Sabtu, 5 Januari 2013

HOMESICK!

Assalamualaikum Warahmatulla Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Cip Coklat.

Alhamdullilah masih boleh menaip entry. Hari ni hari Sabtu. Hari cool sedunia sebab tak perlu nak bergegas laju-laju untuk pergi kuliah. HAHA. Lepas solat subuh tadi, terus on laptop nak update blog. Ekau tahu bahawa laptop adalah sarapan muda-mudi dekad ini. Percayalah. Contohnya muda-mudi seperti aku. Eh? Lyeen sampai KL pukul 6.20 petang hari Rabu tadi. Tup-tup ambil bagasi bagai maka baliklah Lyeen bersama roomate tercinta. Sweet tak bila dapat roomate senegeri? Mestilah!


Bila dah berbulan-bulan cuti. Maka, bila balik semula ke KL. Semua rasa tak kena. Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Walhal mencekik  tiap jam! Semualah tak kena. Ke kiri salah. Ke kanan pun salah. Tu simptom homesick atau setelah di'translate'kan menjadi "rumah sakit". Eh?HAHA. Bila rindu, sah-sahnya Lyeen rindu dengan dak Azeem ni. Adik bongsu. Satu-satunya adik lelaki diantara 5 orang kakak-kakaknya yang gagah perkasa. Sepanjang sampai KL 3 hari ni. Satu hari 4 kali call Mak. InsyaAllah, nanti kembali macam biasa. Biasalah kan?Kan?Kan?..

Entry sebelum ni entry bermasalah. Sebab ditaip kala stress dengan laptop sendiri. Siap nak hempuk-hempuk bagai.HAHA. Aih! Kecik-besar-kecik-besar jer aku tengok laptop tu! Sekarang Lyeen guna laptop adik Lyeen. Tak habis-habis aku senyum bila laptop budak ni lebih laju dari biasa. Suka.Suka.Suka. Memandangkan dia tengah cuti sekarang. Maka, Lyeen tukar lappy dengan dia. Alah, dia duk umah je. Lyeen pulak kena berdepan dengan tugasan yang sangat mencabar u ollls! Ni pun tak siap lagi. Tapi masih gigih nak taip entry.HAHA.


Fokus pada langsir warna kuning-kuning. Yeah. Bilik ada langsir baru. Thanks IPG. Semangat sikit nak study kan. HAHA. Wajah-wajah first datang kuliah. Semangat je u olls. Masuk kelas jer, Aida, Suri, Syuhada, Mimi, Tracey,Jaell boleh cakat kat Lyeen macam ni.."Montelnya kau Lyeen. Kau makan apasuti tadi ni?". "Kau bahagia eh cuti tadi?Kau tunang eh?". "Comelnya jari kau". "Pipi kau ni. E!" Siap cubit dengan tahap macam aku patung mainan aka patung perhiasan. See, Lyeen dah cakap memang segala zat besi dan kalsium serta vitamain dalam bdan Lyeen memang dah berkembang. Alahamdullilah. Dapat baju baru sebab baju lama dah tak boleh pakai. Yeah!

Bila orang bahan kau kata ke kau yang kau ni gemuk :
1) Jadikan itu sebagai pembakar semangat dan kuruskan badan dengan sedaya upaya.
ATAU 
2) Tunjukkan kepada dia, sungguhpun gemuk engkau masih mampu cantik, gembira dan bahagia.
(Yang nombor dua itu buat setelah opsyen yang pertama menemui kegagalan.)

Yeah. Kredit untuk Akak Cik Puan Bunga sebab mencipta statement ini. Suka.Suka. Lyeen tak endah opsyen pertama. Lyeen kisah opsyen kedua sebab sweet kan?Eh?HAHA. Apapun, Lyeen bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Kesihatan tubuh badan. The baby face. Eh?Kesempurnaan fizikal dan mental. Alhamdullilah. Kadang-kadang kita tak sedar dengan nikmat yang Allah SWT bagi kat kita. So, mari kita ucap Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdullilah. Semoga Allah terus memberikan kesihatan kepada kita semua.


Semoga HOMESICK ni cepat sembuh.Dah makan panadol dah banyak-banyal. Tinggal tunggu effect je kejap lagi. Sesungguhnya hidup jauh dari keluarga itu sangat mencengkam jiwa u olls!

NOTA PINK: Hari ni nak keluar pergi beli barang. Nak beli makanan stok hingga elaun keluar. Mohon elaun keluar dengan pantas dan lajunya. Hari ni juga nak pulun buat tugasan untuk subjek Pengajaran dan Pembelejaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Lyeen paling suka subjek ni. Suka sangat. Sangat-sangat.
Ok bai. Assalamualaikum. 

16 000 Makan Cupcakes!:

Kupukupu berkata...

comel ape pipi montel2..ngeeeee

NURUL FILZAH berkata...

tetap nampak comel :)

MalizaMah berkata...

gembira rasanya tak perlu ke ib. haaaa
tp entah ke mana pula lepas ni...
hiiiii
selamat berjuang di IB.

Unknown berkata...

yeah suka statement nih ! "Tunjukkan kepada dia, sungguhpun gemuk engkau masih mampu cantik, gembira dan bahagia." ^^

Hanif Redland berkata...

hehe..yea la nampak lain la lyeen buka semster baru..lagi comey je..hehe..selamat kembali berjuang lyeen..gud luck..

Nick Nashram berkata...

saya pagi2 lagi dah ade kat sekolah.
meeting kokurikulum..huhu
mana ade lyeen gemuk.ok je tu.
pipi je yg montel kot :)

cik lisa berkata...

Atototo! cik lyeen;p ! Chubby lah , hehe . Ala kesah apa orang nak kata , asalkan kita bahagia , hehe

Vee berkata...

Walaupun gemuk, still cantik dan bahagia. Yeay!

Unknown berkata...

alaaa..homesick ye lyeen..kejap je tuh..sbar ye..=)

betul!! jdkan teguran mereka sbg pembakar smangat kita utk kurus..=D

ummi berkata...

Montel la comel. Jeles dgn yg montel2 ni. Semoga cpt hilang ye homesick tu ;-)

Dayang Deno berkata...

olo siannya.. homesick.. semoga cpt la ilangnya homesick ya dik :)

9n0L4 berkata...

halaaaaaaaaaaaaaaaaa. brape ribu lesung batu tu? hehe.

Unknown berkata...

salam..cantik lesung pipt kat pipi tu..hehe..homesick perkara biasa bg student yg duk hostel..saya dulu pom awl2 mst nangis stu miggu tiap2 hr..tp lama2 ok lah..:)..in shaa ALLAH if niat kita betul ALLAH bg kekuatan pd kita tuk hdapinye..

Husnalyas berkata...

cantik nye lesung pipit cik lyeen :D

Unknown berkata...

ala..kesiannya dia homesick ye?? hehehehe.. kena tunggu cuti lagi la ni baru dapat balik..sabar tau awak..

aisyah humaira' berkata...

org ckp kat niera , bila makin bambam, ni mesti tgh bhgia.. bia kurus, ni mesti rindu ni..

alhamduillah, dua2 positif,, sekarang dlm proses nak kurus. dah 2 minggu tak mkn nasi.. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...