana pun kau berjalan, suara cinta menuntunmu kepadaku, kerana bila cinta sudah ebrsemadi takkan terpisah hati. Demi cinta dalam hatimu ku yakin engkau untukku. Meski jejak pisahkan kita, ku yakin cintakan bawa kembali padamu." Yakin bahawa kita bukan sendiri. Kita masih ada ramai orang disekeliling kita yang sayang kita. Perlu kita. Saya bahagia dan sangat-sangat bahagia sekarang. Saya percaya kebahagiaan adalah milik orang yang mengimpikannya dan berusaha mendapatkannya. So, berusahalah mendapatkannya. Bila dah tak suka, tak payahlah suka. Bila suka, sukalah sebaik-baiknya. Suka. Suka. Suka. Suka. 

p/s: Suatu masa kita akan menyesal bila hilang sesuatu yang tak patut kita hilang. Dan suatu masa bila kita dapatkannya semula, kita akan mula sedar dan menghargainya. Jika kamu kehilangan sesuatu, redha. Andai yang hilang itu kembali mungkin itu yang terbaik untuk kamu. Cuma kita tak pasti adakah ia berakhir dengan sebuah senyuman yang manis ataupun airmata duka. Doa plus Tawakal. Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidiladha & Korban

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam ketupat palas cecah kuah rendang...

Pagi raya ni mesti kurang yang blogging kan. Semua sibuk menelan benda-benda yang ada di pagi raya. Ketupat, pulut, rendang, kari, nasi himpit dan sebagainya. Makin banyak aku senaraikan makin aku sakit hati. Sebab Lyeen balik dari solat raya tadi hanya menelan roti dan milo secawan. Sumpah sedih! Macam ni lah hidup perantau yang malas bawa diri. HAHA.
Lepas siap-siap nak pergi solat raya kat Masjid Ar-Rahman UM, Lyeen mula call Mak kat Sabah. Sedih. Mak tengah siap-siap nak pergi rumah nenek. Sah-sah kat rumah nenek aku makan ayam masak kari dengan ketupat. Tak pun pulut santan. Rindu dengan suasana tu. Terutamanya suasana makan! Sedih. Sedih.Sedih.Sedih.
Pegi solat raya tadi dengan Aida dan Suri. Kami semua adalah manusia yang tak balik beraya ke rumah family. Sedih.Sedih.Sedih. Tapi, takpa inilah pengorbanan kami untuk tahun ni. Sekali sekala kan tak balik raya. Rasa juga nikmat sedih tu. HAHA. Lepas balik solat raya, ambik gambar sana. Ambik gambar sini. Best. Dekat dalam masjid, semua orang aku salam tanda aku semangat raya. Sampai orang pelik sikit tengok aku. HAHA.Aku tipu!
Kami plan nak makan rendangn ketupat, buras (makanan orang bugis). Tapi masalahnya, kat mana kami nak ambik semua tu?? Sekali lagi, sedih.sedih.sedih! So, untuk balas dendam...aku terus sms Abang Adi then dia call aku. Aku paksa dia bawakan aku rendang esok. Ketupat. Lemang. Ayam masak kari. Sampai dia cakap, "Kau ni tak makan setahun ka?"..Arh! Aku buat dunno seolah-olah talian terputus time tu. Yang aku tahu esok dia datang benda tu ada. Kalau tak dia yang jadi korban. HAHA.
Hadiah hari raya yang saya dapat.HAHA. Ni la bear Suri yang dulu pernah jadi penyebab aku bercakap sorang-sorang. Lam atak jumpa bear besar ni. Rindu dia. Ok bai. Selamat Hari raya untuk semua. Maaf zahir batin.

P/S: Beraya dengan gembira supaya lupa kesedihan. Ok bai.

Khamis, 25 Oktober 2012

Pengorbanan Asas Kejayaan!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh.. 
Salam sayang semanis cupcakes madu...

