Memaparkan catatan dengan label IPG KBM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPG KBM. Papar semua catatan

Ahad, 7 Julai 2013

Orang Hebat!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Tiramisu.

Ehem. Ehem. Lamanya tuan tanah kedaung ni tak update blog. Bersepah-sepah blog. Bersawang bagai dengan sarang lebah merata-rata. Maaflah, bukan Lyeen lupa nak blogging tapi masa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan aktiviti dekat tempat study. Biasalah kan bila nak dekat bulan puasa, aktiviti yang melibatkan makanan ni memang banyak. Eh? Bhahha. Semalam jer baru jer tamat I-Fiest kat IPG Lyeen. 
Pagi-pagi lagi Lyeen dah join untuk pertandingan bola tampar. Lyeen ingatkan ramai team yang join. Alih-alih dua team jer. Kuranglah semangat nak main. Yerlah, main sekali dah final. Tak puas pun lagi main. Bhahha. Berlagaknya! Tapi, serius memang tak puas sebab sekali jer main dah tu habis. 
Ni team Lyeen. Mereka semua the best. Serasi bersama dengan mereka. Ehem.Ehem. Nak main Bola Tampar ni pun kena serasi u ollls. Kalau tak serasi, bila nak pass bola tu pun rasa segan sangat-sangat. Rasa malu. Bhahahaha.
Yang ni pulak lawan team Lyeen semalam. Kakak-kakak senior Semester 6 yang cool. We ollss semalam main happy-happy jer rasa macam tak dalam pertandingan pun. Sweetkan we olss. Bhahaa. Tapi, semalam memang best sebab dapat makan dan minum free. Air free tu air mahal tiga botol penganjur bagi. Baik hati Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KBM yang ni. Sayang lebih! Tapi, semalam terasa penat sangat-sangat. Sampai bilik terus tidur sampai puas. Bhahha.
Nampak aura muka penat kan? Nak spike bola tapi tak dapat sebab pendek sangat. Rasa nak menangis jer kuat-kuat kat gelanggang semalam. Lepas ni berazam nak minum CalciYuuum untuk tambah meter. Lepastu semester depan boleh duduk depan jaring untuk spike bola. Bhaahhahaha. Semalam juga Blogger Boni Kacak datang ke IPG Lyeen. Thanks! Dia hantar Sambal Kentang Blogger. Lyeen dah rasa dan diakui sangat-sangat sedap. Cepat-cepat tempah dekat Boni Kacak supaya dia boleh kumpul duit banyak-banyak nak pinang Blogger Eyma Lydia. Eh. Bhahhaha. Tak sempat ambik gambar dengan Boni Kacak, so mohon Boni Kacak upload gambarlah. Lyeen guna hp murah so kualiti gambar sangat ke lautttttt! Ok bai. Bhahaha.
Nota Pink: Kesibukan mengajar saya erti untuk lebih menghargai masa dan bijak mengatr masa. Nak jadi cikgu nanti kena lebih bijak atur masa kalau tak memang menangis guling-gulinglah Lyeen sebab banyak dah tertinggal masa. Bhahahha.. Semester 4 ni buat Lyeen jadi manusia paling aktif dalam apa juga bidang. Bangga kejap! Perghhhh! Bhahahaha.
Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 3 Jun 2013

Bina Insan Guru Fasa 3 : Cat Sana Sini!

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Moist Cokelet!

Bila tengok gambar-gambar sepanjang semester 3, macam-macam perasaan timbul. Sedih ada. Gembira ada. Rindu ada. Dah habis 3 semester dah Lyeen kat IPG ni. Okay, berbalik pada cerita Bina Insan Guru (BIG) ni akan dilaksanakan setiap semester bermula dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 hinggalah semester 4. Untuk semester 3 yang lepas tema lebih kepada khidmat masyarakat. Disebabkan itu, khidmat masyarakat kami lebih kepada IPG sendiri iaitu sesi main cat-cat pagar IPG. Best. Terasa diri ini sangat memberi sumbangan kepada IPG. 

