Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

Selasa, 3 Februari 2015

Review: Tudung Bawal by Ameera Zaini

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Selamat menyambut Hari Thaipusam buat semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Hari ni cuti lagi.Tapi, hari ni Lyeen memilih untuk duduk dalam bilik diam-diam sambil update blog. Rasa macam banyaknya masa aku sebab takda kerja sangat nak buat. Kau tunggu esok lusa pulak tak tahu, Hahahhaa.


Hari ni Lyeen nak share sesuatu buat semua peminat tudung bawal, bolehlah ke page Ameera Zaini Hijab Revival yang sangat gojes tu. Tudung-tudung dia sangat cun dan mampu milik. Lyeen memang peminat tegar tudung-tudung Aidijuma tapi disebabkan sekarang baju aku yang plain dah habis. So, lepas ni plan guna baju bunga-bunga. Tudung tukar pulak pergi plain. Hahahaha. Jadi, bolehlah tukar ke Ameera Zaini Hijab Revival. Dijamin anda akan berpuas hati sebab cer tengok antara koleksi tudung bawal dia. Sangat cantik.
Koleksi Luna

Koleksi Basic
Koleksi Rania
Koleksi Allure
Disamping aku suka tengok tudung-tudung dia. Aku suka tengok muka dia yang mulus dan nampak smooth je. Kak Meera ni juga duta Radiance Signature... Aku ambik Radiance Signature pun sebab nak gojes macam Kak Meera. Hahahaha. Jujur juga  Lyeen cemburu dengan dia sebab muda-muda lagi dah ada butik sendiri. Seronoknyaaaaaaa. Jadi tunggu apa lagi? Jum serbu online butik Ameera Zaini di Ameera Zaini Hijab Revival.
Nota pink: Berbelanja secara berhemah sebab kadang-kadang belanja atas talian ni sealu tak perasan duit mengalir macam air. Okay. Sekarang Ameera Zaini Hijab Revival tengah keluarkan design Luna, so bolehlah beli banyak-banyak! Mohon Kak Meera belanja Lyeen selai dua tudung-tudung dia yang gojes ni. Hahahahaa. Selamat bercantik-cantik macam Ameera Zaini.
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 2 November 2014

Review: Radiance Signature Whitening and Glowing Series

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes!

Apa khabar pengunjung Tanah Kedaung Hijau Pink? Ehem, sebenarnya hari ni Lyeen nak kongsi pengalaman sepanjang Lyeen menggunakan produk yang semakin hangat diperkatakan ketika ini. Acececeh! Radiance Signature Whitening and Glowing Series.
Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni merupakan satu produk yang diformulakan sebagai supplement terbaik No. 1 Asia kerana bertindak secara semulajadi dengan menggunakan bahan collagen mahal serta berkualiti tinggi & diformulakan dengan kandungan collagen yang tinggi. Kesan yang dapat dilihat seawal 3 hari bergantung kepada faktor genetik dan hormon badan pengguna Radiance Signature.  Packing yang cukup ekslusif ini memberi keyakinan kepada pengguna bahawa Radiance Collagen ini cukup istimewa & berkualiti tinggi.
Pada mulanya, Lyeen macam tak percaya je dengan produk macam ni. Tapi, Lyeen yakin jer! Salah satu aspek yang kita kena lihat sebelum nak ambil apa-apa produk ni, PASTIKAN produk yang kita ambil mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Malaysia dan ada GMP yang membuktikan produk tu dikilangkan dengan amalan perkilangan yang baik. Barulah beli dna jangan risau sebab dalamRadiance Signature Whitening and Glowing Series ni semua ada. Sebab tu Lyeen yakin!
Sepanjang Lyeen ambil produk ni dah masuk dua bulan, alhamdullilah kesan dia sangat baik. Mula-mula Lyeen ambil memang tak dapat kesan yang ketara sebab setiap orang kesan pengambilan tu berlainan. Pertama kali ambil, Lyeen minum dua paket sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Aspek dalaman memang Lyeen rasa badan lebih bertenaga, tak mengantuk dan tak rasa penat sangat. Kalau nak cakap aspek luaran, Lyeen dapat rasa perbezaan bila masuk hari kelima pengambilan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sebab tompok hitam bawah mata dah kurang dan kulit tu terasa je anjal dan gebu walaupun kau tampar-tampar pipi kau banyak kali. Hahahhaa. Glowing tu tak rasa sangat sebab mungkin kesan pada Lyeen berbeza. Cuma yang Lyeen rasa kulit lebih smooth, anjal dan rasa lembap je sepanjang penggunaan.Haip, apa yang penting bungkusan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sangat comel dalam paket kecil je dna tak perlu pun bancuh. Ambil dari kotak, koyakkan dan minum!
Gambar dekat atas ni sebulan selepas Lyeen guna Radiance Signature Whitening and Glowing Series kalau tak silapSelain itu, sepanjang tempoh penggunaan juga Lyeen rasa selesa dan Lyeen hanya pakai krim muka biasa dan bedak asas sahaja. Tak perlu nak make up sungguh-sungguh sebab Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni dah buat muka macam kena make up. Hahahaha. Apapun, tak perlu nak idamkan kulit wajah yang perfect sangat, apa yang penting rajin -rajin basuh muka dalam masa sehari tu sebab cuaca kita sekarang ni tak menentu. Lagi-lagi kalau persekitaran yang penuh dengan habuk daa debu, lagilah tersiksa kulit muka kita. Jadi, ambillah Radiance Signature Whitening and Glowing Series untuk memberikan nutrien, kologen dan vitamin yang lengkap untuk kulit awak-awak semua. 