Alhammdullilah, sekian lama tak update blog akhirnya hari ni Lyeen berjaya menaip dan menaip lagi. Dalam entry yang lepas Lyeen ada cerita betapa penat, letih dan rasa macam nak pengsan setiap saat bila terpaksa cari maklumat.analisis maklumat.hadam maklumat.cerna maklumat.hurai maklumat. Lyeen rasa sepanjang bulan Januari hingga sekarang. Bulan ni lah yang paling banyak didik Lyeen buka buku, baca jurnal, belek keratan akhbar lama, search bahan ilmiah berbanding facebook dan blog! Betapa berintegritinya hidup aku sepanjang minggu ni.
"Kuasa pada mulut!"
Semuanya kerana banner kat atas ni. HAHA. Bila Lyeen ikut Pertandingan Debat Piala Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah Binti Madarsa Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu 2012 ni kan rasa teruja kejap. Sekejap jer. Bila dah start terima usul tu masing-masing mula stresssssssssss. Tapi, pertandingan ni berjaya buat Lyeen sedar betapa pentingnya membaca. Menambah ilmu. Sebenarnya ilmu yang kita ada sekarang tak cukup. Kena tambah banyak-banyak lagi. kalau cari ilmu kita jadi tamak takpa. Sebab ilmu ni memang banyak nak jadi tamak sangat-sangat pun takpa..:)
Sumber: Naien
Sebelum ni team Lyeen ada Floe, Zul dan Onjoy. Tapi, kali ni Lyeen sama-sama dengan team lain pulak. Team yang baru dibina bila nak masuk pertandingan ni. Kak Nadia, Shahrul dan Bhen. Sungguh mereka snagat-sangat baik. Even kami dari kohort yang sama tapi kelas yang berbeza, kami berusaha cari 'keserasian' dalam tempoh seminggu tu untuk bina satu team yang mantap dan kuat. Alhamdullilah, kami dapat keserasian tu dengan mudah sebab kami semua sempoi, cool, satu kepala dan paling penting itu sweet. HAHA. 
Handsome. Bergaya. menawan.Memikat. Yesss! Fakta untuk dia. Benny... Dia selaku ketua kumpulan merangkap menteri pertama untuk team debat kami. Dia juga yang call Lyeen untuk join pertandingan ni. Thanks Ben sebab percaya dengan aku. Terharu kejap. Ben sangat-sangat baik. Even kadang-kadang dia emo bila aku lambat cari definisi literal, konseptual dan beban bukti untuk bersidang. HAHA. Tapi, Lyeen sangat selesa dengan Ben. Dia seorang ketua yang baik. Takdak marah-marah. Matlamat kita.."Join pertandingan ni bukan untuk menang semata-mata. Tapi untuk cari pengalaman, kita cuba buat yang betul-betul. Kalau menang itu rezeki kita. Syukur..! Sweet kan dia jadi ketua.
Yang cantik. Si mata besar. Kajol Malaysia. Kak Nadia. Dia menteri kedua dalam team. Penghargaan untuk Kak Nadia sebab rajin bawa kamus Besta untuk Lyeen cari makna literal. HAHA. Kalau tak terpaksalah Lyeen belek kamus dewan berkali-kali. Kak Nad rajin bagi pendapat even yang Lyeen tak dapat agak pun dia dapat agak. Wow! Memang hebat. Lepas tu dia banyak dan rajin bercakap. Then, bila jumpa manusia banyak cakap macam aku. Double banyak cakaplah jadinya. HAHA.
