Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2013

Cerita Cuti Saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes Orange..:)

Alhamdullilah, hari ni Lyeen menaip lagi dengan penuh rasa kasih dan sayang. Lyeen baru je selesai packing barang yang nak bawa balik KL esok. Kuliah akan start on Monday. Maka, Lyeen berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan semua perkara-perkara yang tertangguh. Alhamdullilah, semoga semuanya berjalan dengan baik. Sepanjang cuti seminggu ni Lyeen tak pernah nak duduk diam dalam rumah. Asyik nak berjalan jer la kerja. Dah abang Lyeen kaki melancong. Semua tempat dia nak pergi.


Betapa perempuan melayu terakhirnya aku bila nak pergi kenduri kahwin.HAHA. Sehari selepas sampai Karak, Abang Lyeen ajak pergi kenduri kahwin kawan dia.  Biasalah cuti, orang memang suka nak kahwin-kahwin. Hanya Lyeen yang tak kahwin-kahwin. Tapi, Lyeen cuba nak ambil aura orang-orang kahwin ni..:) Sweet sikit. HAHA!


Hari ketiga. Pergi Bentong pulak. Time ni siap-siap nak pergi rumah mak mertua Abang Lyeen. Time ni jugak kan ada orang tu beli handphone baru. Android gitu! Bila dia dapat jer handphone tu terus jer online tak kira masa dan ketika. HAHA. Adik Lyeen lah. Dia kena taja dengan Abang Adi beli handphone baru. Lyeen buat muka suci jer sebab handphone yang sekarang pun okay lagi. Selagi boleh mesej dengan buah hati. Selagi tu boleh pakai. Buah hati? Eh..? HAHA.


Hari keempat pergi Lentang. Dengan muka iras-iras Awie dalam Filem Hantu Kak Limah 2 tu. HAHA. Tujuan asal nak mandi sungai. Tapi, terpaksa gigit jari bila beg pakaian tinggal dekat kerusi kat beranda rumah. Tak kau menagis darah tengok orang lain happy jer mandi, main siram-siram air. Yang Lyeen dan adik duduk atas tikar sambil baling-baling batu dalam air sungai. Sesekali bila jealous kat diorang. Baling batu tu kat kaki diorang kejap! Ish....Tak merasa mandi air sungai..T_T


Esok pagi yakni hari keempat. Keparahan hati yang luka berdarah sebab tak dapat mandi air sungai terbalas bila Abang Lyeen ajak pergi Gambang Waterpark, Kuantan. HAHA. Bahagia! Mandi sampai puas macam tak mandi 20 tahun lagaknya aku. Boooooo..!HAHA. Jom baca entry tu kat SINI.

Bila hari kelima. Semua pakat duk rumah. Sebab Abang Lyeen demam. HAHA. Jawabnya aku juga yang terpaksa urut kepala dia. Untunglah. Sepatutnya Lyeen balik KL pun hari ni. Tapi, disebabkan beliau sakit terpaksalah Lyeen tangguhkan nak balik KL. Balik esok jerlah!  See, betapa banyaknya aktiviti sepanjang cuti ni kan? Kenyang Lyeen makan angin. Sampai terlebih-lebih angin. HAHA.

NOTA PINK: Perasan tak dari gambar first hingga yang last. Tudung yang Lyeen pakai adalah tudung yang sama. HAHA. Sebab kan balik Karak hari tu naik bas. So, tak bawa banyak barang. Tudung pun pakai yang tu jer. HAHA. U olls jangan tiru aksi wanita yang serba malas ini. Dengan bahasa yang nak cover.."Lyeen suka guna tudung bawal ni. Selesa!"..HAHA. Walhal, takdak bawa tudung lain.

Aktiviti sampingan Lyeen?


Jual TUDUNG BAWAL ROSES. Siapa nak beli? PM cepat sementara stok masih ada..HAHA.Jadi tauke tudung kejap. 


Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 23 Disember 2012

Siap sedia balik KL..!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Badam Bakar.

Alhamdullilah, Lyeen manaip lagi. Alhamdullilah juga sebab Lyeen dah mula menaip guna jari telunjuk yang hampir puntung itu. HAHA. Tak sakit dah, tapi masih still huduh. Ulang. Huduh! Aku mohon jangan ada someone yang datang pinang aku dalam tempoh setahun dua ni. Sebab, jari aku masih huduh! Aku taknak bakal mak mertua aku cuak! HAHA.

