Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat petang dan salam cupcakes raspeberry..:)
Rasanya dah lama, Lyeen tak update entry dengan cerita-cerita yang memberikan pengajaran dalam hidup kan..kan..kan..#kau rasa entry kau selama ni memberi pengajaran ke Lyeen? Ntah!!..T_T
..Tapi, hari ni aku insaf dan akan menceritakan sedikit pengalaman aku supaya anda boleh berjaga-jaga...
"Time aku asyik main bowling, boyfriend aku kata "Balik sekarang!"..Dalam hati aku tertanya-tanya, apa celop beb nak balik awal? Aku baru nak main, namun disebabkan mata boyfriend aku tengah menyala-nyala macam lampu traffic, maka aku balik.. Aku memohonlah teksi kat depan Mid Valley tu untuk menghantar aku balik ke rumah..."
" Tiba di rumah, aku jadi terkejut pluss-pluss! "Pak cik, saya tak nak turun, hantar saya ke tempat tadi!"
Aku memandang ke luar tingkap teksi..Orang gila, orang kurang siuman, orang tak betul? Aku tak tahu nak gelar apa manusia itu! Yang aku tahu semua kawan-kawan aku takut kat dia..Seba dia merbahaya!..Maka pak cik teksi pun jalan...menuju ke Mid Valley semula.."
"Time aku nak ambil purse aku yang nyata tebal dengan kepingan duit kertas bernilai RM 50.00 sebanyak 6 helai! Haktuuiiihhhhh..Yang ni aku tipu! Hahhaha..:) Takdak berhelai-helai sangat okey!
Tiba-tiba pak cik teksi tu tengking aku! "Bagi dompet kau sekarang!Cepat!"..Aku yang tadi control ayu depan pak cik tu, kotlah dia ada anak lelaki sebijik macam Aaron Aziz kan..Terus jadi takut? Hah! Apa ni? Ya Allah, selamatkan aku..aku tak henti-henti berdoa..Janganlah sesuatu yang buruk berlaku.."
"Aku cuba bertahan, namun Pak cik teksi tu tetap memaksa aku, dia menarik purse aku dan menggigit tangan kanan aku..Aku menangis dan merayu minta dia lepaskan, namun aku gagal! Tiba-tiba, teksi yang dipandunya bertembung dnegan sebuah lori dan teksi yang kami naiki itu tersadai di tepi jalan..Aku cuba keluar dari teksi tersebut dan masuk ke dalam sebuah klinik swasta rasanya...Aku berlari dengan air mata dipipi dan darah tidak henti-henti mengalir dari tangan kananku..Terasa amat pedih sekali! Lagi-lagi bila gigi palsu pak cik teksi tu melekat dan tertinggal di kulit tanganku! Geli ok! (yang ni aku tipu! kau jangan percaya!)"
"Sebelum sampai di klinik, aku terdengar pak cik itu bertelefon.."Dia dah lari tuan..nak saya kejar atau biarkan sahaja? Iya? Baik tuan!"...Tidak lama kemudian, pak cik teksi itu pergi dari situ..Aku keluar dari belakang pintu klinik tadi..Tiba-tiba, ada dua manusia datang menarik tanganku yang berdarah, bdanku terumbang ambing...aku menjerit minta dilepaskan...Namun, semakin ramai yang datang menarik tanganku..dan saat itu juga aku melihat di papan tanda klinik tersebut.."Klinik Rawatan Sakit Jiwa Bangsar"....
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!"
..Dan, aku terjerit kecil dari mimpiku yang sangat aneh! Aku terduduk...Beristigfar,berselawat,berdoa dan memohon semoa semua itu hanya mainan tidur semata..Dan mulai detik itu aku terus tidak mampu untuk menutup mata aku semula!...Aku jadi takut..bayang-bayang driver taxi tadi masih ada..Orang gila...Erm....
Kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur, ulang kaji awal sebab time ni aku tidur lambat sebab esok nak ambik paper exam.., jangan lupa baca ayat kursi sebelum tidur..Dan disebabkan mimpi ini, Lyeen jadi trauma bila nampak taxi..untung jugaklah, jimat aku naik bas atau LRT..hahahhah! Sumpah, lain kali jangan jalan sorang-sorang even tengah berperang dingin dengan kekasih..Bahaya u olllsss!
Mimpi ni mengajar lyeen erti.."SAYANG NYAWA KAU LYEEN!"
P/S : Nie lah nama dia overword...HAAHA
14 000 Makan Cupcakes!:
Ceh! terkono. mimpi. hihi.
@Hafizzi Aziz HAHHAHA....sila sakit hati..hhahha..:p wink2x....
aiseymenn.. ingat betul. mimpi rupanya. haha :)
@Amanina hikhik....terharu tak..T_T hehehhe
haha..mimpi rupanya...phewww..;)
@Cik Puan Muda Umi HAHAHA..terkono rupanya..hikhik
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee,ingatkan betul betul dah ni :D
@Shiema Sufian eeeeeeeeeeeeeeeee...lyeen nie...hikhik...panggg kat lyeen 3 kali shiema..
LOL
ingatkan ape td xD
@AmyZana hikhik..malunya...sila ketawa sebb terkono~~
adoi. drama rupanya. tokono eden
@Fahmi Mahat kejam x sy..hahahahaha
perghh... ingatkan real la tadi.. seram3... T^T
@GaRy™ macam cerita hantu ngangkung kan..kan..kan..HAHAHHA
Catat Ulasan