Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Orange.
Alhamdullilah, setelah habis Lyeen pulun segmen tadi. Lyeen buat entry pula dahhh. Kalau u olls nak join sama pulun segmen boleh tengok older post Lyeen. Kita meriahkan segmen rakan blogger kita. Baru meriah dunia blogging. Gituuuu! HAHA.
Hari ni Lyeen tak banyak snagat aktiviti. Esok pun cuti. Bila banyak sangat cuti ni rasa macam tak best jugak kan. Yer la, kalau ada kuliah sekurang-kurangnya bangun pun sharp je pukul 6.00 pagi kan. Solat subuh pun khusyuk. Tak tinggal. Tak jadi subuh gajah. Tapi, bila cuti pukul 11.00 pagi pun rasa macam subuh lagi. Memalukan.
Lyeen nak ajak u ollss tengok satu video yang Lyeen buat tadi. Tiba-tiba ada aura nak buat video. First time u know! Selama ni tak pernah cuba pun. Tadi, tiba-tiba pintu hatiku terbuka untuk mencubanya. Alhamdullilah berhasil.
Nak kata aku kreatif. Lyeen sendiri tak tahu apa motif video ni. Tapi, excaited juga nak publish kan. Siap upload Youtube tu. Yakin.. Kata cikgu Lyeen dulu-dulu. "Bakat terpendam!"...HAHA. Tajuk video ni "Kahwin Muda (Someone like you). Sweet? Entah. u olls yang menilainya. HAHA.
Apapun terima kasih kepada bloggers ini kerana menjadi pencetus aku nak kahwin. Walaupun mak Lyeen menentang sekeras-kerasnya. HAHA. Seronok baca kisah mereka. Ada yang dah ada baby. Pregnant. Semoga mereka bahagia selamanya. Semoga perkahwinan kekal hingga akhir hayat. Tahniah, anda berjaya menjadi pemangkin anak-anak muda sekarang untuk memilih bercinta selepas nikah. Kalian contoh terbaik. Semoga terus memberi inspirasi bahawa cinta selepas nikah itu lebih berkat. InsyaAllah.
Bloggers yang kahwin muda..:)
Sweet.
Nota Pink : Lyeen dah ringkaskan cerita dalam video tu. Banyak lagi penambahbaikan actually. Harap u olls dapat bantu. Saya budak yang the baby face baru belajar. HAHA. Silalah share video tu supaya kita semua rasa nak kahwin.HAHA. Taklah!...Supaya kita semua lebih memilih bercinta dijalan yang benar lagi benar...hyepp! Cinta sikit-sikit takpa ok. yang penting kena berpada-pada.
Ok bai. Assalamualaikum.






