Selasa, 10 April 2012

Hidupku hanya ada jam dan loceng!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat malam, selamat sejahtera dan salam gula-gula perasa oren..
Sweet tak salam Lyeen? Sweet..kan..kan..kan..:)

Semalam, yakni 9 April 2012...Lyeen telah ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa untuk majlis gilang-gemilang di Jalan Duta itu yakni Pertandingan Pidato Antara Insititut Pendidikan Guru Piala Menteri Pelajaran 2012 yang diadakan di Insititut Integriti, Jalan Duta.


Okey, Lyeen dibawah Jawatankuasa Pengacaraan Majlis yang diketuai oleh Abang Paizal yang sangat baik dan pemurah dalam memberi ilmu..:) Dan, dia jugalah Johan Pertandingan Pidato Integriti 2011 tahun lalu..:) Bertuah kan Lyeen dapat berkerjasama dengan Abg Paizal...Yes!! Lyeen dapat rasa, dia memang ada aura orang bijak pandai..sangat segan dengan dia..Sama juga dengan Kak Mira yang sangat comel dan baik itu..:)
Mereka berdua senior Lyeen..:)


Untuk pusingan Pidato Teks, Lyeen jadi penjaga masa dan Kak Mira jadi pengerusi masa tu..:)
Sweet dak kami, walaupun tak sama ton warna tu, tapi still oren macam gula-gula..:) Tapi, Kak Mira bagi gula-gula yang manis sikit..:)
*Bukan aku takmaw tengok kamera okey! Tapi aku tak tahu gambar ni diambil....simpatilah dengan aku!
Dan time ni aku tak sure aku senyum kat siapa? Hahahhaha


* Yang ni pusingan kedua dah, Pidato Spontan..:) Dengan Shahrul...Masa pidato sponton yang first Lyeen yang jadi pengacara ganti Kak Mira..:) 

Dan, Shahrul ni pulak manusia yang salah tema..:p
Sebenarnya, kami ada 3 group, Group A,B & C...Group Lyeen, Kak Mira dan Shahrul kami plan nak guna tema oren-oren..:)
manakala, group Abg Paizal dan Mash (roomate aku) guna tema Hijau dan group Jessica dan Abg Hakim guna tema ungu..:)
Tapi, si Shahrul ni salah tema, dia pegi guna tema hiaju, tu pasal jadik tak sedondon..hahahahha..Tapi, serius Shahrul ni memang ada bakat dan sangat kagum dengan dia! Dia Sabahan juga ok! Dan sudah berpunya! Hahahhaha


Mereka ialah barisan hakim yang arif lagi bijaksana..:)
Ketua hakim yang kat tengah tu dari UIA, yang sebelah kiri dia dari DBP dan yang hujung sekali tu dari IIM sendiri..:)

Mereka sangat sporting dan peramah..:)
Apapun, serius aku memang penat pegang jam tu...tiap 6 dan 7 minit aku kena "TINGGGGGGGG!!!" 
Hingga..kan...kan..kan...ada seorang penonton tu perli aku..hahahhha, dia ajuk gaya aku pegi "TINGGGGGG" kan loceng tu..:) sweet kot! Hahahahhaa:)

Opss...ha..lupa nak bagitahu pemenang pidato..:)

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PIALA MENTERI PELAJARAN..
TEMPAT PERTAMA : Mohd Rafee bin Mohamad (IPGK Teknik)
TEMPAT KEDUA : Mohd Syafiq bin A.Ghani (IPGK Perlis)
TEMPAT KETIGA : Mohd Fikri bin Mat Arit (IPGK Pend Islam)

Okey, tu je kot...pengalaman mendewasakan kita..:) hikhikhik..:)
Ok, bye..esok Lyeen nak gi dating dengan sorang blogger famous..:)
Sila jealous..:)

p/s: Sejak aku jadi penjaga masa aku semakin menghargai masa..kau percaya tak?

2 000 Makan Cupcakes!:

Messrs Faridzhuan Firdaus berkata...

wah.....dulu farid ekot pidato sekali je.. huhu

Unknown berkata...

yer ke?bestnya....caya la..boleh ikut lagi nnt..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...