Bila Lyeen kira-kira, sembilan hari jer lagi Lyeen akan balik semula ke KL. Cuti dah nak habis! Uwaaaaaa! Sembilan hari lagi, Lyeen akan mengusung bagasi seberat 20kg ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah untuk terbang menggunakan kapal milik Malaysia Airlines! Aku dijangka tiba di KLIA pukul 8 malam! Dan sampai sekarang aku tak tahu siapa nak jemput aku kat KLIA! Sedih.. 

Lyeen guna Tudung Bawal Roses from Qoma Boutique
Pagi tadi, Lyeen pergi ke bandar Tawau untuk beli sepasang kasut kuliah! Disebabkan, aku tergolong dalam kalangan manusia yang lewat sampai IPG nanti maka tak sempatlah aku nak beli kasut kat Mid Valley tu. Tak sempat! So, Lyeen ambil langkah bijak untuk beli siap-siap kat sini. Sampai IPG boleh senang-lenang tidur!HAHA. Tak cukup dengan tu, Lyeen dah siap tanya tailor untuk jahit tiga pasang baju untuk aku. Sebab Lyeen tahu bahawasnya baju kurung yang lama dah tak boleh nak masuk! Semua ni salah mak Lyeen sebab paksa Lyeen makan banyak-banyak. Tu sebab dah membiak dengan pantas segala macam vitamin dalam badan aku!

Tahun depan, Lyeen dah masuk Semester 3. Tiga tahu lagi u olls Lyeen nak habis study. Lamanya...Tahun depan kena siap sedia dengan Bina Insan Guru yang lebih ekstrem ni. Subjek pun kena pulun habis. Sehh! Aku bajet saja nak semangat. Walhal, akulah student paling malas. HAHA. Lyeen malas pun still cool. Ahaks! Kan dah kata, azam tahun depan bunyi macam ni..

" Senyumlah, semoga hari ini adalah hari yang paling manis semanis coklat cair diatas cupcakes"

HAHA. Whatever sungguh azam aku. Apapun, azam yang kita buat kenalah dengan usaha. Okay? Jangan extra part azam jer. Part usaha semua down. Jom jadi orang paling cool! Esok, Lyeen nak prepare makanan pulak untuk bawa balik KL. Contohnya, Amplang, Kuih Cincin, Kuih Bangkit, Ikan Bilis, Udang Kering dan semestinya Sambal Belacan. Kalau u oll tanya, "Hoi, Lyeen..kau ingat KL takdak ka semua tu?"..Jawapan Lyeen, " Ada. Tapi tak sama. Ok bai!"..Part ni aku jawab sambil buat muka cool. HAHA. Whatever sungguh!


Dah penat round bandar Tawau. Kena belanja pula makan Mee Basah Seafood. Untungkan jadi orang cool? HAHA. Thanks untuk Tuak Lang aka Mak Cik yang paling sweet dialam semesta! Ahaks! Tu sebab aku semakin sihat sekarang {bukti aku sihat}. Dengan mak Lyeen lagi yang tiap minit pastikan aku makan. Bahagianya......!  Nak buat surat permohonan kat Pengarah IPG untuk bawa mak tinggal hostel boleh tak?HAHA. Boleh kalau kau nak kena sebat enam puluh belas ratus kali Lyeen!
Nota pink: Nak siap semua benda sebelum balik KL. Taknak tinggal apa-apa. So, kena prepare awal-awal. Siapa yang dah habis cuti tu. Silalah kemas barang ok! Jom, study balik! Udah-udahlah cuti tu.HAHA. Dengar-dengar elaun guru pelatih bertambah tahun depan. Harpa-haraplah! Amiin....amiin..amiiin....:)
Ok bai. Assalamualaikum.

Selasa, 8 Mei 2012

Mak Cik dari Indonesia tegur aku!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh..
Salam Study Week dan Salam 1 Bloggers..:)

Hari ni Lyeen takdak kuliah sebab minggu ni merupakan study week untuk kami dan non stop entry bagi Lyeen!
Haiippp! Tak semestinya Lyeen blogging Lyeen lupa pada buku-buku aku yang bertimbun minta dibaca tu..:)
Bila masuk exam week memang sibuk dna tak dapat keluar ke sana dan ke mari even makan pun, makan jer la kat kafe kan? Kafe tak jauh beribu batu pun. 20 langkah cukup kot!


