Rabu, 30 Mei 2012

Cantik vs Paling Cantik

Pada suatu hari seorang anak yang menginjak remaja bertanya pada ibunya yang sedang menyusun pasu-pasu bunga di laman rumah. Tiba-tiba, si Anak bertanya..

"Ibu macamana kita nak pilih seorang wanita yang terbaik sebagai orang yang kita sayang dan macamana juga kasih sayang itu kita nak kekalkan sampai bila-bila?"


Si ibu tersenyum lantas memandang tepat ke anak mata anak lelakinya.

"Sekarang kamu pergi ke taman bunga yang ibu buat tu dan berjalanlah dari sini hingga ke hujung sana sambil memandang pelbagai bunga dihadapanmu. Kemudian kamu pilihlah bunga yang paling cantik dan berkenan di hati kamu. Dan, jangan menoleh ke belakang lagi. Apabila kamu sudah memetiknya bawa bunga yang kamu pilih berjumpa Ibu. Tapi ingat! Pastikan, bunga yang kamu pilih itu adalah yang terbaik. Tiada kumbang didaunnya. Tiada lebah yang hinggap di kelopaknya. Dan, pastikan segar dan berbau wangi."

Si anak terpinga-pinga. Namun masih akur dengan suruhan si Ibu.
Setelah beberapa minit menanti. Akhirnya, Si Anak kembali dengan wajah yang sedih dan tiada pulak sekuntum pun bunga di tangannya. Dan Si Ibu bertanya.."Mana bunga yang kamu pilih?"

Si Anak menjawab..

"Semasa saya berjalan di taman, terlalu banyak bunga dan  semuanya cantik-cantik bermula dari sini. Tapi, saya nak bunga yang paling cantik maka saya berjalan hingga di hujung sana. Tapi, tiada yang paling cantik. Sebenarnya Ibu, saya tertarik dengan bunga mawar putih di hadapan tadi. Tapi ibu kata petik yang paling cantik tanpa berpatah balik ke belakang. Jadi, saya baliklah. Bunga yang cantik tadi dah ada di belakang saya. Sangat jauh. Kalau saya tahu. Saya petik jer awal-awal tadi. Buat penat jer nak jalan jauh-jauh!"

Si Ibu tersenyum melihat anaknya yang keletihan..

"Ya? Sebenarnya itulah jawapan untuk soalan kamu tadi. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dan kita patut hargai apa yang kita ada dengan sebaiknya. Jangan berpatah balik lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Sebenarnya apa yang kamu jumpa di awal adalah yang terbaik. tapi kamu ragu dan masih mahu mencari yang lebih cantik di hadapan sana..Walhal, di hadapan itu hanya bunga-bunga biasa sahaja. Sudah rosak daunnya di makan ulat. Siapa yang rugi?"

Si Anak tersenyum sumbing.
"Saya nak masuk taman tu baliklah Ibu, boleh? Takpa, saya tak petik pun mawar tu..Tapi, mulai hari ini biar saya yang jaga mawar putih tu. Mawar putih tu, saya yang punya!"
*tangan dibahu mata keatas* <--- Ni aku tambah...hahhaha


Kemudian, si Ibu tersenyum gembira. Semoga anakku tahu menghargai wanita disekelilingnya. Kerana, nilai kasih sayang insan yang benar-benar berkasih itu sangat tinggi harganya.

P/S : Bakal Cikgu BM kena banyak buat karya macam ni untuk submit dengan lecturer..:)
Last-last aku bagi karya jiwang bagai dengan lecturer..Ambik kau! Aku saja bagi Font ARIAL 12 kan. Sebab kalau nak buat assigment, macam ni la formatnya.;)

Wordless Wednesday : Happiness

Assalamuaalikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam Hening Pagi Yang Indah Nian...

Masih ada manusia yang belum mampu memejamkan kelopak mata? 
Kalian hebat seperti aku! Hebat sebab ada insomnia.
*tangan ke dada mata ke atas*


Kurangkan menaip!
Apa yang anda inginkan dalam sebuah perhubungan?
Tidak kira dari Yang Maha Esa, Keluarga, Sahabat dan Kekasih?
Untuk Lyeen, dalam sebuah perhubungan itu hanya perlu kebahagiaan!

