Ahad, 29 April 2012

Wordless Saturday!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat tengah malam dan salam milo panas bersama roti gardenier dari roomate aku..:)

Jangan baca kalau u olllsss rasa u all ada perasaan cepat stress,cepat bengang dan cepat memaki hamunkan aku..HAHAHAHA..T_T

"Aku SAYANG kau "
(Kau bayangkan aku taip ayat kata tas ni 309828385960 kali..)

...Kataku kepada Aaron Aziz...:p

Sila lempang aku 3992920 kali sampai aku koma!

#Ok bye, Lyeen nak tidur awal sebab esok nak pergi Putrajaya seawal 7.30 pagi..aku tak tahu apa motif mereka nak pergi awal..Balik pulak pukul 5.00 petang...Aku rasa aku manusia paling bertuah sebab dapat jemputan dihujung minggu..Aku suka..Aku harap aku jumpa Abg Ben dan Qhaliff kat Putrajaya esok lantas Abang ben belanja aku makan-makan kat Alamanda...Hahaahaha...#

P/S : Kau nak Lyeen edit gambar? RM 3929829  untuk satu kali edit..:p
 Kau ada!

Jumaat, 27 April 2012

SEGMEN SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam sejahtera dan salam 1 Bloggers..

Untuk segmen kali ni tak perlu menaip enrty yang panjang-panjang...
Hanya sepintas lalu..:)


Kalau kau nak join...KLIK DI SINI!

DONE!

P/S : Aku pigi pasar malam beli cupcakes banyak-banyak..malam nanti u ollsss blogwalking aku hidang satu orang satu...ok bye..:D

Rahsia Air Mata Aku!

Assalamualaikum Warhamatullah Hiwabaraktuh...
Selamat Pagi, selamat subuh dan salam hening syahdunya pagi..:)

Rajin jer Lyeen update blog pagi-pagi ni kan? Well, kau tengoklah kaki aku abang!...translate 100% dari BI...see the leg la bro! HAHAAH..T_T

Sebenarnya, aku tak tahu pun apa motif aku menaip entry pagi-pagi ni...Biarlah entry pagi ini menulis dari hati..Hahahahaahha..Pandianya hati aku menulis, kidal pulak tu...Kau ada? Tak ada kan..! KEJAM kau Lyeen....T_T


Ini apa anak-anak? Yah, kau scrool balik tengok tajuk entry kali ni..Sama kan..kan...cuma bezanya, bulu mata kau tak samalah dengan bulu mata budak dalam gambar ni..HAHAHA, suka hati aku membudakkan empunya mata! Mestidia guna Maybelin punya mascara yang waterprof tu kan..Mahal tu kak!

Ok, Lyeen back to basic..nanti habis aku kena serang macam dalam entry yang lepas..hahha..tertipu dengan cerita dongeng aku..Padan muka korang!Hahahahha..:)

Apa rahsia air mata aku? Rahsianya ialah..... dapat mengubat luka,parut dan jerawat yang berbatu-batu..:) Kau nak, kos pos RM 7.00 untuk semenanjung...Macam harga pos tudung jer kan! Haktuuuiiiihhhh!!
Ok, kenapa wanita lebih cepat menangis berbanding lelaki? Aaron Aziz!!! Takdak motif!..Okey, macam aku sendiri, aku rasa dah ajdi hobi aku kot menangis..orang tegur sedikit dah nangis..Minggu ni adalah minggu menangis sedunia untuk aku..Kau percaya?

Aku tengok Movie 7 Petala Cinta aku nangis, aku takdak kawan keluar makan Ahad tadi aku menangis, Aku lambat bangun pegi kuliah aku nangis, Aku main bola tampar, aku menangis sebab muka aku kena bola! Aku tidur aku nangis sebab aku mimpi pak cik teksi tu lah! Kurang asam punya pak cik teksi!..Aku menangis lagi bila baca novel, Aku nangis lagi bila baca "The Part Broken Heart Of Mine" by Floe a.k.a kawan semesta alam aku! Even aku akan menangis pasal benda yang tak patut-patut....Patutlah, aku lemah semacam minggu ni..Air dalam badan kau dha kurang..sebab air mata banyak keluar..HAHAHAHAH

Tapi, aku tak nangis sebab lelaki selain Aaron Aziz! Hahaahhaha, kau percaya ndak? Aaron dah mengaku dia  sayang aku, kami ada jugak main chatting kat YM,Skype..(Walhal, aku takdak pun benda adah ni! Hahahhaha)..Tapi, tiba-tiba, Aaron putus asa dan dia taknak dah chatting dengan aku..terpaksalah aku lepaskan dia walaupun hati aku dah sayang super duper kat dia...Aku menangis sampai terguling-guling jerit nama Aaronnnnnnnn!!!!..(Kau baca statement ni boleh...tapi, jangan percaya sangat nanti kau gila~~)

Status Lyeen kat FB tu hanya rekaan semata-mata...aku kan wanita jiwangan rock seantero dunia bahkan di alam semesta sekalipun!..