Dua minggu lalu Lyeen pergi The Mines untuk melepaskan tekanan jiwa dan raga yang bersarang dalam kepala otak! Sebab dah lama tak keluar, maka Lyeen jalan-jalan sampai penat sebab tahu minggu ni dah study week dan kenalah study! Hari tu pegi The Mines dengan En.PC, dan motif keluar hari tu hanya untuk menyelesaikan masalah yang tak selesai..Sebab kan..hobi aku memang suka cari pasal dengan dak Khalim tu..Hahhahaha..suka hati aku membudakkan dia..! 


Lyeen tak tahu kenapa setiap gambar akan menunjukkan bahawasanya aku suka mencekik walaupun hakikatnya aku bukanlah golongan yang suka mencekik. Apapun, The Mines memang tempat yang sangat best nak pergi, benda paling Lyeen suka bila part ikan-ikan dalam tasik/kolam/sungai melompat-lompat dan berebut-rebut nak makan makanan yang aku baling..Baling? Kejam T_T
Sesekali sekuriti kat situ ketuk kepala aku sebab terlalu excited tengok ikan! HAHAHAHHA


Masa duduk kat rumput-rumput ni sambil memerhati keindahan alam, tengok sekumpulan mak cik-mak cik dari Indonesia tu rendam-rendam kaki kat air tu, seram jugak aku tengok. Nanti tiba-tiba ada buaya! Sebelum makan tadi, terserempak Mak cik-mak cik tu dalam tandas..First mak cik-makcik tu tengok-tengok...Nak cari pasal ke? HAhhahahaha

Mak cik A : Kamu kerja di sini?
Lyeen : Tak lah..jalan-jalan je kat sini..:)
Mak cik B : Disini, tempatnya enak banget ya nak?
Lyeen : Yah. Mak Cik datangnya dari mana yah?
Mak Cik A : Aku dari Bandung, mampir ke Malaysia mau jalan-jalan sama teman aku.
*Serius time ni aku teruja sebab dapat mempraktikkan bahasa indon yang aku belajar dari cerita sinetron dulu*
Lyeen: Oh...
Mak Cik B : Orang Malaysia orangnya cantik banget ya! Tudung kamu juga lain.
*Sekali lagi aku teruja..Hahaha.."
Lyeen : Terima kasih banget, biasa aja :)
Mak Cik tadi terus jer betul-betulkan tudungnya, tima tu Lyeen rasa dorang baru beli tudung bawal printed tu,  dengan barang-barang di tangan kiri dan kanan..Sakan dorang belanja..
Lepas je kawan mak cik sorang tu keluar dorang terus keluar dari tandas dengan senyuman manis.:) 

Bila aku cerita dengan En.PC, dia buat muka blurrr...jealous lew tew..Hahhaha:p


Hakikatnya, Lyeen bangga menjadi anak Malaysia..:)
Sangat teruja dengan keindahan alam dan kedamaian air ni.:)
Sangat tenang hingga aku lupa niatku
 untuk cari pasal dengan En.PC..hahahaa:)
Lepas dah penat tengok ikan-ikan kat luar, kami masuk balik kat dalam mall pegi tengok The Avangers yang memang best lah! Sumpah aku tak bosan tengok!
^_^

p/s : Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung,,:)
Saya bangga menjadi anak Malaysia..:)
Dan Lyeen teruja menjadi Blogger Malaysia..Hakhakhakhak..:p

Nota kaki: Gambar En.PC takdak sebab dia taknak aku masukkan gambar dia.! HAHAHA:p
mengedik!

Ahad, 15 April 2012

Aku ketagih lagi!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Malam dan Salam 5 biji Apam Polkadot!

Aku Ketagih! Ketagih! Ketagih!
Tolong akuuuuuuuuuu!


Ni DP aku sekarang kat FB : Bukti sah aku ketagih!














Itu aje..saja nak bagi u all ketagih macam aku...!
Ni bukan cupcake sokey..Ni Cupapam polkadot..HAHAHAH..suka hati engkau memberi pengenalan diri untuk kuih ini Lyeen!

Tapi, kalau u all teringin nak membelinya...boleh order kat sini 

Insyaallah, cuti sem bulan hadapan akan aku manfaatkan sebaik-baiknya dengan menuntut ilmu sampai bijak bestari a.k.a champion dalam memasak kuih comel ini..HAHAHHA..lepas ni bolehlah Lyeen bagi Apam Polkadot ni kat blog u all..Taklah Lyeen bankrupt hari-hari hantar cupcakes..Cupcakes mahal kan..kan..kan..HAHAH:)

Ok, sekian..Lyeen ada perhimpunan pagi kat kampus esok jadi kena tido awal okey?
Babaiiiiiiii..:)

p/s: Sila terliur, tergoda,terghairah, terpesona, terketagih dan segala 'ter' bila u all tengok gambar di atas tu..:) Kalau nak pi tempah sendiri! Tapi, sah-sahlah mahal....Benda sedap!

