Ahad, 23 Disember 2012

Siap sedia balik KL..!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Badam Bakar.

Alhamdullilah, Lyeen manaip lagi. Alhamdullilah juga sebab Lyeen dah mula menaip guna jari telunjuk yang hampir puntung itu. HAHA. Tak sakit dah, tapi masih still huduh. Ulang. Huduh! Aku mohon jangan ada someone yang datang pinang aku dalam tempoh setahun dua ni. Sebab, jari aku masih huduh! Aku taknak bakal mak mertua aku cuak! HAHA.

Bila Lyeen kira-kira, sembilan hari jer lagi Lyeen akan balik semula ke KL. Cuti dah nak habis! Uwaaaaaa! Sembilan hari lagi, Lyeen akan mengusung bagasi seberat 20kg ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah untuk terbang menggunakan kapal milik Malaysia Airlines! Aku dijangka tiba di KLIA pukul 8 malam! Dan sampai sekarang aku tak tahu siapa nak jemput aku kat KLIA! Sedih.. 

Lyeen guna Tudung Bawal Roses from Qoma Boutique
Pagi tadi, Lyeen pergi ke bandar Tawau untuk beli sepasang kasut kuliah! Disebabkan, aku tergolong dalam kalangan manusia yang lewat sampai IPG nanti maka tak sempatlah aku nak beli kasut kat Mid Valley tu. Tak sempat! So, Lyeen ambil langkah bijak untuk beli siap-siap kat sini. Sampai IPG boleh senang-lenang tidur!HAHA. Tak cukup dengan tu, Lyeen dah siap tanya tailor untuk jahit tiga pasang baju untuk aku. Sebab Lyeen tahu bahawasnya baju kurung yang lama dah tak boleh nak masuk! Semua ni salah mak Lyeen sebab paksa Lyeen makan banyak-banyak. Tu sebab dah membiak dengan pantas segala macam vitamin dalam badan aku!

Tahun depan, Lyeen dah masuk Semester 3. Tiga tahu lagi u olls Lyeen nak habis study. Lamanya...Tahun depan kena siap sedia dengan Bina Insan Guru yang lebih ekstrem ni. Subjek pun kena pulun habis. Sehh! Aku bajet saja nak semangat. Walhal, akulah student paling malas. HAHA. Lyeen malas pun still cool. Ahaks! Kan dah kata, azam tahun depan bunyi macam ni..

" Senyumlah, semoga hari ini adalah hari yang paling manis semanis coklat cair diatas cupcakes"

HAHA. Whatever sungguh azam aku. Apapun, azam yang kita buat kenalah dengan usaha. Okay? Jangan extra part azam jer. Part usaha semua down. Jom jadi orang paling cool! Esok, Lyeen nak prepare makanan pulak untuk bawa balik KL. Contohnya, Amplang, Kuih Cincin, Kuih Bangkit, Ikan Bilis, Udang Kering dan semestinya Sambal Belacan. Kalau u oll tanya, "Hoi, Lyeen..kau ingat KL takdak ka semua tu?"..Jawapan Lyeen, " Ada. Tapi tak sama. Ok bai!"..Part ni aku jawab sambil buat muka cool. HAHA. Whatever sungguh!


Dah penat round bandar Tawau. Kena belanja pula makan Mee Basah Seafood. Untungkan jadi orang cool? HAHA. Thanks untuk Tuak Lang aka Mak Cik yang paling sweet dialam semesta! Ahaks! Tu sebab aku semakin sihat sekarang {bukti aku sihat}. Dengan mak Lyeen lagi yang tiap minit pastikan aku makan. Bahagianya......!  Nak buat surat permohonan kat Pengarah IPG untuk bawa mak tinggal hostel boleh tak?HAHA. Boleh kalau kau nak kena sebat enam puluh belas ratus kali Lyeen!
Nota pink: Nak siap semua benda sebelum balik KL. Taknak tinggal apa-apa. So, kena prepare awal-awal. Siapa yang dah habis cuti tu. Silalah kemas barang ok! Jom, study balik! Udah-udahlah cuti tu.HAHA. Dengar-dengar elaun guru pelatih bertambah tahun depan. Harpa-haraplah! Amiin....amiin..amiiin....:)
Ok bai. Assalamualaikum.

21 000 Makan Cupcakes!:

Nick Nashram berkata...

yay,lyeen dah nak balik kl..kena study balik..huhu
lamanya 2 tahun lagi.
BIG best tau.
kalo ipg saya dulu selalu buat kat pulau pangkor.

p/s : sila letak fair n lovely kat jari nak bagi cantik balik.

Unknown berkata...

@Nick Nashram HAHA.harap2 BIG tahun dpn buat yg rock2 sikit...hahahha

p/s: letak BB cream garnier..haha

Azwar Syuhada berkata...

Cik lyenn bakal cikgu ye?? huhu.. =D

cik lisa berkata...

balik KL? kihkih . Jaga diri elok-elok tawe. Haritu jari hampir hilang, kali ni jga kaki pula xD . Mohon dijauhkan segala kesulitan. ceh ceh !

Unknown berkata...

@Azwar Syuhada huhu..yer awk...:D insyaallah...2 tahun lg..T_T..

p/s: xda rupa bakal cikgu pun kan..kan..HAHAH

Unknown berkata...

@sa mic amin...semoga dijauhkan..hehe..skrg meme hati2 ni..hahah

NadyaBubble berkata...

Tumpang lalu, cikgu :p

Unknown berkata...

@NadyaBubble HAHA..sila..sila..:P xyah nak cikgu2 sgt la..malu eden...AHaks!

✿INA AINAA✿ berkata...

Cikgu lyeen cantik, balik IPG t kirim salam kat Farhan tau.. hehehe... semoga selamat sampai di semenanjung.. =D

Unknown berkata...

@✿A I N A A✿ yer Ena yg sweet..:D insyaallah..boleh2..nnt gtaw farhan..:D

Unknown berkata...

saya terlewattt !! ehehehe.
baik2 yer disana :))

9n0L4 berkata...

slurppppppppp. sedapnye mi tu. gulp. kecur air liur. :)

Unknown berkata...

awak? dah selamat dah sampai kl?? ada sapa amik tak??? ish.. bahaya betullah awak ni..

Unknown berkata...

@Izzah Azizah hahha..xpa..xpa..:D insyaallah..:D

Unknown berkata...

@9n0L4 kan..kan..kan..mmg sedap pun dgn udang yg melimpah ruah..hahaha

Unknown berkata...

@boni kacak HAHAHAH...tak smpi lagi..tahun depanlah..hahaha:D

Unknown berkata...

Lapar tgk mee tu. Slurppp. Hehehe. Sis lyeen gojes okeyy! ^^

amranaiman berkata...

cikgu yg kena bljr menjadi cikgu :) possing.. seb baik xdpt kasut.. kalu dpt possing dgn kasut huhu

Azhafizah MN berkata...

Take care sayang ^__^.Semoga selamat sampai ke destinasi.

Si Matatajam berkata...

Menggoda ya mee basah tu...

Unknown berkata...

imanina: haha..jum mkn..xda gajes mana dear..hahaha..thanks yangg..:D

amranaiman: ahaks..!nasib baik xdpt ksut..huhuhu

azhafizah: thanks akk..u too..:D

si matajam: mmg sedap sgt akk..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...