#Hey kamu Aaron Aziz! Walaupun kau taknak chat dengan aku, aku sayang kau lagi tahu! Jangan disebabkan Izzah tue kau lupakan aku...bye....Haahahhaa#

See, aku tak tahu apa motif aku menaip entry ni sebenarnya..Maka, korang berjaya membaca entry aku yang takda isi ni..:)

P/S : "Aku tak minta kau sanjung hati aku setinggi langit..Tapi, cukup untuk kau jaga dengan sekelumit rasa kasih dan sayang yang kau ada untuk aku...Sungguh, nak buat sayang yang ikhlas itu jatuh melekat dihati tidak  memerlukan sedekad lamanya...

"Salahnya aku juga, orang nak bercinta, aku pun nak bercinta sampai aku lupa siapa diri aku!"
-Dialog Allahyarham Achik Spin dalam Telemovie Prahara-

Aku tahu aku sweet hari ni.. 
Kan..kan..kan...


Hahahha..takdak motif langsung gambar ni aku tempek kat sini..:)
Tapi, sebagai bukti yang aku tak nangis dah...Orang rock macam aku tak brutallah nangis beb...HAHAHHAHAH

Khamis, 26 April 2012

Driver taxi ambil purse & gigit tangan aku!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat petang dan salam cupcakes raspeberry..:)

Rasanya dah lama, Lyeen tak update entry dengan cerita-cerita yang memberikan pengajaran dalam hidup kan..kan..kan..#kau rasa entry kau selama ni memberi pengajaran ke Lyeen? Ntah!!..T_T
..Tapi, hari ni aku insaf dan akan menceritakan sedikit pengalaman aku supaya anda boleh berjaga-jaga...

"Time aku asyik main bowling, boyfriend aku kata "Balik sekarang!"..Dalam hati aku tertanya-tanya, apa celop beb nak balik awal? Aku baru nak main, namun disebabkan mata boyfriend aku tengah menyala-nyala macam lampu traffic, maka aku balik.. Aku memohonlah teksi kat depan Mid Valley tu untuk menghantar aku balik ke rumah..."

" Tiba di rumah, aku jadi terkejut pluss-pluss! "Pak cik, saya tak nak turun, hantar saya ke tempat tadi!"
Aku memandang ke luar tingkap teksi..Orang gila, orang kurang siuman, orang tak betul? Aku tak tahu nak gelar apa manusia itu! Yang aku tahu semua kawan-kawan aku takut kat dia..Seba dia merbahaya!..Maka pak cik teksi pun jalan...menuju ke Mid Valley semula.."

"Time aku nak ambil purse aku yang nyata tebal dengan kepingan duit kertas bernilai RM 50.00 sebanyak 6 helai! Haktuuiiihhhhh..Yang ni aku tipu! Hahhaha..:) Takdak berhelai-helai sangat okey!
Tiba-tiba pak cik teksi tu tengking aku! "Bagi dompet kau sekarang!Cepat!"..Aku yang tadi control ayu depan pak cik tu, kotlah dia ada anak lelaki sebijik macam Aaron Aziz kan..Terus jadi takut? Hah! Apa ni? Ya Allah, selamatkan aku..aku tak henti-henti berdoa..Janganlah sesuatu yang buruk berlaku.."

"Aku cuba bertahan, namun Pak cik teksi tu tetap memaksa aku, dia menarik purse aku dan menggigit tangan kanan aku..Aku menangis dan merayu minta dia lepaskan, namun aku gagal! Tiba-tiba, teksi yang dipandunya   bertembung dnegan sebuah lori dan teksi yang kami naiki itu tersadai di tepi jalan..Aku cuba keluar dari teksi tersebut dan masuk ke dalam sebuah klinik swasta rasanya...Aku berlari dengan air mata dipipi dan darah tidak henti-henti mengalir dari tangan kananku..Terasa amat pedih sekali! Lagi-lagi bila gigi palsu pak cik teksi tu melekat dan tertinggal di kulit tanganku! Geli ok! (yang ni aku tipu! kau jangan percaya!)"

"Sebelum sampai di klinik, aku terdengar pak cik itu bertelefon.."Dia dah lari tuan..nak saya kejar atau biarkan sahaja? Iya? Baik tuan!"...Tidak lama kemudian, pak cik teksi itu pergi dari situ..Aku keluar dari belakang pintu klinik tadi..Tiba-tiba, ada dua manusia datang menarik tanganku yang berdarah, bdanku terumbang ambing...aku menjerit minta dilepaskan...Namun, semakin ramai yang datang menarik tanganku..dan saat itu juga aku melihat di papan tanda klinik tersebut.."Klinik Rawatan Sakit Jiwa Bangsar"....
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!"

..Dan, aku terjerit kecil dari mimpiku yang sangat aneh! Aku terduduk...Beristigfar,berselawat,berdoa dan memohon semoa semua itu hanya mainan tidur semata..Dan mulai detik itu aku terus tidak  mampu untuk menutup mata aku semula!...Aku jadi takut..bayang-bayang driver taxi tadi masih ada..Orang gila...Erm....

Kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur, ulang kaji awal sebab time ni aku tidur lambat sebab esok nak ambik paper exam.., jangan lupa baca ayat kursi sebelum tidur..Dan disebabkan mimpi ini, Lyeen jadi trauma bila nampak taxi..untung jugaklah, jimat aku naik bas atau LRT..hahahhah! Sumpah, lain kali jangan jalan sorang-sorang even tengah berperang dingin dengan kekasih..Bahaya u olllsss!
Mimpi ni mengajar lyeen erti.."SAYANG NYAWA KAU LYEEN!"