BIG kali ni dilaksankan mengikut kelas. Sebab takut kalau buat ramai-ramai tak menjadi kerja. U olls tahu-tahu jer la bila budak-budak perempuan ni duduk sekali. Semua cerita keluar dari cerita si Bedah hinggalah cerita si Peah. Kalau budka lelaki pula dari cerita Si Ronaldo hinggalah cerita si Farizal Marlias semua dorang tahu. Eh? Tu sebab takleh buat ramai-ramai. Bhahahha. Ketua BIG semsester ni adalah lelaki yang paling sweet diantara semua lelaki dalam kelas, Rabi. Lelaki yang selalu suruh aku cari boyfriend dalam kalangan pemain bola sepak. Sampai hari ni aku tak tahu motif dia. Tapi, dia pernah cakap, pemain bola sepak semuanya handsome-handsome. Ok fine.
Mereka adalah classmates Lyeen yang super duper cool plus sweet. Paling suka bila part main kejar-kejar dengan berus cat lepas tu calit sikit kat baju lepastu lari balik laju-laju menyorok kat belakang pokok. Lyeen tak buat. Sungguh aihhh! Lyeen tak buat. Yang buat kerja tu Izzat. Budak lelaki paling aktif dalam kelas yang pakai baju kuning-kuning macam mambang kuning tu!
Berlagak kan? Bhahaha. Budak lelaki paling handsome dalam dunia. Kata mereka. Bukan kata Lyeen. Harap maaf semuanya sudah berpunya. Lagi-lagi yang berdiri kat tepi sebelah kanan pakai baju hitam tu. Akmal. Bukan seorang tapi tiga orang! Dia memang tamak orangnya. Bhahahaha. Mereka memang sweet. Even kadang-kadang Lyeen tahu mereka bengang dengan perangai budak perempuan kelas kami. Sebab kami kadang-kadang sengal. Kadang-kadang jadi perempuan paling baik dalam dunia. Haipppp! Tak lupa juga Mentor kami, Encik Santaharan yang sangat baik hati dan loving. Sanggup tu turun padang tengok kami buat kerja. Thanks Sir!
Yeah. Lyeen tahu nisbah pelajar perempuan lebih banyak dari pelajar lelaki. Dalam kelas Lyeen ada lapan orang jer lelaki dna sebelas orang wanita paling cun! Yang kat tengah tu wife Encik Santahran dan anak-anak beliau. Super sporting kan? Wife dia pun sangat-sangat baik. Kami ada satu keluarga besar! Belagak kan nak pakai payung? Kuning-kuning ada lambang 1 Malaysia lagi. Barulah rasa aura nak jadi cikgu yang berjiwa patriotik sikit..:)
Time ni u olls tak tahu betapa kami bertungkus-lumus main cat-cat pagar kat belakang kami tu. Ada 20 pagar kesemuanya. Lyeen ambik part cat yang melintang-lintang jer. Mula-mula semangat jer cat dengan Hafiz siap sembang-sembang. Last-last, biar Hafiz buat sorang-sorang kat tempat panas. Lyeen cat kat tempat redup. Baik tak Lyeen jadi classmate? Bhahaha. Ala, dia lelaki bolehlah duk panas-panas. Lyeen ni perempuan? Eh..? Apa kaitan..? Errrrrrrrrrrr.........
Part paling Lyeen menyampah bila nak balik, tiba-tiba kasut kena cat warna orange tu! Dahlah kasut Lyeen kasut baru. Barulah sangat kalau baru beli 3 bulan lepas. Bhahaha. Tapi, serius smapai ke hari niada lagi tanda cat tu kat kasut! Tak nak tanggal...Kut dia nak ganti kasut baru lagi? Huh...!
Tahniah sahabat. Berjaya juga sesi cat-cat kita untuk semester ni. Bahagianya. Jumpa lagi semester depan. Ingatlah bahawa apa yang kita lalui hari ini adalah secebis cerita dari senaskah kisah hidup kita di IPG ini. Jangan biarkan secebis dari cebisan naskah itu kosong kisahnya. Biarlah kisahnya akan membuat kita tertawa saat membacanya semula dan buat kita rasa ingin bersama-sama semula dalam sebuah bilik kuliah yang ada WIFI free itu. Ok bai..:p
Nota Pink: BIG ni dah lepas. tapi, baru nak cerita hari ni kan? Hahaha. Tu tandnya Lyeen dah mulai rindu dengan kawan-kawan dan kehidupan di IPG. Rindu nak main bola tampar. Rindu nak bersilat. Rindu nak makan kat Amjal. Rindu nak bangun awal dan naik tangga 100 pagi-pagi. Rindu nak dapat elaun banyak-banyak. Hhahahaa. 

Ok bai. Assalamualiakum.

Ahad, 17 Mac 2013

Cikgu oh Cikgu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cheese.

Alhamdullilah, seminggu tanpa update blog. Akhirnya Lyeen berjaya update blog hari ni dengan penuh ketekunan. Biasalah, kalau dah seminggu tak update blog. Maka, akan berjuta patah perkataaanlah yang akan tertaip dalam entry kali ni. Siap? HAHA.

