Selasa, 8 Januari 2013

Pengkritik.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Vanilla Coklat.

Alhamdullilah, hari ni boleh taip entry lagi. Semalam hanya sempat join segmen Apit. Dapat jejak kasih dengan bloggers Sabahan. Plus, dapat kenalan baru dari negeri lain. Betapa 1Malaysianya Lyeen bila dapat terjah blog bloggers lain. Berjiwa merdeka itu penting!

Hari ni, kelas taklah padat sangat. Pukul 8.00 pagi lagi dah mula kelas Puan.Che Zainon dengan subjek Kritikan Sastera. Untung jer dapat study subjek ni. U olls boleh belajar macamana nak jadi pengkritik yang membina. Puan.Che kata kalau nak jadi pengkritik, kita kena kritik untuk bagi semangat kat orang tu. Bukannya nak jatuhkan semangat dia.Kita bagi dia kritikan membina untuk majukan dia. See? So, hari ni kalau blogwalking buat azam baharu untuk komen yang membina. 

FUNGSI KRITIKAN SASTERA
  1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan.
  2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
  3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.
  4. menolong pengarang mendidik orang ramai setelah mengetahui kegemaran dan kemahuan para pembaca yakni jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati.
  5. Memberikan keterangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sastera dengan pembaca.

Perkongsian untuk mereka yang ambil subjek ni untuk exam.HAHA. Whatever sungguh!Tapi,  bila study benda ni tadi, baru terasa susahnya nak jadi pengkrtik. Yor la..kita nak kritik hasil kerja orang kot. Apapun, semoga Lyeen tabah untuk study 15 teori dalam subjek ni. Insyaallah. 15 teori. 15 teori. 15 teori.  


Bakal kurus balik bila study 15 teori. Lepastu balik Sabah semula untuk gemuk balik. Kita belajar untuk merancang okay. Kena sihat dan sedap mata memandang sebelum tahun depan. Tahun depan nak sarung cincin tunang.HAHA. Nanti bakal mak mertua reject kalau tak cool dan tak sweet. HAHA. Apapun, sepanjang 2 minggu da masuk kuliah. Sibuk tu memang sibuk sebab tugasan Lyeen kena cari 3 URL untuk setiap sukatan pelajaran KBSR dan KSSR u olls. Mana tak kau berasap. Automatik, Lyeen jumpa blog-blog pendidikan. Selama ni aku buat dunno je. Betapa angkuhnya aku!

Alhamdullilah, sekarang semua dah boleh cover. Yor la, first masuk kuliah tu dengan bilik tak kemas. Otak tak prepare dengan baik. Dah dua minggu ni terasalah dah jadi studen semester 3. Terasa dah yang Lyeen juga AJK Peralatan paling rileks sem ni. HAHA. Yes! Okay. Semoga kita jadi pengkritik yang berjiwa merdeka, jujur dan tulus. Jangan tahu nak kritik saja. Kena fikir dulu.

NOTA PINK: "Kalau kita nak kritik, kritik elok-elok. Jangan sampai apa yang kita nak kritik mempamerkan kebodohan kita. Sebab orang yang mengkritik tanpa arah tuju adalah pengkritik yang tidak banyak ilmunya.." Jangan cepat merasa bahawa diri kita hebat sangat. Biarlah kita hidup bersederhana.

Ok bai. Assalamualaikum.

19 000 Makan Cupcakes!:

✿INA AINAA✿ berkata...

perghh byknyaaa teori!! masyaAllah.. memang sgt2 byk, nasib baik lyeen boleh cover.. apepun, All the best tau lyeen...

Unknown berkata...

@✿A I N A A✿ insyalalah boleh ena..buat dgn muka sedih2..uwaaa..hahaha:D thanks ena syg..:D

aisyah humaira' berkata...

kata2 di nota pink? terbaik !

Unknown berkata...

@aisyah humaira' thanks niera..:) sama2 kita kongsikan..:D

Unknown berkata...

hahaha teringat zaman belajar sastera dulu...

Husnalyas berkata...

nak tunang dah tahun depan? eh..nak kawen nnt jangan lupa jemput tau. kekeke *tak malu :P

nurul syuhada berkata...

Wahh , t kawen jgn lupa jmput :) all the best :) salam kenal :)

ct kektus berkata...

memang kena kerja keras lah ni utk 15 teori tuu. jangan semput sudah nanti. hihii :D


dzafirahzain berkata...

betul3x kritikan biarlah y membina bukan menunjukkan kebodohan seseorg itu. sebenarnya org y mengkritik utk menjatuhkan org lain adalah pengkritik y memalukan dri sendri tanpa dy sedar~ :P

Unknown berkata...

susah laa sastera ni..huhu

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

kdg2 dah tepu dengan touching2 ni.. hehehe

Unknown berkata...

betul tu.. kita kena kritik dengan cara yang sangat berhemah.. jangan hentam sembarono je... hati orang pun kita kena jaga juga :)

Dayang Deno berkata...

kritik yang membina tak apa.... jgn memberi org down dah... kan ? :)

cik lisa berkata...

goodluck ;p

MalizaMah berkata...

sampai mati pun tak akan kulupa subjek kritikan sastera.
sebab kritikan sastera lah leeza dpt result yg teruk sem tu. cukup mendukacitakan ..... siap mentor tanya lagi apa kes dgn leeza.

The ShomeL TwinZ berkata...

byk ilmu sastera nie, gd luck ea :)

MalizaMah berkata...

amacam dh dpt?

Nick Nashram berkata...

heheh..selama ni blog pendidikan jarang nak masuk..time nak buat eseimen atau cari bahan baru la blog pendidikan ni laku..

MalizaMah berkata...

free2, ngomel sini erk..
http://www.santaileeza.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html
tgh bertanding.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...