P/S : Nie lah nama dia overword...HAAHA

Selasa, 24 April 2012

Saat aku jadi Omputih!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat malam dan salam cokolat Hazelnut Cadbury!

Alhamdullilah, Lyeen masih mampu menaip entry di malam-malam yang suram ini..Suramlah sangat kan kalau bunyik katak dan cegkerik bersahut-sahutan seakan-akan esok dorang nak buat event besar!
Aku pannnngggg muka kau katak!

Kau tahu ni muka apa? Muka katak!Hahahha..muka sikit punya rock kau katakkan!
Okey, aku menaip dalam keadaan serius..:)

Actually, hari ni Lyeen baru jer selesai Ujian Akhir Kursus (UAK) untuk paper ELP  dalam bahasa yang panjang berjela ialah English Language Proficiency...'Pro"...Tapi, aku langsung tak pro!
Entah karangan bentuk hapa jer kau merapu tadi kan..kan..kan..Ditambah dengan berkat 'kebiruan' aku hari ini! Seehhhhhhh! :p

Part paling aku sedih bila kepala otak aku yang comel ni tak mampu men'translate'kan perkataan 'balapan' itu kepada bahasa inggeris! Maka, dengan semangat yang ada aku jadi omputih celup kejap, aku bracetkan saja perkataan 'balapan' itu! Sungguh otak aku time tu biul,miul,siul,tayul~~
(sila gelakkan aku sebab tak dapat translate!)

Tapi, aku yakin berkat kemerapuan aku selama 1 jam 30 minit itu akan mencantikkan pointer aku untuk semester ini!

#Doakan Lyeen dapat 3.70 pointer...Takmaw tinggi-tinggi sangat pointer tu...Yang hak lebih-lebih bawak pegi semester depan ok!#

P/S :  Esok last paper iaitu ujian Kokorikulum!..

Ahad, 22 April 2012

Aplikasi Media Elektronik (You Tube)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Pagi  dan Salam Cammak Chaallo!

Hahahhaha...kya karo, kya hua bete?

Ya, sekarang kau tengah mengaplikasikan diriku dengan Tamadun India, sebab Lyeen tengah buat revision tentang Interaksi Tamadun dengan Tamadun India...:)
Untuk lebih mentamadunkan aku maka aku bukalah benda alah ni!


"Kesa sharmana aja nach k dikha de
Aa meri hole aaja parda gira de
Aa meri akhiyon se akhiyan mila le
Aa tu na nakhre dikhaa
Wanna be my chamak chalo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chamak chalo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chamak chalo
Ooh ooh ooh ooh"

Gunakan sebaik-baiknya teknologi okey? Hahaha,,takdak motif!

Sekarang, Lyeen tengah mengaplikasikan lagu ni..Kau percaya? HAHAHHHAHA..bagus..:)
Serius, syok gila-gila plus duper duper smart jer lagu ni...2398 kali aku tengok, dengar pun aku tak bosan! HAHAHHA..

Aku dah fasih tiru lirik dia!...:)

Ok, sekian.. Sambung study balik.:)

P/S: Interaksi tamdun India:) Aku rindu kau Aida!Hahaha:) Sebab dak kecik tu yang kenalkan aku dengan lagu ni!

Sabtu, 21 April 2012

Dashboard blog yang baharu menerujakan!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Pagi dan Salam senyum  manis-manis ^______^

BLOG DAH TUKAR JADI TIMELINE?
Hahahaa, kau ingat FB jer ada ke? Hahahaha.. suka hati aku meng'timeline'kan blog!
Comel lantar teruja jer kan Lyeen tengok dashboard baharu ni..:)


Kau tengok tu! Tapi, Lyeen rasa okey jugaklah dahsboard yang baharu ni, tak jugak banyak memeningkan..Lebih senang nak tekan sana, tekan sini dan tekan sinun..:)

Nak reading list pun senang jugak..Hehehee..Macam ni...
Kann..kan...kan....


Sebab, Lyeen suka blogwalking melalui reading list ni la..:)
Hahaha..sebab aku suka mengedik nak jadi orang first yang baca entry korang...hahahaha
Walahal, akhirnya, aku juga yang kadang-kadang di pertengahan..HAHAHHA
Maka, selamat berblogging dgn dashboard yang baharu..nak tulis entry pun dah baru, rasa macam tulis assignment..^_^


Kan?Kan.....Kau tak rasa sebenarnya blog ni sindir kau suruh buat assignment!
*Aku tak tersindir sebab aku dah siap assignment*

Jadi, pada pendapat anda-anda diluar sana..
Dashboard lama ke baharu yang best super duper?
Cepat jawab!

p/s: Hahahha..semakin maju dunia teknologi semakin terujalah manusia! Jangan sampai jadi ;keldai teknologi' sudah!

Jumaat, 20 April 2012

Wordless Friday!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Malam dan Salam kasih sayang banyak-banyak..:)

Disebabkan ENTRY INI akan telah menyebabkan kepala anda rasa berpinar-pinar macamkena hempap batu 300 tan, maka Lyeen mengurangkan jumlah perkataan untuk ditaip malam ni..

See the leg la!HAHAH
Bukan, see the post title la..:)

Aku berjaya mengedit gambar lagi!


