Khamis, 12 Disember 2013

Review Bawal Lacey: Tudung Bawal Terkini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ni Lyeen tak banyak sangat nak update entry sebab tak tahu nak taip apa. Hahaaha, so why not i update pasal Tudung Bawal lagi kan? Serius, Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal berbanding nak guna shawl atau syria mahupun tudung ekspress. Lagipun, bila sarung tudung ekspress adik-adik akan cakap, "lain mukamu kak pakai tudung begitu.". So, lepastu Lyeen terus buat kesimpulan bahawa muka Lyeen lebih menjurus kepada penggunaan Tudung Bawal. So, bila cakap pasal Tudung Bawal ni mesti fikir yang plain, yang ada manik-manik. Dari zaman 1990 hinggalah tahun 2014 nanti. Sama je! So, Lyeen cuba buat kelainan dengan design tudung ikut arus perdana. Sehhh, kau arus perdana! Hahahaaha.
Yang paling latest Lyeen buat ni, fresh baru minggu ni. Tudung Bawal Lacey. Love-love gitu! Tudung Bawal Lacey ni berlainan dengan Tudung Bawal Qaira, Raniya, Zafrah, Airis dan Delisya sebab yang sebelum ni semua menggunakan roses 3D dan ada antaranya tailornya bukan Lyeen tapi Lyeen order dari tailor lain. Tapi, Bawal Lacey ni unik sebab handmade okeys! Hahahha.
Yang ni Tudung Bawal Delisya (Tudung bawal yang paling tinggi permintaan dan sekarang Delisya ni dah SOLD OUT buat masa ni)
Lyeen guna the real Tudung Bawal Lacey. Betullah orang kata, kalau kau nak sangat kelainan dan bosan dengan fesyen yang ada hari ni, kau jadi designer sendiri untuk tudung kau! Yes, i do it! Sekarang, Lyeen selesa guna Tudung Bawal Lacey sebab boleh tarik lebar untuk lebih labuh. Lyeen guna tudung bawal bidang 45 jer ni. Tapi, boleh tarik dan pusing-pusing bagi lebaq sikit! Lyeen jual dengan harga RM 20.00 hengget je termasuk kos pos. Boleh refer dekat pages kalau berminat. Hahahahhaa. Pages Le Roses Tudung Bawal Terkini untuk godek-godek album.
Nota pink: Sekarang aku bolehlah fokus on tudung-tudung ni. Nnati dah buka semester baru. Semua ni aku tolak tepi. Isk..isk..isk..
Ok bai. Assalamualaikum. 

0 000 Makan Cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...