Saat muka tak bermaya dan ata berlingkar hitam disekelilingnya, itu sebagai tanda bahawa Lyeen memang sibuk dnegan assignment. HAHA. Macam aku sorang jer ada assignment. Tapi, memang minggu tadi assignment yang kena hantar tu super duper memerlukan ketekunan dan kesabaran sebab 100% guna khidmat komputer. Dah nama subjek pun Pengajaran Bahasa Melay Berbantukan Komputer memang saja u olls kena bawa laptop ke hulu dna ke hilir. Minggu lalu memang hari-hari Lyeen bawa laptop.  Habis kuliah tak balik bilik. Stay dalam kelas untuk buat assignment.


Pakej Tutorial Pembelajaran ni lah yang Lyeen dan rakan sekumpulan kena buat. Kami kena pilih satu tajuk kemudia buat aktiviti pengajaran untuk murid-murid Tahap 1. Kami ada 51 slide u olls. Hyperlink sana sini. Rakam suara. Convert video lepastu insert dalam slide. Penat tapi sangat seronok sebab terasa diriku ini sangat pakar dalam bidang komputer. HAHA. Part menyedihkan bila Lyeen masih tak  pandai burn slide tu dalam CD...Tak suka! Dari semester lepas belajar burn pun tak pandai-pandai! Ish....


Lepastu, minggu ni juga full komitmen dengan latihan silat u olls. Betapa sekarang terasa diriku ini gagah perkasa. Srikandi paling kuat. Yeah! Sekarang, Lyeen dah masuk fasa pukulan. Part paling Lyeen suka ialah 'anak harimau'. Even aku balik-balik lupa step...T_T. Tapi, ada semangat juang yang tinggi nak teruskan dan paling penting bila nak habis buat 'anak harimau' akan sebut "aummmm..". Part tu kira suara Lyeen paling bergema. HAHA.


En. PC dah balik juga buat PBS. Sebelum balik dapat hadiah banyak ni. Free. HAHA. En. PC dah mula buat PBS hari ni dan Lyeen akan mula buat PBS esok. First time buat PBS dekat area semenanjung. Lyeen buat dekat Sekolah Kebangsaan Karak. Harap-harap esok semuanya baik-baik jer. U olls doakan semoga aku tabah menempuh murid-murid Tahun 1. Mereka comel tapi kadang-kadang comel itu subjektif. HAHA.


Last, semalam. Selepas latihan silat kat Kajang. Buat cupcakes red velvet berkrimkan cheese u olls! Sampai tak sedar langsung dah pukul 3 pagi. Teruja dapat study buat dengan wife Cikgu Azrul a.k.a cikgu silat kami. Best. Sampai tersengguk-sengguk depan oven nak tunggu cupcakes masak. HAHA. Pengalaman mendewasakan!


Lyeen buat PBS esok dengan dak Suri ni.
Doakan semoga kami tabah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang guru pelatih yang akan pergi buat PBS untuk kali yang ketiga ni. Ahaks! Esok dak Suri ni drive. HAHA. Aku duk sebelah sebab aku langsung tak pandai drive. InsyaAllah, next semester Lyeen ambik kelas memandu. Kononlah. Konon.

Nota Pink: Kalau dah lama tak update entry. Gambar memang banyak. Sebab dalam teori pembelajaran. Pembaca mudah tertarik dan memahami jalan cerita seandainya ada bahan grafik. HAHA. Happy blogging dan insyaAllah, lepas ni Lyeen akan kembali aktif untuk blogging dan meninggalkan berpuluh-puluh cupcakes dalam blog u olls. HAHA.

Ok bai. Assalamualaikum.

# Jom follow blog BLOG INI. Dah? Ok, terima kasih. Cupcakes 1..:)


Isnin, 21 Januari 2013

Study pasal otot!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Vanilla.

Alhamdullilah, Lyeen taip entry ni sebaik sahaja kuliah Anatomi dan Fisologi dah selesai. Dua jam u olls. Hari ni Lyeen study pasal otot. Suka sangat study benda alah ni. Belajar pasal macamana nak kembangkan otot. Yuhuu! Tapi, part yang tak suka bila semua pakat-pakat tengok Lyeen bila part Encik Bai kata.." Lainlah kalau dulu kurus tiba-tiba lepas cuti mengembang sana-sini". Lepastu aku cuba buat dunno jer bila semua classmates  tengok aku sambil sneyum sinis! Ada aku kesah! HAHA.


