Isnin, 3 Jun 2013

Bina Insan Guru Fasa 3 : Cat Sana Sini!

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Cupcakes Moist Cokelet!

Bila tengok gambar-gambar sepanjang semester 3, macam-macam perasaan timbul. Sedih ada. Gembira ada. Rindu ada. Dah habis 3 semester dah Lyeen kat IPG ni. Okay, berbalik pada cerita Bina Insan Guru (BIG) ni akan dilaksanakan setiap semester bermula dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 hinggalah semester 4. Untuk semester 3 yang lepas tema lebih kepada khidmat masyarakat. Disebabkan itu, khidmat masyarakat kami lebih kepada IPG sendiri iaitu sesi main cat-cat pagar IPG. Best. Terasa diri ini sangat memberi sumbangan kepada IPG. 

BIG kali ni dilaksankan mengikut kelas. Sebab takut kalau buat ramai-ramai tak menjadi kerja. U olls tahu-tahu jer la bila budak-budak perempuan ni duduk sekali. Semua cerita keluar dari cerita si Bedah hinggalah cerita si Peah. Kalau budka lelaki pula dari cerita Si Ronaldo hinggalah cerita si Farizal Marlias semua dorang tahu. Eh? Tu sebab takleh buat ramai-ramai. Bhahahha. Ketua BIG semsester ni adalah lelaki yang paling sweet diantara semua lelaki dalam kelas, Rabi. Lelaki yang selalu suruh aku cari boyfriend dalam kalangan pemain bola sepak. Sampai hari ni aku tak tahu motif dia. Tapi, dia pernah cakap, pemain bola sepak semuanya handsome-handsome. Ok fine.
Mereka adalah classmates Lyeen yang super duper cool plus sweet. Paling suka bila part main kejar-kejar dengan berus cat lepas tu calit sikit kat baju lepastu lari balik laju-laju menyorok kat belakang pokok. Lyeen tak buat. Sungguh aihhh! Lyeen tak buat. Yang buat kerja tu Izzat. Budak lelaki paling aktif dalam kelas yang pakai baju kuning-kuning macam mambang kuning tu!
Berlagak kan? Bhahaha. Budak lelaki paling handsome dalam dunia. Kata mereka. Bukan kata Lyeen. Harap maaf semuanya sudah berpunya. Lagi-lagi yang berdiri kat tepi sebelah kanan pakai baju hitam tu. Akmal. Bukan seorang tapi tiga orang! Dia memang tamak orangnya. Bhahahaha. Mereka memang sweet. Even kadang-kadang Lyeen tahu mereka bengang dengan perangai budak perempuan kelas kami. Sebab kami kadang-kadang sengal. Kadang-kadang jadi perempuan paling baik dalam dunia. Haipppp! Tak lupa juga Mentor kami, Encik Santaharan yang sangat baik hati dan loving. Sanggup tu turun padang tengok kami buat kerja. Thanks Sir!
Yeah. Lyeen tahu nisbah pelajar perempuan lebih banyak dari pelajar lelaki. Dalam kelas Lyeen ada lapan orang jer lelaki dna sebelas orang wanita paling cun! Yang kat tengah tu wife Encik Santahran dan anak-anak beliau. Super sporting kan? Wife dia pun sangat-sangat baik. Kami ada satu keluarga besar! Belagak kan nak pakai payung? Kuning-kuning ada lambang 1 Malaysia lagi. Barulah rasa aura nak jadi cikgu yang berjiwa patriotik sikit..:)
Time ni u olls tak tahu betapa kami bertungkus-lumus main cat-cat pagar kat belakang kami tu. Ada 20 pagar kesemuanya. Lyeen ambik part cat yang melintang-lintang jer. Mula-mula semangat jer cat dengan Hafiz siap sembang-sembang. Last-last, biar Hafiz buat sorang-sorang kat tempat panas. Lyeen cat kat tempat redup. Baik tak Lyeen jadi classmate? Bhahaha. Ala, dia lelaki bolehlah duk panas-panas. Lyeen ni perempuan? Eh..? Apa kaitan..? Errrrrrrrrrrr.........
Part paling Lyeen menyampah bila nak balik, tiba-tiba kasut kena cat warna orange tu! Dahlah kasut Lyeen kasut baru. Barulah sangat kalau baru beli 3 bulan lepas. Bhahaha. Tapi, serius smapai ke hari niada lagi tanda cat tu kat kasut! Tak nak tanggal...Kut dia nak ganti kasut baru lagi? Huh...!
Tahniah sahabat. Berjaya juga sesi cat-cat kita untuk semester ni. Bahagianya. Jumpa lagi semester depan. Ingatlah bahawa apa yang kita lalui hari ini adalah secebis cerita dari senaskah kisah hidup kita di IPG ini. Jangan biarkan secebis dari cebisan naskah itu kosong kisahnya. Biarlah kisahnya akan membuat kita tertawa saat membacanya semula dan buat kita rasa ingin bersama-sama semula dalam sebuah bilik kuliah yang ada WIFI free itu. Ok bai..:p
Nota Pink: BIG ni dah lepas. tapi, baru nak cerita hari ni kan? Hahaha. Tu tandnya Lyeen dah mulai rindu dengan kawan-kawan dan kehidupan di IPG. Rindu nak main bola tampar. Rindu nak bersilat. Rindu nak makan kat Amjal. Rindu nak bangun awal dan naik tangga 100 pagi-pagi. Rindu nak dapat elaun banyak-banyak. Hhahahaa. 

Ok bai. Assalamualiakum.

8 000 Makan Cupcakes!:

Ik Hanif berkata...

nnti ms dah keje, dkt esaimen pun akn rindu wlaupun x pernah nk buat snirik

Unknown berkata...

@Ik Hanif mana ada..tak mainlah cmm tu..aku sseorang yg jujur..ahahahahaa

Nadia Johari berkata...

masa ni la kita hargai sumen mase dgn kwn..klo dah hbis mesti rindu sgt dgn mereka..macm nad la..rindu kaen-kawn uum

Azwar Syuhada berkata...

Syokkan bila bekerjasama dengan kawan. Bila masing2 dah buat haluan sendiri, mesti rindu dengan mereka sesangat.. :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ berkata...

seronok kan.. kenagan yg sentiasa xdapat lupa adalah masa belajar ngan kawan2 n lecture2

lynndamya berkata...

haha zaman study mmg seronok gila klw igt balik, mmg freedom habis rasenya, rindu dan sedih sbb dh habis study :(

owh ye, betul tu, pemain bola mmg hensem lgi2 Christiano Ronaldo..eh? haha

Fakhruru berkata...

cm best jer ada BIG.. kte xde pun.. huhu~

Ijatz berkata...

ui nah..sy plak yg paling aktif, diorg aida n syuhada yg paling aktif..paling kejam, hbis mtor sy dicat diorg..kejam2.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...