Pakar analogi yang hebat. Shahrul. Menteri pertahanan yang sangat cool. Kadang-kadang aku pelik. Sungguh ka dia ni faham konsep? Rileks jer... Tapi setelah banyak kali bersidang. Lama-lama Lyeen faham rentak dia. Untungnya ada akal serba boleh macam dia. Dia jenis yang cool. Takdak stress. So memang sesuai tempat dia jadi menteri pertahanan. Tapi, aku dengan Kak Nadia akan gelak triple sebab bila Shahrul takdak idea dia akan buat gaya comel contohnya buat bunyi kereta lumba dengan andaikan pen sebagai kereta lumba. HAHA.
Perasan hebat nak julang piala. Lyeen jadi menteri pertama dalam sidang 4 jer. Selebihnya Lyeen jadi manager. HAHA. Time tu usul, tema ekonomi. Kepala aku dah rasa macam ada burung helang berputar-putar. Dahlah jumpa senior super hebat. Tak habis-habis aku tawaf dalam bilik kuarantin. HAHA. Tapi, alhamdullilah rezeki ada time tu, kami menang dengan usul "Transformasi kerajaan pemacu ekonomi negara". Tak sangka aku jadi perdana menteri yang perasan yakin jer time tu. HAHA. Teruja kejap sampai tak sedar aku psiko senior aku lebih-lebih. Bila habis debat, senior aku kata "Kau tahu tak aku rasa macam nak baling kasut kat kau. Psiko dengan senyum macam yakin jer.." HAHA...Walhal dia tak tahu bahawa menggeletar tahap kritikalnya aku buka konsep masa tu.
Yan ni sesi kuaratin 30 minit sebelum final tadi. Alhamdullilah, fakta-fakta kes yang kami sedia semua ada. Bersyukur snagat-sangat tadi. Untuk final kami jadi kerajaan dengan usul "Pencapaian akademik menjamin guru berkualiti". Best jer tengok mereka berdebat tadi. Lyeen yang duduk kat kerusi depan pun rasa emo-emo sekali. HAHA. Itu hebatnya berdebat. Time bersidang..gaduh bagai nak rak. Keluar dewan sidang. Tamat. Habis. Salam balik. Kawan balik...:) Tahniah Kak Mira, Abang Alip, Abang Arsyad dan Abang Zainuddin yang sangat hebat..:)
Sumber: Abang Paizal
Hasil latihan sampai pukul 1 pagi. Alhamdullilah sangat-sangat. Terima kasih Allah kerana memberi ganjaran ini. Sungguh, bila pengacara umum.."USUL DITERIMA"...Serta merta bersorak lepas tu salam Kak Nadia terus peluk.. Rasa macam semua beban dah lepas time tu. Rasa macam nak nangis pun ada. Sangat-sangat tak sangka sebab saingan memang hebat. Lyeen. Tahniah Ben, Kak Nad dan Shahrul. Kalian memang super duper hebat. Berpuluh-puluh ribu terima kasih juga untuk Abang Paizal dan Abang A'an sebab banyak membantu kami yang masih baru ni. Sumpah, Lyeen teruja dengan kepetahan Abang Paizal ni..banyaknya ilmu dia. Banyaknya yang dia tahu. Macam mana dia boleh sehebat tu.. Dia memang sangat hebat. Untung dapat berkongsi ilmu dengan dia. Memang pengalaman mendewasakan. Pengalaman itu penting. Thanks sangat Abang Paizal..!!
Inilah plak yang kami dapat. Cantik. Hijau-hijau. Piala yang megah kami julang-julang tu ialah piala pusingan. Bertuah sebab kami team first yang julang piala tu. HAHA. Terima kasih. Lega bila pengorbanan yang sangat payah tu terbayar dengan kejayaan sebegini. Inilah yang dikatakan kepuasan menimba ilmu. Balik tadi terus tidur. Bangun tidur kemas bilik yang dah seminggu tak urus langsung. Kalau banding kandang kuda dengan meja study aku. Kandang kuda lagi ada ruang nak letak barang berbanding meja aku...T_T. Tapi, sekarang meja aku dah smart, handsome serta bergaya sebab aku dah kemas. 

