Ahad, 30 Jun 2013

New Bloglist: Love Story.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes!
Hai u ools. Okay, hari ni ekspress entry dehhh!
 Esok dah 1 Julai kan? Biasalah kalau dah masuk bulan baharu semestinya Lyeen akan update bloglist. Bloglist bulan ni kita bagi nama sweet sikit naaa.. Bagi nama Love Story sebab bulan ni akan banyak berlakunya Love Story. Eh? Drop link blog u olls ke ruang komen yer. Cepat taw! Sebelum Lyeen update entry baru malam ni. Bhahaha. 
Kejap.Kejap. Eh..baiknya budak ni. Sopan-santun pulak tu. Rajin. Kemas. Berbudi orangnya....:p Lyeen tunggu kat meja piano ni okay! Drop link dan kita jumpa bulan Julai dan sedia menanti kehadiran diri ini sepanjang bulan Julai. Ambik mood LOVE STORY dalam kedai ala-ala k-pop. Tiba-tiba minat k-pop semalam. Siapa minat k-pop? Eh..kita sama lah.
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 28 Jun 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Vanilla.

Menaip entry sambil nangis slow-slow. Sapu-sapu air mata dan teresak-esak. Bhahahaha. Nampak kesungguhan menunjukkan rasa sedih tu. Hari ni lain semangat pergi kelas. Awal-awal pagi senyum-senyum sendiri sambil pakai tudung fesyen baru. Fesyen lilit-lilit. Pergi kelas dengan yakin. Semangat jer nak start kuliah, maklumlah tiga hari Lyeen tak masuk kelas untuk study asyik sibuk dengan Temasya Pantun je minggu ni. Bila masuk kelas rasa macam taknak keluar-keluar sebab rindu sangat dengan kelas. Eh?
Curik dari fb Mimi.
Mereka adalah girlfriends yang paling rindu dengan Lyeen. Ahaks! Sungguh, sepanjang Lyeen bertugas jadi AJK Temasya Pantun tu takdak masa aihh nak borak dan nak mengedik dengan kawan-kawan Lyeen macam biasa. Boleh katakan hidup aku serius sepanjang tiga hari ni. Bhahahha. Perasan! Tapi, semua kesedihan itu mati tatkala malang yang tidak dapat dihidu menimpa diri ini..Sedih ni. Tengah sapu air mata lagi. Lepas ni akan pakai kasut baru masuk tandas. Takmau jatuh lagi. Sakiiiiiiiiit! Tak tahu syaitan mana yang Lyeen langgar maghrib tadi sampai boleh tersungkur kat tandas. Okay. Lap air mata lagi. Sesungguhnya, selepas ini Lyeen akan menggunakan kuasa veto sebagai penolong ketua aras untuk letak karpet mahal dalam bilik mandi. Bhahahaha. Sakit kot jatuh tadi. Sekaligus menjatuhkan juga harga mas kahwin Lyeen pada masa akan datang. Bhahaha.
First time lilit tudung macam ni. Rasa yakin dan rasa macam champion je lilit tudung. Lepas ni nak pakai tudung macam ni sebab lebih senang dan cepat. Pagi tadi Lyeen pakai tudung ni tak sampai pun 10 minit macam selalu. Bhahahaha.

Lepas tu kan bawa diri kemas bilik dengan jalan yang dah serupa zombi. Diri sendiri dah takut tengok cara jalan sendiri. Sedih. Sedih. Okay, Lap air mata lagi ni. Tapi, alhamudllillah sekarang dah tak sakit dan kurang kebasnya. Hanya kaki lebam sikit. Cun lah tu kan lebam-lebam ni. Baru rock. Julung-julung kali ni berlaku. Bhhahaha. Harapnya takdak apa-apa kesan yang memudaratkan diri ini. Aamin.
 
Esok kelas start pukul 9 pagi. Satu je kuliah esok. Alhamdullilah, lepas tu boleh jalan-jalan sebab dah lama tak jalan. Bhahaha. Tak sedar diri yang kaki lebam dengan jalan yang dah macam zombi. Ewwww. Kalau ada boyfriend boleh mengada-ngada kan? Bhahaha. Time tu la nak pulun suruh boyfriend beli itu ini. Sah-sah kena beli. Bhahahaha. Astagfirullahalazim. Niat ke lain..! Ada orang tanya saya. "Saya single ke?" Lepastu saya jawab macam ni.."Eh..eh...sebenarnya saya isteri dia!" Sambil tunjuk gambar Firash Arsyad. Bhahahahaha. 
Nota Pink: Kalau nak seribu daya taknak seribu dalih. InsyaAllah, kalau ada usaha adalah kejayaan. Bak kata cikgu silat Lyeen.."Dalam gerak ada rahsia dan dalam rahsia tu hanya kita yang tahu"..Eh! Tersirat tapi punya makna yang mendalam. Means apa yang kita buat tu semua ada makna dam kita saja yang tahu dan kita rasa apa yang kita buat. Sesungguhnya, kekurangan mengajar kita untuk kuat dan kekuatan mengajar kita untuk yakin. Meh bagi pantun sikit.
Tumbuh melati indah berseri,
Dahan selasih tumbuh menjunjung,
Seikhlas hati senyumku beri,
Terima kasih sudi berkunjung.

