Jumaat, 20 April 2012

Assalamualaikum Cinta..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam 1 Bloggers, Selamat petang dan Salam Nasi Ayam Madu..:)

Terlebih dulu Lyeen nak ucapkan terima kasih sangat-sangat buat anda yang doakan Lyeen dalam entry yang lepas tu..Hehhee..Ala entry yang INI, Thanx taw..Nah 88 biji cupcakes pelbagai rupa dan perisa untukmu..!
Dan buat 'kamu' yang ternanti-nantikan entry baharu dari saya, nah..Ya..hari ini saya berentry lagi..:)
Perlu ke kau ikat perkataan 'kamu' itu Lyeen? Yah! Sebab everyday dia suruh aku update blog..Thanx juga sebab sentiasa bagi Lyeen semangat untuk berblogging..:)


Semangat kan?Sampai lari pun duk depan! Walaupun hakikatnya time sukan hari tu aku manusia paling lambat sampai garisan penamat tapi aku lari jugaklah dan aku pura-pura pengsan supaya aku kena angkat oleh ahli PBSM tu, yerlah dah penat lari, korang kenalah angkat aku!..Kau ada? HAHAHHAA..kejam kau Lyeen! Akanku haktuuiiihhhhkan kau sekejap lagi!

Back to basic! HAHA, basic apa yang aku nak fokuskan? Ntah! Kita cerita pasal CINTA...jum!
Hari ini sila utarakan soalan berunsurkan cinta, Dr,Profesor Madya Lyeen Cupcakes akan jawab sampai anda puas hati! Sekali lagi, kau baca statemant aku tadi boleh, tapi jangan sesekali untuk mempercayainya! Ok..Good!

"Perasaan cinta adalah suatu yang amat membahagiakan bukannya menyakitkan atau menyiksakan, tapi andai kamu tersilap langkah untuk melaluinya maka kamu akan bertemu dengan cinta yang amat sakit dan menyakitkan.."


Cinta itu amat luas tafsirannya dan janganlah cinta itu diletakkan hanya atas dasar cinta kepada kekasih! Tapi untuk memperoleh cinta yang agung itu, letakkanlah dahulu cinta buat-Nya, Allah SWT...Insyaallah, cinta hakiki itu ada lekat dihati, subur dijiwa dan mekar di akal dan minda (dengan bahasa rocknya, kepala hotak bukan kepala lutut!) Kau membantutkan feel aku Lyeen! Tengah nak emo-emo sikit kau dah merapu!


Cinta juga bukan suatu aksara yang ditulis indah-indah, dihias dengan corak-corak menarik diatas pasir, namun sekali ombak menghempas pantai, ia terpadam begitu sahaja..Tanpa ada kesan secalit cuma! Sesekali, Lyeen terfikir "Kalau aku tahu sakitnya bercinta, dari mula aku tidak mahu mengenal cinta!"

Tapi, jauh di sudut hati yang paling dalam..."Jika kau tidak mahu mengenal cinta sedari mula, bila hatimu ingin berkenalan dengan cinta? Berkenal-kenalanlah dahulu dengan cinta yang suci bukannya cinta yang dinodai! Jika kau menodainya kau akan membencinya, jika kau membajainya, kau akan menyayanginya! Ucapkanlah, "Assalamualaikum Cinta", agar kau mampu bersedia merelakan hatimu mengenal cinta suci dan hakiki"
(Pandainya hati aku berkata-kata, panjang pulak tu, macam berpidato! Kau ada hati macam aku ?Ada? HAHAHA..Sila Pannnnngggggg aku 360 darjah utara selatan mengarah ke barat!


