Sabtu, 9 Jun 2012

Buta Kerana Cinta.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam manis-manis dan salam penuh kasih sayang :)

"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri". - H.R. Bukhari

Sudah menjadi lumrah dalam hidup sentiasa ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insani. Namun banyak diantaranya yang menjadi buta kerana cinta. Bercinta itu tidak pernah menjadi kesalahan. Tetapi memuja cinta itu yang menjadi kesalahan. Kerana sebuah cinta , manusia menjadi buta hingga sanggup menjual agama. Bila kita ajukan ayat ini "Cinta itu buta!" Percayalah, kalian akan dipandang seperti macam nak telan hidup-hidup! "Yer ke? Bukanlah! Kau yang buta!" Walhal time tu jelas jer kawan tu celik siap boleh main kelip-kelip mata bagai!


Credit: Mr.Google!

Sebenarnya cinta itu memang buta sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya cinta itu buta”. Rasionalnya? Kerana cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil. Hal ini akan berlaku sekiranya manusia tidak mampu untuk meletakkan cinta itu kerana Allah SWT sebaliknya cinta disandarkan pada nafsu semata!

Seeloknya, aku berusaha untuk mencintailah diri sendiri sebelum mahu mencintai orang lain kerana takut kelak   aku mengecewakan hati manusia lain. Cukuplah sekali jangan diulang berkali-kali. Kerana cinta yang dicari itu pasti akan datang tepat pada masanya dan semoga cinta itu adalah cinta yang paling membahagiakan segenap ruang hati yang ingin disayangi dan menyayangi.


"Aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu, tapi cukup hadirnya kamu menyempurnakan aku!"

Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna kerana kamu tidak akan bertemu dengan yang paling sempurna, cukuplah menghargai apa yang kamu ada hari ini. Kesimpulannya, bercintalah berpada-pada. Berkasihlah pada yang sudi dan sayangilah pada yang pasti. Kita tidak boleh meramal nasib kita. Apa yang kita inginkan hanya keredhaan dari Allah , kebahagiaan, kasih, sayang dan cinta! Berdoalah kerana doa itu adalah senjata paling berkesan untuk umat Islam..:)

P/S : Aku tak tahu kenapa aku suka tulis entry jiwang-jiwang bagai! Semoga mampu memberi perkongsian yang baik untuk kamu..:)

Boleh tolong klik SINI dan SINI supaya aku cepat kahwin!Thanx..:)

8 000 Makan Cupcakes!:

SuparMan SuaRez berkata...

Bha..cepat la kahwin..sudah ku klik..Haha

Unknown berkata...

@SuparMan SuaRez baru 40 sen...dak cukup..HAHAHHAH..thanx ok.:D

Liyana Anuar berkata...

saya pun nak kahwin cepat..hehe~ :p


p/s:dah klik :)

Cik nadya berkata...

nak kwen cpt jugak :P

MalizaMah berkata...

Pasti ada sebab knp buat entri jiwang2 nie.........

haaaaaaaaaaaaaaa cerciter.

Fariz Reza [FR] berkata...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 1506 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

Ikam berkata...

kawin laa ko..aku redha

Unknown berkata...

yana :jum kahwin..;p thanx dear..

nadya : wah..jum kwin beregu...

kak alieza : hahaahha..biarlah rahsia...T_T

fariz : waalaikumsalam..ofkoz awak..:) ok happy bloging..:D

ik : selamat tinggal...HAHAHHH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...