P/S: Tiba-tiba nak jadi menteri. Usaha tangga kejayaan. Thanks sebab percaya pada saya wahai rakan-rakan Bhen, Kak Nad dan Shahrul. Tanpa kalian..siapalah saya. Terima kasih bagi tunjuk ajar..:) Thanks semua. Kawan-kawan yag sanggup datang. Dan paling penting Abang Azim yang nyanyi lagu Lemak Manis tadi. Sweet. Mohon rakam dan tag nama Lyeen. HAHA.

Nota kaki: First time berdebat Form 4 dan aku nangis bila pihak lawan jeling aku. HAHA.

Ahad, 21 Oktober 2012

Pejam Celik

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam 100 biji cupcakes bersalut coklat...

Update blog lagi. Percayalah bahawa saya seorang yang sangat proaktif bila mampu update blog. Manusia yang rajin update blog adalah manusia yang proaktif lagi berjiwa merdeka. Mendabik dada kejap!HAHA. Abaikan penyataan manusia yang perasaan hebat. Sebenarnya, lepas solat subuh tadi, buat kesekian kalinya Lyeen rasa 'takmau tidur!'. HAHA. Sebab takut terlajak sebenarnya, Lyeen ada latihan debat pukul 10.00 nanti. Tahulah hujung minggu macam ni waktu tidur selalu jer terlebih-lebih. Pagi ni Lyeen breakfast dengan ayam kepsi seketul bersama nescafe secawan, rock kan nilai sarapan aku. Kepsi tu Abang Adi beli semalam. Untunglah ada abang yang datang jauh-jauh semata-mata nak bagi adik makan kepsi. Alhamdullilah. Habis pendahuluan entry!


Di kala hati bertaut ampuh,
Doa abadi ke hujung raga,
Di sanubari cinta berlabuh,
Redha Ilahi tuntun ke syurga. 

Khamis lepas, IPG Lyeen buat sesi bergambar untuk semua student dia. Maka, kami sepakat pilih tema hijau  merangkap warna tema kelas kami untuk hari tu. Sweet jer dengan dak lelaki guna baju Melayu lengkap. Handsome bergaya u allss. Meriah. Kelassss gitu. Perempuan pula siap pakai tudung bawal chrown yang sepasang tu. Sebenarnya aku tak suka pakai tudung tu sebab susah nak bentuk! Tapi, aku gagahkan jari aku untuk sentiasa betulkan tudung tu!Mencik...Mencik..!


Credit to diva kelas saya. Eva yang sangat-sangat rajin bawa tab dia kehulu dan kehilir semata-mata nak tangkap gambar tiap saat, detik even jam! HAHA. Lyeen sangat-sangat bahagia ada kawan macam mereka ni. Sweet, gagah, perkasa, comel dan seangkatan dengannya. Dorang dah tahu sangat dengan perangai masing-masing. Kalau dulu mungkin akan menyampah dengan perangai masing-masing, tapi sekarang semua dah mulai faham dan dah tahu macam mana nak buat dunno bila kawan lain  merajuk. HAHA. Kejam kau Lyeen!


Tu sebab kita selalu dengar. berkawan biar beribu, berjuta dan sebanyak mungkin. Tapi bercinta biarlah satu. Kawan dan cinta ada banyak bezanya. Tu sebab ada fakta yang kita selalu dengar "kawan boleh saja bertukar menjadi cinta untuk kita. Tapi cinta tak akan mampu bertukar menjadi kawan selepas bercinta.Andainya ada itu adalah suatu yang sangat kecil". Saya bahagia ada ramai kawan. Even dalam sepuluh kawan tu mesti ada jer sorang dua yang akan buat kepala otak kau rasa macam nak letak kat depan  tiang gol. Lepas tu tampar laju-laju. Kan.Kan. Tapi, itulah namanya asam garam berkawan. Lepas gaduh tu baiklah. Tapi, kalau u all cinta-cinta, try lah gaduh. Sah-sah akan ada perang dingin sampai hari raya. Tak percaya, cuba try test!


Apa yang saya suka kat gambar ni bila ada Syuhada. Syuhada sangat-sangat susah nak ambik gambar dia. Mahal sangat. Tapi, hari tu dia jad hyperactive dengan ajak orang lain ambik gambar dengan dia. So sweet. HAHA. Sila fokus beg siapa paling comel kat situ! Yes! HAHA. Beg Lyeen made in Sabah. Bawa terbang naik kapal Air Asia untuk bagi orang KL jealous dengan beg made in Sabah aku. HAHA. Takbur! Siapa yang nak beg Sabah macam ni boleh contact saya. Free postage. Otak niaga dah mula diternak sebab semester depan Lyeen nak jadi tauke tudung roses ni. Nak tanam roses banyak-banyak semester ni untuk jual borong semester depan. 


Amatur macam aku sangat hebat bila edit gambar. HAHA. Hingga orang lain tak dapat tengok muka orang dalam gambar. Klik je gambar untuk saiz lebih okey. Yes. Kami adalah wanita-wanita yang gagah perkasa kelas PISMP 2D untuk tahun ini. The only one kat tengah tu mentor kelas Lyeen. En. Santharan yang sangat-sangat baik. Even dia sibuk sangat semester ni, so kami jarang jumpa dengan beliau. Tapi, takpa...beliau rajin tanya khabar anak-anak dia juga.. Takpa, kami anak-anak yang baik. Baik sangat-sangat. Petang tu kami join Karnival Pertandingan Bola Tampar Mini anjuran DPLI, main dalam hujan. Tak sedar diri yang aku selesma, demam, batuk dan migrain tahap rendah time tu. Teruja plus-plus jer time main dalam hujan tu. Dan, alhamdullilah kami berjaya merangkul gelaran "Juara" itu. HAHA. Sekali lagi dapat hamper yang sangat besar. Isnin ni kami bongkar hamper!


