Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam semanis coklat cair diatas cupcakes...
Lyeen baru balik dari majlis "Sepetang Bersama Tun Dr.Mahatir" yang bertempat di Kelab Komuniti Bandaraya tadi. Mula pukul 3.00 sampai pukul 5 tadi. bahagia sebab dapat jumpa idola Lyeen. Sangat bahagia. Rasa macam nak lompat bintang time nampak Tun tadi. Tak sangka hari ni dapat face to face dengan Tun. Tahniah untuk diriku.:)
Okey, tak mau cerita lebih-lebih pasal tu. Next entry Lyeen cerita pasla tu ok. bila gambar semua dah siap sedutkan ke dalam laptop. Hari ni Lyeen masih dibelenggu penyakit batuk berkahak. Sakit jiwa raga. Namun, Lyeen tiba-tiba teringat petua dari seorang manusia yang baik hati. Iaitu minum air asam. Maka, aku belilah air asam panas tadi. Siap aku minta limau plus 2 biji. Kadang-kadang pengguna kena guna hak sebagai pengguna.
Berbalik pada tujuan asal entry ini ditaip. Minggu ni entry Lyeen akan lebih berjiwa sentimental sedikit. Sebab bila aku sedih aku akan banyak idea.Percayalah! Ada ketika kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita tahu kita tak patut buat. Tapi kita terpaksa buat. Kita terpaksa sehingga kita tak tahu betulkan pilihan yang kita buat. Oleh sebab kita dah tak tahu, maka pilihan paling mudah adalah dengan mendiamkan diri. Jangan berkata ya atau tidak. Mungkin kita akan buat orang lain tertanya-tanya. Tapi apa pilihan kita ada? Maka, berdiam itu lebih baik buat masa itu.
Sinar kebahagiaan itu akan ada. Pasti. Andai kamu sudah letih menanti, maka kamu boleh beralih. Macam entry sebelum ni, andai kamu rasa kamu derita. Maka, keluar dari kepompong derita itu dan cari lorong kebahagiaan untuk kamu. Yakin pada diri kamu. Itu lebih utama. Perpisahan tidak semestinya menjanjikan derita selamanya. Boleh saja kamu akan bertemu kegembiraan. Adakalanya, berjauhan itu perlu andai sudah tidak ada cara yang pasti. Andai hati sudah terluka. Jangan ditambah lagi luka yang ada. Rawatlah ia semampunya kamu.Macam aku rawat penyakit batuk aku. AKu tak snaggup dah muntah untuk kali yang keempat malam ni. Rugi jer aku beli makanan, lastly, aku kena muntahkan balik juga! Rugi ok!
Aku nak pinjam ayat kawan aku kejap. "Aku doakan semoga suatu hari nanti, akan ada insan yang mampu mengembalikan senyum di wajahmu lagi"..Sweet. Perubahan memerlukan pengorbanan. Sweet macam gula-gula kapas. Adakalanya, kesedihan itu tidak perlu dipamerkan, simpan sendiri untuk pengajaran diri sendiri agar boleh memilih jalan yang terbaik suatu hari nanti. Pilihan hidup kita ada dua sahaja, bahagia atau derita. Maka, pilihlah bahagia.
Andai kamu sedar kamu menyakiti orang lain. Mohonlah kemaafan dan doakan yang terbaik untuknya. Sama ada kamu terluka atau melukakan. Andai itu yang terbaik. Lakukanlah.
P/S: Aku dah takdak mood menaip bila aku tak henti-henti batuk. Mohon doakan aku cepat sembuh supaya boleh tulis entry panjang-panjang sampai tahap kita boleh batuk kategori beregu. Tolong pos ubat batuk banyak-banyak. Jangan lupa sertakan cupcakes sekali. Sekian. Harap maklum.
8 000 Makan Cupcakes!:
kita serupa...saya batuk jugak...huhuhuhu...harap awak cepat sembuh...
cepat sembuh! :D
muja doakan lyeen cepat sembuh,, amiin
cepat sembuh cigu ^^
cepat sembuh cigu ^^
@imantizz_truper wah..thanx kamu..kamu pun semoga cpt sembuh ok..:) nah cupcakes..
terima kasih semua..:) semoga batuk ni cpt nyah...:)
Ramai eh minggu nieh sakit2.. Hohoho.. Moga cepat sembuh.. wa baru aja dapat demam smlm.. hohoho
Catat Ulasan