Stay kejap kat kelas untuk habiskan tugasan amali. Lyeen dangan Floe jer stay kat kelas. Classmates yang lain dah blah. Mereka memang macam tu, habis kelas jer terus nak balik. Nak tidur lew tew! HAHA. Padahal aku pun baru hari ni ada nafsu nak stay kat kelas. Sebab kan, bila sampai jer bilik sure Lyeen akan tidur. Lepastu bila bangun pulak sambung melantak makanan. Apa tak kau berotot-otot. Takpa. Lecturer kata tadi orang berotot ni boleh buat duit. Kotlah Lyeen pun boleh buat duit? HAHA

Hari ni juga semua sibuk pasal elaun dah masuk akaun. Semua excaited jer kan. Last-last cek balance akaun. Takdak pun masuk RM3800 tu. So, balik bilik dengan muka macam kena tampar syaitan 33 kali tanpa henti. HAHA. Apapun, okay juga elaun lambat masuk. Sebab takdak lah nak mengedik belanja sakan sana-sini kan? Tapi, masalahnya bila ada benda penting nak bayar. Kat situlah u olls akan rasa macam nak paksa mesin ATM keluarkan duit saat tu jugak!


Mohon jangan ikut sangat habit macam ni. Tak elok. Sebab memory lappy boleh full. Terpaksa tambah RAM. Macam laptop Lyeen. Sekarang terpaksa merendahkan egoisme seorang kakak sebab pujuk adik Lyeen pinjamkan lapotop dia barang sebulan dua. Eh? HAHA. Lyeen pujuk abang Lyeen untuk bagi kos sara hidup untuk beli lappy VAIO. Tapi, tak dapat . Yang dapat air liur merenjis-renjis sebab kena bebel dari pukul 6.10 pm hingga 6.55 pm. Padan muka aku!

Apa yang penting sekarang, Lyeen kena fokus dengan tujuan. Pentingkan yang penting jer dulu. Kena list kan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan. Seh! Ayat nak sedapkan hati sebab takdapat lappy VAIO! Takpa, simpan duit dulu. Lagi-lagi kena prepare nak kahwin ni. Ahaks! Mohon u olls promotelah tudung-tudung yang Lyeen jual tu. Adalah kos sara hidup Lyeen buat seminggu dua. Ye dak? HAHA.

NOTA PINK: Dalam hidup yang semakin canggih ni kita tak boleh dah duk goyang kaki. Semua kena cepat kalau tak makan pasir la u olls. So, jum sama-sama majukan diri. Tambah otot! Ok bai. Semoga kita diberi kesenangan dan dipermudahkan untuk melakukan kebaikan. Insyaallah.

Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 18 Januari 2013

Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh,
Salam Cupcakes Coklat.

Hari ni Lyeen nak share nota untuk minggu lepas tentang subjek PBDT. Nota ni Lyeen hanya salin dari slide dan apa yang lecturer cakap kat dewan kuliah. Semoga membantu untuk u olls!

Konsep Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Lemlech (1986)
·         Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (PBDT) merupakan orchestra dalam kehidupan dibilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelengaraan dan sumber pembelajaran.

Hall (2000)
·         PBDT ialah memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dengan menguruskan kerja murid.
·         PBDT juga suatu pengurusan yang afektif, bersifat proaktif, responsive dan menyokong.

Brophy & Everthson (1976)
·         Keberkesanan PBDT amat penting dalam menentukan kejayaan. Kegagalan guru dalam menguruskan bilik darjah menyebabkan kesukaran untuk mencapai hasil PdP.

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG UNIK
Menurut Doyle (1986), ciri-ciri bilik darjah yang unik ialah:
1.    Pelbagai dimensi
2.    Unsur serentak
3.    Segera
4.    Sukar diramal
5.    Umum

KESAN PENGURUSAN
1.    Galakan tingkah laku positif
2.    Bentuk suasana pembelajaran yang positif
3.    Hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-guru
4.    Masa yang optimum untuk PdP
5.    Maksimumkan penglibatan murid dalam PdP
6.    Mengurangkan maslaah disiplin
7.    Pengurusan rutin berkesan
8.    Murid belajar mengawal dan mengurus diri sendiri

CIRI-CIRI GURU EFEKTIF DALAM PBDT
1.    Kualiti peribadi guru
2.    Kompetensi dalam PdP
3.    Penghayatan dan amalan nilai

NOTA PINK: Ok, tu saja nak kongsi hari ni. Minggu ni Lyeen dapat lecturer baharu dari IPG Kampus Islam Bangi. Best dan sangat tak membosankan. Maybe, lecturer Jabatan Ilmu Pendidikan memang macam tu kot. Sebab mereka banyak study pasal psikososial. So, mereka bijak tarik perhatian murid. Suka sangat.:)

Ok bai. Assalamualaikum. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...