Memaparkan catatan dengan label Fashion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fashion. Papar semua catatan

Selasa, 3 Februari 2015

Review: Tudung Bawal by Ameera Zaini

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Selamat menyambut Hari Thaipusam buat semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Hari ni cuti lagi.Tapi, hari ni Lyeen memilih untuk duduk dalam bilik diam-diam sambil update blog. Rasa macam banyaknya masa aku sebab takda kerja sangat nak buat. Kau tunggu esok lusa pulak tak tahu, Hahahhaa.


Hari ni Lyeen nak share sesuatu buat semua peminat tudung bawal, bolehlah ke page Ameera Zaini Hijab Revival yang sangat gojes tu. Tudung-tudung dia sangat cun dan mampu milik. Lyeen memang peminat tegar tudung-tudung Aidijuma tapi disebabkan sekarang baju aku yang plain dah habis. So, lepas ni plan guna baju bunga-bunga. Tudung tukar pulak pergi plain. Hahahaha. Jadi, bolehlah tukar ke Ameera Zaini Hijab Revival. Dijamin anda akan berpuas hati sebab cer tengok antara koleksi tudung bawal dia. Sangat cantik.
Koleksi Luna

Koleksi Basic
Koleksi Rania
Koleksi Allure
Disamping aku suka tengok tudung-tudung dia. Aku suka tengok muka dia yang mulus dan nampak smooth je. Kak Meera ni juga duta Radiance Signature... Aku ambik Radiance Signature pun sebab nak gojes macam Kak Meera. Hahahaha. Jujur juga  Lyeen cemburu dengan dia sebab muda-muda lagi dah ada butik sendiri. Seronoknyaaaaaaa. Jadi tunggu apa lagi? Jum serbu online butik Ameera Zaini di Ameera Zaini Hijab Revival.
Nota pink: Berbelanja secara berhemah sebab kadang-kadang belanja atas talian ni sealu tak perasan duit mengalir macam air. Okay. Sekarang Ameera Zaini Hijab Revival tengah keluarkan design Luna, so bolehlah beli banyak-banyak! Mohon Kak Meera belanja Lyeen selai dua tudung-tudung dia yang gojes ni. Hahahahaa. Selamat bercantik-cantik macam Ameera Zaini.
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 29 Jun 2014

AIDIJUMA : RAMADHANFITRI SALE

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Ramadhan Pertama.

Alhamdullilah, dah menginjak ke bulan Ramadhan kita tahun 2014 ni. Pejam celik, pejam celik dah puasa kan? Rasa macam baru jer sambut tahun baharu. Okay, sementara tunggu waktu terbuka, Lyeen nak kongsikan mengenai tudung bawal pelbagai gaya yang semakin hangat diperkatakan sekarang. Kalau dulu oarang taknak pakai tudung bawal ni sebab payah aihh nak bentuk, nak iron lagi. Baik pakai tudung ekspress! Okay, Lyeen angkat tangan bahawasanya Lyeen bukan peminat tudung ekspress sebab muka Lyeen memang tak sesuai dengan tudung ekspress. Kena pakai tudung bawal juga. Sebab tu, kita bawal lovers. Hahahaha.