Gambar 1 : Mula-mula kenal, senyum-senyum je..katanya : 'Tanda sedekah.."
Gambar 2 : Dah start ada perasaan then akan mula "Sawan,Gila, Merapu dan segala jenis sifat gedik"
Gambar 3 : Bila nampak dia, then dah mula bagi dua PEACE!
Gambar 4 : Ok..I'am falling in love!

Ini adalah komik berbayar! Konon! Kau pangggggg kan muka aku 3 kali! Agar aku kemabli menjadi wanita Melayu..:)
Tekan churp-churp sampai keyboard panas..:)

Assalamualaikum Cinta..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam 1 Bloggers, Selamat petang dan Salam Nasi Ayam Madu..:)

Terlebih dulu Lyeen nak ucapkan terima kasih sangat-sangat buat anda yang doakan Lyeen dalam entry yang lepas tu..Hehhee..Ala entry yang INI, Thanx taw..Nah 88 biji cupcakes pelbagai rupa dan perisa untukmu..!
Dan buat 'kamu' yang ternanti-nantikan entry baharu dari saya, nah..Ya..hari ini saya berentry lagi..:)
Perlu ke kau ikat perkataan 'kamu' itu Lyeen? Yah! Sebab everyday dia suruh aku update blog..Thanx juga sebab sentiasa bagi Lyeen semangat untuk berblogging..:)


Semangat kan?Sampai lari pun duk depan! Walaupun hakikatnya time sukan hari tu aku manusia paling lambat sampai garisan penamat tapi aku lari jugaklah dan aku pura-pura pengsan supaya aku kena angkat oleh ahli PBSM tu, yerlah dah penat lari, korang kenalah angkat aku!..Kau ada? HAHAHHAA..kejam kau Lyeen! Akanku haktuuiiihhhhkan kau sekejap lagi!

Back to basic! HAHA, basic apa yang aku nak fokuskan? Ntah! Kita cerita pasal CINTA...jum!
Hari ini sila utarakan soalan berunsurkan cinta, Dr,Profesor Madya Lyeen Cupcakes akan jawab sampai anda puas hati! Sekali lagi, kau baca statemant aku tadi boleh, tapi jangan sesekali untuk mempercayainya! Ok..Good!

"Perasaan cinta adalah suatu yang amat membahagiakan bukannya menyakitkan atau menyiksakan, tapi andai kamu tersilap langkah untuk melaluinya maka kamu akan bertemu dengan cinta yang amat sakit dan menyakitkan.."


Cinta itu amat luas tafsirannya dan janganlah cinta itu diletakkan hanya atas dasar cinta kepada kekasih! Tapi untuk memperoleh cinta yang agung itu, letakkanlah dahulu cinta buat-Nya, Allah SWT...Insyaallah, cinta hakiki itu ada lekat dihati, subur dijiwa dan mekar di akal dan minda (dengan bahasa rocknya, kepala hotak bukan kepala lutut!) Kau membantutkan feel aku Lyeen! Tengah nak emo-emo sikit kau dah merapu!


Cinta juga bukan suatu aksara yang ditulis indah-indah, dihias dengan corak-corak menarik diatas pasir, namun sekali ombak menghempas pantai, ia terpadam begitu sahaja..Tanpa ada kesan secalit cuma! Sesekali, Lyeen terfikir "Kalau aku tahu sakitnya bercinta, dari mula aku tidak mahu mengenal cinta!"

Tapi, jauh di sudut hati yang paling dalam..."Jika kau tidak mahu mengenal cinta sedari mula, bila hatimu ingin berkenalan dengan cinta? Berkenal-kenalanlah dahulu dengan cinta yang suci bukannya cinta yang dinodai! Jika kau menodainya kau akan membencinya, jika kau membajainya, kau akan menyayanginya! Ucapkanlah, "Assalamualaikum Cinta", agar kau mampu bersedia merelakan hatimu mengenal cinta suci dan hakiki"
(Pandainya hati aku berkata-kata, panjang pulak tu, macam berpidato! Kau ada hati macam aku ?Ada? HAHAHA..Sila Pannnnngggggg aku 360 darjah utara selatan mengarah ke barat!


(Encik Google sorry aku curik gambar kau, aku nak letak gambar aku, aku tak kahwin lagi..hikhikhik..;p)

Erm, okey..mood mendalami makna cinta balik..---->
Kita mengharapkan cinta itu akan berakhir dengan sesuatu yang baik, dan Lyeen sendiri mengharapkan biarlah saat ijab dan kabul yang keduanya terkandung namaku "Marleenah binti Roslee", menjadi suatu situasi yang berlaku sekali sahaja dalam hidupku..Biarlah, imamku suatu hari nanti adalah imam yang terbaik dan sanggup untuk menerima adanya aku!
(Aku kuat cemburu, aku kuat sensetif, aku kuat nangis, aku kuat terasa, aku kuat merajuk dan aku kuat MAKAN!)..Sila take note kalau nak ambik aku jadi isteri!HAHAHA, for sure aku champion masak! HAHHAHA, Kau ada? Kalau ada bagus, kalau takdak...Sila menangis dan meraung! T_T
Kejamnya kau Lyeen!