Ahad, 8 April 2012

Betulkah The Mines bertukar jadi KLCC?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Selamat malam dan salam comel-comel meriah hikhikhik..:)
Apa ke cara kau bagi salam ni Lyeen? Kau fikirlah sendiri cara apa...

Okey, seperti yang dijanjikan...Akan tibalah masanya aku mengupdate cerita time aku pergi menghabiskan masa dengan si En.PC hari Jumaat tadi..:) Kau ada? Ada? Bagus,...hahahhaha
Begini ceritanya, Lyeen tak tahu bilalah masanya En.PC dapat menunaikan impian aku untuk pergi ke The Mines itu..T_T

Disebabkan, hari Sabtu aku ganti Khairul Fahmi main bola sepak tu..hakhakhak...dan hari Ahad tadi ni aku jadi ahli gotong-royong membasmi Aedes...Cakk! Luhur tak hati aku?Hahahhaa..
Maka, hari Jumaat tadi En.PC menemaniku ke KLCC untuk mengantikan suasana riang ria di The Mines..Sila simpati dengan aku..T_T


*Belakang En.PC ada hantu..?HAAAH, bukanlah, tu amoi yang tengah tunggu bf dia sambil mesej-mesej...Kau percaya? Bagus..!


Sweet tak aku candid?Hhahahaa....Silalah lempang kenyataan ini..:p


Gambar ni lah jadik profile picture Lyeen kat pages Lyeen..hakhak..:)


First time dalam hidup aku try jadik mulut itik..Sila hina!Kueekkk, kueeeekkkk, kueeekkk!


Aku bosan tunggu movie yang lambat sangat!
Jadi, aku suruh En.PC layan hobi aku yakni tangkap gambar sampai penat ^_*


Ya, dia En.PC yang jual PC :p
Beli 3 percuma 5 :)
Tak kau bankrup!





Siapa nak aku edit gambar?
Murah je, satu kali edit RM 50 hengget top up!
Tak kau cekik darah!
Takpa, aku cekik darah kotor je, tak yah suruh lintah buat bagai..hahahahha!

p/s: Siapa suka pegi KLCC angkat tangan! Aku tak suka! Aku suka The Mines!!!

Sabtu, 7 April 2012

Famous Amos tersedap!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam sejahtera dan salam wanita sedunia..:)

Hakhakhak..apa kau Lyeen salam wanita bagai? Hikhik, hari ni kat kampus Lyeen sambut Hari Wanita u all...Jemputlah datang eh.hehehe:) Sangat dialu-alukan...
Walaupun, hakikatnya Lyeen sangat-sangat letih sebab semalam pegi menjelajah ke KLCC..*kau ada! Hakahaka! sila menyampah dengan statement ini!
Baiklah, kembali kepada niat asal entry ini di taip....


Aku yakin dan pasti kau dah kenal dengan benda alah ni kan? Hehhehe...yuhuuuu...cookies tersedap & terlazat di alam semesta...*dan termahal jugak!
Hahahhaha...serius, memang sedap kan?kan?kan?kan? Tapi, kering jugaklah poket engkau kalau tiap minggu mengidam benda ni..hahahaha


Then, semalam dengan penuh rendah dirinya En.PC menyedekahkan biskut ini kepadaku..hahahaa..Thanx En.PC, walaupun pada mulanya dia nak berleter jugakkan, takut migrain la..hapa la...hehehhee...Tapi, alhamdullilah, berkat kesabaranku, aku dapat jugak biskut ni secara percuma..hahaha..Kejam tak aku? 
Sampai sekarang ada lagi kat atas meja..hahahaha, nak makan sedikit demi sedikt...T_T
sedih tak sedih macam tu..hahahahha...

Baiklah, bila u all free bolehlah ke mana-mana sahaja cawangan Famous Amos yang ada, maka jangan beli banyak-banyak cukup 100 gm je..okey.:) Sweet gitu..:)
Ok, bye, doakan kejayaan Lyeen dan kawan-kawan menentang lecturer IPG KBM ini dalam pertandingan "Fancy Football.."
sekali lagi..*kau ada?

Ok, bye..Assalamualaikum

P/S: Selamat hari wanita:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...