Ini adalah salah satu kedai yang menjadi pilihan Lyeen untuk beli tudung bawal. Apa yang menariknya AIDIJUMA ni ialah satu tudung boleh pakai banyak kali sebab tu AIDIJUMA terkenal dengan jolokan nama TUDUNG BAWAL TEKNIK PUSING PAKAI sebab satu tudung boleh buat macam-macam design. Semalam, 28 Jun 2014 AIDIJUMA buat sale ramadhanfitri sempena awal ramadhan. Harga tudung yang biasanya RM49.00 menjadi RM29.00 sahaja untuk Black Label. Istimewanya sale semalam ialah terdapat tiga belas design yang dikeluarkan sekaligus. Tak kau menipis dompet!
  1. Tone Ribbon
  2. Tribal Tone Turqoise
  3. Dustyred
  4. Tone Blue Polka
  5. Tone English Flower
  6. Fullprint Greenpink
  7. Blue Orange
  8. Blue Angle
  9. Fullprint Small Kerawang
  10. Purple Fruit
  11. Seashell
  12. Flower Button
  13. Lotus Tone
Bila buat list ni mesti akan pilih mana satu paling gojes? Bagi Lyeen semua gojes, tapi bila buat soal jawab dekat group Aidijuma semua pakat-pakat pilih AIDIJUMA Flower Button paling lawa seab bunga dia tu nampak timbul. Tak hairanlah Flower Button antara design yang pertama habis dekat semua consept store semalam. Bagi zoom sikit design Flower Button. 
Cantik kan? Selain Flower Button ni, design English Flower, Lotus Tone dan Dusty Pink merupakan hot item untuk design yang release semalam. Siapa yang tak berkenalan lagi dengan AIDIJUMA, silalah berkenalan dan Lyeen yakin anda akan puas hati dengan design dan material tudung. Kain bawal walaupun tebal tapi tak panas dan mudah dibentuk. Ada yang kata material kain AIDIJUMA keras sikit, tapi insyaAllah kalau dah basuh, starch dia hilang dan material kain jadi macam bawal biasa. Cubalah! Boleh beli online dekat www.aidijuma.com ataupun boleh beli sendiri dekat consept store seluruh Malaysia.
Selain Flower Button, Blue Angle dan Dusty Pink ni juga antara design yang cepat sangat SOLD OUT semalam. Bila tengok real pun, Dusty Pink ni sangat cun sebab warna dia seakan sama dengan Pink Polka yang bidang 60' hari tu. So, sesiapa yang tak sempat grab Pink Polka boleh grab Dusty Pink yang ni pulak.
Dan, semestinya pilihan Lyeen ialah Tone English Flower yang super gojes ini! Ramai yang meletakkan Tone English Flower ini sama tarafnya dengan Garden Old Season tu. Yerlah, dah pun english theme kan. Sweet je.  Untuk design kali ni, AIDIJUMA lebih memilih warna bertone untuk semua design dan membuat setiap design tu lebih exclusive. So, apa tunggu lagi? Jom grab! Tapi, sebelum tu pastikan yang original 100%  dari Aidijuma. Say NO to clone!
Kiri sekali tu lah TONE LOTUS yang super gojes tu. Okay, next nanti Lyeen review lagi pasal tudung bawal AIDIJUMA ni okay. Eh...eh...bukan setakat Aidijuma, nanti yang lain-lain pun Lyeen review sebab Lyeen tahu Tudung Bawal tetap kekal sepanjang zaman. Acececeh....:) Lagi satu jangan risau tentang harga sebab AIDIJUMA sentiasa menawarkan harga mampu milik!
NOTA PINK: Orang selalu kata, tak payah beriya sangat nak beli sesuatu benda. Tapi, ini bukan hal beriya-iya! Tapi ini kes minat dan hobi. Macam orang lain juga, masing-masing ada hobi. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 9 Februari 2014

Jangan Jiplak!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Ehem-ehem, minggu ni ras amacam free sangat-sangat sebab rajin jer update blog. Ehem! Bukan tak sibuk tapi rasa rindu nak men'tap-tap-tap-tap' dekat atas keyboard. Sabtu tadi pergi outing dengan adik Lyeen. Tadi pergi dating dengan ehem-ehem. Hahahaha! Tipu. Orang single mana boleh dating dooohhhh! Ohhh, pasal tu cerita kemudian. Sebab cerita dia panjang sangattttttttttttttttttttt.
Aidijuma WL Tulip
Entry hari ni lebih kepada penceritaan umum. Hahahaha, semalam singgah beli tudung dekat Aidijuma Concept Store di Central Market, tak ramai orang walaupun AJ dah release tudung design terbaru. Semalam AJ buat sale untuk dua design terbaru je. Yang lain tetap dengan harga asal. Harga asal yang baru utuk semua koleksi Black Label ialah RM 49.00. Cunlah! Kalau dulu RM 59.00. So, harap-harap lepas ni sale 50% akan selalu ada. Hahaha.

