Khamis, 17 Januari 2013

Entry Khas : Mashlina Mokhsar

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Hazelnut Coklat.

Alhamdullilah menaip lagi. Hari ni adalah hari paling bermakna dalam hidup roommate Lyeen. Sebab umur dia bertambah satu angka lagi. Tahun ni roomate Lyeen dah boleh mengundi. Bestnya! So, sebagai roommate yang berjiwa merdeka, Lyeen dah hafal macam-macam lagu untuk orang yang sambut birthday. Search You Tube bagai! HAHA. 


Maaf roommate ndak sempat beli cupcakes untuk kau. Elaun belum masuk. Kita makan roti putih jak la ya. HAHA. Roommate Lyeen senegeri dan sedaerah dengan Lyeen. So, kalau dah sampai bilik tak terasa pun yang Lyeen ada kat KL. Rasa macam masih duk Tawau. HAHA. Okay, sekarang Lyeen nak cerita macam mana kejadian hari ni. HAHA.


Dia rumate saya! Saya sayang dia!

Petang tadi plan nak pergi Secret Recipe nak beli kek untuk rumate. Tapi, GERKO habis lewat. So batal nawaitu. So, fikir apa benda Lyeen nak bagi kat rumate. Okay! Set! Dapat dah hadiah. Lepas tu terfikir nak buat kad. So, Lyeen tunggu dia keluar. Pukul 8.56 tadi rumate keluar. So, Lyeen dengan penuh tekadnya tulislah ayat sastera kat atas kertas A4. Banyaknya kertas aku sepahkan. HAHA. Kononnya nak buat yang comel-comel. Tak sedar diri bahawa jemari Lyeen bukannya dari golongan yang kreatif! Sedih.


U olls tengoklah betapa aku berjuang nak buat nota paling comel. Hasilnya, cukup comel. Ada warna pink lagi. Nak taip kat laptop dan print rasa macam tak sweet. So, Lyeen tulis walaupun Lyeen sedar Lyeen tak kreatif. Tak inovatif! Tapi nawaitu aku baik ok. Yang penting niat. Ahaks! Siap nota! Lyeen letak bawah tilam takut dia nampak. Tepat pukul 12.00 tadi telefon dia bunyi. So, perlahan-lahan Lyeen pergi katil dia dan letak benda paling sweet seantero dunia dari roommate to roommate.


Takda hadiah besar-besar. Yang ada cuma Tudung Bawal Roses hanya untukmu. Bila roommate habis calling, kami salam-salam macam hari raya. Sweet. Kami berikrar bahawa akan jadi roommate sampai semester 8. HAHA. Cantik tak nota tu? Tolong puji bahawa tulisan Lyeen sangat kemas. Ok bai. 

NOTA PINK : Doakan rumate Lyeen sihat selalu. Comel selalu. The baby face selalu. Sukses selalu. Cepat-cepat kahwin. Dapat jodoh baik-baik. Untuk yang sambut birthday hari ni. Selamat Hari Kejadian ok.! Semoga u olls happy selalu.

Ok bai. Assalamualaikum. 

7 000 Makan Cupcakes!:

Lokman berkata...

bestnya ada orang sambut hari jadi kita. selamat hari jadi pada dia. ^-^

khalila ishak berkata...

hehee... spesel entry ni ^_^

MisEyz BLurz berkata...

alala..rumet yg sweet mcm cupcake perisa vanila..hehe

nadia farahida berkata...

akak doakan yang terbaik untuk lyeen and rumet lyenn ye. selamat hari lahir dear!

✿INA AINAA✿ berkata...

happy bufday to u,
happy bufday to u,
happy bufday to mashlina mokhsar,
happy bufday to u...

hehehe clap clap clap. XD

ena doakan semoga dimurahkan rezeki dan semoga hidupnya dirahmati.. insyaAllah amin

Unknown berkata...

nanti birthday saya pun awak bagi hadiah ye??hehehe :P

Unknown berkata...

hehehe 11.2 ingat tau?? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...