Jumaat, 18 Januari 2013

Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh,
Salam Cupcakes Coklat.

Hari ni Lyeen nak share nota untuk minggu lepas tentang subjek PBDT. Nota ni Lyeen hanya salin dari slide dan apa yang lecturer cakap kat dewan kuliah. Semoga membantu untuk u olls!

Konsep Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Lemlech (1986)
·         Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (PBDT) merupakan orchestra dalam kehidupan dibilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelengaraan dan sumber pembelajaran.

Hall (2000)
·         PBDT ialah memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dengan menguruskan kerja murid.
·         PBDT juga suatu pengurusan yang afektif, bersifat proaktif, responsive dan menyokong.

Brophy & Everthson (1976)
·         Keberkesanan PBDT amat penting dalam menentukan kejayaan. Kegagalan guru dalam menguruskan bilik darjah menyebabkan kesukaran untuk mencapai hasil PdP.

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG UNIK
Menurut Doyle (1986), ciri-ciri bilik darjah yang unik ialah:
1.    Pelbagai dimensi
2.    Unsur serentak
3.    Segera
4.    Sukar diramal
5.    Umum

KESAN PENGURUSAN
1.    Galakan tingkah laku positif
2.    Bentuk suasana pembelajaran yang positif
3.    Hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-guru
4.    Masa yang optimum untuk PdP
5.    Maksimumkan penglibatan murid dalam PdP
6.    Mengurangkan maslaah disiplin
7.    Pengurusan rutin berkesan
8.    Murid belajar mengawal dan mengurus diri sendiri

CIRI-CIRI GURU EFEKTIF DALAM PBDT
1.    Kualiti peribadi guru
2.    Kompetensi dalam PdP
3.    Penghayatan dan amalan nilai

NOTA PINK: Ok, tu saja nak kongsi hari ni. Minggu ni Lyeen dapat lecturer baharu dari IPG Kampus Islam Bangi. Best dan sangat tak membosankan. Maybe, lecturer Jabatan Ilmu Pendidikan memang macam tu kot. Sebab mereka banyak study pasal psikososial. So, mereka bijak tarik perhatian murid. Suka sangat.:)

Ok bai. Assalamualaikum. 


3 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

banguuunnnnn! selamat malam cikgu! :D

Tanpa Nama berkata...

wahh ,, dari sini ke semua nya bermula ,,, baru saya tauu ~~~

punya la penat menghias kelas , rupanya ada function dia .

Nadia Johari berkata...

hohoho..kels oo kels..kene ade keceriaan dlm kels..supaya pelajr dpt beljr dengn hepy..hhaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...