P/S : Kebahagiaan ibarat Chipsmore! Kejap ada kejap takdak!

Selasa, 29 Mei 2012

Bawal Rose With Crown

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Selamat Malam dan Salam Semanis Rose Merah...

Sepanjang cuti ni, Lyeen sebenarnya nak belajar buat rose sendiri..Tapi nampaknya tak jadiklah sebab memang cuti ni kerja aku melancong sakan disebabkan family abang Lyeen tak suka duk rumah!
Okey, kalau dulu Lyeen lebih selesa pakai syria jer nak ke kuliah. Tapi, disebabkan tercetusnya revolusi bawal rose 3D ni, Lyeen lebih memilih untuk guna bawal rose!

Okey, yang Lyeen guna dalam gambar kat atas tu Bawal Balqis biasa yang sekarang dah sold out sebab yang Lyeen order pun dah batch 1 lagi. Memang Bawal Balqis super duper cantik dan memang senang nak bentuk bawalnya.

Bawal sekuntum-sekuntum ni Lyeen dapat dari Butik Qaireen Qaisara!
Okey, sekali lagi Lyeen nak perkenalkan tudung-tudung dari butik ni..
Sekarang, Lyeen lebih memilih untuk beli bawal rose secara online dari Qaireen Qaisara sebab Lyeen sangat berpuas hati dengan rosenya, bawalnya serta cara jahitan rose tu..Kemas dan nampak cantik!

Sekarang BQQ tengah buat first batch untuk bawal rose crown ni..Sangat cantik.
Special Edition Bawal Balqis yang super duper cun.
Harga RM 60 dan apa yang best bawal ni dari bawal 3 tona yang sangat cantik.



Okey, yang bawah ni pula Bawal pelangi sebab banyak warna-warna yang lebih daripada 3 tona..Hahahha, Harga untuk tudung ni RM 54.00 cuma yang bawal pelangi ni takdak crown okey.


Okey, For sure...Jum borong dekat Qaireen Qaisara ni.

P/S: Aku rasa macam pasu bunga rose sebab tudung aku penuh dnegan rose! Tapi aku suka.:)

Ahad, 27 Mei 2012

Dear Girls..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam hujung minggu dan salam permulaan cuti...

Hari ni Lyeen merasmikan suatu majlis perkahwinan lagi..*aku tipu*
Hahhaaha, Lyeen pergi tempat orang kahwin sebelah taman jer..Tema pengantin tu Hijau dan time tu aku memang ikut tema sebab aku belasah baju kurung warna hijau aku!
Ok, back to the topic!
Aku memang suka melencong bahagian mukadimah!

Ok, bajet omputih tercekik belacan tajuk post kau Lyeen! Takpa, kotlah Mark Zuckberg nak baca blog aku..;p
Okey, hari ni Dr.Cinta nak bagi kaunseling! U all nak baca, sila baca sampai pening ok..:)


Mood sedih jer kau Lyeen nak buat entry..Okey, erm..Perpisahan itu adalah suatu kepastian bagi sebuah pertemuan. Namun, cepat atau lambatnya itu kita sendiri tidak pasti..Bercinta itu adalah satu kata sifat yang sangat indah..Sesiapa sahaja akan melaluinya sama ada suka ataupun tidak...Cinta itu akan datang!
Suatu ketika dahulu cinta itu pernah datang secara tidak dirancang dan melaluinya itu sangat indah...rasanya pelangi indah berwarna-warni sentiasa ada di atas kepala, mudah sahaja untuk digapai..:)

Adakalanya juga, cinta itu pernah melalaikan hingga syaitan tidak henti-henti membisikkan kejahatan dan kerosakan..Namun, terpulang pada individu itu sama ada mahu menyepak keras syaitan-syaitan itu ataupun mengucup syahdu tanduknya yang tajam itu..Uweeeeekk!