Bila dah sampai sesi gambar-gambar ni, rasa taknak berhenti ambik gambar jer sampai penat. HAHA. Single one guna baju hitam diantara seluas bendang berwarna hijau ini ialah pensyarah Literasi Bahasa yangs uper duper rilks, santai dan sebagainya. Masuk kelas beliau sangat-sangat enjoy. Part paling aku suka bila part buat lirik berdasarkan bilangan suku kata yang beliau nak lepas tu nyanyi. Part paling buat aku rasa macam nak serlahkan bakat terpendam! HAHA. Walhal aku manusia pertama yang bagi alasan "Dr, saya sakit tekak hari ni. Saki sangat". Ayat power student yang taknak buat kerja. Kejam!


Tak taw apa motif letak gambar ni. Tapi nak letak jugak! "Sahabat ialah rumpunan kasih sayang yang subur selagi hati bertaut satu". Tengok background tu siap ada pasi-padi. Sesuai dengan tema kan. Hijau-hijau bendang. HAHA. Pejam celik, pejam celik dah nak akhir semester. Seminggu lagi dah nak final exam. Minggu lepas tu pula dah balik Sabah. Yes! Yes! Nak rehat puas-puas sebab semester depan kena study lagi strong sebab hipotesis yang Lyeen boleh buat ialah "Semakin bertambah bilangan semester semakin  susah subjek yang akan kita pelajari." Fakta ni. Percayalah....T_T. Tak percaya juga dah macam-macam hal berlaku tak kiralah baik ke buruk ke. Semuanya berlaku tanpa kita sedari. Pantas jer masa berlalu kan. Sekarang pun Lyeen dah 20 tahun. Kena lebih sedar diri sikit. Tak boleh main-main dah.Insyaallah. Kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik okey. Itu janji kita dengan Maha Pencipta.


Sekarang Lyeen sibuk dengan latihan debat sebab Isnin, Selasa dan Rabu nanti Lyeen terlibat sebagai pendebat yang sangat penakut. HAHA. Doakan kejayaan team Lyeen.Kalau Lyeen diberi kekuatan, insyaallah Lyeen akan ikut bersidang. Kalau tak, Lyeen jadi pendebat teknikal saja. HAHA. Lama sangat dah tak berdebat. Last berdebat tahun lepas. Bahagia sebab team Lyeen dapat jadi johan time tu dan lagi-lagi tak sangka Lyeen jadi pendebat terbaik untuk persidangan final tu, walhal aku tahu aku merepek! Rezeki. Alhamdullilah. Thanks untuk Bhen, Kak Nadia dan Shahrul yang percaya pada saya untuk join pertandingan ni. Thanks juga untuk Abang Paizal yang banyak berkongsi pengalaman. Sila fokus pada banner. Jejaka bersongkok itulah  Abang Paizal. Dia sangat hebat. Teruja sangat dengar dia berdebat. Tersusunnya ayat-ayat dia. Motivasi untuk team kami! Pertandingan kali ni lagi hebat sebab lagi banyak team yang akan ikut bertanding. Mohon doakan kejayaan team Lyeen okey. 

P/S: Entry yang sangat panjang untuk tahun ini kan? Aku tahu. Membaca jambatan ilmu. Ok bai. Selamat berhujung minggu.

Khamis, 18 Oktober 2012

Sweet 20 budak!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam semanis cupcakes vanilla cokolat..
Sekian lama  Lyeen tak update blog, berkurun-kurun, berabad-abad plus berdekad-dekad. Okey. Cukup intro untuk entry kali ni.

Entry kali ni sambungan dari Entry yang penuh kejutan tu. Siap ada yang teka Lyeen nak kahwin la, bertunang la..Aisyehmen boy!

