Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes blueberry.
Rasanya dah lama tak tulis entry ala-ala pakar motivasi gitu. Ahaks! So, hari ni Lyeen terbuka pintu idea nak update entry. Semenjak dah start kuliah ni, masa tu terbatas untuk buat aktiviti sampingan. Tapi, alhamdullilah, everthing is okay sebab Lyeen masih boleh tarik dan hembus nafas dengan baik. HAHA.
Alhamdullilah kan sebab kita diberi peluang untuk bernafas. Masih mampu tersenyum. Even kita ada masalah kita cuba untuk senyum. Tadi, sedang Lyeen 'facebooking' Lyeen ternampak post someone ni merapu melebih-lebih. Memaki hamun. Menghina. Ayat memang super power gitu. Tapi, dari ayat dia tu tahu yang dia tengah putus cinta.
Erm, Bila putus cinta. Kecewa. Sedih. Tapi, bila fikir balik. Kenapa nak rasa semua tu sedangkan kita yang mulakan? Kita tahu risiko bercinta. Kita tahu hukum bercinta. Tapi, kita buat. Adat berkasih. Konsepnya, kita sebagai perancang tapi Allah yang menentukan semuanya. Tak salah kita nak mencari jodoh. Tapi, janganlah terlalu berharap dan terlalu yakin bahawa dialah segala-galanya. Masa bercinta merekalah pasangan paling sweet. Tapi, bila dah putus sindir sana-sini. Maki sana-sini. Kalau, Lyeen kena sindir and maki bagai. Memang kau siaplah jadi mangsa jelingan aku! Lyeen sangat tak suka kena sindir.
Lyeen sebagai kakak, Lyeen selalu ingatkan adik-adik Lyeen. Selagi mampu kawal hasutan syaitan. Kawallah. Bercinta memang indah. Sangat indah. Tapi, bila kamu gagal. Kamu akan rasa sakitnya. Sejujurnya juga, sekarang Lyeen single dan Lyeen selesa dapat status single. Free. Tenang. Lapang. Suka. Selesa. Even kadang-kadang terasa juga. Tapi, Lyeen kuatkan diri! Sabar. Doa. Tawakal dan akhirnya, insyaAllah tahun depan dah boleh jadi tunang orang..:) Semoga Allah memudahkan segalanya. Aamin.
Muka ada aura nak sarung cincin tunang. Ahaks! Oh yer..jari Lyeen yang kudung hari tu dah sembuh sepenuhnya. So, tak risau bila bakal mak mertua nak sarung cincin. Alhamdullilah.
Pesanan untuk adik-adik yang ad ahati nak bercinta tu. Kena siap sedia dulu. Jangan nak cinta-cinta snagatlah. Kecewa sendiri yang merana badan. Bercinta berpada-pada okay. Jangan risau, Allah dah tentukan jodoh kita. Yang penting doa selalu suapaya kita dapat jodoh yang baik-baik.
NOTA PINK : First love dulu, selalu nak fikir dialah paling handsome. Tapi sekarang Farizal Marlias lebih handsome!.HAHA. Dialah paling penyanyang. Dialah paling sweet. Bila mesej sampai tengah malam pun tak mengantuk lagi. Betapa menyesalnya aku. Hampeh.. Ingat adik-adik. Jangan bercinta selagi tak masuk umur 21 tahun. Bila dah 21 tahun, tunang 22 tahun. 23 kahwin. Eh? HAHA. Perancangan itu penting..:p
Ok bai. Assalamualaikum.
12 000 Makan Cupcakes!:
bercinta memang kena tanggung risiko iaitu kecewa.
Erkk, trasa jap. Baru je post psl my own kisah cinta. :S
cantik lah tudung akak, buat sendiri ke beli?? btw nice entry ^_^
erm erm cinta itu umpama makan sambal belacan ahaks
amboih cik lyeen dah jadi pakar cinta sekarang je, hahah xD ,banyak typo entri kali ini , nak kejar masa pergi mana lah tu :p
Jangan bermain dengan cinta kalau kita tak mampu nak menempuh nya
baik lah kak.. haha taknak la cinta2 time sekolah ag.. :) ekk?? thn dpn? napa tak tahun ni.. hehehe
semoga akk jumpa jodoh akk ~~
wah dah nak tunang la, pasni tak boleh la nak gatal kacau cikgu lyeen lagi.. ahaks! selamat2..
p/s : tahniah cik lyeen, jangn lupa hantar jemputan tau :D
Tq kak lyeen :D
betul tu lyeen.. ena pun bercinta juga dengan tunang ena, tapi entahlah kadang2 rasa malas nak fikir sangat.. berserah pada Allah.. kalau dia btl2 jodoh ena, dialah.. thats why ena kuat sekarang ni.. tak macam dlu, agak meroyan.. XD
fb ni dah jadi tmpt ngadu bila time kapel dan time putus cinta..time cinta kemain sweet status ditulis..hahah
Catat Ulasan