Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Salam semeriah warna pelangi diatas cupcakes...:)
Semalam tak update blog sebab satu hari satu malam saya kenyang dengan tidur. Alangkah indahnya. Dan sukacita saya maklumkan bahawa saya cuti dari mencucuk broadband di laptop saya untuk tempoh itu. Maknanya, memang sah saya tak online.
Sila percaya bahawa ini adalah muka teruja sebab tak dapat online. Sebab utama ialah broadband tak bayar lagi! HAHAHA. Sila percaya. Okey, semalam memang Lyeen happy. Siap pergi tengok classmates main bola sepak. Dan sukacita saya maklumkan juga bahawa itulah kali pertama secara LIVE saya tengok bola sepak. Tahulah bahawa muka saya memang tak pernah ambik tahu pasal bola. Tendangan sudut dengan penalti pun saya tak dapat bezakan. Tapi saya tetap sokong Harimau Malaya..Tetap dihati..:)
Lepas je tengok bola sepak, saya terus pegi sambung main bola tampar. Sebab saya jaguh bola tampar. Mohon percaya sangat-sangat. Sumpah time ni saya happy. Gelak sana sini macam gelanggang bola tampar saya yang punya walhal tak sedar diri yang saya tak pakai kasut sukan pun time main! Bila balik bilik saya rest kejap sebelum pegi mandi. Lepas mandi. Siap-siap. Comel-comel bagai!. Time nak solat tiba-tiba saya rasa pening. Kenapakah? Then, tanya roomate.."Mash, kau ada rasa something ka?"..Roomate aku terus buat muka tak tahu. Tup-tup saya dah tak boleh nak berdiri. Try lagi. Tiga kali saya cuba nasib. Percubaan terakhir tetap tak berjaya bila aku rebah dan kepala aku langgar heater. Sakit okey! Sedih plus-plus.
Pagi-pagi saya bangun masih lagi blur-blur. Ayat paling sedih aku terima pagi ni bila Floe kata "Macam orang keguguran jak kau ni!". Sumpah sedih,sedih,sedih! Bukan aku yang mintak penyakit ni! Untuk semester ni, kali pertama saya pengsan kat dalam bilik. Semester ni comel sikit sebab tak perlu bawa saya ke PPUM macam sem lepas. Sebab utama saya pengsan semalam ialah sebab saya lewat makan..T_T. Takdak orang nak belikan aku. Mohon McD hantar tiap masa pleaseeeeee..:'( . Saya dah bosan pengsan. Asyik-asyik pengsan! Semester depan saya kena kuatkan diri macam Avengers supaya saya tak pengsan lagi. Yakin.
Takdak motif langsung letak gambar ni. Tapi nak letak juga.:p Sekarang lepas telan 4 biji panadol actifast barulah saya boleh menaip depan laptop sambil senyum-senyum macam hampeh! Petang tadi saya main bola tampar lagi walhal time tu jalan pun macam ikut garisan zig-zag sebab masih pening! Tapi, saya kena lawan sakit tu! Kataku dengan yakin! Tapi, jujurnya saya suka juga sakit. Sebab Floe sentiasa datang bilik saya untuk tanya keperluan saya. Makan. Minum. Semua dia uruskan. terima kasih. Macam tu juga roomate saya. Sumpah tak boleh tukar roomate sebab Mash dah biasa terima penyakit pengsan mengejut saya. Kalau saya dapat roomate baru takut dia ignore je time saya pengsan dan kepala terhantuk dekat heater. Sedih!
Gambar ni pun macam takdak motif tapi nak letak jugak! Sekarang saya kena sedia untuk berjaga. Sebab saya dah kenyang sangat tidur. Harap-harap saya tak pening dah. Doa cepat-cepat. Terima kasih. Saya sediakan cupcakes 30 biji untuk mereka yang rajin doakan saya. Lagi satu, mohon doakan saya cepat kahwin!:P Sekian.
P/S: Maaf sebab mood menggunakan kata ganti diri 'saya' dalam entry kali ni. Bukan niat untuk mengedik! Tapi jujurnya, saya menjadi sopan setelah sakit dan setelah kepala terhantuk dekat heater! Ok bai!
12 000 Makan Cupcakes!:
sis ada migrain ke??? hurmm, jge kesihatan ye sis.. im worried.. huuu... nak kawen cepat ye?? ena doakan, semoga lyeen akan bertemu dengan lelaki yang dpt menjaga dan membawa sis hingga ke syurga... omey bangat doodle yu... awwwwwwwww
Ada penyakit ke lyeen ? Sabar je. Makan ubat jangan ponteng, makan on time, harap you'll get better.
Memang selalu pengsan eh? mohon jaga kesihatan baik2 ya.. moga awak kuat dan tak pengsan lagi. :) kalau rasa nak pengsan cecepat duduk.
Ambo doakan smoga Cik Lyeen sihat-sihat selalu..jga kesihatn diri yea..Nanti boleh buat cupcakes bnyk2..hehe :)
@✿Lady Ainaa✿ Yes..yes..aamin..hikhik...alhamdullilah sis..:) lyeen xda skit truk eh..tp skit kdgkala dtgnya..T_T...tq..:) doodle tu kebas kat google..hahahah
@fifie thanx dear...insyaallah..smoga bertambah baik..xmau pgsan2 dah kan..kan..:)
@Aida Omar sem ni dah dua kali..sekali kat padang..huhu..sedih...mcm dah hobi je pgsn ni..T_T..btw, thanx kamu..:)
@Hanif Redland yer..betul3x..:) nnt ambo hadiahkan juga cupcakes kat kamu ok..thanx..thanx..:)
Apa2pon.. jaga lah diri elok2... Selalu solat... Baca al-quran.. N berdoa.. jika kita ingat Allah S.W.T. selalu.. Allah akan ingat kita juga.. ^_^
jaga dri bek2 k..:)
Assalam, memang macam tu lah kalau lambat makan, tak ada tenaga....
pernah gi stadium sekli je time kecik,, huhu
Catat Ulasan