Memaparkan catatan dengan label Bawal Roses. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bawal Roses. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

HARGA PROMOSI DISKAUN 20% TUDUNG BAWAL ROSES

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes!
Lamanya Lyeen tak update blog. Tak apalah kan? Orang busy macam aku memang selalu ponteng update blog. Bhahahha. Entry kali ni pun nak paksa u olls beli Tudung Bawal Roses yang murah dan cantik ni. Jomlah beli. Beli banyak-banyak Lyeen beri harga super special!

SEMUA HARGA HANYA RM 48.00 dan hanya tambah RM 2.00 untuk pos ke seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan bolehlah ke FP Lyeen yer. Kat sini https://www.facebook.com/pages/Cik-Lyeen-Blogspot-Com/150027825070094. Boleh kita kenal-kenal. Bhahaha.:p

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 10 Jun 2013

Pre Order Tudung Roses Terbaharu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Tudung Roses.
Buat semua penggemar Tudung Bawal Roses. Semestinya anda ingin bergaya di hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. So, untuk kesekian kalinya Lyeen update fashion Tudung Roses terbaharu untuk Tahun 2013 ini. Dengan warna yang lebih menarik dan cantik. Anda hanya pilih mengikut kod yang telah Lyeen tetapkan kemudian nyatakan anda nak jenis tudung yang bagaimana. Shawl, Syria ataupun Bawal. Semuanya pilihan anda.. Kali ini style roses lebih lawa dan lebih ekstra. Cantik!
Ini contoh untuk Tudung Bawal sebab Lyeen memang suka Tudung Bawal. 
Shawl yang macam Irene pakai ni.
So, Jum cikedout warna-warna yang available okay.
KOD 01
GREY + PINK
KOD 02
GREY + RED
KOD 03
BLUE TURQOISE + BLACK
KOD 04
YELLOW + PINK
KOD 05
SOFT PINK + FUNCHIA
KOD 06
APRIKOT COLOUR
KOD 07
DARK PURPLE + SOFT PURPLE
KOD 08
BLUE TORQOISE
KOD 09
SOFT PINK  + YELLOW
KOD 10
PEACH + DARK PEACH
KOD 11
YELLOW + BLUE
KOD 12
PINK + BLUE
KOD 13
SOFT ORANGE
KOD 14
SOFT ORANGE + BROWN
KOD 15
DUSTY PINK
KOD 16
GREEN APPLE + DUSTY PINK
KOD 17
DUSTY PINK + GREEN APPLE
KOD 18
PEACH
KOD 19
ORANGE + SOFT ORANGE
KOD 20
FUNCHIA PINK + BLUE
Done. Kesemuanya ada 20 warna yang available untuk tahun ini. Giliran anda untuk membuat pilihan. Pre order ini berlangsung selama 15 hari sahaja.Kerana terdapat proses pengahantaran kepada tailor kami. Order akan dibuka SEKARANG hingga 29 Jun 2013 dan bayaran melalui CIMB Bank. Harga? Semuanya murah-murah dan berbaloi-baloi.
Shawl: RM 45.00
Syria : RM 50.00
Bawal: RM 49.00
Harga yang dipamerkan tidak termasuk kos penghantaran. kos penghantaran adalah RM 6.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 9.00 untuk Sabah & Sarawak. Anda berkenan? PM Lyeen butiran seperti berikut:
Nama penuh:
Alamat:
Nombor Telefon:
Kod Warna:
Jenis Tudung: Shawl/Syria/Bawal
Sumbit kepada Lyeen melalui:
E-mail: dewi_syifa@rocketmail.com
Facebook: Cik Lyeen

Jadikan hari raya anda lebih menawan dengan roses 3D ini. 
Assalamualaikum!

Isnin, 1 April 2013

Kain Baju Terkini 2013 : Kain Baju Roses Syifa

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut.

Hye u olls. Tak lama lagi raya kan? U olls dah ada kain baju nak buat raya? Takpun yang nak bertunang, bernikah takpun nak sanding. Tengah cari kelainan untuk tahun ni. Boleh beli kain roses ni. Jadi tema Baju Pengantin Terbaru  dalam tahun 2013 ni. Mesti unik. Lain dari yang lain.


Kain Roses Syifa

Super duper cantik. Boleh buat baju nikah. Siap pakai shawl sakura. So sweet!


Tema hitam putih jarang orang buat. tapi, sekali buat. Fuhhh! Elegen kau jahhh!


Material kain : Satin Silk
Saiz : 3.5 m x 1.5 m
Harga : RM 130 include postage


Nak tengok lebih banyak corak dan warna yang cantik. KLIK SINI!..

Berminat?
Boleh PM Lyeen kat SINI. Anda adalah orang paling sweet kalau pakai roses-roses. Dan melatih diri untuk lebih rajin sebab basuh kain guna tangan. Kan sihat tu..Ahaks!