9 Oktober 2012. Barangsiapa yang belum wish dengan Lyeen, mohon wish cepat-cepat. Mohon juga doa yang last sekali adalah doa dicepatkan datang jodoh. HAHA.


Hadiah first Lyeen terima dari Abang Adi. Abang Lyeen yang duk Pahang tu. Dia sanggup ambil Lyeen kat KL ni semata-mata nak sambut awal-awal birthday Lyeen. Terharu sehhhh. Tapi, buat spoil sikit bila atas kek tu tulis "Sweet Lin 20"...Walhal, Lyeen nak "Sweet 20, Lyeen.." Ambik kau. Siap dengan koma lagi. HAHA. Tapi, takpa janji Lyeen dapat makan kek ni puas-puas sampai batuk tahap kritikal. Walaupun abang Lyeen bagi kek ni awal 2 hari dari birthday Lyeen. Tapi, sumpah Lyeen terharu plus-plus.


Bila balik KL pula, masuk-masuk kelas jer dapat hadiah banyak-banyak. Bahagianya, rasa macam nak hari-hari jer sambut birthday. Dapat cokolat dari Suri, dapat  keropok dari Aida, dapat gula-gula dari Floe, dapat cupcakes dari Afiq, dapat fererro rocher dari Mash, dapat kad ucapan dari Kak Wong, dapat 229 notification dari kawan-kawan fb, kena belanja makan dengan Izzat kat kantin. Dan paling penting dapat makan KFC free. HAHA. Thanx untuk yang sudi mengorbankan wang untuk tuan hamba pada hari kejadian. HAHA.


Hadiah paling comel abad ini ialah bila dapat kek macam sarang labah-labah ni dari pensyarah PJ Lyeen sendiri. Untungnya. Rasa macam nak lompat dari aras 13. Lompat sebab bahagia. HAHA. Lyeen balik bilik, tiba-tiba Eva call Lyeen dia kata macam ni. "Lyeen, kau kat mana? Sir Selva suruh kau turun bawah sekarang. Urgent!"...Wow, dalam kepala otak aku siap fikir. Apa salah aku. Ker aku salah buat assignment. Tup-tup sampai bawah, Sir Selva senyum-senyum then bagi kek yang comel ini siap wish.."Happy Birthday Cik Lyeen! Jangan sedih-sedih lagi. Wish you happy okey. Makanlah kek ni dengan kawan-kawan."
Sumpah Lyeen terharu buat kali yang kedua. Sungguh bukan Lyeen antara student yang hebat pun dalam kelas bahkan selalu jer pengsan time kelas dia. Thanks Sir!!!


Sungguh tak sangka Lyeen dah 20 tahun. bahagia. Syukur. Terima Kasih Allah kerana memberi Lyeen peluang untuk terus hidup dan menambah amalan di dunia. Insyaallah, Lyeen akan jadi manusia yang lebih baik selepas ni. Paling penting, Lyeen akan cuba untuk berpegang pada prinsip hidup Lyeen untuk sentiasa berdiri diatas kaki sendiri. Lyeen bahagia sebab masih berstatus bujang hingga ke umur 20 tahun. Tapi, seram juga sebab nanti takdak nak kahwin dengan Lyeen. Uwwwwaaa! Takpa, jodoh sentiasa ada dimana-mana. Bercinta selepas nikah itu lebih indah. Noktah!

Andai sesuatu telah pergi dari kamu, jangan ditangisi. Andai dia tidak kembali dia bukan milik kamu. Tapi, andai dia kembali. Yakinlah, bahawa dia memang untuk kamu. So sweet. Mohon doakan Lyeen sentiasa sukses dalam apa juga hal. Terutamanya dalam final exam yang bakal berlangsung 2 minggu lagi. SEDIH. Lepas tu boleh balik Sabah jumpa mak ayah untuk pujuk dorang bagi Lyeen kahwin awal. HAHA. Mak tetap taknak bagi Lyeen kahwin! Mencik..mencik..nak lari pegi Siam lah! HAHA. Astagfirullahalazim...Jauhkan aku dari hasutan syaitan sebentar tadi! Ish! Thanks buat semua yang doa dan wish kat wall, sms, inbox, kad, surat layang dan sebagainya. Thanks!! Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

p/s:  Lyeen rasa dah semakin matang je semenjak jadi golongan 20-an ni..HAHA. Rasa macam lain bebeno. Teruja kejap. Tapi, cepat-cepat sedar bila usia tu hanya sekadar angka untuk menyedarkan kita banyak mana amal yang kita lakukan. Selamat Hari Lahir untuk Lyeen. Ok bai.