Jujur. Lyeen buat pantun ni 15 minit. Kalau aku ikut pertandingan sah-sah aku kena tendang keluar. Bhahahaha. Lepas ni nak buat kelas tambahan belajar pantun dnegan roomate. Bhahaha. Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 27 Jun 2013

Pemenang 10 Blogger Comel Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Red Velvet.
First. Maaf beribu-ribu maaf sebab Lyeen terlalu lewat nak update entry pasal 10 Blogger Comel Malaysia itu. Sesungguhnya diri ini tersangatlah sibuknya. Sungguh dehhh! Minggu ni saja Lyeen full dengain aktiviti IPG sebab Lyeen duduk dalam satu AJK Aturcara & Pengacaraan Majlis. Mohon tunuk rasa simpati kejap. 4 hari kot Temasya Pantun & Dondang Sayang tu berlangsung. Alhamdullilah dah berakhir dan terdondong juga diri ini. Bhahaha.
Oleh itu, Lyeen menunaikan janji dari semalam yang tak tertunai. Moh lah kita berblogwalking bersama bloger-blogger comel ini.
  1. http://mujaheedahcintailahi.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  2. http://vaneelea.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  3. http://thisismylife-eyka.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  4. http://amad-jalanan.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  5. http://sixbestfriendofgirlssedamu.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  6. http://www.ladyainaa.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  7. http://warnawarnigadiskidal.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  8. http://www.mujadafewa.my/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  9. http://chibichibies.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  10. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  11. http://miseyz.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  12. http://farraanuar.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  13. http://al-kisahbudaksengih.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  14. http://wawarosli.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  15. http://www.cikfie.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  16. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  17. http://www.opzzpinky.my/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  18. http://mardiyanhani.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  19. http://sabghina.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  20. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  21. http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  22. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  23. http://irapunyela.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  24. http://www.kisahemasputih.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  25. http://burokituseni.blogspot.com/2013/05/10-blogger-tercomel-oleh-kak-llyeen.html
  26. http://lynathegojes.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  27. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  28. http://addinaisyah.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  29. http://iekuchinadea.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  30. http://sayaeesya.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  31. http://ayinzpunyablog.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  32. http://www.nabilabiela.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  33. http://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  34. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/05/segmen-cuti-sekolah10-blogger-comel-di.html
  35. http://heartylolipop.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  36. http://ynarazali.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  37. http://sweetlyorange2.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  38. http://www.qaleshyaumairah.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia-by-cik.html
  39. http://fiqansz.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  40. http://budakvanilla-join.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  41. http://cikdonut95.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  42. http://izzam4eva.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  43. http://saiepnyesowg.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  44. http://insanbiasabiasa.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  45. http://zenithiman.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  46. http://www.iuzira.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  47. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  48. http://umikasum.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  49. http://aynasyafiqah.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  50. http://fyzaapunyacerita.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  51. http://wawannajwaa.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  52. http://iqwa-niera.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  53. http://diyasesame.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  54. http://ihazaliza.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  55. http://syazwanieafandi.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  56. http://diariesgadhissepet.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  57. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  58. http://nzfyns.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  59. http://aku-dan-giveaway.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  60. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  61. http://fattytissue.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  62. http://seraazwa.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  63. http://budakkacamatapunyastory.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  64. http://puteripiano.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  65. http://yayaaaank.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  66. http://nabieliela.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  67. http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  68. http://noorhamidahroslal.blogspot.com/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  69. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2013/06/10-blogger-comel-di-malaysia.html
  70. http://iqwa-niera.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
10 Peserta Bertuah (Menggunakan Random Org)

48
16
4
61
33
21
29
9
57
54
2 Top Refferal
Entry Terbaik
Tahniah awak-awak..! Mohon submit Nama penuh, Alamat, Nombor telefon dan Kategori yang awak menang ke Pages Lyeen okay dehh? Takmau send ke FB Personal Lyeen sebab kalau kita tak friend mesej akan asuk ke other dan kadang-kadang Lyeen akan terlepas pandang. HANYA submit ke SINI. Okey dehhh. Submit detail anda sebelum 4 Julai 2013 okay? Sebab on 5 Julai 2013 nak pos dah..Barang siapa yang terlewat makan hadiah burnnnnn.