Untukmu wanita, ingin disayangi dan menyanyangi itu sudah menjadi lumrah kita..Merajuk dan ingin dipujuk itu sudah menjadi keperluan kita sebagai wanita. Namun, ingatlah jangan terlalu meminta perhatian si jejaka jambu diluar sana..:) Ada kalanya, mereka juga 'menyampah' nak layan part-part merajuk-rajuk bagai!
*aku lew tew T_T* ...Merajuk itu boleh..cemburu itu perlu namun perlu diletakkan pada aras yang ditetapkan..Jangan terlalu cemburu hingga ke tahap yang melampau even nak jumpa classmates pun nak melenting, jeling sampai terkeluar anak mata! *aku lew tew* aku tipu* HAHAHAHH..;p


Wahai lelaki yang handsome-handsome *kalau rasa tak handsome sila abaikan ..;p*
Okey, wanita itu sangat lembut hatinya, ibarat sehelai tisu kau layangkan ke udara ke mana-mana sahaja boleh jatuh..Janganlah sesekali kamu racikkan tisu itu..Mungkin sahaja boleh bercantum semula, namun kamu tidak akan mampu melihat kesan carikkannya itu. Kerana wanita itu suka memendam berbanding meluah...Luahan wanita lebih kepada tulisan dan air mata. Jadi, jangan ditanya kenapa wanita suka ost status over dan super sedihnya! Hahahhha....Namun, ada masanya, tisu itu akan koyak semuanya! Dan, ketika itu kamu berundurlah...kerana hatinya tidak mungkin berani menerima kamu sekali lagi...Kerana hati yang hancur itu walau dicantum semula, jahitannya masih jelas kelihatan..:)


Dan, dear girls!
Ingatlah, lelaki itu juga punya hati dan perasaan yang perlu kita jaga seperti mana kita berkehendakkan mereka menjaga rapi sekeping hati milik kita.:)
Apabila bercinta, berpadalah
Apabila berkasih-sayang, beringatlah..
Kerana perpisahan itu sangat pedih maknanya!
Untuk menghargai seseorang itu bukan hanya pada perkataan tapi tunjukkan dari perilakumu..
Kerana ada kalanya, manusia sangat mudah alpa akan wujudnya kepentingan seseorang dalam hidup mereka..:)

"Mesti best bercinta selepas nikahkan?"

P/S : Aku pernah cinta monyet. SMS guna hp mama aku sampai habis kredit!

Pink Poloka Dot-Dot..

Assalamualaikum Warahmatulah Hiwabarakuh..
Salam Apam Poloka Dot-Dot berintikan Jem Strawberry!

Okey, salam kau meriah bagai Lyeen! Tu sebab aku makan benda tu tadi..Motifnya, aku nak korang jealous sikit pun jadilah! Kejam..T_T

Okey, hari ni Lyeen pergi ke daerah Bentong yang letaknya di negeri Pahang itu! Tujuan utama nak pergi majlis kahwin kawan Abang Lyeen...Kami sedia dulu perut yang betul-betul kering untuk datang! Ya la, bila cuti sekolah banyak jer kan makan free? Sila kawin lagi supaya banyak dapat makan! Aku suka! T_T
Lyeen pun nak kahwin jugak...;p


Okey, dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit itu..Pelbagai aksilah Lyeen paksa anak buah Lyeen buat..Hahahha, itu kesan positif jadik anak buah Lyeen, hp Lyeen akan penuh dengan muka u all..Yakinlah. Silalah register untuk jadi anak buah Lyeen! Statement tak boleh blah kau Lyeen!
Okey, dak Aiqal ni memang sweet plus manja-manja! Dia sayang sangat dengan makshu dia!
Buktinya, aku sampai depan pintu rumah dia...Dia suruh aku buat susu dia! Kejam!