Ok bai. Assalamualaikum.


Jumaat, 15 Februari 2013

Cerita Cuti Saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes Orange..:)

Alhamdullilah, hari ni Lyeen menaip lagi dengan penuh rasa kasih dan sayang. Lyeen baru je selesai packing barang yang nak bawa balik KL esok. Kuliah akan start on Monday. Maka, Lyeen berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan semua perkara-perkara yang tertangguh. Alhamdullilah, semoga semuanya berjalan dengan baik. Sepanjang cuti seminggu ni Lyeen tak pernah nak duduk diam dalam rumah. Asyik nak berjalan jer la kerja. Dah abang Lyeen kaki melancong. Semua tempat dia nak pergi.


Betapa perempuan melayu terakhirnya aku bila nak pergi kenduri kahwin.HAHA. Sehari selepas sampai Karak, Abang Lyeen ajak pergi kenduri kahwin kawan dia.  Biasalah cuti, orang memang suka nak kahwin-kahwin. Hanya Lyeen yang tak kahwin-kahwin. Tapi, Lyeen cuba nak ambil aura orang-orang kahwin ni..:) Sweet sikit. HAHA!


Hari ketiga. Pergi Bentong pulak. Time ni siap-siap nak pergi rumah mak mertua Abang Lyeen. Time ni jugak kan ada orang tu beli handphone baru. Android gitu! Bila dia dapat jer handphone tu terus jer online tak kira masa dan ketika. HAHA. Adik Lyeen lah. Dia kena taja dengan Abang Adi beli handphone baru. Lyeen buat muka suci jer sebab handphone yang sekarang pun okay lagi. Selagi boleh mesej dengan buah hati. Selagi tu boleh pakai. Buah hati? Eh..? HAHA.


Hari keempat pergi Lentang. Dengan muka iras-iras Awie dalam Filem Hantu Kak Limah 2 tu. HAHA. Tujuan asal nak mandi sungai. Tapi, terpaksa gigit jari bila beg pakaian tinggal dekat kerusi kat beranda rumah. Tak kau menagis darah tengok orang lain happy jer mandi, main siram-siram air. Yang Lyeen dan adik duduk atas tikar sambil baling-baling batu dalam air sungai. Sesekali bila jealous kat diorang. Baling batu tu kat kaki diorang kejap! Ish....Tak merasa mandi air sungai..T_T


Esok pagi yakni hari keempat. Keparahan hati yang luka berdarah sebab tak dapat mandi air sungai terbalas bila Abang Lyeen ajak pergi Gambang Waterpark, Kuantan. HAHA. Bahagia! Mandi sampai puas macam tak mandi 20 tahun lagaknya aku. Boooooo..!HAHA. Jom baca entry tu kat SINI.

Bila hari kelima. Semua pakat duk rumah. Sebab Abang Lyeen demam. HAHA. Jawabnya aku juga yang terpaksa urut kepala dia. Untunglah. Sepatutnya Lyeen balik KL pun hari ni. Tapi, disebabkan beliau sakit terpaksalah Lyeen tangguhkan nak balik KL. Balik esok jerlah!  See, betapa banyaknya aktiviti sepanjang cuti ni kan? Kenyang Lyeen makan angin. Sampai terlebih-lebih angin. HAHA.

NOTA PINK: Perasan tak dari gambar first hingga yang last. Tudung yang Lyeen pakai adalah tudung yang sama. HAHA. Sebab kan balik Karak hari tu naik bas. So, tak bawa banyak barang. Tudung pun pakai yang tu jer. HAHA. U olls jangan tiru aksi wanita yang serba malas ini. Dengan bahasa yang nak cover.."Lyeen suka guna tudung bawal ni. Selesa!"..HAHA. Walhal, takdak bawa tudung lain.

Aktiviti sampingan Lyeen?


Jual TUDUNG BAWAL ROSES. Siapa nak beli? PM cepat sementara stok masih ada..HAHA.Jadi tauke tudung kejap. 


Ok bai. Assalamualaikum.


Isnin, 21 Januari 2013

Study pasal otot!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Vanilla.

Alhamdullilah, Lyeen taip entry ni sebaik sahaja kuliah Anatomi dan Fisologi dah selesai. Dua jam u olls. Hari ni Lyeen study pasal otot. Suka sangat study benda alah ni. Belajar pasal macamana nak kembangkan otot. Yuhuu! Tapi, part yang tak suka bila semua pakat-pakat tengok Lyeen bila part Encik Bai kata.." Lainlah kalau dulu kurus tiba-tiba lepas cuti mengembang sana-sini". Lepastu aku cuba buat dunno jer bila semua classmates  tengok aku sambil sneyum sinis! Ada aku kesah! HAHA.