Sabtu, 6 Oktober 2012

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Entry pertama setelah lama cuti dari membloggingkan diri sendiri..:)


Sila klik SINI untuk turut serta dalam segmen Lyssa yang julung-julung kali ni..:)
Kenapa Lyeen berblog?
Lyeen seorang yang suka berimaginasi, berkarya dan merapu. Lyeen ada satu folder dalam lappy yang mengimpunkan semua karya. Dan jujurnya, folder tu lagi banyak karya imaginasi daripada karya berbentuk assignment! SEDIH. So, Lyeen berblog sebab Lyeen seorang yang suka menaip dan boleh saya benda yang kita karyakan, hasilkan dikongsi untuk baca sama-sama..:) Baik kan hati aku..HAHA.

Macamana boleh terjebak dalam dunia blogging?
Secara tidak sengaja. Tengok banyak karya-karya orang yang sweet je nak baca kat blog. So, search kat google cara nak buat blog. Maka, wujudlah blog saya yang tak seberapa ni..HAHA.

Tujuan utama blogging?
Untuk menaip dan berkongsi cerita even takdak orang nak baca..SEDIH. 

Apa yang menariknya blog saya?
Dapat cupcakes free.! HAHA. Takdak la..Lyeen pun tak dapat janjikan apa yang terbaik dalam blog Lyeen. Tapi, Lyeen berkongsi cerita yang Lyeen ada. Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk kita buang jauh-jauh.

Idola dalam blogging?
Blog KUNFAYAKUN yang selalu bagi banyak sangat kata-kata semangat. Entry dia banyak benda yang boleh kita jadikan teladan. Penulisan juga kreatif..:) Sweet.

TAMAT
Selamat Blogging dan bersegmen. Terima kasih. Nah, 3 biji Cupcakes..:)

Isnin, 1 Oktober 2012

Menghitung hari.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Salam semanis kek span vanilla berkrimkan coklat strawberry..:)

Entry hari ni sangat pendek. Percayalah.

Lyeen tengah menghitung hari untuk Ujian Akhir Kursus. So, cuti sekejap dari blogwalking. Lepas UAK, kembali berblogwalking dengan lajunya. Esok paper English dan Math. Paper yangs nagat-sangat menggerunkan Lyeen. English dengan nak tulis karangan esok. Mohon idea aku mencurah-curah. Math pulak part nak mengira bagai. Mohon jemari aku bersedia mengira petang esok.

Dan, hari yang paling penting perlu dihitung 8 hari lagi. Hari paling sweet. Paling bahagia. Hari yang akan mengubah status diriku..Selamat berbahagia untukku. Hari yang akan menyaksikan betapa Lyeen perlu menghargai status hari ini dan merefleksinya semula. Semoga semua orang akan tersenyum dan mengucapkan selamat untuk Lyeen ketika itu.

Okay. Selamat merindui cupcake-cupcake dari Lyeen. Korang pegi beli tempat lain dulu ok. Takdak free buat masa ni. Lyeen tengah sibuk dengan UAK. Mohon doakan Lyeen dapat jawab dengan tenang dan bersemangat waja. HAHA. 

Sebelum tu kan, Lyeen mohon dan minta tolong korang tolong  LIKE pages ni dan terus LIKE gambar manusia paling perasan jaguh. Insyaallah 8 hari lagi Lyeen akan menemui saat-saat kegembiraan yang dinanti-nantikan oleh setiap manusia. Jangan lupa juga preview wall JEJAKA TERHANGAT. Mohon wanita-wanita yang masih mencari calon suami yang gagah perkasa, bijak bestari, handsome bergaya, menawan kalbu dan paling penting suka buat 'lawak yang membengangkan'. Ambik kau! Harap banyak perempuan tulen add friend kau lepas ni! HAHA.

Pendek jer kan entry ni? Ok Bai.

P/S: Doakan Lyeen dapat jawab soalan esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...