*Aku harap tangan bakal suami aku comel-comel belaka a.k.a baby hand gitu..:p*

Cinta itu sinonim dalam hidup semenjak kita lahir bahkan dari dalam kandungan bonda tercinta lagi, cinta itu sudah diasuh dan dididik dalam hati kita. Namun, bila menginjak dewasa/remaja...Masing-masing mahu mencari cinta..Namun, biarlah cinta yang dicari itu cinta yang membawa ke jalan Allah SWT, jalan yang menuju ke Syurga Cinta bukannya neraka jahanam yang sentiasa dialu-alukan oleh Syaitan yang durjana!
(Tapi, kalau kau jumpa cinta kat Jalan TAR, Jalan Raja Chulan or what, itu Lyeen tak tahu!)


"Ya Allah, seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan, Ya Allah aku bermohon apa yang telah Engkau takdirkan, aku berharap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku. Pelihara aku dari kemurkaan-MU.."

Takdir itu pasti! Doa itu tanda memohon..Allah sememangnya telah menjanjikan sesuatu yang adil untuk kita.."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
Persoalannya, adakah aku cukup baik? Tepuk dada tanya selera...
(Kau jangan tepuk kuat-kuat, nanti kau kena heart attack..naya aku kena saman!)


#Senyumlah, senyuman itu umpama satu kepingan puzzle dalam hidup kita, tanpanya kita tidak akan sempurna1 Dan, ingatlah..senyum itu penawar segala penyakit hati.."

Untuk penutup ceramah percuma a.k.a kuliah Jumaat dari Lyeen, bercintalah berpada-pada...
Jangan menyerahkan semua cinta itu kepada manusia kelak kecewa menangis darah sekali pun tak akan berguna lagi..Kecewa dalam percintaan itu adalah suatu keadaan yang hanya kita seorang sahaja mampu merasainya. Tidak akan ada seorang pun yang akan memahaminya selain Allah SWT..:)

"Melepaskan seseorang yang pernah kita sayangi adalah sangat sukar apatah lagi untuk melupakannya. Aku percaya bahawa setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, dan mungkin apa yang berlaku adalah ujian untuk melatih diri menjadi orang yang lebih tabah. Jika 
terpaksa melepaskan seseorang, lepaskanlah. Dan jika dia kembali, ingatlah itu jodoh kita...:)"

p/s : Antara 7 petala bumi dan 7 petala langit ada 7 petala cinta!

Selasa, 17 April 2012

Meninggal dan akan hidup balik?

Assalamualakium Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Petang dan Salam Cupcakes perasa Milo..:)

Okey..Tak nak cakap banyak-banyak...Sekarang ni pun ada masa terluang seketika cuma..Haktuuuiihhhh!! Bajet macam pegawai yang sibuk sakan kau Lyeen! Hahahahhaa..:p

Psttttt...diam wei..diam...Lyeen tengah study...HAHAHAH..study depan lappy belajar tulis entry dalam blog!
Haktuuuih ke haktuuiiihhh kau Lyeen! Bijak memutar belitkan hal mudah!

Baiklah, Lyeen akan meninggalkan dunia blogging ni seketika cuma untuk memberi ruang kepada diriku mempelajari benda yang aku tak faham masa aku dengar kuliah! Sebab, minggu depan Lyeen akan berdepan dan menjawab dengan penuh perasaan muhibbahnya UAK (Ujian Akhir Kursus)... Seram je bunyi kan? Kalau gagal, terpakas ulang kursus! Tidakkkkk!! Aku tak maw tangguh! Aku tak nak! (Aku maw kawin cepat!) HAHAHAH..abaikan...:p...

Jawapan kau tulus dari hati nurani : YA!

Fuhhh, sebab  apa Lyeen nak fokus on study? Sebab hakikatnya masa lecturer bagi Lyeen  kuliah..fikiran aku melayang entah ke mana! Kau jangan ikut perangai macam aku,  dah nak exam baru macam gajah tertelan maker pen, terkial-kial macam kucing patah 2 belah kaki...
#Aku tahu kau first time jumpa peribahasa ni kan..kan..kan?#


Boleh tak korang doakan Lyeen supaya berjaya ..sekurang-kurangnya dapat 3.5 something and up dari tu..InsyaAllah..:) Doa comel-comel dan khusyuk-khusyuk macam dak kat atas ni ok..Doa macam ni...
"Ya, Allah permudahkanlah sahabatku ini mudah menjawab examnya pada minggu hadapan, Amin"

Ha..Terima kasih korang..Baik hati sunguh korang ni...Apapun, semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya dan dipermudahkan segala urusan kita okey..:)
Pemurahnya u all ni..Okey, nah!! Lyeen bagi cupcakes banyak-banyak...Ambik..Yahhh!!


Credit to :Mr.Google Image sebab bagi aku curik gambar ni untuk mencantikkan lagi entry aku!

P/S: Kalau Lyeen tiba-tiba nak blogging boleh kan? Blogging sambil study? Boleh ke? Ke blogging aku lebih dari study? hahaha..Ok..Bye u all..See u soon..:)
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ini untuk ambik cupcakes yer, even tuan tanah kedaungnya tengah sibuk..HAHHAHAHA..




Isnin, 16 April 2012

Cemburu!

Assalamualaikum Warhamatullah Hiwabarakatuh
Selamat petang dan Salam Cupcakes Blueberry plus Teh Susu Panas..