Apa fenomena yang berlaku dekat Aidijuma sekarang ni memang diluar jangkaan. Semua orang berpusu-pusu. Tapi, sekarang ni bila ramai orang yang tak bertanggungjawab nak jiplak pulak design dari Aidijuma. Lyeen join beberapa group yang menghimpunkan peminat-peminat Aidijuma ni. Jujurnya memang kita tak puas hatilah bila ada orang yang jiplak-jiplak ni. Sabtu tadi pun pergi Masjid Jamej berlambak klon AJ ni. Senyum-senyum je lalu. Adik Lyeen cakap, "tak mainlah klon!" Hahahha. Ehem, tak marah bila orang nak beli. Yang penting niat kita nak bertudung dan tutup aurat tu baik kan. Alhamdullilah. Yang kita memakai ni tak  terasa sangat. Tapi yang empunya design tu. Kesian tengok post Datin Norjuma dekat Pages dia. nampak sangat dia kecewa dengan kelompok manusia yang menjiplak ni. Tak kisahlah bila kita beli dengan harga RM 59.00 tapi yang klon boleh jual hanya RM 6.90. Memang sakit jiwa kita dengar. Tapi apa yang penting kualiti dan kepuasan yang kita dapat. 
Aidijuma WL Waterdop
Jujur Lyeen memang puas hati dengan kualiti dari AJ. Kain tebal, Bidang besar dari bidang yang biasa. Kalau basuh mesin pun warna tak luntur. Sekarang pun White Label semua cun! Harga pun RM 10.00 je. Tapi stok memang terhad kan? Tu sebab kena grab laju-laju. Semalam pergi sebuah kedai tu, dia jual klon AJ. Macam-macam design ada, dari yang Black Label sampai ke White Label. Pegang kain dia. Memang nipis. Warna pun memang berbeza dan tak salah bila saya berbicara tentang kualiti. Konsep Lyeen beli tudung, "Biar aku beli mahal yang penting aku puas hati." Bukan Lyeen nak pentingkan jenama ke apa. Noooo! Ada sesetengah orang tu marah bila cakap pasal ni, "Biarlah jiplak pun! Yang penting tutup aurat!". Yes. Lyeen tak marah pada yang tukang beli sebab memang mereka tak tahu pun. Tapi yang tukang jiplak ni. Ermmmm, ibarat menadah nasi ke periuk nasi sendiri tetapi tak sedar periuk nasi orang lain dah tertutup rapat!

Nota pink: Bak kata Datin Norjuma, "Bagaikan kebiasaan yang saya lalui, mana mungkin perompak atau pencuri hak orang lain mengaku dirinya telah merompak/mencuri dan menjualnya semula... Mungkin ketika kecil dulu, ibubapanya berkata "tak pe lah meniru atau mencuri asalkan ke sekolah bertudung"... See, penuh tersirat. Apapun, good luck untuk AJ. InsyaAllah, AJ masih ada penyokong dan peminat setia yang sentiasa grab yang ORIGINAL dari AJ. Bukan pentingkan JENAMA atau TAG AJ tapi kualiti dan kepuasan yang AJ berikan kepada penggunanya!

#Siapa yang berminat dengan Tudung Bawal Aidijuma yang original boleh contact Lyeen dekat SINI okay. Bai. Assalamualaikum.


Jumaat, 20 Disember 2013

Hijab Pilihan 2014: HIJABZONE7

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Cupcakes Strawberry Cokelet.

Jom follow blog HIJABZONE7!
Like Fanpages HIJABZONE7
Folloe Instargram @hijabzone7

Selawat dan salam hanya untuk baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Hari ni Lyeen nak ajak ladies untuk stay tune dengan entry ni dan baca sampai habis. Sebab u olls akan sangat-sangat rugi kalau tak baca sampai habis!
HALFMOON SHAWL CANDY
Gambar ni yang berjaya buat Lyeen klik iklan ni dekat facebook. Sweet, cantik, simple, gojes dan cun! Yes, sangat-sangat. Lyeen terus klik dan terjumpa Giveaway Blog HIJABZONE7 dalam pages mereka. So, Lyeen nak review serba sedikit pasal hijab yang HIJABZONE7 ni sediakan untuk ladies dekat luar sana.

Bukan setakat cantik sahaja, malahan HIJABZONE7  turut menawarkan harga yag berpatutan dan mampu milik untuk semua yang nak kan kelainan dalam menggayakan shawl. Yer la, shawl pun dah jadi trend semasa hari ni kan. Sebab lebih mudah nak belit-belit. Lagipun, Shawl ni mudah nak dilabuhkan bila dipakai, sesuai dengan tuntutan syariat. Itu yang wajib dalam kita berhijab!

