Selasa, 4 Jun 2013

Hal itu mengubah hidup saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Blueberry.

Okay, berbalik pada kesinambungan entry semalam. Apa yang mengubah hidup Lyeen? Okay, kat dalam Sogo tu kami sebenarnya ada aktiviti kelas dan aktiviti tersebut ialah melalak a.k.a menyanyi. Dan bila sebut menyanyi Lyeen adalah manusia paling anti dan paling tak suka. Sebab ada suatu peristiwa yang berlaku dalam hidup Lyeen suatu ketika dahulu. Jom, Lyeen singkap kenangan....
Okay, berbalik pada kesinambungan entry semalam. Apa yang mengubah hidup Lyeen? Okay, kat dalam Sogo tu kami sebenarnya ada aktiviti kelas dan aktiviti tersebut ialah melalak a.k.a menyanyi. Dan bila sebut menyanyi Lyeen adalah manusia paling anti dan paling tak suka. Sebab ada suatu peristiwa yang berlaku dalam hidup Lyeen suatu ketika dahulu. Jom, Lyeen singkap kenangan....
Suatu masa dulu, dalam Form 3 macam tu Lyeen memang rajin menyanyi sebab Pak Cik Lyeen ni ada satu kerja yang bila ada orang kahwin je dan memerlukan khidmat karaoke. Orang mesti akan panggil dia lah sebab service Pak Cik Lyeen ni adalah yang paling mantaaaaaap! Dan, selaku anak-anak buah kami dilatih menyanyi selalu. Lepas balik sekolah je menyanyi. Menyanyi. Menyanyi. Sampailah suatu hari, ada sepupu Lyeen datang dan menyanyi. Suara dia memang sedap. Dan, mungkin juga saat itu Pak Cik Lyeen tengah emosi ke apa. Tak tahulah. Tapi, bila part Lyeen menyanyi dia kata macam ni, " Kau saja yang menyanyi bagilah orang lain. Sedap lagi suara si **** dari kau."....Okay, fine dan selepas itu Lyeen menangis dan balik rumah. Bila sampai bilik Lyeen akan bercakap depan cermin. Semenjak itu Lyeen taknak menyanyi dah. Lyeen sangat benci menyanyi. Semenjak tu juga Pak Cik Lyeen selalu suruh datang rumah untuk menyanyi. Tapi Lyeen taknak...!
                                             
...See, Lyeen memang seorang manusia yang sensetif dulu-dulu. Cepat terasa hati. Cepat merajuk dan cepat sangat makan hati. Dululah, sekrang tak dah. Bhahahhaa. Okay, sampailah peristiwa kat Sogo tu dah mengubah hidup Lyeen. Serius, bila first time pegang mikrofon tu rasa macam.."Ya Allah, lamanya aku tak menyanyi." Sampai tahap nak pegang mikrofon pun Lyeen tak reti. Sungguh! Betapa, kisah silam akan buat hidup kita jadi tak betul. U olls bayangkan saja 5 tahun u olls i tak menyanyi. 5 tahun tak pegang mikrofon dengan tujuan nak menyanyi. Lamanyaaaaaaa...!
Dan semenjak itu, Lyeen macam lepas rindu kat mikrofon sepertinya aku saja nak menyanyi 4 jam tu. Tak nak bagi peluang kat kawan-kawan lain. Bhahahha. Kira macam Lyeen ketualah kan? Taknak langsung bagi orang lain mikrofon! Hahahhaa. dan semenjak itu Lyeen selalu ajak adik Lyeen pergi menyanyi dengan Lyeen. Ni pulak, balik Karak selalu paksa abang Lyeen beli CD baru untuk menyanyi. Bhahahaha. Hebatnya, bila terlepas dari sumpahan sendiri. Bhahahaha.!
Heiii classmates, thanks sebab dah buat hidup i kembali ceria dan gembira. Dan thanks juga sebab buat hidup i dah terlepas dari sumpahan sendiri yang kononnya taknak menyanyi. Namun, akhirnya setelah 5 tahun berlalu Lyeen kembali dengan hobi menyanyi even suara aku tak sedap punnnnnn! Bhahahaha....Lepas ni cadang nak buka pusat karaoke dalam bilik sendiri, boleh tak? Hahaha.
Nota Pink: Jangan sesekali apa yang anda ujarkan menjatuhkan orang lain. Ada kalanya, mungkin tanpa kita sedar tapi percayalah, apa yang kita lakukan hari ini boleh saja akan buat seseorang itu menjadi seorang yang mudah putus asa dan juga menjadi seorang yang tidak berani mencuba. Alhamdullilah, saya pula sudah mengubah hidup saya dengan melupakan kisah silam saya 5 tahun lalu dan menjadi manusia yang berani mencuba hari ini.
Entry sisipan: Semua gambar dalam entry ini telah saya edit menggunakan ketekunan saya. Hahha. Gambar asal semua gambar ini adalah milik saudara Mohamad Akmal bin M. Sekak iaitu ketua kuliah saya pada semester lepas. Beliau seornag yang baik hati, bergaya dan handsome. Katanyalah..bukan kata saya. Beliau juga seorang anak jati Johor yang patriotik dan berjiwa merdeka. Selain itu, beliau juga adalah lelaki idaman malaya kerana beliau sangat sweet dan baik hati. Katanya. Bukan kata saya. Ok bai.
Akmal yang paling besar dalam gambar. Pakai baju ungu putih. Pakai beg silang. Yang masukkan tangan dalam poket. Yang senyum nampak gigi. Kira dialah yang paling bergaya dalam Sogo time ni. Sila Add or Follow FB dia kat SINI.
Ok bai. Assalamualaikum.

