Khamis, 29 Ogos 2013

Sendiri

Sendiri

Bukan hati tak rindu.
Tapi bukan pada tempatnya.
Kerana tempatnya jauh dari pasaknya.
Ibarat pungguk rindukan bulan.
Bila akan tiba masanya?

Tak perlu diungkap.
Tak perlu dilafaz.
Kerana saya tahu maksud setiap lakumu.
Jujur, saya tahu!

Andai saya merpati putih yang patah sayapnya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bertatih.
Andai saya kenari desa yang hilang merdu kicaunya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bersiul.

Mata saya melihat.
Telinga saya mendengar.
Wajah saya tersenyum
Tapi hati saya semakin rapuh.
Kerana saya tahu saya tidak utuh.


Ahad, 25 Ogos 2013

Safely Arrived!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut.

Alhamdullilah u olls. Lyeen dah selamat sampai KL walaupun flight Lyeen lewat 30 minit tadi atas faktor cuaca. Lama juga kapal tu pusing-pusing tadi sebab tak boleh mendarat disebabkan hujan. Lyeen dalam kapal pun seram sejuk. Jantung ni asyik dup-dap-dup-dap jer tapi Lyeen control jer sebab ada pramugara ala-ala Shah Rukh Khan duduk dekat belakang. Bhahahhaa.
Kau rasa poyo tak kalau Lyeen bawa beg pink-pink tu masuk dalam flight? Bhahaha. Actually, beg tu Mak Lyeen yang beli. Dia keluar pagi-pagi tu pergi bandar Tawau. Dia cakap nak beli Amplang. Tup-tup balik bawa beg pink-pink ni untuk Lyeen. Ohhhhhh, so sweet mak saya kan? Macam tahu-tahu yang beg kuliah Lyeen dah tamat riwayat hidupnya sebelum cuti tadi. Kalau dekat Tawau beg macam ni boleh dapat dekat Pasar Gantung Tawau yang berdepan dengan Servay & Parkwell Mall. Kenapa Pasar Gantung? Sebab semua benda yang peniaga jual kat dalam tu semuanya bergantung. Unik kan?
Yes, caption gambar ni dekat FB dah menjelaskan semuanya. Betapa aku rindu dengan mereka. Serius, tadi Lyeen call mereka kan sikit jer lagi air mata dah nak menitis tapi Lyeen tahan laju-laju sebab takmau Mak dengar Lyeen nangis. Bhahaha. Sedihnya Ya Allah, hampir sebulan sama-sama sepanjang cuti ni tiba-tiba terpaksa berjauh semula. Sedih rasa macam nak cancel flight tadi. Mereka nyawa saya dunia akhirat. Mereka jantung hati saya. Mereka segala-galanya untuk saya. Semoga Allah SWT jadikan adik-adik saya anak-anak yang mentaati kedua ibu bapa dan jadi anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat. Amin. Sumpah, kakak sayang kamu! Nama saya Marleenah dan nama adik-adik saya Marliza, Marliha, Marliya, Marliyati & Azeem. Nama Mak Lyeen pula Mardia dan nama Abah Lyeen, Roslee. Sweet kan? Bhahaha.
Posing Lyeen sama kan. Tengok posing Azeem. Lyeen dah puas suruh dia duk diam-diam buat satu posing yang paling handsome. Dan, posing inilah yang paling handsome untuk dia. Dia selalu bergaduh dengan Lyeen pasal lesung pipi. Dia cakap lesung pipi dia lagi dalam sebab sampai ke dagu. Poyo! Bila Lyeen cakap lesung pipi tu cacat dia terus tukar yang dia tu takda lesung pipi. Dia ada lesung dagu. Sungguh, adik Lyeen memang poyo macam bakal abang ipar dia. Eh? Bhahahahaha!
Apapun, alhamdullilah seba selamat sampai. Dari Tawau sampai LCCT terus ke KL Sentral jumpa adik Lyeen kejap bagi barang-barang dia yang Mak pesan. Lepastu terus balik IB dan sekarang ni baru selesai kemas bilik. Bilik we olls dah wangi macam kedai minyak wangi. Bhahahaha. Tadi saya balik dengan roomate saya yang sangat cantik. Dalam kapal we olls duduk sebelah-sebelah jer. Sweet sangat.
Ok bai. Assalamualaikum.