HIJABZONE7  juga menyediakan Shawl Plain bagi yang kurang berminat dengan manik-manik atau batu-batu berlian yang gojes. Juga ditawarkan dengan harga yang murah. Lyeen tengok pun pages HIJABZONE7  ramai yang dok komen minta PM harga dan berminat. Untung depa noooo..:') Alhamdullilah, bermakna semakin ramai yang sedar akan kepentingan menutup aurat.
Bagi yang nak meangsungkan perkahwinan atau majlis pertunangan, bolehlah search dekat HIJABZONE7  sebab Lyeen tengok memang banyak shawl yang boleh digayakan saat hari-hari bahagia ni.
Dan, paling menggembirakan bila HIJABZONE7 juga menyediakan tutorial untuk setiap shawl yang mereka keluarkan bagi memudahkan pelanggan. So, pembeli pun boleh melaram sakan macam model-model yang cantik di HIJABZONE7 ni.
So, apa tunggu lagi? Jum ramai-ramai serbu blog mereka untuk menempah dan tengok lagi banyak koleksi menarik! Boleh jadi nak borong semua sebab dah semua tu cantik sangat-sangat! Klik Banner untuk join GA yang mereka sediakan. See! Ada hadiah menarik yang HIJABZONE7 sediakan untuk semua peserta!

Jom follow blog HIJABZONE7!
Like Fanpages HIJABZONE7
Folloe Instargram @hijabzone7
Hadiah

FIRST PRIZE GOLD ENTRY (1 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Candy + 1 helai Halfmoon Shawl Sweet + CASH RM50
SECOND PRIZE SILVER ENTRY (Hadiah Kedua 1 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Sweet + 1 helai Halfmoon Shawl Paddlepop
BRONZE ENTRY (5 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Plain untuk setiap pemenang.

Tarikh Tamat ialah pada 31 Disember 2013. Jum sertainya!
Ok bai, Assalamualaikum!


Sabtu, 23 Mac 2013

Peplum & Baju Pengantin 2013

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes bersusun-susun.

Hari ni Lyeen dah jatuh cinta dnegan satu pages butik yang super duper awesome u olls!
Takmau taip panjang lebaq. Meh kita cuci mata sambil buat jiwa kita meronta-ronta nak baju macam ni!

Sesuai sangat untuk majlis akad nikah.
Putih itu suci.
Putih itu sweet..
Baju kurung moden.


Pink memang comel!
Buat ni untuk baju sanding.
Dengan lampu neon..okey!


Baju ni untuk baju bertandang ke rumah mak mertua.
Ok. Confirm mak mertua sayang ketat-ketat.
HAHA.


Ni nak pakai majlis bertunang pun cantik.
Peplum yang ada ekor-ekor.
Sangat cantik!


Lyeen cop baju ni untuk majlis tunang boleh?
Tapi kapan?
HAHA. Lyeen memang jatuh cinta berkali-kali dengan peplum ni. Kemas sangat. Tambah pulak ada lace baby pink. Tahukah anda Lyeen peminat tegar seluruh dunia lace-lace ni. Lain kali nak cuba buat cupcakes lace. Eh?

Lagi sesuai untuk mereka yang nak bertunang or kahwin musim cuti ni. Untuk baju raya pun sangat ok. Mesti u olls adalah diantara mereka yang sangat elegen dan mempesonakan!
Tahun ni kita dapat lihat warna tema lebih kepada baby pink, baby blue dan torqoise kan? Lebih kepada pastel colour sebab nampak sweet, smooth dan cool.

So, apa tunggu lagi jum ke Pages QAMRAA BOUTIQUE.
U olls pasti tak menang mata nak tengok.
Harga pun berpatutan.
Harga mampu milik!

Nak tengok tudung-tudung yang sesuai untuk majlis-majlis? Jom KLIK SINI

"Kecantikan dan keanggunan akan kekal abadi bermula dari hati setiap wanita."

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 10 Mac 2013

Classmates paling cun!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Coklat.

Alhamdullilah, hari ni menaip lagi. Tiga hari langsung tak update blog. Nak kata sibuk tak juga. Sukan dah habis. Tapi, sekarang dah masuk musim assignment. Minggu depan jer ada tiga assignment kena submit. Kesian. Double kesian. Tapi, tak kisah aih..sebagai seorang student yang berjaya kena buat juga! Minggu ni Lyeen keluar dengan adik jer pergi Masjid Jamek menghabiskan baucer buku. Tu pun tak habis lagi sebab semua buku untuk semester ni dah beli awal semester tadi. So, beli siap-siap untuk semester depan. 