Cemburu?


Wanita dan cemburu dah sangat sinonim..Wanita yang tiada sifat cemburu itu rasanya bukan wanita yang mempunyai jiwa wanita 100%...Kau ada? Hahaha..Aku ada...:p

Okey, bila Lyeen kata macam tu, Lyeen tak cakap juga lelaki ni hati batu takdak sifat cemburu tu kan...kan..kan..Tapi, cemburu ni lebih kaya dan lebih glamour dikalangan wanita yakni kaum Hawa ni..Sebab, wanita tak dapat nak kawal emosi dengan mudah, mereka akan mudah menangis, merajuk dan menjauhkan diri bila ada something yang buat mereka terasa hati!
Tapi, kenapa wanita cemburu?


Fakta 1 : Wanita cemburu sebab dia takut kehilangan!
Fakta 2 : Wanita cemburu sebab dia tak nak ada orang lain yang lebih dari dia!
Fakta 3 : Wanita cemburu sebab dia rasa diri dia sudah tidak diperlukan!
Fakta 4 : Wanita cemburu sebab dia nak kan perhatian!

Cukup? Yah! Okey, fakta ini sah! Yang bergelar wanita kamu pasti akan tersenyum melihat fakta ini sebab kamu pernah melaluinya..Kan..kan..kan...(Ala, malu le tew...Lelaki, please take note! T_T) Konteks yang Lyeen nak fokuskan bukan hanya kepada hubungan antara kekasih dan kekasih tetapi juga dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan...


Bila cemburu mula akan rasa sedih dan sangat-sangat rendah diri!
Fakta yang lelaki terlepas pandang ialah mereka mengandaikan sifat cemburu wanita ini seperti sifat yang mengada-ngada, nak mengedik lew tew! Or saja nak kembali mengimbau zaman baby-baby atau lebih glomur dengan zaman masih comel-comel!

Hakikatnya, wanita sangat mudah tersentuh bila melihat pasangannya (amnya) terlebih mesra dengan wanita lain even mereka takdak apa-apapun..Tapi, hati wanita sukar untuk dilindungi! Wanita akan mudah berjauh hati bila kehadirannya seakan-akan tidak disedari..Jadi, jangan pelik, bila tiba-tiba kekasih kamu tak nak jawab call, tak nak reply mesej or tak nak tengok muka kamu...Bukan, sebab dia dah membenci kamu tapi dia memberi ruang kepada dirinya untuk bertenang sebab dia takut akan terlepas cakap dan menyakiti hatimu..Percayalah! Even dia merajuk... selepas itu dia akan kembali normal walaupun sedikit berbeza..:)


Jadi, untuk mengenali wanita itu mudah jika kamu bijak menjaga hatinya! Dia tidak perlu dilimpah dengan emas berguni atau permata bergunung..Tetapi cukup sekadar perhatian sesaat cuma..

"Jangan sesekali menyentuh hati wanita jika kamu tidak berniat untuk memilikinya!"

P/S : Cemburu wanita tak pernah buta! Tetapi, mereka yang melihat itu buta untuk memandang kekhilafan mereka!

Ahad, 15 April 2012

Aku ketagih lagi!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Malam dan Salam 5 biji Apam Polkadot!

Aku Ketagih! Ketagih! Ketagih!
Tolong akuuuuuuuuuu!


Ni DP aku sekarang kat FB : Bukti sah aku ketagih!














Itu aje..saja nak bagi u all ketagih macam aku...!
Ni bukan cupcake sokey..Ni Cupapam polkadot..HAHAHAH..suka hati engkau memberi pengenalan diri untuk kuih ini Lyeen!

Tapi, kalau u all teringin nak membelinya...boleh order kat sini 

Insyaallah, cuti sem bulan hadapan akan aku manfaatkan sebaik-baiknya dengan menuntut ilmu sampai bijak bestari a.k.a champion dalam memasak kuih comel ini..HAHAHHA..lepas ni bolehlah Lyeen bagi Apam Polkadot ni kat blog u all..Taklah Lyeen bankrupt hari-hari hantar cupcakes..Cupcakes mahal kan..kan..kan..HAHAH:)

Ok, sekian..Lyeen ada perhimpunan pagi kat kampus esok jadi kena tido awal okey?
Babaiiiiiiii..:)

p/s: Sila terliur, tergoda,terghairah, terpesona, terketagih dan segala 'ter' bila u all tengok gambar di atas tu..:) Kalau nak pi tempah sendiri! Tapi, sah-sahlah mahal....Benda sedap!

Tudung Bawal Balqis Roses

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Petang bersama Teh panas dan Kuih Puteri Ayu...

Hari ni fenomena Bawal Roses semakin menjadi-jadi..kan..kan...Dan, salah seorang peminat tegar Bawal Roses adalah aku! Tak kisah berapa lama Lyeen patut tunggu que untuk dapat Bawal Roses yang comel-comel macam cupcakes ni..:)


Cantik ndak? Cantik kan?

Okey, Bawal Roses ini dari Butik Qaireen Qaisara..U all boleh picit link tu kuat-kuat untuk terus ke facebook owner Butik tu..:) Hari tu Lyeen dah order Bawal Balqis ni satu..Harga asal Bawal ni RM 60.00 hengget...Tapi, BQQ tengah promosi sekarang, jadi owner dia, Kak Zira yang comel-comel itu tawarkan harga yang cukup  the bomb! RM 49 tidak termasuk kos penghantaran...