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 24 Jun 2013

Wordless: Syukur!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Penuh Kesyukuran
Sungguh rasa nak menangis jer taip entry ni. Ya Allah. Terima kasih sangat. Sujud syukur hanya padaMu. Alhamdullilah, result Peperiksaan Akhir Semester lepas dah keluar. Lyeen tahu benda ni awal pagi tadi tapi kena pula time tu Lyeen bertugas gantikan Kak Mira untuk jadi pengacara majlis untuk sesi pertama bagi Temasya Pantun dan Dondang Sayang ni. Alhamdullilah juga dah selesai even tadi Lyeen sebut DONDANG jadi DONGDANG. Bhahahahha.
Balik bilik tadi lari pecut dan terus buka Sistem Items dan hasilnya? Tadaaaaa!
Alhamdullilah. Hadiah istimewa untuk Mak Abah balik Sabah nanti. Alhamdullilah juga akhirnya Lyeen berjaya melepasi syarat untuk mendapat tajaan dari abang Lyeen sepanjang tahun ini. Bhahahha. Untunglah ada abang..:p
Nota Pink: Kejayaan ini bukan untuk dicanang tapi untuk menggambarkan bahawa bersyukurnya diri ini. Alhamdullilah. Takut sangat-sangat.  Sesungguhnya hari ini adalah hari yang sangat gembira dan doakan semoga kejayaan ini berkekalan sampai bila-bila pun. InsyaAllah. Amin.Tahniah juga untuk semua rakan-rakan guru pelatih seluruh Malaysia!
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 23 Jun 2013

Aktiviti kala Jerebu..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cherry.
Hai awak-awak semua. Sihat? Tempat u olls jerebu ndak? Tempat Lyeen tak payah habaq lagi lah. Rasanya KLCC pun dah tak nampak dek kabus yang tebal mengalahkan salji. Bangun pagi tadi tiba-tiba perasan ada kat Korea tengah tengok salji turun. Tapi, sangkaan tersasar saat takdak  sikit pun rasa sejuknya! Sejuk sampai tahap kena pakai mask. Bila pakai mask terasa macam doktor gigi la pulak. Bhahhaha.
Even KL ni panas yang melampau-lampau sampai tahap rasa macam nak mandi jer 24 jam kuliah tetap jalan siap over limit lagi kuliah. Sabtu pun kami kuliah. Untung kan? First kuliah memang seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan semua dah besar-besar. Lyeen jer yang tak besar-besar.Ish..! Kenapakah? Classmates Lyeen Helora yang pakai tudung hijau tu memang muka k-pop kan? Comey. Suka tengok mata dia. Bhahhaa.
Semalam, berlangsungnyalah Larian Guru 2013 kat IPG Lyeen. Syoookkkk! Dapat lari-lari. Buat pertama kalinya Lyeen lari tak pengsan. Bangga kejap. Uhuk! Uhuk! Bhahahha.Sebelum-sebelum ni asal sampai je garisan penamat memang muka Lyeen yang akan pengsan. Malu i uolllls! Ehem..ehem..Kau jangan pandang rockers ni tak dapat nombor. 
Sukacita Lyeen maklumkan Lyeen dapat nombor 40. Mohon ucap tahniah. Bhahaha. Eh.. seriuslah. Semalam yang dapat hadiah hanya peserta terawal sampai dari nombor 1 hingga 40 jer. Dan yang ke 40 tu aku lah. Hebat tak? Tak sangka stamina aku dah kuat. Lari-lari-lari-lari. Eh, tetiba suka lari.
Nota Pink: Okay. Apapun, biasalah bila dah balik IPG ni memang sibuk dan Lyeen suka akan kesibukan ini sebab terasa diri ini macam YB kan? Macam tiada kaitan...=_= . Esok pula dah mula Temasya Pantun & Dondang Sayang dan sekali lagi Lyeen terlibat dengan AJK Pengacaraan Majlis. Semoga semuanya dipermudahkan dan u ollls datanglah ke IPG Lyeen boleh kita berdondang-dendang. Hahahha.
Ok bai. Assalamualaikum.