4 Jam Lagi.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Sekarang ni tengah taip entry sambil lap air mata. Tak kurang dari 4 jam lagi Lyeen akan ke Lapangan Terbang Tawau untuk balik ke KL. Flight Lyeen pukul 1.20 pm nanti dan sekarang dah ready letak barang kat luar untuk masuk dalam kereta. Rasa macam tak nak jer buat tapi apakan daya cuti dah habis so kena kembali kepada asal untuk menimba ilmu. Iskk..isk....
 
Budak ni dah yakin dan percaya bahawa Lyeen balik hari ni. Lyeen tanya dia, "Azeem, kau sedih ka? Kakak mau balik sudah ni.?" Dia tengok Lyeen, lepas tu cakap "Taklah." Tapi, sambil gosok mata masuk bilik. Bhahaha. Mak Lyeen bagi signal angkat kening sambil senyum-senyum. Lelaki memang macam tu. Ego. Hahahaha
 
Sekarang gambar ni jadi wallpaper laptop. Sambai KL nanti mesti sedih sangat-sangat. Sama dengan roomate mesti sedih sambil tengok gambar adik masing-masing. Tak sangka kami ni ada ciri-ciri ibu penyayang. Untung sapa kahwin dengan kami ni. Eh? Bhahahha. Untuk kawan-kawan lain, sorrylah amplang habis sudah. Lyeen keliling pasar tu cari memang takda. Habis. Sold Out. Bhahaha. Nampak sangat kedekut kan? Apapun, datanglah Tawau untuk rasa sendiri amplang yang super sedap tu. Baru puas, kalau Lyeen cerita ni tak sama. Kihkihkih..
Nota pink: InsyaAllah, selepas ni Lyeen akan review satu produk yang sangat best sebab Lyeen sendiri guna produk yang sama selama 2 bulan ni. Ternyata kesannya sangat cunnn u ollls..! Bukan nak tipu-tipu. Dulu Lyeen pun tak percaya tapi bila dah dapat kesan. Sumpah percaya dan sampai sekarang masih amalkan. Lepas ni bolehlah jadi pengedar. Bhahhahaa. Booooo untuk aku..!
Ok bai. Assalamualaikum.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Pertemuan & Perpisahan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Blueberry.

Semalam Lyeen dah selesai PBS dekat SK.Kinabutan Tawau. Sedih. Gembira. Terharu. Semua perasaan ada masa tu. Tapi, itulah lumrah pertemuan yang pastinya ada perpisahan kan? Nak nangis pusing-pusing kejap. Bhahaha. Lepas jer balik dari sekolah semalam, Lyeen terus pergi Giant beli makanan nak masak makanan banyak-banyak. Walhal beli tepung jer pun nak buat kek dengan kuih. Poyo jer lebih..!
Ni gambar hari Khamis sebab semangat pakai baju batik. Baju batik yang sangat mahal harganya tu. Tu sebab Lyeen guna baju ni sebulan sekali sebab takut warna dia luntur. Nak guna sampai Semester 8 kot baju ni. Sebelah tu adik Lyeen yang nombor 5. Kira kami adik-beradik perempuan dialah yang paling last. Lyeen PBS dekat sekolah dia dan bila jumpa dia dalam sekolah dia malu-malu kucing macam nak minta lempang. Bhahahaha.
Yes. Dia Azeem. Dia memang dah besar dan memang poyo sangat-sangat. Pantang bawa dia masuk Giant semua benda dalam kedai dia nak bawa balik. Berlagak sungguh budak ni tapi kedekut taik hidung masin. Nak minta duit raya dia punya susah. Sampai nak menangis lari pusing satu Giant. Tapi, Lyeen selalu ugut dia. "Kakak balik sudah hari Ahad. Bagilah kakak duitmu". Lepastu dia tengok muka Lyeen dan terus cakap. "Ambiklah kak.." Sweet kan. Bhahahhaa!
Nota Pink: Apapun, hari ni dah nak packing barang untuk bawa balik KL esok. Sedih sangat-sangat. Packing barang tu sambil lap air mata. Masuk sehelai baju, lap air mata. Masuk sehelai, lap lagi. Macam tu lah sampai baju habis packing. Sedih kan? Esok flight pukul 1.00 petang bertolak dari Tawau ni terus ke KL. Mudah-mudahan takda benda tak baik berlaku kan. InsyaAllah. Doakan semuanya berjalan lancar dan Lyeen selamat sampai ke KL esok..:)
Ok bai. Assalamualaikum. 