Stay kejap kat kelas untuk habiskan tugasan amali. Lyeen dangan Floe jer stay kat kelas. Classmates yang lain dah blah. Mereka memang macam tu, habis kelas jer terus nak balik. Nak tidur lew tew! HAHA. Padahal aku pun baru hari ni ada nafsu nak stay kat kelas. Sebab kan, bila sampai jer bilik sure Lyeen akan tidur. Lepastu bila bangun pulak sambung melantak makanan. Apa tak kau berotot-otot. Takpa. Lecturer kata tadi orang berotot ni boleh buat duit. Kotlah Lyeen pun boleh buat duit? HAHA

Hari ni juga semua sibuk pasal elaun dah masuk akaun. Semua excaited jer kan. Last-last cek balance akaun. Takdak pun masuk RM3800 tu. So, balik bilik dengan muka macam kena tampar syaitan 33 kali tanpa henti. HAHA. Apapun, okay juga elaun lambat masuk. Sebab takdak lah nak mengedik belanja sakan sana-sini kan? Tapi, masalahnya bila ada benda penting nak bayar. Kat situlah u olls akan rasa macam nak paksa mesin ATM keluarkan duit saat tu jugak!


Mohon jangan ikut sangat habit macam ni. Tak elok. Sebab memory lappy boleh full. Terpaksa tambah RAM. Macam laptop Lyeen. Sekarang terpaksa merendahkan egoisme seorang kakak sebab pujuk adik Lyeen pinjamkan lapotop dia barang sebulan dua. Eh? HAHA. Lyeen pujuk abang Lyeen untuk bagi kos sara hidup untuk beli lappy VAIO. Tapi, tak dapat . Yang dapat air liur merenjis-renjis sebab kena bebel dari pukul 6.10 pm hingga 6.55 pm. Padan muka aku!

Apa yang penting sekarang, Lyeen kena fokus dengan tujuan. Pentingkan yang penting jer dulu. Kena list kan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan. Seh! Ayat nak sedapkan hati sebab takdapat lappy VAIO! Takpa, simpan duit dulu. Lagi-lagi kena prepare nak kahwin ni. Ahaks! Mohon u olls promotelah tudung-tudung yang Lyeen jual tu. Adalah kos sara hidup Lyeen buat seminggu dua. Ye dak? HAHA.

NOTA PINK: Dalam hidup yang semakin canggih ni kita tak boleh dah duk goyang kaki. Semua kena cepat kalau tak makan pasir la u olls. So, jum sama-sama majukan diri. Tambah otot! Ok bai. Semoga kita diberi kesenangan dan dipermudahkan untuk melakukan kebaikan. Insyaallah.

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 20 Januari 2013

Tudung Bawal Roses Terkini!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes blueberry.

Siapa peminat Tudung Bawal? Siapa suka roses? So, hari ni Lyeen bawa u olls semua untuk cuci mata tengok Tudung Bawal Terkini 2013. Yang dijamin harga mampu milik. Seh! Macam nak jual kereta pun ada. HAHA.

PRA ORDER AKAN BERLANGSUNG DARI SEKARANG SEHINGGA 1 FEBUARI 2013. PEMBAYARAN HANYA AKAN DILAKUKAN BILA ORDER ANDA TELAH SAMPAI.


Tudung Bawal Blossom 3D 
RM 55.00


Tudung Bawal Roses Rosette Jarang
RM 48.00


Tudung Bawal Roses Rosette Rapat
RM 58.00


Shawl Half Moon Rosette
RM 55.00

Brooch Roses pun ada juga..:)


Brooch Roses
RM 5.00/ 4 pcs

Kalau u oll kurang berkenan dengan warna-warna yang ada kat pre-order tu. U olls boleh pilih colour yang u olls suka tu sendiri berdasarkan colour chart yang ada.


U olls hanya isi form macam ni:
♥ WARNA TUDUNG : KOD 
♥ WARNA ROSES : KOD
♥ JENIS ROSES : ROSETTE ATAU BLOSSOM
♥ JENIS TUDUNG : BAWAL ATAU HALFMOON
♥ SUSUNAN ROSES : RAPAT/JARANG

Ramai yang tanya apa beza roses ROSETTE dengan BLOSSOM. So, Lyeen akan tunjukkan beza kedua-duanya.


Ni beza dia. Blossom lebih besar dan Rossette kecik sikit.
PM Lyeen kat pages untuk sebarang pertanyaan ok.


KONSEP PRE ORDER SAYA
♥ Anda order item yang anda suka.
♥ Lyeen akan order untuk anda.
♥ Order akan sampai seminggu selepas pre order ditutup (bergantung pd jumlah order)
♥ Bila item sampai Lyeen akan maklumkan.
♥ Anda buat pembayaran dan anda akan terima item anda.
♥ Mudahkan.

Ok bai. Assalamualaikum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...