Apa yang aku suka bila part orang kahwin-kahwin ni kan..Banyak jer kau dapat cenderamata kan..kan..kan..! Hahha, tapi dukacita Lyeen maklumkan..Tadi, Lyeen tak dapat pulak...T_T
Dak Aiqal sorang tu je dapat...Tu faktor utama Lyeen sayang-sayang dia tadi...Sebab nak curik Apam Poloka Dot-Dot dak Aiqal..Nasib jer dia tak perasan! Hahhaaha..budak kecik tak boleh makan benda macam tu okey! Take note! So, Lyeen ambik dari beg-beg comel warna pink tu..Eh, ada apam dot-dot! Yess! Even, 2 ketul jer kan..aku cukup terharu....T_T


Okey, Lyeen harap..the next orang kahwin akan bagi 10 or lebih Apam Polkadot ni! Kalau mereka setuju boleh saja tukar dengan cupcakes aku yang dah berjuta-juta guni ni..!
Kalau dulu, orang kahwin kau akan dapat telur yang wangi-wangi dengan daun pandan bagai..Tapi sekarang..
Dalam kotak telur tu boleh jadi gula-gula 3 biji! Kenapakah? Peredaran zaman...
Harap-harap lepas ni..dalam kotak telur tu ada duit RM 10.00..hahahaha..tak pun top up Celcom..:p
(Sebab aku kan pengguna baharu Celcom..Good bye Maxis..will be miss u okey!)

P/S : Kalau aku kahwin aku nak tema hijau! Takmau pink-pink! Take note bakal suamiku...:p

Jumaat, 25 Mei 2012

Keluarga 5 Tahun!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam cupcakes strawberry berkrimkan cokolat...

Semenjak exam week, Lyeen insaf dari blogging dan menumpukan sepenuh mindaku ke buku-buku yang aku beli awal sem dulu..Hahahha, aku beli awal sem dan aku baca last sem..Kau jangan ikut macam aku!..
Lagi satu, Lyeen bukan malas..tapi hakikatnya Lyeen seorang yang tak boleh membaca buku dan nota awal-awal sem sebab aku lupa!

So, sekarang dah start cuti akhir semester...Maka, akan muntahlah anda baca entry Lyeen...Sila sedia ubat penenang dalam tempoh beberapa minggu ini..:p
Okey, sebelum cuti tadi...Lyeen dengan kawan-kawan sekelas yang lain makan free okey!
Sebelum tu sila jelezzzzz....


Yess! Mereka ini classmates Lyeen..Okey, sila tegok dari kanan..lebih afdhal..:)
Mimi, Lilo, Jaell, Floe,Suri, Cici, Adah, Lyeen dan Kak Ain.. Aku tahu mata aku silap pandang..T_T
Ok, habis! Yang duduk dari kanan, Eva, Our Daddy!, Aida merangkap penolong ketua kuliah!
Our Daddy mean mentor kami dekat kelas, dah 2 tahun dengan Sir. Santaharan...dia memang baik!
Bukan sebab dia belanja kami makan ok! Tapi, memang dia baik!


Sure, kelas Lyeen ada dak lelaki ini..Suka hati aku membudak-budakkan mereka!
Hahhaha, okey...mereka memang handsome-handsome belaka! (Aku terpaksa sebenarnya!)
Okey, dari kanan lagi...Zul, Akmal, Onjoy, Moriss, Izzat, Hafiz..
Ok, YB yang duduk-duduk itu.. Dari kanan, Afiq, Sir dan Rabi merangkap ketua kuliah yang sangat-sangat cool okey!

Serius, Lyeen sangat teruja dan happy super duper dan plus-plus sebab dapat classmates secomel,sehandsome dan se'sweet' kamu..! *sila belanja aku bila kamu dapat elaun sem depan*
Hahaha, apapun...mereka ini memang sweet dan memang baik..
Lyeen happy sebab ada kawan yang hebat dan memahami nuraniku macam dorang..
*sebab aku tahu aku suka menangis dan dorang suka pujuk serta aku menjadi mangsa buli...T_T*


Semester depan kami dah masuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 2..:)
Lyeen rasa  matured sikit dah ni bila masuk sem 2...panggggg muka aku 360 darjah arah Tenggara kalau aku masih tak matured! Hakikatnya aku matured okey! Tu sebab aku rock!
*rock = matured? Apakah Lyeen?*