Selasa, 18 Jun 2013

Saya Mulakan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Cherry.
Alhamdullilah, Lyeen dah sampai KL dan dah mula kuliah yang pertama pun tadi. Seronok sangat. Seronok jumpa kawan-kawan. Seronok sebab saya berjaya untuk jadi diri saya sendiri. Eh? Seronok juga sebab dah berjaya ganti puasa. Alhamdullilah. U oll bayangkan saja manusia perut naga ni puasa tetiba? Huh...rasanya macam nak buka puasa time azan Zohor. Bhahaha. Nampak sangat tak menahannya!
Eh, ni bukan gambar Lyeen pergi kuliah. Gambar ni time Lyeen jadi juri untuk Pertandingan Mewarna kat Pasaraya Aktif kat Karak hari tu. Terharu sebab dapat kepercayaan dari Owner Pasaraya Besar tu untuk jadi salah seorang juri wlahal Lyeen sendiri pun kalau mewarna takda nilai estetika. Bhahahaha. Owner pasaraya tu baik sangat siap belanja makan dan bagi hadiah lagi. Sweetnya..:)
Rindu kat awak ketat-ketat Bear! Sumpah rindu. Susah kot nak tidur sebab dah biasa Bear ada kat sebelah.  Cepat-cepatlah hari Ahad. Nak jumpa Bear..! Bear tinggal kat Karak..:'(
Erm, Lyeen tak update blog dua hari kan? Bhahaha. Bila Lyeen blogwalking tadi Lyeen tengok amcam ada masalah jer dunia blogging sekarang? Kenapa u olls? Pasal blogger ni buruk kan blogger ni la. Pasalh sponsor tipu penganjur lah. Alahai, janganlah jadi macam tu kan? Kita kan sama-sama dalam dunia blogging dah kira macam satu family pun sebab klik sana klik sini pun jumpa juga url blog yang sama. Takyah gaduh-gaduh. Kalau pun gaduh bermaaf-maafan lah yer...:)
Mak kata muka Lyeen sekarang dah macam muka orang yang mati suami. Bhahaha. Sebab kan mak kata Lyeen dah kurus balik. Mana tak kurusnya kalau menanggung rindu mak oiiii! Rindu nak balik Sabah! Tapi, part paling tak boleh blah bila aku terkena dengan classmates aku. "Eeee, gemuknya korang!" Kataku. Then, dengan muka selamba mereka boleh jawab macam ni..."Kami gemuk sebab kami sihat. Kalau kau tu kurus jer sebab kau banyak cacing...!" Gulppppp! Sumpah makan dalam kot! Bhahaha. Selepas itu Lyeen berazam untuk tidak kenakan classmates Lyeen lagi. Sure..! 
Nota Pink: Copy status Farah Lee kat pages kejap "Orang yang takut berubah adalah orang yang takut kepada diri sendiri." Oleh itu, marilah kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik dehh? Biar apa orang nak kata yang penting kita tahu kemampuan diri kita kerana kita tahu bahawa kita nak berubah jadi yang baik itu payah tapi Lyeen yakin dan percaya bahawa Allah SWT janjikan syurga yang manis buat hambanya yang soleh dan solehah. Aamin.
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Jun 2013

Terpaksa & Doakan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Anggur.
Buat kesekian kalinya Lyeen menaip lagi entry ini. Lyeen percaya readers yang rajin follow up setiap story dan cerita Lyeen kat dalam blog akan faham Lyeen orang yang macamana. Apapun, buat semtara waktu ini dan Lyeen sendiri tak tahu sampai bila. Lyeen akan tinggalkan dunia blogging. Sedih memang sedih tapi inilah yang perlu Lyeen lakukan. Erm, pasal Segmen: 10 Blogger Comel di Malaysia tu, jangan risau Lyeen akan kembali untuk inform pemenang okay. Tunggu hingga tarikh tutup yang Lyeen bagitahu. Maaf beribu maaf buat semua readers Lyeen yang rajin datang blog Lyeen. Eh, sedihlah pulak. Ish..takmau emo-emo dehhh!

  Esok Lyeen balik KL. Sebelum tu Lyeen kana jadi juri dulu untuk Pertandingan Mewarna kat Karak ni. Lepastu baru pulak bergegas balik KL. Doakan semoga semuanya baik-baik okey dehhh? Balik dan berhadapan dengan pelbagai cabaran lagi semester baru ni. Lyeen harap juga semester baharu ni Lyeen tak berdepan dengan apa-apa masalah jiwa dan perasaan lagi. Ya Allah, bantulah dan permudahkanlah segalanya. Amin.
Kalau semalam saya boleh senyum dengan ikhlas dan setulusnya hati saya. Kenapa tidak hari ini dan hari esok? Semoga diri ini terus tabah walau cabaran menimpa-nimpa. InsyaAllah. Kenapa saya perlu bersedih atas kegembiraan orang lain? Kenapa dan kenapa?  Macam lagu Daus pulak kan? Bhahaha. Whatever sungguh. Apapun, u olls even Lyeen takda nak update blog dalam masa terdekat ni yakinlah bahawa Cik Cupcakes yang poyo ini sentiasa ada. Hikhikhik. Cuma nak free sekejap dari alam maya.
Nota Pink: Lyeen  nak pergi laut boleh tak? Nak jalan-jalan tepi laut sambil kena tiup angin lepastu ombak laut tu datang dekat kita dengan ramahnya sapa kaki. SubhanaAllah. Semoga diberi kesempatan. Semoga diri ini bebas dari penyakit jiwa. Ish. Duk jauh-jauh dehhhh! Bye u olls. Take care and happy blogging..:D
Opss, tapi Lyeen masih ada untuk update blog kelas Lyeen Cikgu House . Ok bai. Assalamualaikum.