14 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

hahahh. cam lucu jerr citerr lyeen ni. Cepatnya merajok, terus balik umah mnangiss ek. huhu

Nadia Johari berkata...

pergh 5 tahun tu...alololo..kesiann die..xpe..sekrang mesti ari2 nk pegg kan..hehehe..perkataan jakun kat tempat akk pun mksud die sme yang lyeen mksudkan..xde slh pun

Nasitah Mada berkata...

very sensitive ... Teruskan menyanyi :D

Unknown berkata...

bg ke.na mcm tu jugak la makna Jakun

Unknown berkata...

hahaha... sweet nye hehehe pandai ke lyeen melalak?? hi..hi.. o.O?

Tanpa Nama berkata...

yes memang macam tu maksud jakun seperti yang semua orang biasa gunakan, tapi biasa menggunakannya tak bermaksud ianya tak salah. tahukah apakah asal usul perkataan jakun tu dan kenapa ia merujuk kepada "keadaan dimana seseorang yang baru berjumpa dengan satu benda baru dan dia teruja dengan benda baru tu kemudian mulalah dia nak explore benda baru tu"?

sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people, dan ya, saya seorang Jakun.

Syazwani Zunidan berkata...

kak lyeen , pernah vlog , mesti ada pasg angan-ii nak jadi penyanyi (:

Unknown berkata...

@Tanpa Nama ya, saya pernah membaca artikel ini. Namun, kami hanya meggunakan perkataan ini sedari dulu dan tidak mempunyai niat sedikitpun untuk mempermain atau memporkatak-katikkan penggunaan perkataan itu. Maaf andai saudara/saudari tidak senang dengan penggunaan perkataan yang saya gunakan. Tapi, perkataan itu sudah menjadi perkataan yang seringkali digunakan terutamanya disekeliling saya. Sekali lagi, mohon maaf saudara/saudari atas kesalahfahaman ini.

terima kasih atas info dan pencerahan dari pihak anda..:D

Tanpa Nama berkata...

first time dgr org buat sumpahan dekat diri sendiri

Unknown berkata...

xda gmbr i pun......... hmmm...

Unknown berkata...

Amboiii ! Sensitif ekk , macam fyza jugakk cepat sensitif :) Cik lyeen menyanyi mestii sedap ye dakk . Hehee ^^

Kak iman berkata...

si manis ni sensitif rupa2 nya.benda akan dhlama berlalu biasa lah.pak cik mungkin hot time 2.mgkn xpuas hati si manis ni je pgg mik

MisEyz BLurz berkata...

wahh..bolehlah lepas nie kita red box Lyeen..keke

Vee berkata...

Hehe. V lain sikit. Bila orang buat cmtu kat V, V akan berusaha jd better dr dia. Hahaha. Tp V menari la, bkn menyanyi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...