*Sekarang BQQ tengah pre order untuk Bawal Roses Raana..:)
RM 88.00 hengget sehelai..sebab Roses Bawal Raana lebih rapat dan besar berbanding Roses Bawal Balqis

Senang je nak berurusan dengan Kak Zira ni, dia sangat-sangat sweet..SO, apa tunggu lagi? Jom kita serbu Butik di alam maya ini..:) For sure, Bagi penggemar shawl dan tudung ekspress..BQQ juga menawarkan shawl roses dan syria roses yang super duper cantik!


*Fokus nama aku "Marleenah Roslee" hikhikhik..*Tak nampak pun..:p Abaikan!

Terharu vs Teruja? Thanx Kak Zira..
Lyeen hanya menanti bawal roses itu tiba di Jabatan HEP kampus Lyeen....Kejam kau Lyeen !!!!T_T
Anda bila lagi..? 

Jom serbu sekarang ada banyak pilihan menarik untuk anda..

P/S : Sumpah, selain cupcakes, bawal roses menjadi kegilaan aku..Maka, birthday aku bulan Oktober nanti, tolong poskan aku Bawal Raana ni 3 helai boleh? HAHAHA...Aku lempang muka kau Lyeen!

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA

Assalamualaikum Warhamatullah Hiwabarakatuh...
Salam 1 Bloggers..
Cepat!!! Tak lama lagi tutup segmen ni..:)



Kalau u all nak join...cepat! Sebelum baby Abg Ben terjaga dari tidurnya..:)

Okey, 5 Blog pilihan saya?

- Sebab banyak fesyen dan cerita luar negara kat sini! Jum terjah Blog FL!
Blog yang akan ku terjah setiap hari..WAJIB..:p

-Ofkoz pasal cerita fesyen dan gaya tudung terkini serta banyak lagi cerita yang buat rasa "wow"
Kenal dia sebab gila dengan tudung roses...

-Update pasal lemak tak henti-henti...! Maka aku sangat teruja!

-Sebab dia update dari hati...I like it! Sungguh boleh sedih, boleh gelak baca penulisan dia..KREATIF!

-Tutorial dia!Hiasan blog dia! AWESOME bro..:)
Aku nak tempah header dari dia..:) Sebab header aku burookk!

Okey...tak lama lagi akan tamat segmen ni..jum SERANG!!!

P/S : Lyssa aku tak masukkan sebab aku tahu dia sentiasa teratas..lopee u Lyssa..Hakhakhak..:)


Sabtu, 14 April 2012

Junior mencanang nama aku?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam manis-manis coki-coki dan Salam 1 Bloogers..:)

Okey, hari ini Lyeen nak marah! Yup..Marah! Marah dengan siapa? Marah dengan junior Lyeen yang sorang tu!
Berani sungguh dia berkata seperti itu! Huh! Pantang tujuh keturunan aku okey! Masaalahnya, sampai tujuh keturunan ke dah engkau Lyeen! 


Hah! Ni bukti aku printscreen kat blog dia..HAHAHHAHA...

Mesti u all dah menyampah dengan aku kan..kan..kan...HAHAHA, suka sangat kau buat tajuk entry bajet hot Lyeen! Hapekebenda? HAHAAHHA..Ambik kau, bahasa apa yang aku pakai? Free-free jer la kan aku student major Bahasa Melayu tapi diri sendiri menporak-perandakan BM...KEJAM kau Lyeen..T_T

Hehehe..Okey, tujuan asal Lyeen sebenarnya adalah untuk mempromote Blog Junior aku yang comel ini..:) hikhikhik...Lyeen kenal junior ni..Yupp..disebabkan tudung bawal roses by Qama Boutique tu..:) Dak ni suka dan fanatik dengan roses kot tu sebab dia gila dengan roses ni..HAHAH..yer ke? Kan..kan..kan...


Sorry, Kak Lyeen kau ni kejam sebentar untuk men'printscreen' kan  blog anda..Hehehe:) HALAL eh?
Ok, toche-toche..Syukran jazilan..:)

Jom melompat ke blog dia sekarang... " Tinta Seorang Gadis "..Hikhikhik..sweetkan dia? Aku gelar dia "NAJWA LATIF" ...Sebab memang muka dia ala-ala NL tue..Tapi, dia tak suka...Dia kata sebab dialah Ronna...HAHAHHA...(Banyak persoalan yang berada di minda, banyak kata tanya dan juga kata kerja....lalallalalllaa)

Dan, paling penting dak Ronna nie jugaklah, junior yang tak tahu the real name aku! Kejam kau dik..T_T
HAHAHHAHA...Okey, sekian..hahhaa..:)
Blogwalking puas-puas kat blog dia dengan 3 biji cupcakes perasa cokolat..:)
..Bye..

P/S: Sekarang Qama Boutique tengah ada bawal roses baharu..Aisya Bawal..:) Jum terjah!

Nota tangan kanan : Jom Join SEGMEN BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES !!

Jumaat, 13 April 2012

"SEGMEN : BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Selamat Malam dan Salam 1 Bloggers..!