Mereka classmates saya yang sangat-sangat sempoi. Rabi yang paling handsome dalam kelas. HAHA. First time dia nak ambik gambar dengan we olls sebab dia takut awek dia marah.  Hari jumaat adalah hari paling bahagia sebab jadual sangat cool. Kelas habis awal. Balik bilik boleh tidur..:)


Kami memang suka ambik gambar. Pejam celik.Pejam celik. Tinggal dua tahun jer lagi dah nak habis study. Mesti rindu sangat dengan diorang. Sekarang pun kalau cuti hujung sem masing-masing dah main rindu-rindu. Tu hebatnya banyak kawan. Even kita jauh dari family kandung. Kita ada kawan yang akan selalu buat kita rasa dilindungi, disayangi dan sebagainya..:)


Nama dia Aida. Dia memang kecik. Tapi jiwa dia besar. Dia cikgu silat saya. Lyeen masuk silat sebab dialah. HAHA. Dia orang Lahad Datu, Sabah. Single. Dia kawan yang sangat sweet. Banyak cakap dan paling penting paling aktif. Lompat sana. Lompat sini. Jalan sana. Jalan sini. Atlet u olls! Kadang-kadang aku malu sebab bila lari 100m, dia yang akan sampai dulu..T_T.


Tahun ni Lyeen paling rapat dengan budak ni. Semakin hari Lyeen semakin rasa jiwa Lyeen sebati dengan dak Suri ni. HAHA. Sebab kepala dia sama macam Lyeen. Kadang-kadang bila Lyeen nak buat dia bengang. Lyeen yang akan bengang sendiri. Dan sebaliknya. Assignment yang nak submit next week pun buat dengan dia. Tapi, Lyeen buat dunno seolah-oleh bukan satu kumpulan dengan dia. HAHA.


Minggu depan adalah minggu terakhir stay KL. Sebab Jumaat depan Lyeen akan balik Karak dengan Suri sebab nak buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) untuk semester yang ketiga ni. Sem ni akan buat tinjauan pasal subjek Minor pulak. Pendidikan Jasmani. HAHA. Apapun, semoga semuanya baik-baik jer. First time buat PBS dekat sekolah area semenanjung sebab sebelum ni dua-dua buat dekat Sabah..:)

NOTA PINK : Sahabat, persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..InsyaAllah. Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan. Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.

Ok bai. Assalamualaikum.


Isnin, 11 Februari 2013

“Tudung Online MN Boutique Koleksi Terkini”

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Strawberry.

Alhamdullilah, menaip lagi. Hari ni Lyeen nak ajak u olls cerita pasal fesyen lagi. HAHA. Butik pilihan kali ni adalah Tudung Online MN Boutique.  Butik yang menyediakan pelbagai jenis fesyen tudung terkini menigkut peredaran semasa namun masih menepati citarasa dan mengikut syariat iaitu menutup aurat.


Sekarang pihak butik tengah buat contest. So, kliklah banner untuk ke ruang utama butik tersebut. Tudung Online MN Boutique menawarkan pelbagai pilihan tudung dengan fesyen-fesyen menarik.


Shawl Halfmoon Corak yang semakin menjadi pilihan muslimah terkini yang inginkan kelainan.


Pelbagai Shawl Corak.


Tudung Syria.


Tidak ketinggalan juga. Tudung Bawal 2D yang tak akan lapuk  dengan peredaran masa.


So, bagi peminat tudung-tudung semasa. Jom singgah ke “Tudung Online MN Boutique”  Butik pilihan hari ini! Jangan pernah ketinggalan untuk setiap helai tudung dari Tudung Online MN Boutique! Klik SINI untuk terus ke Pages MN Boutique!

NOTA PINK : Wanita berhijab tidak semestinya hanya terpaku pada satu fesyen. Kita sebagai muslimah juga boleh mengayakan pelbagai fesyen selagi menepati syariat Islam. Menutup apa yang patut kita tutupi. Dan menjaga apa yang wajib kita pelihara. ..:)

Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 10 Februari 2013

Sebelum balik KARAK!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut.