Kuala Lumpur! I'am back!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes.
Lyeen tak update blog sebab Lyeen takda apa nak diceritakan disamping diri ini terllau sibuk dengan rutin sebagai tukang packing barang tegar bulan ini. Semua barang Lyeen kemas even yang dah kemas pun duk kemas lagi. Rajin tak? Kalaulah bakal mak mertua Lyeen baca entry ni kan mesti dia sejuk hati.. Bhahaha. Lyeen rindu dengan kawan-kawan walaupun aku tahu mereka tak rindu aku pun sebab mereka masing-masing balik kampung halaman. Aku yang yang balik kampung yang takda halaman. Sedih kot!
Adik Lyeen. Mesti dia dah jadi anak dara sekarang. Besar dah dia..
Kalau buat muka sedih u olls rasa boleh tak dapat tiket free balik Sabah? Bhahaha. Aku rasa minyak BBQ  melekat kat muka kalau Lyeen buat muka 'poyo' depan abang minta beli tiket kapal terbang freeeeeeeeeeeeee. Kalaulah ada pilot yang berkenan kat Lyeen kan best. Boleh juga naik kapal terbang tiap hujung minggu. Yerla, dating kat kapal terbang. Curlassssss kau Jah! Apapun, semoga barang yang aku packing ni cepat selesainya. Ni baru packing kat sini nanti nak unpack lagi semula kat KL. Menangis sambil kemas barang Lyeen jawabnya.. Dahlah tu, boyfriend pun dah takda nak tolong angkat barang. Eh..? Ok bai. Assalamualaikum. Lyeen letih sangat hari ni. Next entry kita borak lagi. Bye.
Assalamualaikum.

Rabu, 12 Jun 2013

Kemana Hala Tuju Graduan Pendidikan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Hazelnut.
Lama rasanya Lyeen tak update blog perihal dunia pendidikan sendiri. Selalu update benda yang berkaitan dengan hal sendiri jer kan. Hingga ada yang tak percaya Lyeen adalah seorang pelajar dalam arus pendidikan. Dia selalu cop aku cikgu TYPO. Kan Ik Hanif kan? Bhahaha. Dalam dunia blogging Lyeen memang nak lebih sempoi dan cool. Hinggalah hari ini Lyeen nak sangat menyuarakan pendapat. 

Aku tahu muka aku takdak muka cikgu Ik...T_T
"Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Awam (IPTA) bagi memastikan hanya pelatih berkualiti ditawarkan jawatan sebagai guru di sekolah." Melihat kepada keadaan semasa dimana kakak-kakak dan abang-abang senior tak dapat lagi penempatan setelah tamat pengajian ni memang menyeramkan. Bayangkan saja Lyeen yang akan tamat pada 2015 nanti, akan adakah ruang untuk diri aku yang kecil ni dipostingkan? 

 Lyeen jadi stalker kejap baca pendapat orang ramai tentang kenyataan ini. Ada yang marah. Ada yang setuju. Ada yang tak puas hati. Ada yang memberi nasihat. Orang-orang tua ada berpesan. "Tempat kita jatuh lagi kita kenang inikan pula tempat bermain dan tempat kita menimba ilmu". Sifat yang lahir dalam diri kita memang sentiasa nak menangkan apa yang kita rasa benar. Takpa, itu pendapat kita. Hak kita! Lyeen rasa Lyeen memang tak layak nak berbicara soal ini kerana pastinya akan ada cemuhan pula nanti. Apalah kiranya saya ini ibarat masih berbau pucuk jerangau. Maka, Lyeen mohon maaf sangat-sangat kiranya entry ini bakal menimbulkan senstiviti. Tapi, tak aihhhh. Takdak sensetif-sensetif bagai.

Samada kita penuntut IPTA/IPTS mahupun IPGM sendiri kita sama-sama dilatih untuk menjadi seorang guru yang berkaliber, profesional dan bertindak matang dalam apa juga yang kita laksanakan. Janganlah hendaknya apa yang kita sampaikan itu menjatuhkan orang lain. Kata orang kita hidup biar ibarat memalu ular dalam benih. Ular biar mati kita palu tapi jangan pula benih yang kita jaga ikut sama dipalu takut rosaklah ia". Dalam institusi pendidikan sendiri biarlah apa yang dilaksana adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak. Jangan pula hanya memenangkan sebelah pihak sahaja. Maka, menjadi tanggungjawab yang sangat besar untuk kerajaan menggunakan kuasa sebaiknya untuk mengambil berat hal ini. Jangan juga menjadi ibarat gajah sama gajah berjuang akhirnya pelanduk mati di tengah-tengah.