Okey, Apapun..semoga ukhwah kami selama 5 tahun ini tak akan pernah putus! Lyeen tunggu Mimi dengan Akmal nikah..Tak sabar ok! Cepatlah kahwin...cepatlah..;p
Lepas kamu nikah..Aku menyusul! (Tangan dibahu, mata ke atas)
HAHHAHAHA..T_T
Next sem, Suri dengan Hafiz jadi penaung okey! Dan, sukacita Lyeen maklumkan..Lyeen jadi AJK Aktiviti dan Program..So, kesimpulannya, aktiviti kelas Lyeen sem depan ialah makan, makan dan makan...
Sebab..untunglahhh dapat ketua AJK kaki makan macam aku!


Yakinlah...Aku suka jadi Ketua AJK Aktiviti..Next-next sem undi aku lagi..:p
Sem ni, Lyeen jadi AJK perfailan...Pegawai dokumen!
Bergaya super duper hebat je kau tengok nama kan? Tapi, siksa kau nak fotostat nota hanya kau yang tahu penatnya! Sem depan..Tahniah untukmu Afiq dan Eva..:)
Selamat stress!

Wahai warga desa sekalian, semoga kita sentiasa berkasih sayang dan semoga kita sentiasa comel-comel macam cupcakes..:) Ok, bye..Sila LIKE PAGES PISMP KUMPULAN D untuk maklumat terbaharu!
Wow, maju okey!

P/S: Lyeen menerima tempahan untuk menjadi AJK Aktiviti..silalah email..:p
Sekian!

Ahad, 20 Mei 2012

Saya Okey..:)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh
Salam hujung minggu dan salam manis-manis semanis cupcakes blueberry..

Hari ni Lyeen berjaya update blog...HAHAHAH..sebab semalam terlalu penat lantas aku menidurkan diri sampai pagi...Hari-hari, Lyeen cuba sibukkan diri dengan macam-macam hal supaya takdak masalah yang menyakitkan singgah di hati kecil aku ni..

FAKTA : Kamu akan rasa segar, puas, tenang,tenteram, aman, damai, sentosa, makmur  bila kamu menangis sekuatt yang kamu mahu!

Okey, itu fakta yang diselitkan untuk selingan/ iklan semata-mata..
Apapun, Lyeen happy sebab masih ramai kawan-kawan yang Lyeen ada terutamanya Mash dan Floe yang sumpah boleh buat aku gembira dan rasa diri aku macam orang tak terkawal seketika!

Ok, esok Lyeen jawab paper PSP yang super duper susah mau hafal fakta bagai..Mati aku! Tapi, yakinlah aku seorang yang rajin dan sudah faham sikit pasal 5P...sebab aku dah boleh yakin jer update blog kan! HAHAHAH..t_t

Ok, sekian...bye..:)

Sabtu, 19 Mei 2012

Untukmu Siti Nabilah...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat malam dan Salam Hari Lahir buatmu rakan...

"Siti Nabilah binti Sajali"

Selamat Hari Lahir semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan yang berkekalan buatmu,
Walaupun perkenalan kita hanya sesingkat cuma namun dalam hati ini masih dapat merasakan ukhwah persahabatan itu masih wujud walaupun jauh dipisahkan oleh Aras 3 dan Aras 4 serta Wing A dan Wing B...
HAHHAHA..T_T


*Gambar masa muda-muda time annual dinner PPISMP semester 1..Time ni aku masih comel plus-plus.:P
Okey, Nabilah yang duk sebelah kiri..For sure, dia memang comel,cantik,anggun,bergaya mutu keunggulan..
Abaikan dulu manusia belah tengah dan kanan itu sebab mereka hanya hiasan cuma..lagi-lagi yang belah kanan....T_T*


Baer, habis sudah duit aku mau beli kek besar dan super duper sedap macam ni, jadi aku bagi gambar jak boleh bahkan? yang penting nawaitu aku kan? kan...kan....:)
Sila iyakan dengan ikhlas, Baer....