Lain-lain kelebihan Radiance Signature Whitening and Glowing Series mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima, dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. (boleh letak dalam bag, boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu, sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis, mengandungi ramuan dan kandungi aktif, 100% natural base, tanpa sapuan, tanpa bahan terlarang dan 100% Natural Base. Jadi, apa tunggu lagi? Jom beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series yang original dan rasai sendiri perubahan yang berlaku. Di samping itu, boleh rasa betapa enaknya rasa Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni sebab tak rasa pun kologen ikan tu. Rasa macam minum jus u ollls! Okay jum beli dan boleh hubungi pengedar sah di sekitar anda atau boleh LIKE pages mereka dekat sini Radiance Signature Malaysia.

Nota pink: Kita akan kelihatan cantik jika dalaman kita cantik. Didik dalaman kita terlebih dahulu untuk jadi wanita yang baik, bersopan santun dan berakhlak mulia. InsyaAllah luaran kita juga akan nampak lebih cantik kerana cantik itu subjektif sifatnya :)

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 30 Disember 2013

Review: Semporna, Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Hari tu Lyeen dah janji nak update entry pasal pergi merehatkan minda dekat Semporna, Sabah hari tu. Rasanya dah berkurun gambar tu Lyeen peram jadi rojak dekat dalam folder. Hahaha. So, hari ni Lyeen update entry dengan tujuan supaya pintu hati u olls terbuka untuk datang melancong dekat Sabah! Sabah best bah!
 Hari tu kan abang Lyeen datang bercuti seminggu dekat Sabah, dia bawa semua anak-anak dia. Mereka tu susuah sangat nak dapat cuti, so bila dapat cuti balik Sabah memang seronoklah kan? Anak-anak buah aku apa lagi? Siap dah pandai cakap dalam dialek Sabah. Alhamdullilah. Kalau aku kahwin dengan omputih mesti dialek anak aku pelat kan? Hahahha. Ntah papapapa!
Yes, kami dekat sini. Perjalanan dari Tawau ke Semporna makan masa dalam dua jam lebih macam tu. Itu pun nasib baik jalan tak sesak. Tapi, memang lenguh okay duduk lama-lama dalam kereta rasa nak berdiri atas atap kereta je rasanya. Sampai dekat Smeporna Ocean Tourism Centre terus turun dan lari-lari anak sebab teruja tengok ikan yang berani sangat tunjuk diri masing-masing. 
Lyeen jatuh cinta dekat susunan chalet ni. Rasa macam ada cermin dekat tengah-tengah kan? Tapi sebenarnya ni memang panaroma sebenar. SubahanaAllah, sangat cantik! Tempat ni kira macam kalau nak stay lama-lama boleh sewa duk sini. Rumah atas air. Bawah tu u olls boleh nampak jelas ikan berenang dengan lagaknya. Tapak sulaiman yang kembang kecut dekat bawah. Cun!