Jadi, apapun pendapat kita. Salurkanlah tempat yang betul jangan kita menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan hingga menjejaskan kredebiliti mahupun profesion kita sebagai bakal guru mahupun seorang guru. Kita sama-sama dalam aliran pendidikan yang penuh cabaran, Lyeen sendiri mengaku memang sakit nak belajar 5 tahun setengah sebagai seorang guru pelatih. Sekarang Lyeen baru dalam Semester 3 pun dah rasa peritnya dengan PBS, BIG, assigment lain, program-program selitan dan banyak program kat IPG dan Lyeen percaya sama hebatnya cabaran yang dihadapi oleh penuntut-penuntut aliran pendidikan di IPTA/IPTS sendiri. Biarlah kita hidup seperti peribahasa melayu , alang-alang berminyak biar licin. Jangan pula tangan dah licin dek kerana minyak kita lari. Minyak pula tumpah ke lantai. Sudah tidak ada gunanya! Kita yakin bahawa kerjaya seorang guru ini adalah amanah yang perlu digalas dan kita laksanakan hingga ke garisan penamat! 

Janganlah hendaknya kita bertelagah sesama sendiri. Apa yang kita mampu, suarakan hak kita pada saluran yang benar. Berdoa semoga pemimpin kita memberi ruang dan peluang serta memikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penempatan bagi semua bakal-bakal guru dan juga graduan yang belum mendapat tempat. InsyaAllah, rezeki Allah sentiasa ada. Kunfayakun! Apa yang penting kat sini, kita tak perlu nak bertelagah dan bertikam lidah nak menangkan graduan dari institusi mana yang hebat. Tapi, kita tunjukkan dan buktikan bahawa kita adalah yang terbaik dan berkualiti. Ingatlah peribahasa Melayu ada menyebut, "Manusia tertarik oleh tanah airnya tetapi anjing tertarik oleh piringnya". Renung-renungkan dan selamat beramal.
NOTA PINK: Nanti, kalau Lyeen lambat dapat tempat posting macammana? Erm.. Abah Lyeen selalu pesan kat Lyeen macam ni "Baik kita berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi belum masak". Buatlah sesuatu yang kurang memberi keuntungan yang besar terlebih dulu sementara menunggu sesuatu yang lebih menguntungkan." Nanti kalau dah untung banyak boleh kahwin. Bhahaha. Apapun, yang Lyeen taipkan pada entry ni adalah pendapat semata, janganlah kiranya ada yang terasa hati mahupun terluka. Maaf juga dipohon andai ada kesilapan pendapat. Sesungguhnya, orang yang senang tidak merasa peritnya menjadi susah sehinggalah dia merasainya sendiri.

Ok bai. Assalamuaalikum.

"GRAB N GO BAZAAR"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes!
Hye u olls. Kali ni Lyeen nak ajak u olls untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya dengan join bazaar ni. Anda peniaga yang nak meluaskan lagi jualan? Nak join satu bazaar terbesar yang disediakan di Damansara? So apa tunggu lagi mari kita beramai-ramai ke sana untuk memeriahkan lagi. Kalau taknak berniaga kita boleh jadi si tukang beli. Macam Lyeen! Hahahahha.

Booth untuk disewa di "grab N go bazaar season 2" yang berlangsung di CITTA MALL ARA DAMANSARA
Saiz Booth : 10x10 RM 180(2 hari)
Tarikh : 29&30 Jun 2013
Masa : (10am-10pm)
Tempat : CITTA MALL @ ARA DAMANSARA
Hubungi kami: 
Email :  grabngobazaar@yahoo.com
Telefon : 018-3838275 / 013-7921803

Kat sini kita sediakan peta untuk memudahkan u olls nak pergi.

So, Jom beramai-ramai kita meriahkannya. Sesiapa yang nak menyewa booth untuk berniaga juga boleh terus hubungi detail yang Lyeen bagi kat atas okay. Lyeen pun nak buka gerai jualan tudung. Bhahahaha. Jumpa kat sana nanti!

Selasa, 11 Jun 2013

Hello Kitty Malaysia Gila Sales Online is LIVE Now!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

Finally… Hello Kitty Malaysia Gila Sales Online is LIVE today..!
They are selling for Hello Kitty products through online!


They’re going to open this for 3 days only due to the limited stocks
they have.


And they mentioned that it will be first come first serve basis,
Make sure you act before others :)


Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Join Lucky Draw Now

Isnin, 10 Jun 2013

Pre Order Tudung Roses Terbaharu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Tudung Roses.
Buat semua penggemar Tudung Bawal Roses. Semestinya anda ingin bergaya di hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. So, untuk kesekian kalinya Lyeen update fashion Tudung Roses terbaharu untuk Tahun 2013 ini. Dengan warna yang lebih menarik dan cantik. Anda hanya pilih mengikut kod yang telah Lyeen tetapkan kemudian nyatakan anda nak jenis tudung yang bagaimana. Shawl, Syria ataupun Bawal. Semuanya pilihan anda.. Kali ini style roses lebih lawa dan lebih ekstra. Cantik!
Ini contoh untuk Tudung Bawal sebab Lyeen memang suka Tudung Bawal. 
Shawl yang macam Irene pakai ni.
So, Jum cikedout warna-warna yang available okay.
KOD 01
GREY + PINK
KOD 02
GREY + RED
KOD 03
BLUE TURQOISE + BLACK
KOD 04
YELLOW + PINK
KOD 05
SOFT PINK + FUNCHIA
KOD 06
APRIKOT COLOUR
KOD 07
DARK PURPLE + SOFT PURPLE
KOD 08
BLUE TORQOISE
KOD 09
SOFT PINK  + YELLOW
KOD 10
PEACH + DARK PEACH
KOD 11
YELLOW + BLUE
KOD 12
PINK + BLUE
KOD 13
SOFT ORANGE
KOD 14
SOFT ORANGE + BROWN
KOD 15
DUSTY PINK
KOD 16
GREEN APPLE + DUSTY PINK
KOD 17
DUSTY PINK + GREEN APPLE
KOD 18
PEACH
KOD 19
ORANGE + SOFT ORANGE
KOD 20
FUNCHIA PINK + BLUE
Done. Kesemuanya ada 20 warna yang available untuk tahun ini. Giliran anda untuk membuat pilihan. Pre order ini berlangsung selama 15 hari sahaja.Kerana terdapat proses pengahantaran kepada tailor kami. Order akan dibuka SEKARANG hingga 29 Jun 2013 dan bayaran melalui CIMB Bank. Harga? Semuanya murah-murah dan berbaloi-baloi.
Shawl: RM 45.00
Syria : RM 50.00
Bawal: RM 49.00
Harga yang dipamerkan tidak termasuk kos penghantaran. kos penghantaran adalah RM 6.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 9.00 untuk Sabah & Sarawak. Anda berkenan? PM Lyeen butiran seperti berikut:
Nama penuh:
Alamat:
Nombor Telefon:
Kod Warna:
Jenis Tudung: Shawl/Syria/Bawal
Sumbit kepada Lyeen melalui:
E-mail: dewi_syifa@rocketmail.com
Facebook: Cik Lyeen

Jadikan hari raya anda lebih menawan dengan roses 3D ini. 
Assalamualaikum!

Wali-Wali Keramat.

Assalamualaikum Wraahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Anggur.
Lyeen baru jer lepas tengok Filem Hoorey! Hoorey! Kat Astro Citra kejap tadi. Sebenarnya dah tengok pun cerita tu tapi bila anak-anak buah duk tengok. Lyeen pun tumpang sekalilah tengok sambil nangis-nangis bila part last tu kan. Sedih kottt! Cerita ni juga buat Lyeen rindu yang teramat dengan dua orang manusia yang paling bermakna dalam hidup Lyeen. Abah dan Mak. Rindu dengan adik-adik!
Ya Allah, hati ini terlalu rindu dan sangat rindu. Dah setahun tak balik Sabah. Bukan niat taknak balik tapi kekangan masa dan kewangan yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun, Lyeen memang plan semenjak datang KL dulu. Lyeen hanya akan balik waktu-waktu tertentu. Contohnya Hari Raya sebab hari tu memang wajib nak kumpul satu family kecualilah ada masalah yang memang tak dapat nak elak. Mak pesan, "Jangan membazir selalu balik. Duit tu simpan untuk masa depan. Kalaulah ada hal-hal emergency. Senang!" Bila fikir balik memang betul pun. 
Namun, dalam hati ini siapalah yang tahu. Dari diri Lyeen sebesar tapak tangan hinggalah umur 18 tahun. Tak pernah berpisah dari Mak dan Abah. Setiap masa yang Lyeen ada sepanjang 18 tahun mesti ada mereka. Dihadapan mata Lyeen hanya mereka. Hinggalah suatu masa mereka terpaksa lepaskan Lyeen pergi semata-mata untuk segulung ijazah disini. Bayangkan, budak 18 tahun yang tak pernah berdikari ni hidup kat KL yang penuh dugaan. Hati Mak dan Abah mana tak risau dengan anak? Lagi-lagi perempuan. Hinggalah hari ini mereka percaya bahawa anak gadis mereka ni dah 20 tahun dan alhamdullilah masih mampu menjaga maruah mereka meski jauh dari pandangan mata.
Satu-satunya cinta sejati dan lelaki yang bertakhta dalam hati ini. Yakinlah bahawa cinta ini tak akan pernah luput! Sampai bila-bila pun. Lyeen happy sebab dapat Abah secekal, setabah dan sekuat Abah! Lyeen tahu kesusahan Abah. Kepayahan dan jerit perih Abah membesarkan kami. InsyaAllah Abah, meskipun Lyeen tak mampu membayar dan membalas budi Abah dan Mak. Lyeen berusaha membahagiakan kalian selagi kudrat dan nyawa dipinjamkan oleh Allah SWT. Percayalah! Tidak akan diri ini menjadi anak yang derhaka. Nauzubilahminzaliq...! Abah terlalu baik hati orangnya sampai orang buat jahat dengan dia pun Abah masih boleh kawan dengan orang tu.
"Tapi ingatlah. Wahai manusia-manusia yang pernah menyakiti Abah dan Mak saya! Kamu tidak akan lepas dari balasan Allah SWT. Tidak cukup dengan itu. Sekali kau sakiti Mak dan Abah aku! Seratus kali aku akan pastikan kau rasa sakit macamana Abah dan Mak aku rasa!"
Ayat macam Lyeen ni pendendam kan? Tak aihh. Kita baik okayyyy! Bhaaaa..Tapi, serius Lyeen kata Lyeen tak kisah orang nak sakitan hati Lyeen. Buatlah! Tapi, bila hati Mak dan Abah Lyeen yang tersakiti ibarat mereka meletak minyak petrol dalam api yang sedang marak! Sesuka hati aku je letak pepatah. Awak-awak semua. Sayangilah parents kita okay. Itu jer harta yang kita ada kat dalam dunia ni. Berbaktilah sebaik mungkin kepada mereka. Jangan sesekali kita sakiti hati mereka walau sebesar zarah pun. Kalau kita tersilap, cepat-cepatlah mohon ampun dan sujudlah dikaki mereka. Tanpa maaf mereka maka derhakalah kita! Ya Allah...!
Mak, Abah! 2 tahun lagi untuk anaknda habiskan perjuangan disini. Doakan semoga semuanya selamat dunia dan akhirat. Doakan juga anaknda ini selamat dari godaan syaitan dan masih kukuh menjaga maruah keluarga. InsyaAllah. Aamin. Sebenarnya, Allah mencipta jarak ini untuk kita nak menguji sejauhmana anaknda boleh berdikari dan hidup tanpa Mak dan Abah. Tapi, percayalah bahawa terasa kosong dan pincangnya diri ini tanpa kehadiran kalian disisi. Ya Allah, peliharalah kesihatan kedua orang tuaku. Ya Allah!
Nota Pink: "Sebenarnya Allah telah meletakkan anugerah paling berrnilai untuk kita semnjak kita lahir lagi namun kita adakalanya tidak sedar hinggalah suatu masa kita kehilangannya. Namun, janganlah hendaknya kita mensia-siakan anugerah terindah itu. Ya Allah, jagalah kedua ibu bapaku. Jauhi mereka dari sebarang kecelekaan. Ya Allah. Sungguh hati ini amat merindui mereka. Sangat dan sangat...! Ya Allah, tabahkan hati ini."
*Entry ini ditaip dengan juraian air mata. Emosinya saya malam ni. Ya Allah, terima kasih berikan aku perasaan rindu ini. Sesungguhnya, rindu ini terlalu sakit namun aku tahu bahawa rindu inilah yang menyedarkan aku bahawa Mak dan Abah adalah anugerah terindah dalam hidup aku!

