Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Hazelnut.
Dah 2 minggu cuti berlalu. Sepanjang cuti ni kononnya Lyeen nak suruh abang Lyeen carikan kerja-kerja sikit untuk Lyeen. Tapi, dia tak bagi pun. Memang dari dulu sama ada family or parents Lyeen memang tak bagi Lyeen kerja. Kenapa? Abah pernah cakap dulu.."Tak payahlah, di luar tu macam-macam boleh jadi". Mak pulak cakap, "Ish, janganlah nak. Bukan kita tahu niat orang jahat. Janganlah". Okay, part alasan abang Lyeen yang buat Lyeen bengang sikit., dia kata macam ni "Kau tak payahlah nak kerja. Lingkup kedai orang nanti.." Ok, fineeeeeee! Disebabkan itu, hidup aku tak berkembang! Mereka tak percaya aku. Dan sebab tu juga saya buat perniagaan online. Bhahhahahaha. Jual tudung..;p
credit: google
Erm, cerita cuti Lyeen tak best sangat kali ni sebab abang Lyeen cuti seminggu jer. So, peluang nak berjalan-jalan memang tipis. Semalam, kitaorang pergi Mentakab Star Mall je pergi main bowling, makan-makan dan tengok wayang u olllls! First tu kami pergi tengok wayang hantu komedi. Pee Mak. Tu semua atas permintaan anak-anak buah Lyeen. Berlagak tu diorang taknak tengok kartun. Nak tengok cerita hantu. Tapi, hantu ni tak seram. Lucu dan sweet.
Lepastu we olls tengok movie kartun pulak 3D. Tajuk dia Epic. First time kot iuoolls tengok movie 3D. Memang tak pernah pun dan secara jujurnya Lyeen pening dan tak selesa. Rasa macam nak buka jer spek tu lepastu letak kat kepala. Tapi, bila buka tak nampak plak daahhhh! Paksa rela jer pakai. Tapi syok sebab macam real. Bila ada burung kelawar lalu depan-depan. Lyeen pun reflec action jer terus tunduk. Nasib baik jer gelap takdak orang nampak aku buat macam tu. Bhahahaha! Tapi, Lyeen nampak couple yang macam nak minta pelempang kat depan Lyeen. Mohon kalau nak manja-manja tu tempat lainlah. Kacau jer mood Lyeen nak nonton. Ewwwww!
Lepas dah penat nonton pergilah makan kat Mc'D sebab style family abang Lyeen ni memang tak makan nasi kalau malam. Berlagak! Hahahaha. Mereka lebih suka makan burger kot. Tak macam aku, aku jiwa Melayu asli. Makan Bubur Ayam dengan Ayam 2 ketul. Melau lah tu kan makan bubur ayam? Bhahaha. Anak-anak buah Lyeen makan burger. Entah boleh pulak mereka kenyang makan burger kan? Tapi, budak Aiqal ni sama dengan Lyeen, dia jiwa Melayu sebab makan bubur nasi dengan Lyeen. Ikutlah sifat kemelayuan mak cik ni yer nakkk..;p
Budak ni memang suka ambil gambar berbanding abang dan kakak dia. Bila nampak Lyeen buka handphone dia terus dekat-dekat sebab dia nak tekan-tekan. Hobi dia kot. Aku rasa, bila dah besar nanti budak ni nak jadi photographer kot. Haaaa, sesuai sangatlah tu! Bolehlah ambik gambar mak cik ni banyak-banyak yer nakkkk!
Nota Pink: "Sentiasalah mencari kegembiraan untuk diri sendiri. Jangan pula kamu terlalu mencari kegembiraan hingga lalai pada tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Bergembiralah melalui cara yang benar. Kita ada keluarga dan semestinya mereka sentiasa bersedia memberikan kegembiraan untuk kita. Hilangkan duka semalam dan jadikan ia sebagai sesuatu yang harus dipelajari kerana masih ramai yang ingin melihat senyuman dari bibir kita. InsyaAllah."
Ok bai. Assalamualaikum.
11 000 Makan Cupcakes!:
Yeaa. Hidup mesti happy selalu :D
Wah..sampai dua sekali movie tengok..hehe..
Layan je la kan kalau keluar dengan family
Budak2 zaman sekarang pun pandai dah posing2 eh..
best jalan2x nampak..hahaha
Seronokkkkknya.. Happy2 lah selalu ^_^
comeyyy nye rambut budak kecikk tuu . haha :)
wah bestnyer jenajalan tengok wayang..
hehehe mesti ikut perangai lyeen ni.. eheks...
xpela..mknanyer ma n abah xnk lepaskan lyeen ag la tu
tapela. asalkan jalan2 jugak kenn.. huhu
rasa mcam kejap je cuti..lyeen kena masuk ipg balik..saya dah mula start p sekolah..huhu.
Catat Ulasan