Ni sebenarnya restoran. Kau nak makan apa? Udang? Ketam? Sotong? Tapak sulaiman, eh boleh makan ke? Hahahaha. Semua ada kat sini, u ools ada dua pilihan sama ada nak ambik sendiri semua binatang laut tu atau suruh pekerja restoran je ambik untuk korang dari laut tu. Fresh!
View dari belakang orang yang poyo. Hahaha. Abang aku yang teruja nak pergi. Kami ni nama saja ornag Sabah tapi tak pernah pun sampai sini. Macam tu lah kebiasaannya kan? Ntah aku pun tak tahu apa sebabnya. Hahahha.
Lepas we olls dah penat-penat tengok ikan-ikan dekat sana. Penat round 24 kali dekat sana. Terus plan nak pergi pulak dekat Pulau Duyung. Why pulau Duyung? Sebab filem Duyung tu buat dekat situ. Malangnya masih kami pergi tu, tempat tu tengah baik pulih sebab tempat tu dah tahap international. Masuk pun kena bayar RM 10 bermula 1 Januari 2014 ni. Kami bertuah sebab bayar RM 2 je sorang time nak masuk ni. Tapi, pakej dengan mandi laut sekali sambil berenang bersama ikan-ikan. Duyung takdak! Yang ada tapak sulaiman. 
Pakcik ni tengah kutip sampah dekat laut tu. Nice kan? Sama macam dalam cerita Duyung tu yang Apek kutip sampah dekat laut. Mereka memang jaga sangat tempat ni. Cantik view dia. Pergilah!  Tapi, kami sekejap je dekat sini sebab dah lapar sangat-sangat. Nak makan kat dalma tu, memang tak yah cakap. Mahal gila-gila. Hahaha. Balik dari situ terus pergi pekan Semporna beli ikan bilis, Kiampau ( Ikan pari yang dikeringkan), sayur, dan macam-macam lagi sampai aku tak tahu nak sebut. Time ni Lyeen memang dah tak larat sebab penat sangat-sangat. Lyeen duduk dalam kereta sambil main Candy Crush! Hahahahhaa.
Sepupu Lyeen, Mohd Shahfie yang sangat handsome. Dulu budak ni kecik je macam kura-kura. Sekarang beliau dah bujang. Dah form 4 tahun depan. Alhamdullilah. Lama tak jumpa sebabkan bayangkan je la dah nak empat tahun aku stay KL, sepupu aku semua dah besar-besar. Means aku pun dah besar sangat-sangat-sangat. Tamat. Memang letih sangatlah tapi puas sebab dapat spent sepenuh msa dengan famliy. Gelak-gelak. Rasa macam tak nak balik KL lusa nanti. Huhuhuhu.
Nota pink: Pejam celik dah tinggal dua hari dekat Sabah. Lusa dah nak balik KL. Rasa macam tak sanggup. Tapi kena tabahkan hati untuk pergi juga. Tanggungjawab yang tak sempurna lagi. Alahai. Semoga semuanya dimudahkanlah. Nak nangis kejap. 
Ok bai. Assalamualaikum.


