Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Cupcakes Strawberry berintikan cokolat...
Okey, budak kecik pink-pink sebelah Lyeen adalah manusia yang super duper comel a.k.a roomate terbaik seantero dunia. (Suka suki aku membudakkan roomate aku).Dalam entry yang lepas, Lyeen ada mencanangkan bahawasanya Lyeen jadi pengacara majlis untuk acara Larian Guru 2012, Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu. Lyeen jadi emcee dengan the best roomate, Mash.. Yah! Kami SABAHAN.

Motif asal entry di taip:
Lyeen baru jer selesai call Mak Lyeen tadi. Dia tanya, "bilalah kau sampai Tawau?"
Dengan kepala yang berputar-putar Lyeen sedaya upaya memikir jawapan paling tepat.
Kalau kau nak beli tiket balik Tawau sekarang dah beribu-riban ok! Alamatnya makan batu berlaukan rumput hujung semester nanti. Maka, aku bagi jawapan paling menjaga hati.."Nantilah dulu mak, dak boleh bagi jawapan sekarang. Belum cek tiket lagi." Anak soleh dak aku? Lyeen suruh picit iklan-iklan tu kau taknak!..Kejam...mencik..mencik..mencik...:p
Lepas tu, Abang Adi call pulak. Tiba-tiba. Aku mula pelik. Jarang-jarang je budak lelaki ni call aku kan...Hahaha..."Kau minum Vico yang cereal kah original?"
"Hah?" Sebenarnya aku pelik. Mimpi apa dia tanya?
"Abang Adi shopping sekarang ni, kau kan suka minum Vico, Abang Adi belilah terus, mau ka ndak?"
Aku rasa air mata aku mengalir deras. Hahahha...aku tipu! Sweet je abang aku ni!
"Bah, Original. Baiknya kau bang!"
"Memanglah, aku kan Abang Sayang! Ingat adik ok!"
Hahahaha..sumpah aku terharu dengan abang aku. Jumaat ni pun dia datang nak ambik Lyeen dengan adik Lyeen kat UIA tu balik Karak. Wal hal kami ada jer kuliah Jumaat tu...Kami tahu dia RINDU sebenarnya, Tapi dia takmau cakap...Budak lelaki memang macam tu kan..Hahahahaha:p
P/S: Sumpah, ada abang ni kadang-kadang stress bila dia marah-marah aku rasa macam nak siram jer dia pakai air panas! Kejam dak aku...T_T....Tapi, aku tahu dia marah-marah pun dalam hati dia ada taman super duper cun! Untungkan ada ABANG? Siapa takdak abang sila mintak dengan mak sekarang!