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 9 Jun 2013

10 Tempat Menarik di Pahang, Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes!

Semestinya musim cuti dah habis kan? Tapi, bagi IPG Lyeen cuti ada seminggu lagi. Lyeen pun tak sure kenapa sebab sebelum ni cuti kami ikut waktu sekolah. Apapun, seminggu lagi untuk Lyeen balik semula ke KL. Sepanjang cuti ni memang Lyeen bosan sangat, so next time Lyeen nak melancong lagi macam cuti-cuti sebelum ni. So, kat sini Lyeen nak share kat u olls 10 tempat yang paling menarik Lyeen dah pergi sepanjang Lyeen bercuti kat Pahang ni. Berlagak, taknak balik Sabah. Bhahaa...

 Genting Highlands. 

Cameron Highlands.

Teluk Chempedak, Kuantan.

Cherating, Kuantan.

Bukit Tinggi Resort.

Janda Baik.

East Coast Mall, Kuantan.
*tempat paling aku suka pergi. Tak tahu kenapa. Bhahaha

Mentakab Star Mall.

Temerloh. 
Lyeen suka pergi sini sebab mesti duk tepi sungai ni. Best je, ada angin sepoi-sepoi.

Air Terjun Chamang, Bentong.

See, betapa orang PAHANG celop macam aku ni dah merata menjelajah di tanah Pahang ni. Bahagia je hidup aku. Apapun, Pahang memang awesome. Salah satu sebab dia mungkin juga Pahang ni masih banyak hutan yang buat buminya hijau dan sejuk. Nyaman je bila duduk kat sini. Suka-suka! Lepas ni Lyeen nak sangat ke Terengganu atau Kedah. Anyone yang boleh sponser Lyeen rumah dia? Bhahaha. Nak sangat pergi. Betul kata mak Lyeen. "Kalau cuti tu singkat, jalan-jalanlah di semenanjung. Nanti kalau sudah bekerja susah mau bercuti-cuti. Lagi-lagi kalau kamu sudah ada anak. Memang susah." Disebabkan itu, Lyeen memang suka melancong melihat keindahan alam. Natural tak sifat aku? Bhahaha.
Nota Pink: cuti-cuti Malaysia. Semuanya ada disini..:) Hujan emas dinegeri orang. Hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...