Alhamdullilah, Lyeen boleh manaip untuk enty yang panjang-panjang hari ni. Kira macam doublelah kan entry hari ni? HAHA. Whatever sungguh aku! Actually, tadi baru balik dari kenduri kahwin kat Karak Setia. Dha jadi lumrah setiap kali cuti akan ada majlis kahwin. Tadi tema kahwin biru-biru. Suka.Suka.Suka. Dua hari lepas sebelum balik Karak. Lyeen jalan-jalan dulu. Buang masa. Buang duit. Jalan-jalan kat Sunway Pyramid. Tak kau. Punya jauh aku merantau bawa perasaan. Ahaks!


First time keluar dengan baju Peplum Lace. Lyeen suka dengan baju Peplum Lace sebab Peplum Lace ni tak melekat macam Peplum Cotton atau Peplum Lycra. Lagi satu Peplum Lace ni dah lining penuh dengan kain yang super duper sejuk. Tu sebab Lyeen duduk luar Sunway Pyramid. HAHA. Kalau u olls nak Peplum Lace macam ni just inbox Lyeen kat SINI okay. Kita boleh berurus niaga dengan kadar terendah! Harga mampu milik u olls!..HAHA.


Peplum Lace ni labuh hingga ke peha. Menutupi bahagian punggung dan jangan risau sebab dah trend Peplum membesar kebawah. Tak akan nampak seksi aihh. Akan nampak sweet..:)
So, bagi siapa yang belum ada koleksi Peplum. Boleh inbox Lyeen..:) Ada macam-macam warna. Hitam, Krim, Pink dan Putih. Boleh buat koleksi paling sweet sebab sesuai nak guna pergi mana-mana pun..:)

Sebenarnyaa, motif Lyeen nak cerita pasal Sunway Pyramid. Tapi ntah kenapa tiba-tiba Lyeen promosi Peplum Lace pulak kan? HAHA. Whatever sungguh! Sebenarnya ni kali kedua Lyeen sampai Sunway Pyramid. Yang first time pergi tu rombongan kelas semester lepas. Apa yang Lyeen rasa? Sunway ni okay. Tapi Lyeen lagi suka pergi The Mines sebab Mines ada ikan. Ada angsa yang boleh aku buli. Tapi Sunway takda. Sunway besar. Penat nak jalan-jalan. Yang aku tahu sampai je terus tengok movie. Lepas tu terus cari makanan!


Lepas tu jalan-jalan lagi. Entah apa jer la motif aku jalan kat dalam tu. Jumpa macam-macam orang. Orang tinggi ada. Orang besar ada. Orang sombong pun ada. Sakit jiwa. Macamlah Sunway Pyramid tu dia yang punya! Ewww..! Tapi, mak kata kalau orang sombong tu kita buat dunno jer. Suatu masa dia akan sedar sombong tu akan makan diri dia balik. Ha..tu makan dia!! HAHA.

Nota Pink: Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina. Salam penuh kasih sayang. Jangan lupa beli Peplum. HAHA. Lagi satu jangan sombong-sombong okay. Sombong itu tak cool. Tak sweet! Siapa yang belum join Segmen : Saya Blogger Peramah!, boleh join lagi. 12 Febuari 2013 ni akan tamat. Yuhuuu!

PESANAN PENAJA: Bila sebut KARAK. Selalu orang kata seram. Tapi, alhamdullilah selama beberapa tahun ni berulang-alik dari KL-KARAK ..Allah masih melindungi. Alhamdullilah. Tapi, ikut cerita abang Lyeen. Kalau lalu jalan lama KARAK memang akan rasa seram sejuk. Kadang-kadang rasa macam ada jer 'orang' tiup tengkuk kita. Kereta rasa berat tiba-tiba. Dan paling dasyat radio mati tiba-tiba. Macam dalam movie KARAK tu. Seram u olls! Oleh itu, kita ikut highway saja even dah jammed berjam-jam. 

Ok bai. Assalamualaikum.

Selasa, 29 Januari 2013

Enam Perkara Paling Sweet!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Strawberry.