Ok sayang..untuk yang terakhir ucapan aku..:p

"Selamat maju jaya dan semoga Allah merahmati hidupmu dan diberikan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah..dan paling penting semoga persahabatan ini akan berkekalan...Semoga menjadi guru yang terbaik suatu hari nanti...Amin..:)"

P/S : Aku buat entry ni sambil senyum-senyum ingat tiap kali aku datang bilik kau minta tolong sembur tudung aku dulu-dulu...HAHAHAHHA..T_T


Jumaat, 18 Mei 2012

S.E.N.D.I.R.I

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Selamat Malam dan Salam 1 Blogger...

Bila taip entry tengah malam rasa sedih...Gedik jer kau nak sedih-sedih Lyeen!
Erm..sekarang ni aku tengah melahap seketul burger ayam yang aku tak bayar lagi dengan tukang belinya sebentar tadi..Hutang! Besok aku bayar..RM 3.50, Burger Ayam Special..Kau ada? Sila terliur..:p


Ni gambar aku curik dari google..Thanx r Google! Kau selalu ada time aku perlukan kau!

Okey..Erm.Lyeen saja bagi mukadimah panjang berjela supaya u all terasa macam tengah makan burger ayam special macam aku.. KEJAM kau Lyeen!..T_T

Lyeen sebenarnya tak tahu motif tajuk post entry kali ni mengedik je kan? Atagfirullahalazim...
S.E.N.D.I.R.I
Yup..Mood: Tak taw nak jelaskan! Sebab mood perut naga aku menguasi diri saat ini..


"Setiap manusia dijanjikan dengan pertemuan, adakalanya pertemuan itu sangat indah dan sangat mengembirakan. Namun, dalam kegembiraan  dan keindahan itu..manusia seringkali lupa apa yang dikatakan dengan perpisahan...Perpisahan itu pasti sebenarnya, cuma manusia tidak pasti ia datang terlalu lambat ataupun terlalu pantas..Apapun, semoga perpisahan memberikan kebahagiaan.."
*Aku tiru lirik lagu syahir sebenarnya...*

"Kebahagiaan itu sebenarnya ada, tetapi kita belum dapat mencapai kerana kebahagiaan itu amat signifikan nilainya! Terlalu sukar untuk dicapai, namun sangat indah dan mulia nilainya bila sudah dalam genggaman tangan-tangan comel macam aku!"


Ini tangan aku! Masa budak-budak kecik dulu..:p

"Untuk insan yang sentiasa memberi kekuatan untuk diri hamba ini...Terima kasih yang teramat banyak untuk kalian...Kalian kekuatan hamba! Sungguh...manusia yang sensetif macam hamba sangat mudah mengalirkan air mata..Murah jer air mata aku...seposen sebaldi..Beli pakej, dapat free cupcakes! Sila "pangggg" muka budak punya tangan comel itu 90 darjah menghala ke Barat! Thanx juga untuk kamu empunya kekuatan kerana sentiasa bersama setiap masa! Semoga kekuatan itu terus ada sampai kapan pun! *aku tiru lirik lagu lagi, kali ni lau indon!*

Ok, semoga kekuatan ada dimana-mana!

NOTA EXAM: Okey! Aku rasa esei PSP aku Isnin nanti akan jadi macam entry aku kali ni yang sangat mantap isi  pentingnya! 

Khamis, 17 Mei 2012

Wordless Thursday

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam manis-manis dan salam comel-comel..
Salam kawan-kawan...

"I have a pen
My pen i blue...
I have a friend
My friends is you!"

Pantun orang putih nampak sweet jak kan...HAHAHHAH
Ok, dakmaw cakap banyak-banyak...
Kau tengok ni!


Dia manusia paling pelik di alam semesta!
Tapi, aku sayang dia sebab dia Loving,caring, comel sikt dari aku,pemurah dan kuat membebel! *aku bukan lesbian ok! Tapi aku sayang kawan!

Ok...Now, Lyeen nak pegi main bola tampar dengan dia jugak..
Kau tak tahu akulah jaguh bola tampar dekad ini peringkat Pantai Dalam!

p/s :Sampai semua senior gerun bila aku turun gelanggang!

