Jumaat, 4 Januari 2013

Masalah datang lagi!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Blueberry.

Alhamdullilah, setelah cuti sehari dari blogging. Lyeen kembali untuk menaip entry terbaharu lagi. Entry sebelum ni Lyeen menaip di bumi Sabah. Entry kali ni pula, menaip di bumi KL. Sangat berbeza. HAHA. Alhamdullilah juga esok dah cuti. Bagi kelonggaran sikit dekat kepala yang tengah serabut sangat-sangat. Mencik!Mencik!Mencik!

Hari ni juga, seluruh alam menyaksikan Lyeen buat presentation kat kelas tadi. Betapa aku kaku untuk buat presentation. Pembuka tirai pembentangan sem ni. Bangga kejap! HAHA.Dahla first time untuk semester ni. Forever alone pula tu buat pembentangan. Sebab, Akmal yang sekumpulan dengan Lyeen ada meeting ketua kumpulan time tu. Macam-macam alasan aku cipta supaya aku tak bentang sorang-sorang. Tapi, at the end pensyarah paksa Lyeen bentang juga. Maka, Lyeen melangkah dengan penuh redha. 

Apa yang buat sakit kepala lagi bila laptop ni bermasalah sangat-sangat. rasa macam nak hempuk kat pembahagi jalan raya tu. Lepastu, suruh lori balak tolong pijak laptop ni! Nak nangis jer depan laptop suruh dia jangan buat hal. Plus, semester ni memang kena usung laptop 24 hours untuk buat slide sampai 100 slide. Tidak! Laptop saja buat hal bila sem baru kan? Macam tahu-tahu elaun tak lama lagi nak masuk kan? Mengada kau laptop! Anti-laptop lepas ni. Eh? HAHA. Mencik!Mencik!Mencik!

Semester baru. Cabaran baru. Masalah baru. Semua baru. Apapun, Lyeen boleh dikategorikan dalam kalangan manusia yang tabah mengharungi onak dan dugaan bila berjaya menaip entry walaupun kadang-kadang terpaksa tunggu lama nak publish entry. Uwaaaa.! Tu sebab malas nak update entry sekarang. Ceh! Walhal memang takdak idea nak taip entry kau Lyeen! Tabah.Tabah. Tabah. Ok set! Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insyaallah.

NOTA PINK : Kalau nak beli laptop kena fikir 200 kali dulu. Silap-silap hujung semester makan rumput kat padang IPG. Oh..bahagianya. Rasanya rumput ada gred A tak? Entry kali ni entry tanpa gambar. Malas nak tunggu loading lama sangat! Mencik lagi!

\Ok bai. Assalamualaikum. 

9 000 Makan Cupcakes!:

Kupukupu berkata...

hahaahah..mmg kne budget spye tym2 dh last2 sem nie xde laa mcm aku nie haa...ikat perut sbb duit dh makin menipis..hahaha

cik lisa berkata...

amboih banyak sungguh mencikmencikmencik dia, hahaha , Sabar cik lyeen :P .. jaga diri taw, hehe

Unknown berkata...

mencik mencik mencik!!hahaha..sabar ye dik..kang bg makan rumput karang

Unknown berkata...

salam persahabatan...follow dan komentar sukses, ditunggu follow dan komentar baliknya ya...doa saya, semoga sukses selalu...aamiin

http://jagadkawula.blogspot.com/

Bagus Sugiarto berkata...

Salam hormat dan salam blogger dari tetangga..

Salam sukses selalu.

Tanpa Nama berkata...

amboi kemain stress lagi kisah dia. hehe.
happy 2013! semoga dipermudahkan urusan. :)

Husnalyas berkata...

pakailah laptop asus. eh, t'promot plak :D

laskar pelangi berkata...

jom beli laptop baru...hehe

aisyah humaira' berkata...

notebook la.murah je. rm999 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...