(Encik Google sorry aku curik gambar kau, aku nak letak gambar aku, aku tak kahwin lagi..hikhikhik..;p)

Erm, okey..mood mendalami makna cinta balik..---->
Kita mengharapkan cinta itu akan berakhir dengan sesuatu yang baik, dan Lyeen sendiri mengharapkan biarlah saat ijab dan kabul yang keduanya terkandung namaku "Marleenah binti Roslee", menjadi suatu situasi yang berlaku sekali sahaja dalam hidupku..Biarlah, imamku suatu hari nanti adalah imam yang terbaik dan sanggup untuk menerima adanya aku!
(Aku kuat cemburu, aku kuat sensetif, aku kuat nangis, aku kuat terasa, aku kuat merajuk dan aku kuat MAKAN!)..Sila take note kalau nak ambik aku jadi isteri!HAHAHA, for sure aku champion masak! HAHHAHA, Kau ada? Kalau ada bagus, kalau takdak...Sila menangis dan meraung! T_T
Kejamnya kau Lyeen!


*Aku harap tangan bakal suami aku comel-comel belaka a.k.a baby hand gitu..:p*

Cinta itu sinonim dalam hidup semenjak kita lahir bahkan dari dalam kandungan bonda tercinta lagi, cinta itu sudah diasuh dan dididik dalam hati kita. Namun, bila menginjak dewasa/remaja...Masing-masing mahu mencari cinta..Namun, biarlah cinta yang dicari itu cinta yang membawa ke jalan Allah SWT, jalan yang menuju ke Syurga Cinta bukannya neraka jahanam yang sentiasa dialu-alukan oleh Syaitan yang durjana!
(Tapi, kalau kau jumpa cinta kat Jalan TAR, Jalan Raja Chulan or what, itu Lyeen tak tahu!)


"Ya Allah, seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan, Ya Allah aku bermohon apa yang telah Engkau takdirkan, aku berharap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku. Pelihara aku dari kemurkaan-MU.."

Takdir itu pasti! Doa itu tanda memohon..Allah sememangnya telah menjanjikan sesuatu yang adil untuk kita.."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
Persoalannya, adakah aku cukup baik? Tepuk dada tanya selera...
(Kau jangan tepuk kuat-kuat, nanti kau kena heart attack..naya aku kena saman!)


#Senyumlah, senyuman itu umpama satu kepingan puzzle dalam hidup kita, tanpanya kita tidak akan sempurna1 Dan, ingatlah..senyum itu penawar segala penyakit hati.."

Untuk penutup ceramah percuma a.k.a kuliah Jumaat dari Lyeen, bercintalah berpada-pada...
Jangan menyerahkan semua cinta itu kepada manusia kelak kecewa menangis darah sekali pun tak akan berguna lagi..Kecewa dalam percintaan itu adalah suatu keadaan yang hanya kita seorang sahaja mampu merasainya. Tidak akan ada seorang pun yang akan memahaminya selain Allah SWT..:)

"Melepaskan seseorang yang pernah kita sayangi adalah sangat sukar apatah lagi untuk melupakannya. Aku percaya bahawa setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, dan mungkin apa yang berlaku adalah ujian untuk melatih diri menjadi orang yang lebih tabah. Jika 
terpaksa melepaskan seseorang, lepaskanlah. Dan jika dia kembali, ingatlah itu jodoh kita...:)"

p/s : Antara 7 petala bumi dan 7 petala langit ada 7 petala cinta!

6 000 Makan Cupcakes!:

Nour Adieb berkata...

Agagaga,demam cinta~
Cinta itu indah jika berlandaskan agama :D

Unknown berkata...

@Cik Adieb selesema cinta juga..hehee:) yah...sgt indah..kan..kna..kan..

Fyzaa Chicc berkata...

haihh CINTA ? sweet gtuu >.< cinta pade manusia tak boleh melebihi cinta pade Yang Menciptakan manusia :)

Unknown berkata...

@hahafyza semoga kita sentias aberingat..kan..kan.:)

Eintan Nurfuzie berkata...

huhu..pandainya... anyway entry terbaik la cmni

9n0L4 berkata...

terjah entry terbaik orang. hehe. memang terbaikkkkk. ;)

http://farizafairuz.blogspot.com/2012/06/banyak-persoalan-yang-berada-di-minda.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...