Rabu, 16 Mei 2012

Segmen Doodle Part 1

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakuh...
Salam 1 Doodle Apit!

Lyeen nak join segmen Apit ni...Comel doodle free hair ni..so, Lyeen nak join sebab nak hadiahkan doodle ni dengan best friend forever Lyeen..Boleh? Hikhikhik...Ok, Lyeen join oke! Watchaa!!


Sila KLIK http://www.fizgraphic.com/ yang handsome ini!

Detail penyertaan..:)

Nama : Floe Yohanes
Warna baju : Ungu
Warna seluar : Hitam

Okey! Set...

Thanx Apit!!

Lyeen nak tag 2 manusia bertuah!



p/s: Hadiah sempena hari guru..:)

Detik terakhir..

Assalamualaikum Warhamtullah Hiwabarakatuh..
Salam tengahari dan salam manis-manis..

Lyeen baru jer selesai menjawab paper EDU 3012, paper Perkembangan Kanak-Kanak dan alhamdullilah semoga jawapan yang Lyeen tulis dapat buat pensyarah Lyeen tersenyum lantas menulis abjad A+ pada result aku..:) Tamak bebeno aku nak A+ ....T_T

Tapi, serius kali ni Lyeen rasa sakit sangat jari jemari yang comel bak baby hand ni...HAHAHHA...berketul-ketul urat aku keluar...menulis jawapan...Tapi, Lyeen pemurah hari ni, soalan minta 3 jawapan aku bagi 4! See...*nak tunjuk yang aku study!*


Bila Lyeen dapat paper, aku terkejut macam dalam gambar! Aku pinjam adik aku kejap untuk tambah nilai kekejutan aku supaya berganda! HAHAHAHA walhal adik aku jauh..erm aku akan rindu budak kecik ni bila dia dah mendaftar masuk UIA nanti...Aku jelez okey dia dapat UIA! Aku kebas PTPTN pertama kau! Nantikan!
Akukan kakak yang solehah...T_T

Apapun, memang blog ni dah lama tak berupdate..Kau tunggu cuti nanti, sampai penat Lyeen bagi u all dan paksa baca! HAHAHAH..T_T Kejam! Okey, sekarang Lyeen nak mengganti tidur semalam yang terhutang sebab terlalu khusyuk membaca nota PKK..Lagi satu..Thanks buat semua yang wish "Selamat Hari Guru"...Walaupun belum jadi Cikgu yang betul-betul...! 3 tahun lagi, InsyaAllah....:) Aku dah dapat wish awal-awal pagi..Orang first wish mak aku lah..HAHAHHA..bahagianya aku..:)


Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Cikgu..!
Tanpamu, siapalah kami..:)
Baiklah, selamat menidurkan diri kau Lyeen!
Malam ni kalau Lyeen dikurniakan idea, Lyeen menaip lagi ok.1
Bye...Nah cupcakes 30 biji, Makan!

p/s :Perasan tak header aku dah baru? Hahaha, Thanx to Cik Nabila Medan..:)

Selasa, 15 Mei 2012

Yang Terakhir..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh...
Selamat Malam dan Salam 1 Bloggers..:)

Alhamdullilah, hari ni Lyeen dah selesai jawab paper Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, soalan memang super duper the bomb la! Lyeen suka sangat soalan tu sampai buat esei 4 muka surat...*bangga aku*

Erm...apa yang terakhir?
Erm, Lyeen pun tak tahu...sesungguhnya bila kita mengharapkan sesuatu yang baik, terlalu banyak halangan yang ada dihadapan kita..Persoalannya kuatkan kita?
Erm...rasanya biarlah ini kali terakhir..sesungguhnya..."Sakit dan luka di hati tidak akan sama dengan pedihnya hirisan pisau ditapak tangan..."

S.E.K.I.AN

Ahad, 13 Mei 2012

Love u!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...


Selamat Hari Lahir Abah!


Love u!
"Sangat-sangat sedih sebab dah tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan RINDU untuk Abah..Cinta dan sayang Abah selalu..T_T"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...