Khamis, 24 Januari 2013

10 Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes vanilla coklat.

"Nak kahwin muda bukan mudah nak oi! "
"Habiskanlah study dulu!"
"Kau muda lagi, nanti-nantilah..."
"Kerja dulu. Nanti study kamu terganggu.."

See? Betapa ibu bapa tak yakin u olls nak kahwin awal. So, apa yang u olls perlu pastikan ialah dengan meyakinkan mereka. Jum tengok cara-cara macamana nak yakinkan mereka.:)

1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda. 
2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja. 
3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi. 
4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T. 
5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda! 
6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing. 
7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri. 
8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak. 
9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka. 
10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.

HAHA. Lyeen share tips macam ni macamlah aku yang nak kahwin! HAHA. Takpa, ilmu kita share kan baik. Harta tuhan kita kongsi bersama..:) Untuk yang nak kahwin muda tu silalah fikir baik-baik. Lyeen pun nak jugak tapi masalahnya, Mak dah warning awal-awal. So, tabah dan sabarlah menempuh jalan. HAHA. Balik Sabah nanti nak try juga tips ni. Kotlah Mak boleh tukar fikiran tetiba cakap.."Ok, boleh kahwin!"..HAHA.

NOTA PINK:  Selamat pengantin baru bagi yang nak kahwin tu ok!.Kahwin muda tu ok tak? Mohon share pengalaman u olls.:) HAHA.

Ok bai. Assalamualaikum.

17 000 Makan Cupcakes!:

Zulasri Ashaari berkata...

nak kawin dah ke? hahaha

jalan sini : http://zulasriashaari.blogspot.com/

Vee berkata...

Amboii kak Lyeen.. HAHAHA. Kawen muda? Hmm.. Kalau Vee memang tak mau la kawen muda, at least dpt degree dulu. Kalau blm kawen masa study at least dapat focus 100% kat study. Lps hbs semua tu baru dpt focus 100% kat en suami. HAHA. Quite tough la, Vee dgr crita uncle and aunt Vee yg kawen muda masa msh study. Bila dah jadi suami, tanggungjawab as suami harus dilaksanakan iaitu menyara isteri kan.. Bila kita study and married, it's pretty tough sebab kita kena fikir duit utk belanja study and rumah tangga. Duit simpanan bukan boleh kekal lama. Nak tak nak, kena kerja sambil study. Haa.. It's hard. Burden sgt berat. HEHE.

#justsaying

Madiey Fazudin berkata...

ada jugak kawan-kawan yg kawin muda,so far tgk diaorg ok jew,yg pnting pndai bwa dri la..
btw,newbies in blogging world..mohon tnjk ajar :)
http://madieyfazudin92.blogspot.com/

aisyah humaira' berkata...

boleh praktik ni :)

ehhhh???

Nurul Alia Syuhada berkata...

Hehe. Nice !! Kalau alia mama memang suruh kawin muda. Umur 23 tuuuu !! alia pulak rasa macam awal sangat. Huu,,kata mama,tak mana salahnya kawin masa belajar. Mama boleh je. Hmmm

Unknown berkata...

salam. done follo awk, hrp sudi follo balik! :)

www.suteraqalbi.blogspot.com

cik lisa berkata...

nak kahwin nak kahwin tapi jgn harap, hahaha tak sempat nak keluarkan perkataan tu , penampor yg dapat dulu T__T

Lynn Damya berkata...

hahaha nice~~~tgk2 kawan2 sebaya aku skang ni ramai dah yg nak kawen, agak nervous bila fikir mcm mana lah bila smpai turn aku cakap, mak ayah,sy nak kawin lah, haha :p

aisyah humaira' berkata...

haha. saja :)

#mana tau kot2 boleh kawen dua. haha

aisyah humaira' berkata...

hahahaa.. shhhhh. :P

fiQRa berkata...

heeeehe, nk khwin muda + tgh study mmg susah nk dapat keyakinan parent. kena kuat + pndai :D

kahwin muda tersangat best <3

allyarifff berkata...

totally agree. tp saya nak abeskan blaja dulu. hehe :)

Unknown berkata...

Haha am dah pernah kot bbual dengan parents pasal benda camni, tapi respons diorang biarla am simpan sorang. Tapi biasa parents tahu anak dia tu dah mampu kawen ke tak, yang penting kita kene berani bagitau hasrat kita.

Nick Nashram berkata...

yg penting pastikan ilmu agama cukup esp lelaki.
maklum la, nak kena jadi ketua keluarga :)

p/s :parents takut eh kalo dapat jodoh org semenanjung..lyeen kena cari org sabah jugak la..huhu

Unknown berkata...

nak kaweennn ! HAHA

Nadia Johari berkata...

pendapatn mmg kne cukup..hehe..

Unknown berkata...

nice tips..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...