Semalam Lyeen tak sempat nak update blog sebab letih sangat-sangat main badminton . Lari sana. Lari sini. Lepas ni Lyeen takkan lagi marah Dato Lee Chong Wei kalau dia tak dapat sambut bola. Serius memang penat. Kejap bola tu kat depan. Kejap kat belakang. Kiri. Kanan. Ok penat. So, hari ni Lyeen qada entry dengan join dua segmen tadi. Thanks untuk yang masih setia tulis komen kat entry walupun takdak entry special. bhahahahahaa.


Hari ni Lyeen pergi kelas dengan tema pink bagai. Baju pink. Tudung dengan roses pink. Beg tangan pink. Ok. Terasa diri ini perempuan paling lembut dalam dunia. Walaupun hakikatnya saya adalah insan yang rock lagi brutal. hahhaaha. Hari ni, adalah hari yang bahagia dalam hidup bila pagi-pagi lagi mak bagitahu "Abah gaji sudah tu besok". Yes! Bila Abah gaji. Automatik Lyeen juga akan gaji. Serius. Biasalah, saya student lagi. Harap duit Abah lagi. Tu sebab tak boleh kahwin!

Kedua. Terima kasih ZALORA. Lyeen dah reply email dari pihak ZALORA. Terharu okay. 


Ketiga. Tahniah untuk diriku. Kak Leeza. Hadiah dah sampai. Terima kasih taw. Lyeen akan lekat kat meja study sebagai pembakar semnagat untuk terus blogging. Power tak ayat? Thanks taw kak Leeza. U olls. Jum terjah blog Santai Leeza. Dia ex-senior Lyeen..:)


Keempat. Sila klik gambar kalau nak tahu apa yang jadi. HAHA. Thanks untuk blogger comel dan sweet ini. Aisya Humaira yang sudi review blog Lyeen. Yeah! Kita memang dah lama kenal ni. Ahaks!


Kelima. Rezeki untuk jadi top 15 Blogger Peramah 2013. Curlassss kau jahhhh! Tak sangka nama dan url blog Lyeen naik Tangga number 2 pulak tu. Terharu. Lagi terharu bila dapat inbox dari blogger Nick Nashram. Dapat top up u..:)


Keenam. Elaun masuk esok. InsyaAllah. Semoga dugaanku benar belaka. HAHA.


Okay. Siap. Enam perkara yang berlaku dalam minggu ni dan alhamdullilah semuanya rezeki dari blogging. Kecuali elaunlah. HAHA. Tak sangka dnegan blogging ni dapat banyak kawan. Top up free. Review free. HAHA. Hebatnya menjadi seorang blogger. Saya bangga menjadi blogger di Malaysia..:). Anda? Semoga rezeki melimpah-limpah. Ya Allah jauhkan aku dari pembaziran dan sifat lupa diri. Aamin.

Nota Pink: Rezeki manusia ada dimana-mana. Kita cuba. Usaha. Doa dan tawakal. Kalau kita tak dapat kali ni. Boleh sahaja Allah gantikan dengan rezeki yang lebih besar nilainya. Allah maha mengetahui. 

Ok bai. Assalamualaikum.



Isnin, 21 Januari 2013

Study pasal otot!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Vanilla.

Alhamdullilah, Lyeen taip entry ni sebaik sahaja kuliah Anatomi dan Fisologi dah selesai. Dua jam u olls. Hari ni Lyeen study pasal otot. Suka sangat study benda alah ni. Belajar pasal macamana nak kembangkan otot. Yuhuu! Tapi, part yang tak suka bila semua pakat-pakat tengok Lyeen bila part Encik Bai kata.." Lainlah kalau dulu kurus tiba-tiba lepas cuti mengembang sana-sini". Lepastu aku cuba buat dunno jer bila semua classmates  tengok aku sambil sneyum sinis! Ada aku kesah! HAHA.