"SEGMEN : BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES"

Haktuiiiihhhhhh tajuk segmen kau Lyeen..HAHAHAHHA... macam tak boleh blah jer..sekali lagi...Untuk yang lebih panjang..Hakkkkkktuuuuihhhhhhhh!!
Hahahaha...Okey, sekian..:)

Jom, Terus kepada motif utama..Simple point..Apa yang perlu u all buat..:)

1. Buat entry bertajuk "SEGMEN : BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES"

2. Tempek header blog Lyeen yang super duper hampeeehh tu..:)

3. Tag la seberapa banyak manusia yang korang nak..:)

4. Siap!

5. Letak link entry korang kat ruang komen blog ni okey..:) 

LAST : Lyeen bekalkan 10 biji Cupcakes Cokolat untuk u all berjogging..Selamat berjogging..:)

Tarikh tutup : TAMAT SUDAH..^_^


SENARAI  BLOGJOGGING SAMBIL MAKAN CUPCAKES 2012

3. http://shalleyanna-yana.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
4. http://chikimaruko.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
5. http://srikandi-permatahati.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
6. http://diaryyeyla.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
7. http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
10. http://aleeyanabilah.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
11http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
12. http://kumahuitu.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
13. http://damnright-welcomestalker.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
14. http://rainingofmylife.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
15. http://eikanurviolet.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
16. http://aimishyuu.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
17. http://greenfuck.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
18. http://whinxe.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
19. http://purplegirl89.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
20. http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
21. http://kekasihsaga.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
22. http://nursyamimiedamea.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
23. http://chakkhun.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
24. http://missy-chocolate.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
25. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
26. http://zamani84.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
27. http://umikasum.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
28. http://dunia-kami-realiti.blogspot.com/2012/04/segmen-blogjogging-sambil-makan.html
29. http://haruno-hana.blogspot.com/2012/04/237segmen-blogjogging-sambil-makan.html

p/s : Nah blogjogging sampai pengsan ok.:)

Aku jumpa peguam wei! Aku kena Sue!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat malam dan Salam Nasi Putih plus Tom Yam Ayam..:)

Awan bergulung tuan di hari senja,
Nampak berbalam biru warnanya,
Tuan digunung, paya hamba di paya,
Dalam jambangan temu ingin bersama.

Kau tengok betapa sweetnya aku menaip malam ni siap ada pantun bagai..Hehehehe...
Semalam, bersamaan dengan 11 April 2012 iaitu bersamaan Cuti umum sempena Hari Agung tadi, Lyeen pergi ke suatu tempat yang orang ada masalah jer akan pergi tempat tu! Contohnya masalah kekurangan barang dan masalah untuk menghabiskan duit! Mid Valley! Kau baca boleh, tapi kau jangan percaya oke!

Lyeen jumpa peguam a.k.a blogger super duper comel macam cupcakes itu...:)
Dia saman aku sampai aku kena belanja dia..HAHAHAHHA...:) 
Yup, blogger ini...


Hikhik, sorry kak Inannie curik gambar ni, Lyeen tak sempat upload gambar lagi...huhuhu..:)
Halal eh, copycats gambar ni..hikhi...:p

Serius, sangat happy dapat jumpa dengan blogger 'Hanya Dari Mata' ni, memang Lyeen yakin 100% dia ni peguam, cakap tak pernah berhenti, ada je idea dia nak mulakan cerita, Lyeen yang suatu masa dahulu terkenal dengan pencerita terbaik *motif kau bagitahu Lyeen?* HAHAHAH..pun kalah dengan Kak Inannie ni...Kau ada? Hahahaha..Dari Johor sampai ke Sabah cerita kami tak habis-habis..:) Aku pun siap promote Tawau kat dia..Ambik kau! Teruja tak..teruja tak..:p

Lagi satu, time Lyeen pergi toilet kan...kan..kan..Lyeen sangat-sangat tak sangka yang Kak Innanie ni pergi menggunakan kesempatan itu untuk membeli gift yang sangat sweet untuk aku...Kalau aku tahu, lama-lama lagi aku duk dalam toilet tu, kot lah dia beli lagi banyak dari tu..HAHAHAHA..*tamak kau Lyeen!*
 Jeng...jeng...jeng....jeng...jeng....jeng......
Drum roll please!


Comel tak? Sweet tak? Cer baca entry Kak Innanie yang INI, dia ada mention kan pasal souvenir yang dia beli untuk Lyeen? And paling penting dia pun ada juga..kitorang sama la! Comel kan..kan..kan...kan...:p
Thanx sangat-sangat kak Innanie..serius, awak sangat-sangat loving..:") Selesa sangat dengan awak...:p
Lyeen tak lemah lembut mana aih...Lyeen the rock actually, tapi saje tak nak tunjuk...hikhikhik...:

Okey, u all...rajin-rajinlah ajak Cik Innanie kita ni dating eh..serius.."gua cakap sama lu, dia sangat-sangat baik, sweet, comel, and loving..." ...See, i the rock kan? Hehehhee...

P/S : Yup, Nanti Lyeen update entry pasal Sabah eh, tapi kena habis prepare awal-awal dulu takut salah information..hakhak..Siapa lagi nak datang Sabah, sila angkat tangan tinggi-tinggi macam Gunung Kinabalu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...