Rabu, 21 Ogos 2013

Diari Hari Ini

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. & Salam Cupcakes Hazelnut.
Hai u olls. Berkurun lama dah Lyeen tak update blog. Minggu ni Lyeen masih berada di Tawau Bumi Peladang. InsyaAllah, hari Jumaat ni selesailah Lyeen menjalani PBS dekat SK.Kinabutan Tawau selama seminggu. PBS ni adalah PBS terakhir sebelum Lyeen praktikum semester depan. Nervous kau Jahhhh! Ahad ni pula dah siap-siap nak balik KL. Berat hati jer kan nak balik tapi apa boleh buat, study pun ada 2 tahun lagi sebelum habis. Bhahahha
Sekarang ni pun tengah pulun buat assignment sambil mesej-mesej dengan buah hati. Eh? Bhhahaha. Assignment Lyeen banyak sangat-sangat-sangat-sangat. Alhamdullilah part novel, pantun, sajak, syair dah selesai Lyeen porak-perandakan. Tak sangka Lyeen berjiwa sentimentel nak buat syair kan? Tapi, sampai sekarang masih tak pass nak buat gurindam. Macamana ni? Sebab tak boleh buat gurindam Lyeen stop! Then, sambung buat assignment Fonetik & Fonologi. Tak memasal macam-macam bunyi Lyeen buat sorang-sorang untuk cari contoh. Bhahaha. Seronok!
Habis. Nak sambung buat kerja sebelum mood mengantuk tu kunjung tiba. Tak kira lagi dengan iron batik esok. Well, esok hari Khamis u olls. Kenalah berbatik-batik..:) Esok i pakai batik hijau yakni baju batik rasmi IPG KBM. Sweet kan?
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 14 Ogos 2013

Cerita Balik Sabah Suatu Ketika Dahulu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes!

Hai u ollls! Betapa lamanya Lyeen tak update blog kan? Tadi, tiba-tiba insaf sebab tengok berita pasal Virus Aidilfitri Blog yang mereka gempar-gempurkan. Seriously, Lyeen terus jadi manusia paling rajin dalam dunia untuk update entry blog. On laptop. Cucuk broadband. Takdak buka lain terus taip BLOG. Bhahahha. Nampak sungguh insafnya kat situ!
Sekarang, Lyeen berada di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Tawau bah. Lyeen baru sampai Kota Kinabalu malam 30 hb Julai 2013 hari tu. Lepas tu, stay dekat rumah BFF (Suri Hanani) satu malam sebab flight Lyeen ke Tawau pagi 1 Ogos 2013 tu. Pagi-pagi Lyeen kerah sepenuh tenaga Lyeen untuk paksa adik Suri hantar Lyeen ke KKIA. Bhahaha. Alhamdullilah sampai Tawau pukul 10.45 pagi sebab transit lagi di Sandakan sekejap hari tu. Saja lew tewwww nak dera perasaan orang yang lama tak balik kampung ni.
Sebelum balik Sabah hari tu, Lyeen keluar round KL untuk cari benda-benda yang nak bawa balik Sabah. Baik kan hati aku? Bhahaha. Jalan-jalan cari makanan. Bila sampai Sabah, Mak Lyeen cakap.." Macam Tawau ni tiada jual makanan kan?".. Bhahaha. Satu bagasi besar semua Lyeen isi makanan dengan keropok dan biskut raya. Bhahaha. Baru cool! Siap pesan dengan tukang angkat barang kat MAS tu suruh angkat barang hati-hati sebab dalam ada biskut raya dalam botol kaca. Penipu kan? Bhahaha!
Pssst. Sebelum balik Sabah tu saya dating dulu. Bhahaaha! Ok, saya tipu! Sambung cerita balik. Sekarang Lyeen dah sampai Sabah dan alhamdullilah selamat hendaknya. Hari Raya pun dah Lyeen sapu habis-habisan makan dengan penuh tawakalnya. Minggu pertama raya memang sibuk plus-plus. Minggu kedua ni Lyeen siap buat request dengan Mak, takmau dah beraya sebab Lyeen nak fokus buat assignment sebab balik KL nanti semua tugasan kena submit first week tu. Matiiii deh gue kalau gue nggak mampu siapin kerjain gue!
Cerita raya Lyeen cerita kemudian yeerrr. Sampai berepisod-episod Lyeen cerita nanti. Bhahaha. Dikesempatan ini jugalah Lyeen nak mohon maaf pada semua readers dan rakan bloggers yang Lyeen kasihi sekalian alam. Lyeen menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan dari kalian sekiranya Lyeen pernah tersilap bicara dalam apa juga penulisan atau perlakuan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
Ok bai. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...