Khamis, 12 Disember 2013

Review Bawal Lacey: Tudung Bawal Terkini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ni Lyeen tak banyak sangat nak update entry sebab tak tahu nak taip apa. Hahaaha, so why not i update pasal Tudung Bawal lagi kan? Serius, Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal berbanding nak guna shawl atau syria mahupun tudung ekspress. Lagipun, bila sarung tudung ekspress adik-adik akan cakap, "lain mukamu kak pakai tudung begitu.". So, lepastu Lyeen terus buat kesimpulan bahawa muka Lyeen lebih menjurus kepada penggunaan Tudung Bawal. So, bila cakap pasal Tudung Bawal ni mesti fikir yang plain, yang ada manik-manik. Dari zaman 1990 hinggalah tahun 2014 nanti. Sama je! So, Lyeen cuba buat kelainan dengan design tudung ikut arus perdana. Sehhh, kau arus perdana! Hahahaaha.
Yang paling latest Lyeen buat ni, fresh baru minggu ni. Tudung Bawal Lacey. Love-love gitu! Tudung Bawal Lacey ni berlainan dengan Tudung Bawal Qaira, Raniya, Zafrah, Airis dan Delisya sebab yang sebelum ni semua menggunakan roses 3D dan ada antaranya tailornya bukan Lyeen tapi Lyeen order dari tailor lain. Tapi, Bawal Lacey ni unik sebab handmade okeys! Hahahha.
Yang ni Tudung Bawal Delisya (Tudung bawal yang paling tinggi permintaan dan sekarang Delisya ni dah SOLD OUT buat masa ni)
Lyeen guna the real Tudung Bawal Lacey. Betullah orang kata, kalau kau nak sangat kelainan dan bosan dengan fesyen yang ada hari ni, kau jadi designer sendiri untuk tudung kau! Yes, i do it! Sekarang, Lyeen selesa guna Tudung Bawal Lacey sebab boleh tarik lebar untuk lebih labuh. Lyeen guna tudung bawal bidang 45 jer ni. Tapi, boleh tarik dan pusing-pusing bagi lebaq sikit! Lyeen jual dengan harga RM 20.00 hengget je termasuk kos pos. Boleh refer dekat pages kalau berminat. Hahahahhaa. Pages Le Roses Tudung Bawal Terkini untuk godek-godek album.
Nota pink: Sekarang aku bolehlah fokus on tudung-tudung ni. Nnati dah buka semester baru. Semua ni aku tolak tepi. Isk..isk..isk..
Ok bai. Assalamualaikum. 

Rabu, 6 November 2013

Lepaskan by Joker Production Crew

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ehem, ehem. Hari ni Lyeen nak review satu production yang super duper best. Tengah online hari tu ada rakan satu IPG (Mereka dari IPG Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang) yang chat dekat FB perkenalkan satu production ni. Mula-mula rasa.."eh, apa ni? Mesti hantu-hantu ni. Dah nama pun joker-joker." Tapi, tetiba nak buka juga link yang dia send. Lepaskan Official MV. Dengar dan tengok lagu serta video klip lagu ni. Mak aihhhh! Macam sedap je. Macam sedap je lagu ni. Tengah pulak time emo-emo ni dengar lagu macam ni, tetiba macam nak sedih jer. Sakit hati pun ada tengok video klip lagu ni. Hahahaha.


Rajinnya diorang ni buat video klip kan? Bangga ada rakan IPG macam mereka ni. Datanglah KL pulak boleh buat video klip sekali. Hahahaha. Apapun, memang mereka ni aplikasi subjek EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran sebab mereka banyak gunakan aplikasi kamera like panning, medium long shot dan macam -macam lagi (sebenarnya aku baru baca yang tu) Hahahaha. Apapun good luck taw awak-awak semua dan teruskan usaha u olls untuk lebih maju dalam bidang ni. InsyaAllah, andai niat kita baik dan tak menyalahi agama, Allah akan permudahkan kan? Tapi, nanti bila dah glamor jangan lupa kat kita yang kecik-kecik ni taw..:D

U olls bolehlah LIKE Pages rasmi mereka kat sini Joker Production Crew okay. Sama-sama kita support segala bentuk usaha rakan-rakan kita. Yang baik-baik jer. Yang tak baik jangan sokong! Hahahaha. Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...