Stay kejap kat kelas untuk habiskan tugasan amali. Lyeen dangan Floe jer stay kat kelas. Classmates yang lain dah blah. Mereka memang macam tu, habis kelas jer terus nak balik. Nak tidur lew tew! HAHA. Padahal aku pun baru hari ni ada nafsu nak stay kat kelas. Sebab kan, bila sampai jer bilik sure Lyeen akan tidur. Lepastu bila bangun pulak sambung melantak makanan. Apa tak kau berotot-otot. Takpa. Lecturer kata tadi orang berotot ni boleh buat duit. Kotlah Lyeen pun boleh buat duit? HAHA

Hari ni juga semua sibuk pasal elaun dah masuk akaun. Semua excaited jer kan. Last-last cek balance akaun. Takdak pun masuk RM3800 tu. So, balik bilik dengan muka macam kena tampar syaitan 33 kali tanpa henti. HAHA. Apapun, okay juga elaun lambat masuk. Sebab takdak lah nak mengedik belanja sakan sana-sini kan? Tapi, masalahnya bila ada benda penting nak bayar. Kat situlah u olls akan rasa macam nak paksa mesin ATM keluarkan duit saat tu jugak!


Mohon jangan ikut sangat habit macam ni. Tak elok. Sebab memory lappy boleh full. Terpaksa tambah RAM. Macam laptop Lyeen. Sekarang terpaksa merendahkan egoisme seorang kakak sebab pujuk adik Lyeen pinjamkan lapotop dia barang sebulan dua. Eh? HAHA. Lyeen pujuk abang Lyeen untuk bagi kos sara hidup untuk beli lappy VAIO. Tapi, tak dapat . Yang dapat air liur merenjis-renjis sebab kena bebel dari pukul 6.10 pm hingga 6.55 pm. Padan muka aku!

Apa yang penting sekarang, Lyeen kena fokus dengan tujuan. Pentingkan yang penting jer dulu. Kena list kan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan. Seh! Ayat nak sedapkan hati sebab takdapat lappy VAIO! Takpa, simpan duit dulu. Lagi-lagi kena prepare nak kahwin ni. Ahaks! Mohon u olls promotelah tudung-tudung yang Lyeen jual tu. Adalah kos sara hidup Lyeen buat seminggu dua. Ye dak? HAHA.

NOTA PINK: Dalam hidup yang semakin canggih ni kita tak boleh dah duk goyang kaki. Semua kena cepat kalau tak makan pasir la u olls. So, jum sama-sama majukan diri. Tambah otot! Ok bai. Semoga kita diberi kesenangan dan dipermudahkan untuk melakukan kebaikan. Insyaallah.

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 20 Januari 2013

Tudung Bawal Roses Terkini!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes blueberry.

Siapa peminat Tudung Bawal? Siapa suka roses? So, hari ni Lyeen bawa u olls semua untuk cuci mata tengok Tudung Bawal Terkini 2013. Yang dijamin harga mampu milik. Seh! Macam nak jual kereta pun ada. HAHA.

PRA ORDER AKAN BERLANGSUNG DARI SEKARANG SEHINGGA 1 FEBUARI 2013. PEMBAYARAN HANYA AKAN DILAKUKAN BILA ORDER ANDA TELAH SAMPAI.


Tudung Bawal Blossom 3D 
RM 55.00


Tudung Bawal Roses Rosette Jarang
RM 48.00


Tudung Bawal Roses Rosette Rapat
RM 58.00


Shawl Half Moon Rosette
RM 55.00

Brooch Roses pun ada juga..:)


Brooch Roses
RM 5.00/ 4 pcs

Kalau u oll kurang berkenan dengan warna-warna yang ada kat pre-order tu. U olls boleh pilih colour yang u olls suka tu sendiri berdasarkan colour chart yang ada.


U olls hanya isi form macam ni:
♥ WARNA TUDUNG : KOD 
♥ WARNA ROSES : KOD
♥ JENIS ROSES : ROSETTE ATAU BLOSSOM
♥ JENIS TUDUNG : BAWAL ATAU HALFMOON
♥ SUSUNAN ROSES : RAPAT/JARANG

Ramai yang tanya apa beza roses ROSETTE dengan BLOSSOM. So, Lyeen akan tunjukkan beza kedua-duanya.


Ni beza dia. Blossom lebih besar dan Rossette kecik sikit.
PM Lyeen kat pages untuk sebarang pertanyaan ok.


KONSEP PRE ORDER SAYA
♥ Anda order item yang anda suka.
♥ Lyeen akan order untuk anda.
♥ Order akan sampai seminggu selepas pre order ditutup (bergantung pd jumlah order)
♥ Bila item sampai Lyeen akan maklumkan.
♥ Anda buat pembayaran dan anda akan terima item anda.
♥ Mudahkan.

Ok bai. Assalamualaikum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...